followers

Jumaat, April 30, 2010

PINTU




ALHAMDULILLAH

Bapak2, ibuk2, kakak2,adik2 apa kabhar

harap waras semua hehehe

hari ni bapak itam nak cite pasal pintu aje

sebenarnya setiap detik , masa dan waktu kita akan sering bertemu dengan berbagai rupe pintu samada kita sedari atau tidak, suka atau pun sebaliknya

ada pintu kebahagiaan,

ada pintu kejayaan,

ada pintu jahanam pun ada

yang pasti bangun pagi mesti kita jumpa pintu bilik air dulu

lepas tu pintu kereta bila nak pegi koje

tiba tempat koje, pintu pejabat pulak

pendek kata semua pintulah

tapi apakah reaksi kita dah tak tahan , jumpa pulak bilik air atau tandas yg takde pintu

sendiri mau ingatlah

hehehehe

tapi pengajaran utama yang bapak itam ingin sampaikan di sini ialah kaitan berwuduk dengan pintu syurga :

Sabda Rasullullah SAW:

“Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik kemudian dia berkata,
http://islamicpath.org/files/2009/02/kalima2.png
(Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah satu(Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya,)

akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka."

Lihat, betapa kasih dan sayangnya Allah swt kepada hambanya , dibuka kesemua pintu syurga .

Oleh itu pak itam menyeru diri pak pak itam dan para pembaca semua, marilah kita amalkan setiap kali selepas berwuduk.


Khamis, April 29, 2010

SUATU KETIKA DULU

dedulu takde simen yg siap dibancuh mcm ni dan terus curah je
semua bancuh sendiri dan tolak guna "wheel barrow"
kemudian meniti ikut papan yang dibuat sebagai jalan
silap haribulan boleh jatuh ke bawah


Bila terlihat pekerja kontrak ni yg sedang bertungkus lumus menyiapkan pembinaan, kenangan 25 tahun dahulu kembali di kotak pemikiran ku.

Aku pernah merasai penat jerih seperti itu ketika usia ku masih muda belia lagi.

Kenangan lama mengajak ku kembali memuhasabah diri dan semua peristiwa tersebut berputar di kotak pemikiran ku yg ku rasakan
"ah, macam semalam je aku baru memulakan tugas ku sebagai buruh binaan"

Untuk permulaan pada masa tu , tiada tugas spesifik yang diberikan pada pak itam.

Ialah, pengalaman pun takde.

"Tapi takkan selamanya begini," bisik ku.

Aku perlu memajukan diri dengan mempelajari seberapa banyak selok belok dunia kontrak ni. Semua kena belajar sendiri melalui pemerhatian . Akhirnya aku telah menawarkan diri untuk mengendalikan mesin pembacuh simen atau dalam bahasa inggerisnya "matcher" . Dedulu takde lori pembacuh simen macam hari ni. Jadi semua simen dibancuh sendiri di tapak pembinaan.

Memang sungguh mengazabkan kerana simen seberat 50 kg perlu dimasukkan ke dalam mesin menggunakan kudrat . Bancuhannya juga perlu seimbang macam memasak nasi . Kalau lebih air, nasi menjadi lembik . Begitulah juga.Simen dan air perlu mengikut sukatan.

Hari pertama mengendalikan mesin ini, selepas pulang ke rumah, pak itam lembik kepenatan. Seluruh urat2 tangan dan pinggang menjadi terlalu lenguh dan sakit. Bayangkan dari pagi hingga petang, entah beratus kampit simen yang pak itam bancuh . Minyak urat menjadi teman semalaman.

Keesokkan pagi, walaupun lenguh dan kejang seluruh badan , namun kerja tetap kerja
macam dalam cerita ali baba dgn 40 org penyamun ,

KERJA, KERJA,KERJA

Kayuhan basikal pagi tu terasa jauh sungguh, mungkin akibat keletihan.

Tapi masa tu aku kayuh basikal yg ada palang kat tengah tu, bukan macam basikal yg ibrahim pendek tu kayuh .

Tapi bak kata pepatah, "alah bisa , tegal biasa " lama kelamaan , dah tak terasa lagi azabnya.

Selain waktu rehat pukul 10.00 pagi, pukul 1.00 tgh siren akan berbunyi menandakan waktu makan tengahari. Bungkusan nasi yang disediakan oleh ibu dirumah menjadi habuan. Makanan memang terasa lazat kerana kepenatan dan kelaparan. Lepas tu aktiviti bebas sehingga siren berbunyi pukul 2.00 ptg menandakan bermulanya " sambungan babak pertama "

"Alhamdulillah, selamat dah 1/2 kong pagi, dapat lagi 1/2 kong petang pula"

Tepat pukul 5.00 siren akan berbunyi menandakan tamatnya waktu rasmi hari itu. Tapi kebiasaannya terdapat kerja2 overtime yang ditawarkan untuk menyiapkan kerja2 yang tak dapat disiapkan. 1 jam overtime masa tu RM2.00 tapi sekiranya overtime sampai melepasi pukul 8.00 malam, dapat elaun makan RM 5.00 seorang. Biasanya sampai pukul 10.00 malam.

"MALAM INI KITA OVERTIME, HOREYYYYYYYYYYYYY"

Kerja-kerja overtime akan ringan sikit tapi memerlukan kemahiran. Kemahiran diperolehi melalui pengalaman melakukan sendiri tugasan tu. Tapi kalau tak cuba, mana nak dapat kemahiran tu.

Dari tak tahu pasang siling, pak itam dah pandai memasangnya. Kemudian semua penjurunya ditutup dengan menggunakan "silicon" yang dibekalkan. Yang seronok overtime ni, tiada pengawasan . mereka hanya beri kerja dan target mana yang perlu disiapkan dan jangakaan jam waktu overtime . Jadi kalau siap awal, boleh balik cepat.

Pendek kata untuk menjadi pekerja yang mahir, semua mesti dipelajari sendiri melalui pemerhatian dan kemudian mencubanya sendiri . Semua bahagian pak itam cuba dan pelajarinya. Hampir semua kemahiran sebagai pekerja kontrak seperti mengikat besi , menyimen dan bermacam lagi pak itam dapat kuasainya.

Siapnya bangunan yang dibina bermakna tamatlah tugas kita sebagai buruh binaan .Begitu juga dengan pak itam sebagai pekerja kontrak di sini . Namun hati berasa puas kerana dapat bersama-sama menyumbang untuk pembangunan negara walaupun hanya sekelumit saja sebagai pekerja kontrak.

"Alamak , nak kerja apa lepas ni. Rasanya nak cari kerja lain pulak lah"

Bukan apa, untuk mengisi pelbagai kemahiran dalam diri .
Penghijrahan dari pekerja kontrak kepada pekerja kilang perabot .

Maka sebuah kilang perabot yang terletak di Tg Agas menjadi pilihan bersama rakan-rakan tadi .

Tapi .........

Rabu, April 28, 2010

14 JAMADIL AWAL 1431

ALHAMDULILLAH

14 Jamadilawal , bulan mengambang penuh dan cuaca sangat baik.

Pak itam mengabadikan potret bulan ni dengan menggunakan pelbagai variasi dan imaginasi pak itam untuk simpanan peribadi.

Sungguh indah sekali dan masa tu bulan baru naik lebihkurang 45 darjah. Jadi tak payah lah pak itam mendongak 90 darjah ke atas . Kalau tidak sakit belakang pak itam pasti bertambah kronik.

Bukan apa dah 4-5 hari kecederaan belakang di area urat belikat sebelah kiri ni berulang kembali. Mesti tersalah "sit up "

Jom layan bulan pak itam ikut citarasa pak itam sambil tu pak itam layan lagu p ramlee ni

Malam bulan dipagar bintang
Makin indah jika dipandang
Bagai gadis beri senyuman
Pada bujang idaman

Duhai kasih ingin dimanja
Dengan cumbuan mesra
Untuk pelipur lara
Penawar dik asmara

Mmm.. mmm...
Mmm.. mmm...

Malam bulan dipagar bintang
Tambah seri cuaca malam
Murni sungguh ciptaan Tuhan
Bulan bintang lampu alam

Andai kata bintang menyepi
Bulan tidak berseri
Malam menjadi sunyi
Tidak berseri lagi

ALLAH maha besar yang mencipta bulan dan bintang .

surah al-hajj (22) ayat 18
"Apakah kamu tiada mengetahui, bahwa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebagian besar daripada manusia? Dan banyak di antara manusia yang telah ditetapkan azab atasnya. Dan barangsiapa yang dihinakan Allah maka tidak seorangpun yang memuliakannya. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki."



surah Adz-Dzariyat pada ayat 47.

Dan langit itu kami bangun dengan kekuasaan/ tangan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya”

















LUNCH with PAK ITAM's & MAK ITAM's

ALHAMDULILLAH,

Mesti kekawan tertanya2
"takkan tetiap hari asam pedas "

hehehehe

jawapannya

"nahi,nahi,nahi "

hehehehehe

kalau tetiap hari dgn asam pedas, nanti muka pun macam asam pedas

dah nama tekak manusia kan

sesekali selera kena ubah juga

tapi selera makan dan minum je tau

bukan selera lain tau hehehehe

Pak itam kan suka makan, jadi selalunya malam pak itam tanya dgn mak itam,
esok nak masak apa?

makan pun nak kena match juga macam pakai baju

jadi semalam mak itam masakkan pak itam ikan tenggiri masak pindang lawannya hati dan limpa masak sambal

inilah hasilnya

Alhamdulillah




Selasa, April 27, 2010

HIDUP BAGAI SEBUAH PELAYARAN

pelantar minyak sedang belayar ke pelabuhan pasir gudang
dari dock di Teluk Ramunia

adakah pelayaran kehidupan kita mcm kapal yg besar membelah ombak
atau
macam perahu kecil ini ???
Semua terpulang kepada kita sebagai khalifah di bumi Allah




semua foto diabadikan di pesisiran laut pengerang
yang merupakan laluan masuk dan keluar kapal
ke selat melaka dan selat singapura
utk pengetahuan
dilaluan kapal inilah
sering pihak berkuasa APMM
menangkap kapal2 yang melakukan
pemindahan minyak secara haram
dan membuang minyak kotor ke laut
Di kawasan ini juga
sering berlaku pencerobohan
oleh PATI Indonisia
15-30 minit je ke Batam


ALHAMDULILLAH

Hidup ni ibarat sebuah pelayaran. Yang pasti ombak , badai dan ranjau perlu kita tempuhi sebelum kita sampai ke destinasi yang dihajati.

Tentunya hanya seorang nakhoda saja yang akan mengetuainya , tidak boleh ada 2 atau 3 atau 4 kapten kapalnya. Kalau tidak , tentu haluannya entah ke mana-mana.

Kalau berseorangan, kitalah nakhoda, kitalah kelasi yg dalam menentukan haluannya.

Tapi perlu ingat, nakhoda kapal tidak boleh mengemudikan kapal itu berseorangan. Di situlah peranan pembantu nakhoda dan membantu nakhoda agar pelayaran tersebut lancar dan segala angin dan badai dapat ditempuhi bersama .

Dalam kehidupan ini, sifat "check and balance" adalah penting , kalau kita tersilap , ada yang sudi menegurnya dan begitulah juga sebaliknya.

Begitulah juga dengan kehidupan kita berkeluarga dan bermasyarakat.

Sikap saling hormat-menghormati, faham-memahami, bantu-membantu perlu ada dan perlu diamalkan setiap masa.

Barulah bahtera kehidupan dapat dilayari bersama dengan jayanya

Namun apabila tiada persefahaman, akan karamlah bahtera kita.

Semoga kita semua mengambil ikhtibar dan pengajaran dari banyak peristiwa bahtera kehidupan yang karam walaupun belum lagi belayar pergi .


tapi

tapi

tapi

tapi

..

..

tapi bagi aku
hidup kadang-kala bagai asam pedas juga
ada masam dan ada pedas
barulah "kick"
hehehe



asam pedas ikan senangin

Isnin, April 26, 2010

PASANG SURUT KEHIDUPAN









panorama alam yang sempat diabadikan
di perkampungan nelayan
Sg. Rengit , Pengerang




ALHAMDULILLAH

Kadang-kala kita alpa yang kehidupan ini ada pasang dan surutnya . Sama seperti air laut.
Itulah lumrah kehidupan .

Nabi Muhammad pernah bersabda yang diriwayatkan Imam Hakim dalam kitab al-Mustadrak.

Hadis Nabi tentang “lima perkara sebelum lima perkara itu maksudnya adalah supaya kita mempergunakan waktu dan kesempatan dengan sebaik-baiknya, sebelum hilangnya kesempatan tersebut.

Lima perkara tersebut adalah


1. "masa mudamu sebelum datang masa tuamu”.

Masa muda hendaklah dipergunakan sebaik-baiknya untuk mencapai kebaikan, kejayaan , dan keberhasilan, kerana masa mudalah kita mempunyai cita2 dan keinginan untuk berjaya . Tapi ingat bukan untuk berjaya di dunia sahaja tapi yang lebih utama di akhirat kelak yang kekal abadi.Dari mudalah kita telah mula melakukan perkara2 yang bermanafaat selaras dengan tuntutan Islam.

2. “masa lapang mu sebelum datang masa sibuk mu”.

Kita dianjurkan untuk menghargai waktu, agar dapat diisi dengan hal-hal yang bermanfaaat baik untuk diri sendiri maupun orang lain. Sebagai contoh, menziarahi saudara ketika ada kesempatan sebelum kesibukan menghampiri kita, hingga tidak sempat lagi .Dan contoh yang paling baik ialah apabila masuk waktu solat,, terus mengerjakannya .

3. “masa sihat mu sebelum datang masa sakit mu”.

Disarankan agar kita sentiasa waspada pada segala kemungkinan yang sifatnya diluar jangkaan manusia, seperti sakit. Sakit yang dimaksudkan bukan sakit fizikal sahaja , tapi juga mental. Ketika kita diberikan kesihatan jasmani dan rohani, hendaknya kita sentiasa mempergunakannya untuk hal-hal yang bermanfaat tanpa menunggu waktu. Begitu juga dengan amal ibadat , sebagai contoh mengerjakan haji. Masa sihatlah kita tanamkan tekad utk mengerjakannya krn esok lusa kita tak tahu, apakah Allah akan memberikan kesihatan kepada kita nanti.

4. “masa kaya mu sebelum datang masa miskin mu”.

Ketika kekayaan ada pada kita, hendaklak kita memanafaatkan ke jalan yang diredhai Allah dan tidak membelanjakan ke jalan yang dimurkai Allah . Serta jangan membazir .

5. “masa hidupmu sebelum datang masa matimu”.

Ketika kita diberi kehidupan maka hidup yang diberikan pada kita itu sebenarnya merupakan kesempatan yang tiada duanya. Kerana kesempatan hidup tidak akan datang untuk kedua kalinya. Kehidupan harus dijalani sesuai dengan tuntutan islam .


PERINGATAN DITUJUKAN BUAT DIRI SENDIRI

Ahad, April 25, 2010

MIDNIGHT BAZAAR HC

ALHAMDULILLAH

Pak Itam selaku pak lurah HC tadi meninjau2 aktiviti anak2 buah kat HC. Midnight Bazaar ni baru sebulan dua dijalankan pada setiap malam ahad ditepi sg HC. Memang ramai umat kat tepi sungai tu.

Kebetulan , ada pulak pertandingan akhir kugiran anjuran ASTRO.

Layanlah juga bang selagu dua hehehe

Apa lagi, pak itam terpaksalah jadi jurufoto tak bertauliah hehehe

Penat nak cerita , layan gambarlah

Bukan penat apa, penat mengabiskan ABC special kat restoran Hj Daud tadi lepas pak itam balik dan kunci pintu pagar HC

Sib baik kunci, kalau tidak pak itam dapat tau ada org nak merempit kat jam besar HC dengan motor kapcai yg bawak kutip getah ojol, karang menceceh satu HC

hehehehehe


oh, ni rupenye bende alah ni hehe

tgh berdebar tunggu giliran beraksi

syahdunya adik tu tgk

mak , nak titon nak titon

2 orang hakim pertandingan

alamak, esok mesti masuk suratkhabar ni

penyanyi utama sedang beraksi

aduhhhhh,

goreng bang, goreng

mata dah kuyu tu

we, weeeeet


antara gerai2

nak kena potong markah ni

adik kecil yg manis

lampu pun sembunyi juga bila pak itam lalu
ialah, pak lurah HC