WARGA SCP

Isnin, Mac 01, 2010

ALHAMDULILLAH DENGAN REZEKI YANG ALLAH KURNIAKAN

asam pedas ikan sembilang


sayur utk kesihatan badan

lepas makan kepak ayam ni, terus pak itam
berkepak ke katil
mengantuk he he he

Pagi semalam, masa pegi pasar tani, mak itam nampak ada ikan sembilang baik punya.Mengikut sejarah salasilah keturunannya , kalau di darat di panggil keli. Di laut pula sebangsa dengan jahan dan mayong.

Dan tentunya masakan yang paling sesuai untuk ikan2 ni ialah asam pedas letak daun kesom. Maka semalam, ikan sembilang ni menjadi REZEKI dan juadah kami bertiga bersama kepak ayam dan sayur bendi

Bukan nak pujilah , tapi semalam masa makan, sampai menitik air peluh dari dahi dan kepala kerana keenakkannya dan ikan tu pun fresh lagi.Alhamdulillah, pak itam punya isteri yang suka dan rajin memasak. Janji bahannya ada.

Teringat dengan sahabat pak itam yang jauh di Makkah, asam pedas ni memang "favorite" dia, tapi apakan daya , dia jauh diperantauan.

Bercerita tentang konsep rezeki ni, pak itam teringat beberapa potong hadis antaranya:

“Siapa saja yang suka agar rezekinya luas, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memperbanyak silaturahm.”
(HR. Bukhari)

Maksud dari dipanjangkan umur dalam hadis ini adalah berkat umur menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam Fathul Barri.

Allah s.w.t berfirman :

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan Mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. dan Barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. SesungguhnyaAllah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah Mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

Semoga pintu rezeki kita semua sentiasa dibuka seluas-luasnya oleh Allah s.w.t dan paling penting keberkatan dalam rezeki yang kita kecapi itu

Insyallah.

45 ulasan:

  1. Salam Pak Itam.

    Asam Pedas Ikan Sembilang amat sedap dan menyelerakan. Kalau kat Kuching ni, Jahan-Jan, Mayong sama je.

    Patut le semalam, pak itam cepat je balik ini yang dia dok buat. Apa-apapun memnag sedap asam pedas ni.

    Kesian kawan kat Makkah, dia belum sempat nakmasak asam pedas kata dia. Barangkali masih sibuk kot..

    Pak itam, ada rakan sekerja dari Muar kat sini kirim salam.

    BalasPadam
  2. salam pak itam,

    woooow!! sedapnya. terliuq orang jauh tu...pasti guling2 dlm selimut! heh3..:))

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Salam pak itam...

    pagi2 masuk umah pak itam, terpampang gambar asam pedas yg menyelerakan... Ya Allah.... terus kecur air liur....

    BalasPadam
  5. Amat mengancam masakan asam pedas ikan semilang tu ... kaw kaw pedas .. sedapnya , rasa nak tumpang makan sama :)

    BalasPadam
  6. salam pak itam...

    Masyaallahhhh sedapnya tengok lauk2yg mak itam masak. Lagi2 asam pedas tu.

    BalasPadam
  7. Salam Pak Itam, kecur saya tenguk asam pedas tu

    BalasPadam
  8. Salam Pak Itam,

    Wow kecur air liur tgk asam pedas Mak Itam tuh..
    Asam pedas tue pun favorite sy taw ekeke..

    Pak Itam..salah satu amalan dimurahkan rezeki ialah mmbaca Al-Mathurat kan..
    Firman Allah yg kedua itu jika sy tak silap adalah dari Ayat Seribu Dinar betul ke? [betulkan sy jika sy silap]

    BalasPadam
  9. salam

    aduhhhh,serangan balas terbakarrrr ciklie tengok ni,,


    eeeh mana ciklie ni pak itam ooi?,cm mula risau lah,pal itam please call him..

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum Pak Itam

    Bertandang ke rumah Pak Itam,
    terus nampak asam pedas
    langkah kanan ni

    Wassalam

    BalasPadam
  11. Salam Rezeki,

    Mmmg kecur air liur....asam pedas sembilang, bendi goreng tu mmg peberet saya....one day kena turun HC ni...

    BalasPadam
  12. Salam Pak Itam..

    aisey pak itam nie.. masuk je umah pak itam terus ada asam pedas.. abislah diet kak ngah ari nie.. harus p carik asam pedas sat lagi.. perghhh! makan ngan nasik panas2.. mau lincin 2/3 pinggan.. alahai.. cam ner nak kurus nie.. ahikss

    BalasPadam
  13. salam,

    aduh! (sakit ke... bukan!) sedapnya...

    alhamdulillah, syukur nikmat.

    BalasPadam
  14. Salam Ayah Zain,

    Asam Pedas Ikan Sembilang dgn sayur goreng + udang tu best la...Dah terliuq ni..dah x tahan..tolongggggg

    Cl..mai la tgk..Ayah Zain masak apa ni..best oooi.Rugi tau,dpt tgk x dpt rasa kira ok gak la tu...hehheh

    Ayah Zain..tlg makan utk saya skali yer..

    Wassalam

    BalasPadam
  15. salam..

    tu dia.. sis azima dah kelabu mata tengok asam pedas & the geng.. siap tertukar pak itam jadik ayah zain.. jangan dik.. kang pengsan mak itam.. heh heh

    BalasPadam
  16. Salam,

    Azima..,kita dirumah Pak Itam bukannya di rumah Ayah Zain.. hua..hua..hua

    Hah..pak itam, penangan asam pedas ikan sembilang lah ni..

    BalasPadam
  17. Salam..

    Iyelah Kak Noor dan abangsulung..cheq tersasul la..tgk je asam pedas ikan sembilang terus x ingat apa2..tu penangan asam pedas ikan sembilang pak itam la tu..

    Pak Itam n Mak Itam..maafkan anakanda yer..tgk masakan mak itam trus cheq lupa diri..hehehe

    thanks Kak Noor n abangsulung..krn tegur cheq.

    Wassalam.

    BalasPadam
  18. Salaam Pak Itam,

    tu diaaa...pak itam layorg asap pedaih pulak dahhh...ishk, ishk, ishk,....sungguh kijam pak menakan kak ngah nih! hehe...

    psstt pak itam, mak itam tak moskel ke...apekeheinya ler pak itam ni dok snap gambor2 sebelum baca doa makan... hik

    VpeaceV

    BalasPadam
  19. Salam Pak itam..

    Alhamdulillah ...

    sedap aar asam pedas, tu ada 4 ketul..ikan lah..

    1 utk shami, 1 utk cm, 1 utk kak Ngah ...1 tu simpan kat abang samad kerat dua ngan CL..hehhe

    AZ punya baki dalam periuk..ngeh..ngeh..ngeh

    BalasPadam
  20. Salam CR,

    fulamak, terlioq giler.

    BalasPadam
  21. Pak Itam : alahai asam pedas amat menyelerakan.....tapi maaf saya tak makan ikan keli @ semilang! Dan sekarang lagi lah sedih...tak boleh makan pedas2 lagik!!!

    BalasPadam
  22. salam rezeki...


    aduhhh..terliuq dah orang 'makakah nih...kalau tak abng sulung pak itam silih berganti abgi entry asam pedas...kasi cl terliuq nih...takapa...tunggu entry ku nanti..heheheheh

    waslam

    BalasPadam
  23. salam abg sulong

    biasanya mak itam balik pasar tani dan mula masak

    alaikamualaikumsalam buat rakan abg sulong

    BalasPadam
  24. salam kak nab

    dia berguling bukan saja terliuq, psl tenet takde he he

    tapi takpa, boleh dia berguling dpn kaabah

    BalasPadam
  25. salam atikah

    saja nak bakar selera je he he

    BalasPadam
  26. salam kak ina

    jom join, kuah lebih pula cecah dgn roti he he

    BalasPadam
  27. salam nurilhami

    jom join, jemput2 , silakan he he

    BalasPadam
  28. salam kamato

    alhamdulilllah, favorite saya tu

    BalasPadam
  29. salam syima

    yup, ayat 1000 dinar, bagus amalkan

    BalasPadam
  30. salam cm

    siap terbakar hangus lagi he he

    cl hilang psl internet kong je

    BalasPadam
  31. salam rozali

    jom sekali he he

    BalasPadam
  32. salam rosli

    itulah lauk kegemaran, tetiap hari makan asam pedas pun takpe

    BalasPadam
  33. salam kak ngah

    sodap hingga menitis peluh di dahi he he

    aiks nak kurus he he
    takpayah le he he

    BalasPadam
  34. salam safiudin

    alhamdulillah, syukur nikmat allah yg tak terhingga

    BalasPadam
  35. salam azima

    sudah tukar ka he he he cr jadi az he he

    BalasPadam
  36. salam kak ngah

    azima belajar dgn sathia tu

    sudah tukar ka he he

    BalasPadam
  37. salam abg sulong

    tu dia penangan asam pedas spi azima dah kelabu mata he he

    BalasPadam
  38. salam azima

    takpe , no hal le he he

    BalasPadam
  39. salam umiazuddin

    pak itam curik2 ambik gambar tu lps dia masak
    he he
    mak itam tak tahu he he

    BalasPadam
  40. salam shami

    hingga ke titisan kuah terakhir he he

    BalasPadam
  41. salam az

    bila nak datang ke HC

    boleh pekena asam pedas

    BalasPadam
  42. salam sonata


    takpelah, kalau ada penyakit terpaksa berpantang demi kesihatan

    BalasPadam
  43. salam cl

    he he he

    nti cl pegi market yg kat mekkah tu, cari ikan dan masak kat hotel he he

    asam pedas tu makan dgn ahli kump
    6J sambil duk berborak , mesti seronok he he

    BalasPadam
  44. asam pedas mayung plisss!!!
    mayung....mayung....aaaa..sedapnyaaa.
    can i have mak itam's recipe?
    plis..

    BalasPadam
  45. salam catz

    alaaaa, pak itam tahu makan je he he

    BalasPadam