WARGA SCP

Jumaat, Mei 25, 2012

SAFE MODE




mulut penuh, tak boleh cakap
layan je asam pedas tu

dah "safe mode" nak cuti panjang
insyallah, jumpa lagi

Khamis, Mei 24, 2012

BIARKANLAH, AKU HALALKAN



ALHAMDULILLAH

Aku memang suka membaca , tetapi aku punya satu tabiat yang kekadang mak itam cakap aku ni bukan membaca tapi mengeja hehehe

Maklumlah, aku ni kan murid2 kelas pemulihan LINUS hehehe

Manakan tidak, kalau aku baca surat khabar hari ini , maksudnya surat khabar tu semalam punya cerita hehehe

Begitu juga dengan buku . Kekadang aku suka baca buku secara sikit2, kerana aku rasa sayang nak habiskan baca sekali gus hehehe

Buku ni dibeli tahun lepas , tapi kerana aku baca sikit2 , maka tak habislah lagi hingga 1-2 hari lepas aku sambung baca sikit2 . Kali ini aku mula baca dari muka belakang kerana ia mempunyai banyak cerita2 yang menarik di dalamnya yang boleh aku jadikan iktibar dan pengajaran .

Tiba je muka surat 171, aku rasa foto dalam gambar ni macam aku kenal dan memang sah foto tersebut aku rakamkan pada 9 Disember 2007 jam 4.42 pm di Masjidil Haram menggunakan HP Sony Erikson P1i. Masa tu aku sedang menunaikan fardhu haji .

Masih segar dalam ingatan aku ketika itu . Aku masa tu marathon berada di Masjidil Haram dari Asar terus Magrib dan Isyak .Tapi aku jenis tak duduk setempat. Aktiviti aku selama berejam-jam ketika itu ialah membaca Al Quran kerana aku berhajat nak khatam Al Quran di sana dan Allah permudahkan dan ia dapat dilaksanakan dengan izinnya jua. Samping tu bila penat duduk , aku jalan lagi tempat lain pekena air zam2 segelas dua dan sempat ambil foto sekeping dua dengan hp aku dan sambung balik baca Quran .

Tapi yang tak bestnya, foto tersebut telah mereka gunakan tanpa kebenaran aku yang pasti diambil dari blog SCP atau sumber2 lain . Cuma yang tak sedap dalam ayat ni yang terdapat di buku tersebut sedangkan mereka tidak pula pernah meminta kebenaran sebelum mengambil dan menerbitkannya.



foto asal aku

foto yang mereka ambil dan gunakan

Tak apa, biarkanlah . Aku halalkan kerana aku hanya mengharapkan pahala dari Allah sahaja , tidak lebih dari itu .

Tapi prinsip aku mudah , aku tetap takkan ambil hak orang lain tanpa kebenaran .

Insyallah.

Rabu, Mei 23, 2012

THE BLACK SATURDAY

Tok Batin in black
ALHAMDULILLAH

Pasti setiap insan di dunia ini hidup dengan pelbagai peristiwa. Ada yang hitam dan ada yang putih yang mewarnai kehidupan kita yang sementara di dunia yang fana' ini. Itulah yang menjadikan kita hari ini. Samada kita terus dihantui dengan peristiwa hitam itu atau sebaliknya , semuanya terpulang kepada kita . Kita juga yang mencorakkan kehidupan , nak putih atau nak hitam.

Edward in Black

Terkenang aku masa dulu2 masa aku muda belia dalam umur 22 tahun , satu peristiwa hitam telah berlaku dalam hidup aku. Masa tu ,aku dalam perjalanan pulang dengan sebuah bas express dari utara menuju ke selatan . Kerana lambat beli tiket bas, jadi aku hanya dapat tiket sampai Pudu Raya je . Dalam bas perut aku mengelodak . Itu jam lah, dia nak terkucil , berpeluh aku menahannya hehehe

Tiba je kat Pudu Raya, tak cukup tanah aku belari ke sebuah tandas awam dia dan terus melepas hajat besar . Selamat dah aku rasakan masa tu.


Tapi itulah permulaan peristiwa hitam masa tu, bukak paip air , kepala paip tu rosak dan takdak air . Alamak, aku mati akal . Takkan nak keluar pindah tandas sebelah pulak yang pasti tandas awam Pudu Raya tu sentiasa penuh . Termenung aku sendirian , mati akal dibuatnya .
Punah rasa masa depan hahaha

Nak istinjak guna batu, mana ada batu dalam tandas tu. Yang ada batu dinding je.

Teringat aku senaskah surat khabar dalam bagpack aku, maka itulah pertama kali dalam sejarah hidup aku aku beristinjak guna surat khabar hehehe


Ni kisah benar dan bukan main2 .


Habis satu naskah surat khabar dari muka surat satu hingga muka surat 24 hahaha


Darurat , dan lepas yakin bersih buat sementara, pakai semula kain pelikat gombang dan bukak pintu tandas dan terus pi tandas sebelah pulak dengan muka selamba untuk beristinjak semula hehehe


Gasaklah orang nak tengok ke apa ke hahahaha

Aku buat bodoh je.

Itulah peristiwa hitam masa aku memuda dulu yang sampai sekarang kalau aku kenang , aku pasti senyum sendirian.


The Black Saturday.

Semenjak dari tu hinggalah sekarang , kalau aku terpaksa gunakan tandas awam kat mana2 pun, perkara pertama aku lakukan ialah pastikan paip dia ada air dan berfungsi. Aku dah tak sanggup nak tempoh peristiwa hitam tu lagi sekali hehehe

Maaf , n3 ni nampak kotor sikit, tapi boleh dijadikan ikhtibar . hehehehe
Kalau tak panjang akal , mati keraslah aku dalam tandas tu sampai ke malam bila orang dah takda hahaha

Kalau kalian nak ketawa lepas baca n3 ni, ketawa pelan2

Jimmy and Janet in black


also in black

Selasa, Mei 22, 2012

EDL EXPRESSWAYS

1/2 jam jugak nak lepas
masuk dalam CIQ Woodlands ni
lihatlah deretan kereta malaysia yang dok beratur
kat semua lorong masuk yang dibuka
kira waktu puncak


ALHAMDULILLAH

Sekarang kalau nak ke Temasek, tak payah2 nak pening kepala menempuhi kesesakkan jalanraya di jalan Tebrau menuju ke CIQ Tambak Johor kerana Lebuh Raya EDL a.k.a Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Timur (EDL) Expressway sepanjang 8.1 km dan mempunyai 3 lorong dua hala telah beroperasi sejak sebulan yang lalu . Buat masa ini , percuma kerana masih belum ada kata putus dalam penetapan bayaran tol yang perlu dijelaskan oleh pengguna . Cadangan asal RM15 bagi 8 km ini mendapat bantahan kerana terlalu mahal . Itu yang hingga sekarang takda kata putus lagi .

Jika dari utara menggunakan lebuhraya PLUS, pengguna tak payah keluar2 lagi dari lebuhraya PLUS kerana boleh terus masuk antara persimpangan Pandan di penghujung Lebuhraya Utara-Selatan terus ke kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Tambak Johor.

EDL menyediakan link yang cepat dan mudah dan pantas terus kepada CIQ dari Persimpangan Bertingkat Pandan. Senang cerita kalau lalu EDL , hanya 10-15 minit je ke CIQ berbanding sejam atau lebih jika jammed di jalan Tebrau. Bapak dulu sekali pernah hampir 3 jam nak lepas CIQ ikut jalan Tebrau. Taubat heheheh

Kelmarin pagi, bapak baru je kali pertama menggunakan EDL ni dan memang tak sampai 10 minit dah sampai CIQ Tambak Johor, namun ketika itu jam lebih kurang 11.00 pagi . Berlaku sedikit kesesakkan di CIQ Tambak Johor kerana ketika itu rakyat Malaysia , khasnya penduduk Johor yang bekerja di Temasek sedang berpusu nak masuk sana. Bapak pula ada kerja sikit kat sana yang tak boleh ditangguh-tangguh lagi kerana telah berapa kali bapak tangguhkan urusan tu.

Lebih kurang sejam diperlukan untuk melepasi kedua2 CIQ iaitu CIQ Tambak Johor dan CIQ Woodlans . Kat CIQ Woodlans, bapak punya ERP error bila dimasukkan dalam mesin tu. Bapak dah jangka kerana bulan Febuari baru ni, bapak baru renew roadtax, pasti sistem mereka tak boleh baca. Kena berhenti sekejap ke opis dia tu dan update data semula. Baki dalam ERP tinggal Sing Dollar 16.00 dan 7 hari lagi hari masuk percuma dalam kad tu . Kalau tak, sekali masuk kena Sing dollar 20 .

Masuk je memandu di Temasek, terus terang bapak katakan yang rasa tenang dan mendamaikan kerana jalan raya mereka yang memang tip top dan tak perlulah nak elak lubang sana, lubang sini atau jalan tak rata . Corak pemanduan rakyat mereka juga berhemah dan kita tak perlu risau berbanding kita memandu di KL atau JB atau bandar2 lain di negara kita .

Bukan nak puji, tapi itulah hakikatnya .

Meredah BKE (Bukit Timah Expressway) terus ke PIE (Pan Island Expressway ) lalu terus ke Upper Seranggon Road kerana urusan bapak di kawasan Al Juned. Kerana terlepas satu simpang yang bersimpang siur, maka bapak kena pusing ikut lain tapi tak perlu risau kerana pusing2 pun kat situ jugak.

Alhamdulillah,
urusan selesai kat pukul tiga jugak dan tahu jika balik ikut Woodlands ketika itu, pasti jammed teruk lalu balik ikut CIQ Tuas dan pukul 4 pm, bapak dah berada semula di Tanah Melayu.

Perut kriutttttt kriuttttttt
korner baring ke Singgah Selalu kat Danga Bay , sekarang kat situ ada dah kiosk Restoran Hadramawt yang menyajikan pelbagai menu dari Yaman , apa lagi bapak pekena Lamb Kabsah yang menyelerakan .Tak cukup pulak hehehe

Minta maaf kerana ini bukan leisure trip , jadi hanya sekeping foto je yang bapak sempat snap tgh2 boring nak masuk CIQ Woodlands yang jammed jugak guna hp cokia bapak.

Tulah pasal kerana kesibukkan menoreh sana-sini, SCP tak sempat jenguk dan update hingga terlintas pulak nak biarkan ia "berhabuk dan berulat" je hehehe



Jumaat, Mei 18, 2012

MARINA BURAU BAY

ALHAMDULILLAH

Dari penginapan di Sheraton menuju ke Oriental Village sebelum tu , aku dah ternampak Marina kat Burau Bay ni yang buat aku terkedu kerana punyalah cantik keindahan alamnya dengan langit yang membiru menyebabkan aku kata dalam hati, aku mesti singgah kat sini untuk merakamkan foto di sini . Lagi pun tak jauh mana pun dari hotel .

Mata aku selalunya selalu melingas memerhati spot2 yang cantik2 tak kiralah kat mana2 pun kalau aku berjalan , dan kalau ada masa pasti aku akan "return" semula untuk rakamkan dari lensa aku jika berkesempatan . Itu lebih baik dari mata melingas tengok benda yang bukan2 hehehe

Sepanjang perjalanan dari Sheraton, aku melewati beberapa lagi buah resort seperti Tanjung Santuary Resort, The Danna dan juga Mutiara Burau Bay Resort.

Parking yang paling senang dan mudah ialah di stesyen minyak petronas yang bersebelahan dengannya lalu apa lagi , mulalah aku menembak .


Masa tu kalau tak salah aku dalam pukul 11.00 pagi ketika cuaca memang sungguh baik sekali dengan langit yang membiru, ditambah lagi kehijuan air di marina ini menjadikan kerja2 setting camera tak begitu sukar kerana cahaya semula jadi yang sesuai.

Cuma kena pandai je cari angle dan komposisi yang sesuai yang pada aku semuanya indah belaka untuk diabadikan.

Memang tenang dan damai di sana . Kebetulan banyak pulak "kapal layo" yang kat marina ni . Cerita pasal kapal layar , aku rasa cikai2 pun reganya mau ratus ribu riban dan tentunya kebanyakkan kepunyaan orang asing yang duit depa tak habis pakai dan makan lalu hobi mereka belayarlah.

Kalau reganya dalam 3-4 ratus je , mau aku beli 4-5 biji parking kat sini buat sewa sapa nak pegi belayo hehehe

Nilah beberapa keping foto dari puluhan foto juga yang aku sempat rakamkan di sini hadiah ku buat tatapan mata kalian di pagi jumaat yang mulia ini .

Nikmatilah .






Khamis, Mei 17, 2012

DENNIS THE MENACE bersama PAK LAZIM

ALHAMDULILLAH

Sekarang rasanya dah takde cerita Dennis The Menace tu. Masa aku dedulu ada komik dan ceritanya mengenai seorang budak yang nakal tapi panjang akalnya. Agaknya aku dalam kategori tu kot hahaha

Tulah gambar aku dedulu yang aku terjumpa kat kampung tempohari. aku masih mengingati lagi peristiwa tu yang di rakamkan di Ujong Pasir , Melaka . Arwah bapa dulu kerja marine kastam tukang bawak bot laju tu . Jadi kehidupan kami sentiasa berpindah mengikut arahan yang terima oleh pihak atasan ayah . Jadi aku hanya sebentar sahaja tinggal di Port Swettenham , England sebelum berpindah ke Melaka.

Bersama aku dalam gambar tu bukan arwah ayah, tapi arwah bapak angkat aku yang bernama Pak Lazim . Pak Lazim memang selalu kidnap dan pinjam aku untuk dibawa bersama2 nya jalan2 . Aku tak tahu, sejak kecik2 dulu, bukan hanya Pak Lazim sahaja, tapi bapak2 saudara ku rajin ambik pinjam aku .

Rasanya foto hitam putih tu dah hampir 40 tahun lebih usianya masa umur aku 2-3 tahun tapi masih terjaga kemas dan tiada cacat cela.

Zaman kanak2 ku masa tu lamanya jugak dihabiskan di Berek Kastam Ujong Pasir . Agaknya akulah hero masa tu kat sana masa kecik2. Menurut cerita arwah ibu, Pak Lazim sayang sungguh sekali dengan aku mengalah anak2nya sendiri . Namun selepas beberapa tahun menetap di Ujong Pasir , kami berpindah pula ke Berek Kastam Tanjung Puteri ,JB dan semenjak tu aku tak pernah ketemu lagi dengan Pak Lazim .

Al-Fatehah buat Arwah Pak Lazim.
Moga damai dan tenang di sana.


Selasa, Mei 15, 2012

HUJUNG MINGGU YG SUGGUH MELETIHKAN

ALHAMDULILLAH

Hari minggu bapak hinggalah semalam memang sungguh sibuk sekali kerana bapak terpaksa "reschedule" semula segala urusan dan jadual kerja bapak yang sedikit "lari" akibat kemalangan tempohari.

Kemalangan tak berbau macam kita bau buah durian, kalau bau senanglah . Kita hidu dulu dan kita elak hehehe

Tapi kalau berlaku kemalangan , yang penting jika kita tak mengalami kecederaan, kita jangan panik dan kelam-kabut . Istgifar dulu dan ingatkan Allah kerana Dia yang merencanakan setiap apa yang berlaku yang pasti ada hikmat tersembunyi.

Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W :

"Sesiapa yang membaca:

[image-43.gif]

"Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya."


nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan”.

Oleh kerana sebuah motor bapak yang selalu bapak gunakan buat noreh sana-sini masih dalam bengkel utk tujuan pembaikkan dan tuntutan insurance, tu jadi kelam kabut sikit. Namun syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana sorang rakan baik bapak telah menawarkan Hilux dia pada hari sabtu yang lalu untuk bapak selesaikan urusan di area Tg. Sedili dengan tok batin di sana berkaitan projek atap nipah dan akhirnya semua dapat diselesaikan dengan jayanya.Untuk pengetahuan kalian , bekalan atap nipah ni memang diusahakan oleh penduduk dikalangan orang asli di area ini.

Jadi sekarang BMX bapak yang selalu ada dok kat "porch" yang hanya bapak gunakan sekali-sekala utk urusan rasmi dan untuk "long distance" sahaja , bapak dah keluarkan utk digunakan oleh mak itam . Bapak gunalah sekarang motor roda tiga bapak yang berusia 22 tahun dah sementara waktu .

Semalam juga segala urusan dokumentasi untuk tuntutan insurance telah bapak hantar dalam seminggu dua nanti, insyallah siaplah nanti motor roda tiga tu pula . Sebagai panduan jika berlaku kemalangan dan memerlukan tuntutan insurance, pastikan semua dokumen ini hendaklah disediakan iaitu :

1. Laporan Polis (original) .
2. Salinan kad pengenalan dan lesen memandu
3. Salinan Polisi insurance atau cover note .
4. Salinan geran kenderaan.
5. Cukai jalan kenderaan.
6. Salinan "hire purchase agreement" jika masih dalam tanggungan.
7. Salinan saman jika kita didapati bersalah menyebabkan kemalangan itu.
8.Sijil nikah tak payah hantar ya, simpan bebaik kat rumah hehe

Ingat, semua laporan kemalangan mestilahlah dibuat dalam masa 24 jam selepas ia berlaku. Kalau lagi cepat lagi bagus. Jika lambat dari 24 jam , pihak polis akan mengeluar saman pula yang berjumlah kalau tak salah aku RM600.00 .


(untuk kes yang tak melibatkan kecederaan dan kenderaan boleh bergerak)
Semasa berlaku kemalangan ,jika kenderaan yang kita naiki tadi masih boleh bergerak, letakkan kat tepi sikit kerana ditakuti akan mengakibatkan kemalangan lain pula yang menimpa. Telefon segera balai polis trafik yang berdekatan agar pihak mereka dapat datang untuk mendokumentasikan segala yang perlu seperti gambar tempat kejadian dan gambar kenderaan yang terlibat. Sedang pihak polis menjalankan tugas mereka di situ, ambillah gambar tempat kejadian dan juga gambar kenderaan yang terlibat dari sisi, depan dan belakang serta no. plat kenderaan yang terlibat sebagai simpanan .

Jika selesai semua urusan ditempat kejadian, kalau kenderaan kita boleh bergerak dan kita tak mengalami kecederaan, teruslah ke balai polis berdekatan pula untuk membuat laporan rasmi .

Andai kata kita sendiri sama2 "jalan" masa kemalangan tu, kita dah tak payah fikir apa2 pun pasal dunia kerana masa tu kita kena fikirkan pula nak mengadap "pegawai" yang lebih besar pangkatnya yang akan menyoal kita nanti dalam lubang kubur .Biarlah mereka yang hidup memikirkan dan menyelesaikan hehehe


Aduhhh, penat nak berceloteh dan bercerita . Badan terasa lesu sangat dan lenguh kerana bapak penat mengosok dan memvarnish beberapa pasang pintu kayu dari sabtu petang hingga menyambung ahad pagi . Kebetulan "son of gun" bapak semalam ada dan sama2 membantu . Alhamdulillah kerja2 pemasangan pintu di sekolah tersebut siap sepenuhnya kat pukul 6.30 pm jugak oleh tukang bapak .

Semoga minggu ni penuh keceriaan buat bapak dan kalian semua dan semoga kita semua sentiasa dalam perlindungan dan kerahmatan Allah hendaknya.

Insyallah.

Tak lupa buat semua guru ,
tak kiralah guru sekolah atap ke, guru tadika ke, guru mengaji ke , guru silat ke

Guru Yaya tak masuk pasal ia ajar ajaran songsang hehehe

Bapak tahu ramai juga kalangan sahabat bapak di SCP ni adalah guru

SELAMAT HARI GURU

yang akan disambut esok pada 16 Mei nanti. Jasa kalian sungguh besar mendidik anak bangsa.Hanya Allah yang akan membalasnya.Ilmu yang bermanafaat yang kalian berikan sebenarnya merupakan salah satu talian selepas kita mati apabila ilmu tersebut diamalkan dan bermanafaat.

Bapak guru beso , jadi bapak tak diraikan kerana mana ada HARI GURU BESO hehehe


SELAMAT HARI GURU

SELAMAT HARI GURU


SELAMAT HARI GURU

Guru Beso dengan Guru Kecik
dgn anak2 muridnya

Jumaat, Mei 11, 2012

BAPAK KENA HANTAM BELAKANG

ALHAMDULILLAH

Syukur ke hadrat Allah kerana semuanya selamat tanpa kecederaan serius akibat bapak dihantam dari belakang oleh Jack n Jill . Kemalangan ini berlaku sekitar mukim Tg Sedili . Lepas solat zohor bapak keluar kerana ada beberapa urusan yang perlu dilakukan di kawasan tersebut . Lepas selesai perjumpaan dengan sorang tok batin kat Kg Sayang, bapak menuju ke pekan HC.

Sebelum tu bapak dah ikut belakang Jack n Jill ni yang bergerak perlahan dalam 30-40 km sejam rasanya sambil lori ni dah nyalakan lampu kecemasan dia . Tapi bapak tak tahu pulak apa kerosakkannya.

Tiba di satu kawasan boleh memotong , bapak potong dia lalu meninggalkannya pergi . Bapak memandu pun tak laju kerana kawasan ni kawasan kampung hinggalah bertemu dengan satu selekoh berbentuk huruf L terbalik ni dan terpaksa memperlahankan motor roda tiga bapak bagi memberi laluan sebuah treler yang sangat panjang dari arah bertentangan kerana kalau tak, penyek bapak kena gelek dgn treler ni . Faham2 sajalah bila treler panjang yang 20 tayar tu membelok di selekoh sebegini , kepala treler korner manakala ekornya tak korner sama .

Tetiba dalam 5-10 saat lepas tu, berdentummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Terkedapan bapak tetiba dan kaca memenuhi dalam motor bapak . Bapak cuma takut pinggang bapak je terpeleot masa tu pasal terdorong ke hadapan secara tetiba atau pun sebaliknya terus baik sakit pinggang dan belakang bapak.

Alhamdulillah, selamat semuanya dan ketika itu bapak pakai topi keledar . Mujur airbag motor bapak tak terkeluar. Kalau tak mau bapak terperanjat kelemasan dalam airbag tu hehehe

Parking ke tepi lalu keluar menuju ke Jack n Jill tu yang towkeynya mengalami sedikit lebam yang besar penumbuk ditangan dan luka kecil akibat serpihan kaca.

Bapak tak marah pun kerana sapalah nak berlaku kemalangan lalu menyebabkan towkey tu kehairanan lalu berkata :

"saya heran, you tak marah2 pun"

bapak kata,

"nak buat apa marah2 pasal benda dah terjadi dan semua tu kehendak Allah"

Terus menalifon Balai Polis Trafik HC lalu seorang sarjan datang bersama anggotanya 30 minit kemudian. Sebelum tu ramai juga kenalan bapak dikalangan tok2 batin yang kebetulan lalu di situ berhenti dan bertanya khabar dan mahu menghulurkan bantuan.

Alhamdulillah, bapak ok .

Sebelum tu bapak tanya kat towkey tu , ni mesti kes brek lori tu tak berfungsi dan towkey tu tak menafikan kerana masa tu depa berdua dalam lori sama2 tarik hand brake lori dan ia tetap nak hantam belakang bapak.

Terima kasih pada anggota polis yang bertugas yang mengambil laporan dan merakamkan gambar2 bukti kes .

Alhamdulillah,
kerana bukan salah bapak , bapak tak dikenakan apa2 kompaun manakala lori tersebut telah dikompuan di situ jugak.

Kerana motor roda tiga bapak boleh jalan , bapak pun terus ke balai polis trafik HC untuk membuat laporan polis kerana insurance perlu ditanggung oleh lori Jack n Jill akibat kesalahan dan kecuaian mereka. Lori tu tak boleh jalan dah dan depa kena panggil tow truck pergi tarik .

Sebelum tu kekasih hati bapak yang kat rumah tepi hutan telah bapak maklumkan . Bapak kata tak payahlah pergi jenguk kerana sikit je dan semua selamat, tapi kekasih bapak tu kerana sayangkan bapak nak pergi jugak dari teratak kami tepi hutan bersama anak dara bapak yg tengah cuti semester ni nak tengok dengan mata kepala sendiri keadaan bapak.

Sementara bapak buat laporan polis kat balai, kekasih hati bapak dan anak dara kami dok keluarkan semua barang2 yang terdapat dalam motor roda tiga bapak kerana petang tu jugak, bapak nak hantar ke bengkel untuk tujuan pembaikkan yang rasanya sebulan jugaklah baru siap kerana perlu kelulusan pihak insuran .

Alhamdulillah ,
semuanya dalam perlindungan dan kerahmatan Allah dan bapak redha kerana pasti ada hikmah dan ganjaran yang tersembunyi atas setiap perkara yang Allah jadikan.

Moga segala urusan bapak dan kita semua sentiasa dipermudahkan.


Moga semua urusan tuntutan insuran dan pembaikkan dipermudahkan Allah

Semoga kita semua sentiasa dalam keampunan Allah S.W.T


dah tak boleh jalan langsung

nilah selekoh L terbalik tu

opsss lupa pulak bapak nak minta sikit jajan kat towkey tu
tegap dan kukuh jugak motor roda tiga bapak
sampai surrender jack n jill ni
tapi sebenarnya semua tu berbalik dengan kehendak dan kuasa Allah S.W.T


Khamis, Mei 10, 2012

TAK NAK KAH KITA KELEBIHANNYA SEPERTI YANG DIJANJIKAN


Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sembahyang berjemaah itu lebih baik daripada mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak dua puluh tujuh (27) darjat iaitu ganjaran.
( Riwayat Bukhari dan Muslim )


Sabda Rasulullah s.a.w.:
Sembahyang berjemaah menyamai 25 sembahyang, maka apabila seseorang itu bersembahyang di tanah lapang yang luas, lalu dia menyempurnakan rukuknya dan sujudnya, nescaya ia dapat menyamai sampai 50 sembahyang.
(Riwayat Abu Daud dari Abu Sa’id al-Khudri)


Daripada Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sembahyang berjemaah itu lebih afdhal daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)



Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidak ada sembahyang yang lebih berat kepada orang munafiqin (untuk dilakukannya secara berjemaah) lebih daripada solat isyak dan subuh. Kalaulah mereka mengetahui (ganjaran pahala) yang ada pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang sekalipun dalam keadaan merangkak".
(Riwayat Bukhari Muslim)


Daripada Usman bin Affan r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesiapa yang sembahyang Isya' berjemaah, maka seolah-olah dia telah bangun separuh malam, dan sesiapa yang sembahyang subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersembahyang keseluruhan malam.
(Riwayat Muslim)

Dapatlah dirumuskan di sini, solat berjemaah itu bukan satu perkara kecil kerana ianya termasuk dalam sunat mu’akkad yang sangat dituntut hingga ada yang mengatakan ianya adalah fardhu kifayah.

Alhamdulillah

Banyak sebenarnya hadis-hadis Rasulullah yang ditekankan dalam mengerjakan solat berjemaah kalau kita perhatikan betul2 . Tentu sekali banyak fadilat dan ganjarannya kerana Baginda Rasulullah kerap kali memperkatakan tentangnya dan menekankannya.

Namun tuntutan kerja hari ini di dunia menyebabkan kita tidak dapat mengerjakan solat berjemaah sepenuhnya.

Sebelum membuka cerita, terlebih dahulu ku mohon keampunan dari Allah S.W.T kerana niat ku bercerita hanya untuk peringatan kepada diri ku dan tidak terniat untuk riak atau sebaliknya .

Seboleh2 aku akan pergi menunaikan solat berjemaah di masjid seperti yang disarankan oleh islam kepada orang lelaki. Namun kekadang akibat tuntutan kerja dan faktor2 yang tak dapat dielakkan, aku kekadang terlepas waktu berjemaah bersama2.


Semalam setelah selesai semua urusan dibeberapa buah tempat di sekitar HC, aku ke JB agak lewat jugak. Waktu asar belum masuk ketika itu. Keadaan lalu lintas yang sekarang begitu kritikal setiap petang selepas jam 4.30 petang di Jalan Pasir Gudang menyebabkan semalam aku begitu resah kerana ketika itu aku belum lagi berpeluang menunaikan solat asar . Nak singgah mana2 stesyen minyak berdekatan, tiada pula kelihatan kemudahan surau di premis mereka .

Aku dah terbayang surau di Jaya Jusco Tebrau City bila sahaja aku dapat keluar nanti dari kesesakkan Lebuh Raya Tak Bertol Pasir Gudang . Namun aku tersekat hampir 1 jam lebih jugak dan bergerak mengesot2 . Hanya aku mampu berdoa agar Allah permudahkan kerana takut bahana sekiranya meninggalkan solat Asar , dosanya sama seperti meruntuhkan Kaabah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Kaabah.Bayangkan betapa kita saban waktu dan masa merindui Baitullah, tapi kita seolah2 meruntuhkannya bahana terlepas menunaikan solat asar .


Akibat kesesakkan yang melampau , berlaku pulak kemalangan akibat jarak yang terlalu rapat antara mereka menyebabkan kesesakkan bertambah teruk . Aku hanya mampu memohon keampunan Allah dah minta dipermudahkan .

Alhamdulillah, aku dapat keluar dari kesesakkan hampir jam 6.30 petang lalu terus memecut ke arah JJ Tebrau City dan hanya dapat mengadap Allah bersendirian di hujung waktu asar dalam 6.45 petang . Aku hanya mampu memohon keampunan dari Allah agar diampunkan dosa kerana lambat menunaikan solat atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.


Memecut kereta kerana jarak perjalanan ke tepi hutan hampir 100 km lagi, memasuki lebuhraya E22 yang akan berakhir di Desaru . Perancangan aku nanti singgah di R&R ketika waktu magrib nanti dan dapatlah solat berjemaah tak kira dengan sesiapa kerana pahala berjemaah melebihi pahala solat bersendirian.

Seperti yang dirancang, berhenti di sana dan terus menuju ke surau yang tersedia di situ, toleh kiri kanan kerana kalau ada sorang je pun , kami dah boleh berjemaah. Rugi sangat aku rasai waktu tu kerana peluang nak tambah pahala dan ganjaran lagi 27 terlepas begitu sahaja sedangkan kemungkinan pahala itu nanti dapat membantu mengimbangi dosa2 yang aku lakukan pada hari itu yang tanpa aku sedari.

Alhamdulillah, niat ku nak berjemaah terlaksana bila aku sampai di tepi hutan hampir memasuki waktu isyak.


Coretan ini adalah peringatan dan berpesan-pesan pada diri aku yang hina dan lemah ini.Tiada niat lain . Ya Allah, ampunkan dosa-dosa ku. Kuatkanlah iman ku dan cekalkan hatiku untuk mencari jalan kebenaran yang Kau redhai. Amin ya Rabbal Alamin.

Jika aku sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki kualiti kehidupan di dunia yang sementara, maka aku kena carilah jalan yang sama untuk memperbaiki kualiti kehidupan aku selepas mati kelak kerana di situlah aku akan kekal selama-lamanya seperti janji Allah dan ketika itu pasti semua amalan terputus melainkan tiga perkara sahaja seperti sabda Rasulullah s.a.w :

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi manafaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
( Riwayat Imam Ahmad)


Sekali lagi aku mohon keampunan Allah kerana coretan ini sebagai peringatan buat diri ku insan yang lemah dan hina di sisi Allah dalam mempersiapkan diri menghadapi saat2 kembali nanti yang entah esok lusa yang hanya Allah Maha Mengetahui.

Ya Allah, permudahkanlah hamba mu ini dalam apa jua urusan .


* aku suka sekali walaupun berada seketika di bumi dalam foto2 yang terdapat di atas kerana lihatlah betapa banyakkan masjid yang terletak berdekatan antara satu sama lain yang memberikan kemudahan untuk jemaah menunaikan solat .