السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
ALHAMDULILLAH
Kesungguhan dan keazamannya  itu telah menaikkan semangat  bala tenteranya. Namun, tentera  kristian berjaya juga mematahkan  serangan mujahidin walaupun mereka  bersungguh- sungguh melancarkan  serangan demi serangan.
 Kegagalan  tersebut menyebabkan Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi begitu  marah lalu  memecat Palta Oglu dan digantikan pula dengan Hamzah Pasha.   Kegagalan serangan tersebut telah memberikan kesan yang besar kepada   tentera Othmaniyyah.
 Khalil Pasha yang merupakan wazir ketika itu cuba  untuk memujuk  Al-Fatih agar membatalkan sahaja serangan serta menerima   perjanjian  penduduk Costantinople untuk tunduk kepada Daulah  Othmaniyyah tanpa  menakluknya. Cadangan itu ditolak mentah-mentah olehnya.
Beliau telah memanggil tenteranya dan menyarankan kepada  mereka supaya  membawa kapal-kapal itu masuk ke perairan Tanjung Emas  melalui jalan  darat. Malam itu juga, tentera Othmaniyyah dengan  semangat dan kekuatan  luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari  pantai Besiktas ke Galata  melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak  melebihi 3 batu.  Sesungguhnya kejadian ini sangat luar biasa dan di  luar pemikiran manusia  hingga ke hari ini.
 Semuanya itu adalah dari pertolongan Allah jua kerana kalau difikir secara logik akal,
 bagaimana kapal yang berat sebanyak 70 buah diangkat dan diseret menaiki  bukit dan cerun yang tinggi hingga melepasi rantai besar yang direntang  di Golten Horn.
 "Tidaklah kami pernah  melihat atau mendengar hal ajaib seperti ini.  Muhammad Al-Fatih telah  menukar darat menjadi lautan, melayarkan  kapalnya di puncak gunung dan  bukannya di ombak lautan".  
salam pak itam,
BalasPadamkak nab terpana tengok pemandangan yang sangatttttt cantik! tambah pula penembaknya orang pro....syabas!
waalaikumsalam tok nab hehehe
BalasPadammmg cantik landscape tepi selat bosphorus tu sebelah asia dan eropah
kami budak baru belajar je kak, baru setahun lebih je pegang dslr , byk lagi perlu dipelajari hehe
Nice blog! Is your theme custom made or did you download it from
BalasPadamsomewhere? A theme like yours with a few simple tweeks would really make my blog
shine. Please let me know where you got your theme.
With thanks
Feel free to visit my web blog; how to get your ex back