WARGA SCP

Rabu, November 30, 2011

LGB&GR : ANAK KURNIAN ALLAH

anak tupai ni tengah terkinja2 kat pokok

ALHAMDULILLAH

Selepas puas aku bercanda petang tu dengan keindahan alam ciptaan Allah yang tak terhingga , kami beredar ke swimming pool kerana putera dan puteri ku sedang berkubang di sana. Nak join sekali rasa malas pulak . Karang kalau aku terejun, mau berkocak air satu pool

Untuk dinner nanti , aku bercadang utk ambil "light meal" je kat coffee house yang terletak depan swimming pool tu kerana kebiasaannya jarang ambik "heavy meal' di sebelah malam.Pilihan ku hanya sandwich .

Sementara tu, kedua anak kami yg tengah membesar tu pekena chicken chop dan nasi goreng d' serai . Kesempatan kerana semua ada kami gunakan semaksimum mungkin kerana al maklumlah, kalau hari2 biasa, hanya kami berdua je di rumah yang kadang kala membuatkan aku dok jeling mak itam, mak itam dok jeling aku dan hari pun malam hehehe




Teringat 3 tahun lalu masa kedua2 anak kami dah nak berpisah dengan kakak belajar di KL dan adik pula ke asrama . Mula2 terasa kehilangan juga kerana rumah yang selalu riuh tetiba sunyi sepi . Tapi lama kelamaan akhirnya hakikat bahawa anak2 takkan selamanya duduk bawah ketiak mak dan ayah dapat diterima.

Tu sebab ada orang tua2 cakap, anak ramai ke sikit ke
cukup masa dan ketika nanti, semua akan tinggalkan kita dengan kehidupan masing2 dan akhirnya tinggal berdua juga

Kekadang ramai kenalan aku tanya

"dua anak je cukup ke"

jawapan ringkas ku mudah,

"tak sempat , pasal sibuk main lastik je "

hehehe


Pada pendapat akulah , cabaran mendidik anak2 zaman sekarang tak sama macam zaman mak bapak dan atuk2 aku dulu

Anak2 sekarang dah terlalu "advance" berbanding kita
Tapi semua berbalik ke ketentuan Allah
Alhamdulillah, aku dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan ,
berbanding individu2 lain yang bertahun2 kawin dan takde zuriat pula

Ada yang berderet beranak tetiap tahun namun semuanya perempuan ,
nak dapat seorang anak lelaki tak dapat2
tu yang tetiap tahun kerjanya beranak je
macam sorang makcik aku , berderet 10 orang anak perempuan
laaa ni , kira tetiap tahun terima menantu

Tapi macam aku katakan semuanya Allah dah tentukan

Tak kiralah anak sikit ke atau ramai ,

yang penting kita berikan didikan agama dan dunia yang secukupnya pada mereka dan kita jalankan tanggungjawab sebagai pemegang amanah Allah dengan sebaik mungkin

Insyallah

ni "imam muda " aku
dok berkubang






Selasa, November 29, 2011

KAWIN DULU2 DAN KAWIN SEKARANG

ALHAMDULILLAH

Lama rasanya tak rewang . Kebetulan jiran berdekatan teratak aku kat HC buat majlis. Jadi aku pun sama2lah bantu apa yang patut. Dah nama hidup berjiran .Walaupun aku lebih banyak menghabiskan masa di teratak ku di tepi hutan berbanding di sini, tapi aku kenalah juga campur dengan masyarakat dan kejiranan di sini .

Hari ni bapak nak cerita tentang kerja kawin orang dedulu dengan kerja kawin zaman sekarang. Terlalu banyak bezanya . Sekarang semuanya duit berbanding dulu terutama di bandar. Kalau dulu masa aku kat kampung, ada "pakatan" yang akan menyediakan khemah, kerusi meja serta pinggan mangkuk serta budak kompang sekali . Semua dilakukan secara gotong royong tak kira yang tua atau yang muda .

4-5 hari nak majlis, satu hari akan diperuntukkan untuk memasang khemah atap zink tu .Penanggah kat dapur pula dari kayu lantainya. Orang kampung datang ramai2 pasang sementara kaum wanita dan "orang penanggah" pula sibuk menyiapkan hidangan nanti . Yang pasti lemak pucuk pisang, ikan kering , dan nasi putih mesti ada. Semua kerja2 persiapan disiapkan secara bergotong royong dan tanpa upah.

Sekarang pakatan2 ni kat kawasan bandar dah tak jumpa lagi kewujudannya.
Sekarang semua dah dikormesilkan dan moden . Tapi bukan percuma kerana kalau tak salah sebuah khemah dengan kerusi meja serta sedikit hiasan mau 200-300 ratus ikut tempat. Kalau dah 5 buah khemah...


Kalau dulu dalam 2-3 ribu dah cukup untuk buat majlis untuk belanja hangus . Masa tu semua barang keperluan tak mahal berbanding sekarang. Sekarang takda 7-8 ribu , jangan haraplah kerana semua keperluan mahal bebeno. Tu belum masuk belanja hantaran lagi.

Pendek kata semuanya duit belaka sekarang ni

Tu belum lagi yang tempah katering yang dia kira pakai kepala . Kekadang satu kepala sampai 7-8 ringgit . Kena 1000 jemputan , kat makan je dah hampir 7-8 ribu . Mana tak pening bapak pengantinnya .

Kalau dulu , tetamu yang pulang pasti akan dibekalkan dengan telur ayam yang telah direbus, sekarang dah tak ramai yang buat begitu .Teringat dedulu , mak aku seminggu sebelum tu dah mula cari daun2 pokok tumbuhan tertentu pasal nak buat telur pindang yang warna coklat tu kulitnya . Kemudian sehari suntuk digunakan untuk masak telur pindang tu .

Memang beza sungguh dulu dan sekarang.
Kalau dulu masa keja kawin , satu kampung turun membantu tak kira tua muda.
Kira semuanya ditanggung beres dan tuan rumah tak perlu risau .

Itulah antara fenomena dulu yang sekarang ni aku lihat semakin lenyap ditelan zaman terutama di kawasan bandar. Mungkin di kampung2 semangat tu masih ada lagi .


Teringat aku dulu masa akak abang aku kawin. Sehari sebelumnya dah sibuk kat penanggah. Orang perempuan ramai2 dah datang buat keja. Ada yang kopek bawang dan macam2 lagi. Malamnya yang pasti aku kena tidur kat penanggah di luar rumah bersama2 bahan2 makanan yang dah siap digoreng seperti ayam dan sebagainya .

Pepagi lagi , arwah ayah dah suruh pegi ke kilang papan cari habuk kayu . Habuk kayu tu nanti nak diletakkan kat air batu yang segi empat macam bongkah tu supaya dapat tahan dari cair . Sekarang semua dah main air batu kuib je . Yang pasti sediakan je duit .

Lepas sahaja majlis, periuk2 besar dah menunggu dengan hitam pekatnya pasal semua dulu pakai kayu api . Jenuh le juga nak cuci . Sekarang dah tak susah pasal semua pakai gas .

Lepas tu satu bab lagi nak mengira pinggan mangkuk dan gelas yang diambil . Jumlah yang dipulangkan mesti sama dengan yang diambil dari stor penanggah. Kalau pecah dan sumpek , yang pasti kena ganti semula kerana harta tu kira kepunyaan bersama orang kampung .

Zaman sekarang nak lihat anak2 muda membantu sama2 kat majlis kawin kira dah susah nak jumpa . Tu yang kita nampak muka2 org tua je . Kerana dah takde budak2 muda ni dan takde orang tukang basuh pinggan dan gelas, maka sekarang kebanyakkannya pakai pinggan polyfoam pakai buang je .

Lepas tu bila pengantin sampai,
yang pasti silat bunga pengantin akan dipersembahkan sebagai menyambut kedatangan kedua mempelai.

Sekarang bebudak ni jangan kata bunga silat,
bunga taik ayam pun ada yang dah tak kenal hehehe

Aku tak tahulah esok lusa masa anak2 aku kawin nanti ,
bagaimana situasi dan keadaannya .......


Jangan pula nanti paluan kompang pun pakai cd je


Ahad, November 27, 2011

AMPUNKAN AKU YA ALLAH KERANA AKU INSAN LEMAH YANG TIDAK BERDAYA

ALHAMDULILLAH

Hari ni tanggal 1 Muharram 1433 bersamaan 27 Nov 2011, bermulalah kalendar baru dalam bulan2 islam. Tapi nescaya kalau ditanya susunan bulan2 dalam kalendar islam, hanya segelintir sahaja yang mengetahuinya berbanding Januari,febuari hinggalah disember .

Dan yang pasti sekali lagi, bulan Syawal pasti tak pernah lekang dalam ingatan berbanding bulan2 yang lain

Sebagai rujukan bersama kalendar dalam bulan2 islam ialah:

Muharram
Safar
Rabiulawal
Rabiulakhir
Jamadilawal
Jamadilakhir
Rejab
Syaaban
Ramadhan
Syawal
Zulkaedah
Zulhijjah

Sekarang ni tengah musim cuti sekolah, jadi tentulah banyak majlis2 penikahan dan perkahwinan berlangsung samada yang melakukan pernikahan di rumah atau ingin mengambil berkat katanya dengan mengadakan majlis pernikahan di masjid2.

tentu di mana2 sekarang,
kumpulan kompang agak sibuk memenuhi undangan

Tapi sesetengah masjid telah mengeluarkan larangan bagi pasangan yang ingin bernikah di masjid kerana sebenarnya banyak etika yang dilanggar ketika berada di masjid .

Antaranya tidak menghormati tatasusila dan etika seperti gangguan kepada jemaah2 yang sedang mengerjakan ibadat di dalamnya, tidak menghormati azan apabila masuk sahaja waktu solat malah ada yang tidak mengindahkan ketika solat berjamaah sedang berlangsung dengan hanya duduk berkumpul dan berborak tanpa mengerjakan solat bersama2.

Aku mengaku yang aku bukan insan yang sempurna segala2nya.
Aku juga bukan insan yang sempurna 100% dari segi amalan dan etika.

Tapi aku sedih melihat beberapa kumpulan insan yang mungkin sedang menantikan upacara angkat nikah yang akan berlangsung di masjid jamek HC yang tidak menghiraukan azan zohor yang berkumandang dan masih lagi berborak dengan agak kuat di luar masjid.

Aku bersangka baik dan berharap agar mereka akan solat sama2 berjemaah . Selepas solat ketika menuju ke moto roda tiga ku, masih lagi kelihatan mereka di situ yang ketika itu asyik sekali berborak seakan2 dipekakkan teliga mereka dan dibutakan hati mereka sedang ketika itu mereka berada dalam kawasan masjid.


Tetiba kelihatan mereka bergerak menuju ke kereta yang membawa mempelai yang baru tiba dengan tergesa2 sedangkan tadi hati, telinga dan mata mereka seakan2 dipekakkan serta ditutup dengan serapat2nya ketika azan dan iqamah berkumandang dan ketika solat zohor dijalankan.

Terus terang , aku berasa sungguh sedih sekali

Ya Allah,
Kau bukakanlah hati mereka,
Jangan kau pekakkan dan tutup hati mereka ,
Sedangkan ketika itu mereka sanggup berpaling ke arah lain
dari sujud kepada mu Ya Allah
Berilah mereka taufik dan hidayah agar terbuka pintu hati mereka
untuk sujud kepada Mu Ya Allah

Ampun ku Ya Allah
kerana
aku tidak berdaya dan berkuasa

Jumaat, November 25, 2011

DOA, DOA, DOA DAN TAWAKKAL

sib baik tak balik naik buggy
hehehe

ALHAMDULILLAH

Kereta hanya sekadar keperluan hidup dan tak lebih dari itu, namun doa sebenarnya bukan sekadar keperluan , malah aku anggap sebagai satu kemestian mengiringgi perjalanan kehidupan ku sehari-harian.

Tempohari semasa aku nak ke Kuala Rompin, dalam perjalanan menuju Mersing, bunyi "ting" dari moto roda tiga aku menandakan ABS tidak berfungsi berserta FTM dan DBC akibat kegagalan teknikal salah satu dari speed sensor yang memantau . Semua pakai "computerised" dalam teknologi terkini , jadi sedikit masalah teknikal timbul akan memberi amaran .

Moto roda tiga ni masih boleh dipandu , tapi kena berhati2 sedikit dan elakkan membrek secara mengejut . Doa dalam hati agar aku tidak memerlukan melakukan emergency break sepanjang perjalanan nanti dan juga balik . Kalau tak , nampak gaya aku balik naik buggy golf tu le gamaknya hehehe

Alhamdulillah,
Doa ku dimakbulkan Allah dan perjalanan pergi balik semuanya dalam perlindungan dan kerahmatannya.

Moto roda tiga ni perlu dihantar ke AB untuk dilakukan pemeriksaan dan aku lakukan hujung minggu sudah dan perlu menunggu kelulusan pihak ibu pejabat kerana di bawah tanggungan mereka .

Temujanji ku hari ini untuk kerja2 penggantian tersebut. Mau makan sehari juga kerana semua perlu dilakukan dengan teliti dan didianogsis . Hari ni pulak hari Jumaat . Patah kaki aku nanti kena tunggu sehari suntuk pula di louge AB. Kalau dekat rumah , aku dah menapak balik. Namun semalam aku berdoa kehadrat Allah S.W.T agar urusannya nanti dipermudahkan . Aku mohon kepada Allah agar semuanya berjalan dengan lancar dan tak mengganggu nanti aku nak solat jumaat dan tak perlu aku nak "menaun" kat sana.

Pagi tadi selepas dalam jam 7.00 pagi , aku start motoroda tiga ni dan memecut ke JB. Alhamdulillah, tetiba lampu amaran menandakan masalah teknikal tu padam .

Sempatlah juga aku memecut untuk menggelakkan kesesakkan jalanraya nanti . Allah telah memakbulkan permintaan ku untuk dipermudahkan. Tiba je di AB, ia menyala kembali. Alhamdullillah sekali lagi ku ucapkan kerana aku dah selamat sampai.

Masuk ke lounge servis department , aku bertemu dengan managernya lalu menyatakan temujanji ku hari ni untuk moto roda tiga ku.

Allah mendengar dan memakbulkan lagi doa ku. Manager tu mengarahkan anak buahnya menyediakan sebuah moto roda tiga gantian buat ku untuk digunakan sementara semua urusan penyelenggaraan nanti selesai lebih kurang jam 3 petang. Jadi aku tak perlu "menaun" kat sini .

Terima kasih Allah kerana Kau mempermudahkan lagi urusan ku .

Start moto roda tiga gantian dan terus aku balik ke teratak ku di HC dan dapatlah aku melakukan beberapa perkara lain bersama seorang staf ku .

Alhamdulillah,
Allah memudahkan urusan ku untuk bersolat Jumaat nanti tengahari ni dan lepas tu terus nanti aku ke JB .

Apa yang nak aku kongsikan di hari jumaat yang mulia ini,
kita berdoalah dan mintalah pada Allah , kemudian kita tawakkal

Doa kita nak dimakbulkan olehNYA atau tidak bukan urusan kita kerana Dia Maha Mengetahui

Kalau doa kita dimakbulkan , bersyukurlah dan kalau tidak dimakbulkan,kita tetap perlu bersyukur dan janganlah kita bersangka buruk .

Doa sebenarnya memainkan peranan penting dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim dan doa jugalah dikatakan senjata paling ampuh untuk kita yang umat lain takda keistimewaan tu. Janganlah kita sesekali mempersoalkan Allah jika doa kita tidak dimakbulkan . Tidak semestinya apa yang kita doakan akan diperkenankan.

Akhir kalam,
aku berdoa di hari jumaat yang mulia ini agar kalian semua khalayak pembaca SCP samada yang aku kenali atau tidak sentiasa dirahmati Allah dan dalam perlindungNYA serta berbahagia selalu.


Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah


ni motoroda tiga yang depa kasi aku pakai
nanti lepas jumaat kena pulangkan
kalau depa terus kasi je sebagai "complimentary" kan best
hehehe

kata itu doa

ok , aku nak pi bentang tikar kat masjid


Khamis, November 24, 2011

SEKADAR INGIN BERKONGSI

ALHAMDULILLAH

Malam ni , aku sekadar nak berkongsi cerita yang langsung takda kaitan dengan foto2 di n3 ini. Sebenarnya hari ni terasa letih sungguh kerana banyak kerja yang perlu disiapkan .

Ceritanya begini.

4-5 hari lalu masa solat di masjid jamek HC , terdengar di teliga ku selepas setiap kali selepas imam mengucapkan Allahuakhbar masa mengangkat Takbiratul Ihram atau nak rokok atau nak sujud , kedengaran juga ucapan yang sama seolah2 bilal yang mengucapkannya.


Tapi gaya pengucapannya agak begitu berat seperti menanggung kesakitan dan kepayahan yang amat berat serta kurang jelas dan yang pasti pada ku tentu bukan bilal yang mengucapkan . Kekusyukan ku sedikit terganggu namun aku cuba juga menumpukan sepenuh perhatian terhadap solat ku.

Perkara tersebut berulangkali berlaku juga . Akhirnya aku mendapat jawapan ketika waktu zohor beberapa hari sudah. Ketika aku sampai , solat berjemaah belum lagi dimulakan. Kelihatan seorang yang agak berumurnya dalam lingkungan 50 puluhan sedang solat sunat sebelum zohor, tapi kelihatan dada dan badannya serta kaki dan tangan agak senget dan tidak menghadap ke arah kiblat .

Akhirnya persoalan aku terjawab yang suara itu datang dari insan ini yang mana kalau dilihat dari keadaannya, ia telah diserang penyakit stroke yang mengakibatkan separuh badannya kelihatan mengalami gangguan yang amat serius.Segala pergerakkannya dalam solat agak terbatas sekali.Sesekali kedengaran suara yang kurang jelas darinya.


Apa yang nak aku kongsikan di sini ialah, walaupun dalam keadaan kepayahan sebegitu yang pasti amat berat, namun semuanya diketepikan demi memakmurkan masjid dengan solat berjemaah dan ia tetap menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang islam .

Kejadian dan situasi ini sebenarnya memberikan peringatan , kesedaran dan banyak lagi terhadap diri ku yang aku perlu rebut dan rebut dan rebut seperti sabda Rasulullah untuk memperbaiki diri ku dan mempersiapkan dengan segala kemungkinan . 5 perkara tersebut tentu sangat penting kerana ia disebutkan oleh Rasulullah dan 5 perkara itu ialah :

1.MUDA SEBELUM TUA
2.SIHAT SEBELUM SAKIT
3.KAYA SEBELUM MISKIN
4.LAPANG SEBELUM SIBUK
5.HIDUP SEBELUM MATI


Mata hati ku berkata , situasi dan peristiwa itu adalah petunjuk dari Allah untuk diambil iktibar dan pengajaran daripadanya yang kalau dilihat pada mata kasar macam takda apa2 pun, tapi sebenarnya tidak ...

Moga kita semua sentiasa diberi kekuatan, petunjuk serta hidayah oleh Allah S.W.T

Sekadar berkongsi cerita dari ku insan yang lemah serba kekurangan .


Selasa, November 22, 2011

LGB&GR : PETANG YANG MENDAMAIKAN

Kalau takut dilambung ombak ,
Jangan berumah di tepi pantai.

Itulah antara bidalan yang banyak membawa pengertian .
Begitulah juga dengan kehidupan kita yang sementara di dunia yang sementara belaka ini.

Aku dapat melupakan seketika masalah2 kerja dan yang berkaitan dengan perniagaan apabila aku berada di sini. Meniup udara segar petang yang dipinjamkan seketika oleh Allah buat ku.

Bercerita tentang perniagaan, nampak semua cantik di mata orang, tapi hakikatnya segala ombak, onak dan duri yang terpaksa ditempuhi hanya Allah je yang tahu.

Masalah pelanggan yang tidak menjelaskan pembayaran dan yang liat menjelaskan pembayaran dan yang buat2 tak tahu sering menghantui para peniaga dan usahawan sebenarnya . Sedangkan hakikatnya segala barangan serta stok yang diambil dari pengilang perlu dijelaskan mengikut "terms" samada secara tunai, 30 hari, 60 hari atau 90 hari sedangkan ada pelanggan yang ada sampai setahun dua yang tidak menjelaskan langsung .

Itu belum lagi yang dah 3,4,5,6 tahun yang akhirnya menjadi hutang lapuk .


Tapi dah orang tua2 kata,
"kalau takut dilambung ombak,
jangan berumah di tepi pantai"

Aku terima semua itu dengan redha dan menjadi sebahagian asam garam dalam perniagaan.

Manusia dijadikan oleh Allah di muka bumi ini dengan pelbagai ragam . Kalau semua baik, amanlah dunia ni.

Itulah sebabnya baru2 ni terpampang di dada akhbar yang Tabung PTPTN hampir kekeringan akibat terlalu ramai peminjam yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka menjelaskan hutang pinjaman mereka . Itu belum lagi yang sering aku baca tuan2 punya rumah yang disewakan mengalami masalah apabila ada penyewa yang bukan 2-3 bulan malah hampir setahun tidak menjelaskan sewa rumah yang boleh dianggapkan sebagai hutang .

Ada yang yuran sekolah anak dan tadika anak pun tak bayar , kekadang bukan takda duit kerana kalau kita lihat mereka masih boleh berpakaian kemas dan cantik serta berkenderaan ke sana kemari. Tapi semuanya bergantung kepada sikap dan juga pegangan agama sebenarnya.

Kalau kita yang mengaku sebagai seorang islam yang mengucap dan memegang kalimah :


sedarlah bahawa seksaan Allah itu berat bagi sesiapa yang tidak menjelaskan hutangnya yang akan membuatkan segala amalan kita akan tergantung kelak.


Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Muslim menegaskan:

“Sesungguhnya Allah s.w.t mengampunkan segala dosa orang yang mati syahid (di jalan Allah) kecuali (dosa yang melibatkan) hutang piutangnya.”


Allah S.W.T berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 283:


“Kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang, maka hendaklah orang yang dipercayai itu menyempurnakan amanahnya (hutangnya) dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya.”

Islam telah menetapkan bahawa setiap yang berhutang wajib melaksanakan amanah dan bersifat jujur membayar hutang mereka setelah berkemampuan. Bagi sesiapa yang suka melewat-lewatkan atau menangguhkan pembayaran hutang ini, maka maruah mereka menjadi hina, hidup hilang keberkatan dan tidak diredhai oleh Allah , amalan kebajikan tertolak dan tergolong dalam orang yang zalim.







ALHAMDULILLAH

keindahan pantai dan kesyahduannya petang ini dapat menenangkan seketika segala permasalahan kerana semuanya itu adalah suratan yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T

Samalah juga dengan ketentuan Allah yang mengizinkan aku datang ke sini dan menghirup udara segar di bumiNYA yang penuh dengan keindahan di mata dan tersembunyi serta terkandung sebenarnya banyak hikmah di dalamnya apabila aku memandang keindahan petang ini dengan mata hati ku.

Terima kasih Allah kerana meminjamkan lagi sehari kehidupan ini buat diri ku.


Isnin, November 21, 2011

MELEKAT BAUNYA

Adoiiiiiiiiii


Kacau ni , melekat baunya
puas aku basuh tapi masih melekat kuat baunya kat tapak tangan aku ,
manakan tak melekat baunya,
masa aku mengerjakannya tadi bukan main khusyuk lagi

Ni nak kena cuci betul-betul
kena pakai dettol Hand Soap ni

kalau tidak , kacauuuuuuu

teringat aku dulu masa awal 20han umur aku masa tu
aku ada sorang kawan baik yang sama2 main takraw ,
namanya Razak Tonga ,
badannya sendo dan berambut kerinting sebiji macam seorang ahli gusti terkenal masa yang bernama Tonga

dia keja dengan sorang tokey ni
kira tokey gotah ojol ,

bebudak sekarang ramai yang tak tahu apa tu getah ojol dan bagaimana "haring"nya bau gotah ojol ni

kena kalau musim hujan dan cuaca lembab2 begitu
bacin semacam je bau gotah ojol ni hehehe

Razak ni ada sorang girlfriend putih melepak walaupun dia sendiri gelap
kira dia ni gelap2 tapi ada manisnya pasal ada tahi lalat kat tepi mulut
dan lagi satu dia ni kalau mengayat memang handal

dah orang tua2 kata kalau ada tahi lalat kat tepi mulut mesti pandai cakap hehe

Kalau dia nak pi dating ,
lagi 1-2 hari dia terpaksa ambik cuti dan tak keja
pasal bau getah ojol ni kira dah melekat dan sebati dengan badannya
karang tak hilang baunya masa pi dating hehe
jadi dia kena mandi betul2 dan ambik masa sehari juga nak hilangkan bau gotah ni

begitulah ceritanya betapa kuatnya bau gotah ojol ni

tapi laaa ni pun baunya kuat juga melekat kat tangan aku
kena basuh betul-betul

tapi aku tak pegang gotah ojol

bau yang melekat kat tapak tangan aku ialah bau KEPALA MAYONG MASAK ASAM PEDAS

sedap baunya berbanding gotah ojol hehehe

alhamdulillah











Sabtu, November 19, 2011

USS : PART 10 : NEW YORK

Satu lagi park yang aku jelajahi ialah New York di mana sebuah studio mini set pengambaran Light,Camera,Action hosted by Steven Spielberg terdapat si sini. Namun ia hanya sebuah set yang kecil sahaja, namun terlihat kecanggihan "special effect" yang sering digunakan dalam sesebuah pengambaran.

Kami merasai seakan2 berada dalam sebuah bandar yang sedang dibadai tornado melalui kesan bunyi dan juga kesan2 lain seperti berada2 betul2 di situ.

Itulah kecanggihan teknologi masa kini namun yang pasti semuanya tetap dan tak akan dapat menandingi kuasa Allah S.W.T.



Aku sempat merakamkan beberapa foto menarik di sekitar New York. Tak dizinkan Allah lagi nak jejakkan kaki ke bandar raya New York yang sebenar, dapat lihat kat sini pun jadilah .

Kepingin rasanya nak menjejakkan kaki ke Universal Studio di Orlando , USA yang sangat besar untuk melihat dan merasai sendiri kecanggihan teknologi terkini dalam bidang pengambaran .

Teringat dulu2 yang sebenarnya aku pernah merancang dengan mak itam nak menjelajahi bumi Uncle Sam ni suatu masa dulu, namun kerana aku tinggal di hujung Tanah Melayu dan urusan untuk mendapatkan visa ke sana agak sukar atas faktor jarak dan masa kerana semuanya di ibu kota.

Lagi satu nak kena isi memacam jenis borang secara atas talian dulu , baru buat bayaran proses dan kena temuduga dulu dengan segala macam dokumen yang perlu di siapkan , lantas aku terus batalkan niat ku hinggalah ke hari ini kerana tak semestinya visa ke sana lulus setelah menjalani temuduga .

Akan datang tak tahulah , mana tau ada rezeki dan keizinan Allah untuk aku menjejakkan kaki ku ke sana. Namun semenjak islamfobia yang melanda dunia barat ni terutama negara uncle sam ni, lagilah niat ku ke sana semakin berkubur. Ada hikmah yang terkandung sebenarnya yang hanya Allah je yang Maha Mengetahui.