WARGA SCP

Rabu, September 03, 2014

RAJUK KU BERPANJANGAN

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

muka Penny toye merajuk kat Teddy kat belakang tu


Rajuk ; merajuk  membawa maksud menunjukkan rasa tidak suka (enggan bercakap, enggan bekerjasama, enggan bergaul dan lain-lain.

Rajuk , satu perasaan istimewa yang Allah S.W.T kurniakan kepada manusia yang tak dapat kita hindari . Cuma betapa besar   rajuknya, hanya insan yang mengalaminya saja mengetahuinya. Biasanya rajuk pasti dikaitkan dengan individu lain yang disayanginya . 

Cerita pasal  rajuk ni, dua ekor dari kucing peliharaan  yang kami bela sejak kecil sering juga terlihat raut wajah rajuknya . Penny akan merajuk pada abangnya Teddy dan Teddy juga seringkali menunjukkan rajuknya pada Penny. Merajuk bukan kerana apa. Merajuk kerana berebut tempat tidur je.

Kalau kat teratak kami tepi hutan ni, bila mereka berpeluang masuk ke tidur kami sebelah tengahari bila kami pulang dari menoreh , Teddy dan Penny akan berebut masuk dan nak lepak kat atas meja kat penjuru sudut menghadap tingkap . Siapa dulu cepat, nasib la.Mereka suka tempat tu pasal siap boleh sandar kepala lagi kat tepi sudut dinding.

Ni semalam bila Teddy dulu dapat naik dan megeport dulu. Penny naik juga. Tapi Penny dah protes sambil tunjuk muka toye merajuk . Gelak kami berdua tengok gelagat mereka . Sekor lagi si Molly tak heran pun pasal tempat lepak dia lagi grand, tetengah atas katil .

Lihatlah, kucing pun ada hati dan perasaan . Cuma manusia je kekadang hilang pertimbangan bila semalam aku selak surat khabar Metro, luluh dan sedih aku lihat keadaan seekor kucing yang bersepai mulutnya dipukul hingga bertarai luruh semua giginya hanya kerana mencuri seekor ikan untuk mengisi perutnya . Keadaan tersebut katanya berlaku di Pasar Borong Selayang. Apa salahnya kalau peniaga tersebut campakkan sekor ikan kecil buat kucing tu makan. Rasanya tak rugi apa2 dan tak boleh jadi papa kerana itu. 

Ingatlah, haiwan tersebut pasti mendoakan kita kiranya kita berbuat baik kepada mereka . Kalau kat pasar di pekan HC, ada sorang peniaga yang setiap pagi lepas bukak je pinti kedai akan memberikan makan hampir 3-4 kilo jagung untuk burung2 merpati liar  . Tetiap hari tak pernah miss .

Ingatlah, setiap kebaikan dan kebajikan  yang kita lakukan tak akan terlepas dari pandangan dan catatan Allah S.W.T dalam "buku kita" dan begitulah juga sebaliknya, setiap kejahatan atau keburukan yang kita lakukan juga tak akan terlepas dari pandangan dan catatan Allah S.W.T dalam "buku kita"