WARGA SCP

Khamis, November 18, 2010

MINA tanggal 11,12,13 Zulhijjah


Alhamdulillah

Mina setiap tanggal 11,12,13 Zulhijjah akan menerima tetamu Allah yang begitu ramai bilangannya hingga mencecah jutaan jemaah pada satu-satu masa.Mina hanya hidup dalam beberapa hari sahaja semasa musim haji. Bagi yang berniat nafar awal, pasti hari ini 12 Zulhijjah, mereka akan meninggalkan bumi Mina. Bumi yang penuh keberkatan.

Semestinya mereka berada disitu untuk bermalam disamping melakukan pekerjaan wajib haji iaitu melontar di ketiga-tiga jamrah sebagai simbolik perlambangan permusuhan dengan iblis dan syaitan dan falsafahnya melontarkan kesemua sifat-sifat yang buruk dan keji di dalam diri kita dalam memerangi hasutan iblis dan syaitan lanaktullah.

Tapi persoalannya timbul kerana seringkali apabila pulang nanti, ada diantara kita yang masih tidak dapat membuang sifat2 yang berlawanan dengan islam seperti masih tidak menutup aurat , masih suka mengadu domba , mengumpat , menerima rasuah dan pelbagai lagi . Bagaimana kita semasa di sana bersungguh2 berdoa agar dikurniakan haji yang mabrur tapi perlakuan kita setelah kembali masih mencerminkan yang sebaliknya.

Ada segelintir tu yang masih belum pulang lagi dan baru beberapa ketika melakukan lontaran jamrah, tapi dah kelihatan berebut-rebut , siku menyiku dan tolak-menolak semasa ingin mengucup hajarul aswad sedangkan islam sebenarnya tidak menyuruh umatnya melakukan sebegitu yang pastinya akan menyakiti orang lain .


Sebenarnya cabaran haji yang terbesar dan hebat adalah bermula apabila kita pulang ke tanah air . Untuk mengekalkan kemabrurannya beberapa perkara perlu kita ambil serius dan cuba mempraktikkan seperti:

1. Memelihara Kemurnian Akidah
- dengan menghindari perbuatan yg berbentuk syirik, khurafat dan bidaah

2. Memelihara solat dan bersolat berjemaah
- " Dirikanlah solat (dengan tekun) sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar"
al-tabrani ayat 45

3. Memelihara tuturkata dan pandangan
4. Berusaha menjadi teladan yang baik
5. Menghindar diri daripada sumber pendapatan yang syubhah dan haram
6. Menghindar diri dari kawan2 yang fasik
7. Berusaha menambah ilmu agama
8 Menghayati al-quran dan sunnah


Kenikmatan berada di Mina dan semasa melontar jamrah sukar digambarkan . Falsafahnya ketika melontar, kita membawa diri kita rohani dan jasmani dalam memerangi iblis dan syaitan laknatullah yang memang kita sedia maklum memiliki sifat2 yang buruk dan keji dan sentiasa membisikkan kata-kata manis agar manusia tersesat:

"pakai tudung dan tutup aurat tak cantik"
"ambiklah rasuah ni, orang tak nampak"
dan berbagai-bagai lagi bisikan

Sebenarnya perasaan selepas selesai sahaja melontar , kita berasakan semacam suatu kemenangan besar dalam diri kita, tapi yang pasti iblis dan syaitan pernah berikrar dan berjanji akan sentiasa menyesat anak cucu adam hingga ke hari kiamat.

Semoga kita semua terus diberi taufik dan hidayat dalam kehidupan kita seharian dan dapat menghindari diri kita dari hasutan iblis dan syaitan.

Kuatkan tekad kita,
Kuatkan azam kita,
Kuatkan iltizam kita,

janji Allah

dosa itu benar
pahala itu benar
seksa kubur itu benar
syurga itu benar
neraka itu benar

Insyallah , kita akan tergolong dalam kalangan orang yang beruntung bukan sahaja di dunia tapi yang lebih penting dan utama di akhirat kelak

Wallahualam.

*peringatan ini ditujukan buat diri ku dan juga insan2 lain yang sudi mendengar dan menerimanya.


bapak sungguh teruja ketika meyaksikan
ratusan ribu jemaah pagi ni
dengan laugan takbir
ALLAHUAKHBAR
ALLAHUAKHBAR
ALLAHUKAKHBAR
WALILLAHILHAM
menemani perjalanan mereka pagi itu
sementara menunggu giliran kami
selepas magrib nanti
seperti yang telah diaturkan


Selasa, November 16, 2010

HOTEL BERBINTANG-BINTANG DI MUDZALIFAH


Lihatlah lautan manusia

"Nak cari batu, nak cari batu,nak cari batu........."


Alhamdulillah, selesai berwukuf di Padang Arafah, destinasi seterusnya ialah Mudzalifah. Jarak perjalanan dari Arafah ke Mudzalifah 8 Km memakan masa hampir 1 jam juga . Mudzalifah, sebuah kawasan padang pasir yang memanjang yang menempatkan berjuta-juta jemaah . Bermalam (mabit) di Mudzalifah bermaksud berada di bumi Mudzalifah sepanjang malam sehingga pagi atau berada di bumi Mudzalifah seketika selepas tengah malam dan waktunya ialah pada malam 10 Zulhijjah. Ia merupakankan salah satu hukum wajib haji .


Ada yang berehat, ada yg berzikir, ada yg mencari batu


Tiada khemah di sana . Yang pasti hanya hotel berbintang-bintang berbumbungkan langit Mudzalifah.Menatap langit mudzalifah sambil menginsafi diri . Mana lebih penting, berbintang- bintang di dunia atau berbintang-bintang di akhirat. Tepuk dada , tanyalah iman .

Berlantaikan kanvas di atas padang pasir yang kering kontang dan berdindingkan lautan manusia dgn disinari oleh lampu limpah . Di kiri kanan kami ialah lebuhraya yang dipenuhi dgn lautan bas yang tidak putus-putus. Kami di tempatkan di kawasan bagi jemaah haji Asia . Kami mengutip 7 anak batu sebagai persiapan utk melontar di Jamratul Aqabah nanti. Kemudian terus melakukan amalan2 sunat yang dituntut semasa berada di Mudzalifah seperti berzikir, berdoa dan solat sunat.

Sedang mencari batu utk melontar

Keletihan mula terasa . Jam menunjukkan hampir pukul 2.00 pagi , namun pergerakan jemaah dari Mudzalifah ke Mina menaiki bas terlalu perlahan. Ada yang terlalu kepenatan tertidur dgn beralaskan khemah, berbantalkan beg dan beratapkan langit. Keadaan ini berterusan sehinggalah hampir masuk waktu subuh.Dari masuk waktu wukuf lebih kurang pukul 12 tengahari hingga sekarang , 14 jam berlalu tanpa rehat yg secukupnya , memerlukan kekuatan fizikal, mental dan kesabaran .

Kelihatan bas ulangalik dari Mudzalifah ke Mina

Diam tak diam, hampir 7 jam kami telah berada di Mudzalifah. Semuanya memerlukan kekuatan fizikal dan mental . Kesabaran yang tinggi sangat diperlukan sebegini dalam keadaan masih berihram dan berkusut masai. Tiada kemudahan mendapatkan makanan dan minuman di sini sebagai santapan.Hanya santapan rohani seperti zikirullah yang menjadi hidangan malam itu.

Namun semua kepayahan ini sebagai satu dugaan dan cabaran yang kecil dari ALLAH jika hendak dibandingkan semasa Rasulullah dan para sahabat mengerjakan haji dahulu.

Semua kepayahan dan kerumitan di bumi Mudzalifah hanyalah gambaran nanti bagaimana bila kita telah dibangkitkan kelak sebelum menanti hari pengadilan .

7.30 pagi Eid MUBARRAK atau HARI RAYA KURBAN ,
beginilah keadaannya setelah kami sampai ke khemah di Mina pagi tu . Khemah kecil yg menempatkan hampir 44 jemaah dengan ruang hanya lebih kurang 2 kaki untuk setiap jemaah.Berbantalkan beg sahaja. Jadi kaki bertemu kaki, badan bertemu badan dan kepala bertemu kepala. Namun keseronokkannya tidak dapat digambarkan kerana Mina bukan destinasi pelancongan , tapi destinasi dalam menunaikan salah satu wajib haji dan tempat dimana akan melakukan ibadat melontar sebagai perlambangan diri kita dalam membuang segala sifat2 yang buruk. Masih lagi berpakaian ihram dan segala pantang larang perlu dipelihara.

Kerana keletihan kerana hampir 20 jam tanpa rehat yang mencukupi, ramai yang berehat dan tidur bagi mengumpulkan kembali tenaga kerana malam nanti akan melakukan lontaran di Jamratul Aqabah untuk dan bertahalul awal .




SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA
BUAT SEMUA UMAT ISLAM
SEMOGA KITA DAPAT MENGHAYATI
ERTI HARI RAYA KORBAN INI
DENGAN PENGERTIAN YANG SEBENAR-BENARNYA
MENURUT PANDANGAN ISLAM

Isnin, November 15, 2010

KEMANISAN BERWUKUF DI PADANG ARAFAH

ALHAMDULILLAH
Hari ini Isnin 9 Zulhijjah 1431, lebih kurang 10 jam lagi akan masuk waktu wukuf di Arafah .Kesemua jemaah haji pasti akan berkumpul di padang arafah untuk melakukan salah satu dari rukun haji iaitu berwukuf di Padang Arafah yang diibaratkan seperti Padang Masyar ketika semua umat manusia dibangkit kelak .

Menunggu masuknya waktu wukuf
Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijah bererti berhenti seketika . Berada di Padang Arafah dalam suasana hangat dan panas terik memberi peringatan awal kepada umat Islam mengenai keadaan di Padang Mahsyar di mana semua manusia ,tanpa mengira bangsa, pangkat atau kedudukan akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan mungkar mereka semasa di dunia. Tiada panggilan datuk seri, tan sri , puan seri , doktor, professor,tuan,puan atau apa saja gelaran dan pangkat di sana kelak , semuanya sama sahaja di sisi Allah apabila dibangkitkan dan akan diadili kelak.

Para jemaah telah bersiap menunggu masuk waktu wukuf
TAPI
yang pasti tiada khemah di Padang Masyar kelak
tatkala matari hanya sejengkal di atas kepala kelak

Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang kedua tetapi yang utama dari rukun-rukun haji itu. Itu adalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Dari Abdul Rahman bin Ya'mur r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan :
"Haji itu ialah "Arafah". Barang siapa datang pada malam tanggal sepuluh, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah"
(Riwayat - Ahmad dan Ashabus Sunan)

Jemaah dari negara luar yang tidak berkhemah hanya
menantikan berakhirnya waktu wukuf di tepi-tepi

Masa yang wajib berada atau berwukuf di Arafah ialah di awal waktu Zuhur pada 9 Zulhijjah, hingga sebelum fajar pada hari Nahar, iaitu 10 Zulhijjah, tetapi tidak semestinya berada di Padang Arafah itu sepanjang masa yang tersebut kerana sahlah berhenti disitu walaupun sebentar sahaja pada masa di antara Zuhur 9 Zulhijjah hingga sebelum fajar 10 Zulhijjah.
Alhamdulillah, aku pernah merasai kemanisan berwukuf di Padang Arafah yang akan kekal terus dalam kotak ingatan ku sehingga ke akhir hayat bila roh bercerai dari jasad .

Pukul 11.00 pg , aku telah mula merpersiapkan diri melakukan persiapan utk menanti masuknya waktu wukuf yang dijangka 12.18 tgh. Keadaan ku ketika itu agak kusut masai kerana masih dalam berihram dengan tidur dan rehat yang tidak cukup. Tapi apalah ertinya semua ini kerana hampir 40 tahun dalam hidup ku, Allah telah mengurniakan kepada ku tidur dan rehat secukupnya berbanding hanya seketika di bumi Arafah.Pengorbanan ini aku rasakan begitu kecil berbanding segala nikmat yang Allah telah kurniakan kepada ku sebelum ini.
Menjelang waktu wukuf dgn dipimpin oleh beberapa orang guru agama, acara dimulai dgn talbiah dan zikir serta tazkirah .Masuk sahaja waktu zohor , khutbah pertama dibaca . Setelah selesai diikuti dgn khutbah kedua serentak dgn laugan azan Zohor. Kemudian kami solat zohor dan asar secara jamak takdim tamam .

Khutbah Arafah yang dibaca sungguh meruntun jiwa , menyentuh hati dan perasaan . Dengan nada suara yang merayu dan merintih kepada ALLAH memohon taubat dan keampunanNya Tanpa disedari air mata bergenang dan berlinangan . Ia mengingatkan diri aku sebagai hambaNYA yang kerdil banyak melakukan dosa-dosa , kesilapan dan perkara yang mungkar semasa aku hidup , dosa-dosa yang aku lakukan terhadap kedua ibubapa , dosa-dosa terhadap isteri , anak-anak dan anggota keluarga serta sesama insan. Namun masih diberi kesempatan dapat menjadi tetamuNYA dan berpeluang memohon keampunanNYA.

Terus terang aku katakan, air mata ku tumpah di bumi Arafah bila mengenangkan semua itu . Namun aku bersangka baik kepada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya peluang yang mungkin sekali je seumur hidup ku yang diberi oleh Allah menunjukan betapa kasih dan sayangnya Allah kepada hambanya ini untuk terus memohon dan memohon keampunan dan berdoa dan terus-terusan berdoa atas apa saja yang ku hajati kerana Allah Maha Mendengar .
Peluang berdoa di bumi Arafah semasa wukuf merupakan salah satu tempat mustajab dan diangkat terus doa itu ke langit takkan aku lepaskan begitu sahaja. Kemudian diteruskan lagi dgn Zikir dan Doa Arafah sebagai pengisian wukuf sehingga hampir pukul 5.00 ptg. Sebelum waktu magrib tiba pada 5.43ptg , aku berdoa secara bersendirian kerana itulah waktu yang paling afdal utk berdoa ketika berada di bumi Arafah.
Apabila mengatakan hari Arafah ialah hari mustajab berdoa dan doa terus diangkat ke langit tanpa hijab, suatu peristiwa nak kata lucu pun ya . Manakan tidak kerana ketika itu aku bertemu dengan seorang jemaah yang menerima panggilan telefon dari saudaranya ketika 1/2 jam matahari akan terbenam . Katanya kerana hari itu hari mustajab berdoa dan doa terus diangkat ke langit , maka saudaranya di Malaysia pun mahu berdoa sama memohon hajatnya melalui telefon . Diangkat tangannya yg memegang telefon ke atas lalu saudaranya itu terus berdoa sendiri melalui telefon . Aku hanya tersenyum sahaja . Pada pemahaman ku, mustajab berdoa di Arafah kepada jemaah yg sedang berwukuf sahaja dan kalau kita berhajat , kita boleh meminta saudara atau rakan kita mendoakan kita ketika itu dengan menyebut nama2 kita.Lalu aku tersenyum lagi .
Sesungguhnya bumi Arafah begitu istimewa kepada sesiapa sahaja yang pernah menjejakkan kaki ke sini pada setiap 9 Zulhijjah ketika menyempurnakan rukun haji ini.

Walaupun dalam keletihan
walaupun dalam keadaan berkusut masai
walaupun dalam keadaan yang serba-serbi kekurangan

namun peluang sebegini takkan sama seperti berada di Kota London
peluang sebegini takkan sama seperti menyusuri sungai Seine di Kota Paris
kerana berada di bumi Arafah terlalu istimewa bagi ku
Tidak boleh dijual beli walaupun aku mendapat segunung emas di dunia.
Surah Al-Hajj :27 yang bermaksud :
“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki , dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.
Adalah menjadi tujuan ibadah haji difardukan supaya kita semua menyedari bahawa suatu hari nanti pasti kita semua akan dibangkitkan dan kembali untuk diadili seadil-adilnya oleh Allah Tuhan Pencipta Seluruh Sekalian Alam. . Segala amal kebaikan dan kejahatan akan diadili seadil-adilnya walau sebesar-besar dan sekecil-kecil zarah sekalipun. Tiada yang akan terlepas walau sekecil kuman dan Padang Mahsyar adalah tempat di mana seluruh umat manusia dari zaman nabi terdahulu akan dihimpunkan untuk dihisab tanpa mengira darjah, pangkat atau kedudukan .
Pandangan sesetengah ulama , Mahsyar ialah sebuah dataran yang rata, lapang dan putih seperti permukaan roti. Manusia akan dibangkitkan mengikut amalan hidup masing-masing. Ada yang berkenderaan, berjalan kaki dan ada yang berjalan dengan mukanya. Semuanya menanti untuk dihisab dan ditimbang amalannya. Segolongan umat berdiri di sebelah kanan, segolongan lagi berdiri di sebelah kiri dan segolongan lagi berdiri di hadapan arasy.
Sangat beruntunglah mereka yang berdiri di sebelah kanan atau al-yamin kerana mereka bakal menerima buku catatan amal yang membawa mereka ke syurga. Beruntunglah golongan yang berdiri di hadapan arasy kerana mereka adalah terdiri dari para rasul, anbiya’ dan syuhada yang sudah pastinya syurga dijamin kepada mereka. Malanglah bagi golongan kiri atau as-syimal yang menerima buku catatan amalan dari tangan kiri kerana neraka adalah tempat selayak-layaknya bagi mereka.
Ya Allah,
terlalu indah dan manisnya berada di bumi Arafah dan semoga nanti begitu juga ketika aku dibangkitkan nanti dan berhimpun di Padang Masyar kelak apabila malaikat Israfil meniup sangkakala .
وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَصَعِقَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ إِلَّا مَنْ شَاءَ اللَّهُ ۖ ثُمَّ نُفِخَ فِيهِ أُخْرَىٰ فَإِذَا هُمْ قِيَامٌ يَنْظُرُونَوَأَشْرَقَتِ الْأَرْضُ بِنُورِ رَبِّه
"Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (putusannya masing-masing)."


وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْجِبَالِ فَقُلْ يَنْسِفُهَا رَبِّي نَسْفًا
فَيَذَرُهَا قَاعًا صَفْصَفًا
لَا تَرَىٰ فِيهَا عِوَجًا وَلَا أَمْتًا"Dan terang benderanglah bumi (padang mahsyar) dengan cahaya (keadilan) Tuhannya;"
( Q.S Az-Zumar ayat 68-69)

Sesungguhnya Arafah adalah gambaran Masyar yang dipertontonkan oleh Allah namun tentunya cabaran dan dugaan pasti lebih hebat apabila kita semua dibangkitkan dan dihimpunkan di Padang Masyar yang sebenarnya.

BUKAN HARTA KEKAYAAN YANG AKAN DIHITUNG DAN DITIMBANG
BUKAN DARJAH KETURUNAN YANG AKAN DIPANDANG
BUKAN PANGKAT ATAU GELARAN YANG AKAN DIBANGGAKAN

YANG PASTI

HANYA AMALAN BAIK DAN BURUK YANG AKAN DITITIK BERATKAN
ITU YANG AKAN DIPERHITUNGKAN

ITULAH KEHEBATAN ARAFAH DIDUNIA
PASTI LEBIH HEBAT DI MASYAR KELAK


* sekadar perkongsian hati ,rasa dan perasaan dari bapak itam , seorang hamba yang kerdil di sisi Allah S.W.T yang pernah diberi peluang oleh Allah untuk merasai kemanisannya berwukuf di bumi Arafah .

Ahad, November 14, 2010

GANJARAN BERPUASA PADA 9 ZULHIJJAH BERSAMAAN HARI WUKUF

Sebagai meraikan jemaah yang akan berwukuf di padang Arafah , marilah kita di sini merebut peluang berpuasa pada tanggal 9 zulhijjah ini bersamaan hari isnin ni.

Puasa hari Arafah ialah puasa sunat pada hari kesembilan Dzulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:
Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah.
Maka Baginda bersabda:
“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:

Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di ‘Arafah lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Juga daripada hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:
 

Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari ‘Arafah bagi mereka yang berada di ‘Arafah.
(Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah rha)
Cuma yang menjadi persoalan ialah 9 Zulhijjah dan jatuhnya hari wukuf sebenar tahun ini seperti yg diumumkan oleh Kerajaan Arab Saudi pada hari Isnin sedangkan bagi kita tanggal 9 Zulhijjah jatuh pada hari selasa
Mana satu nak ikut , tapi bagi ku insyallah aku akan berpuasa pada hari Isnin kerana ketika itulah jemaah haji sedang berwukuf di Padang Arafah.
Wallahualam ,
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Jumaat, November 12, 2010

JUMAAT TERAKHIR SEBELUM TIBANYA HARI WUKUF

ALHAMDULILLAH

Hari ini jumaat , penghulu segala hari.Jumaat ni merupakan jumaat terakhir bagi jemaah haji yg ketika ini berada di Makkah sebelum tiba hari wukuf isnin ni . Lantas ingatan ku kembali terpahat kukuh ketika aku di kota suci Makkah tanggal 14/12/2007 , jumaat sebelum tibanya Hari Arafah . Suatu hari yang sangat-sangat dinantikan oleh semua jemaah haji ketika itu keranaHaji itu Arafah . Luput dan terbatallah haji seseorang itu jika dia tidak dapat berwukuf walaupun bang seketika pun yang merupakan rukun haji.

Sia-sialah segala pekerjaan haji kita jika kita tidak dapat melakukan wukuf dan tidak boleh diganti dengan dam sekalipun.

Kota Makkah ketika itu telah sungguh sesak dengan jutaan jemaah yang telah berhimpun dari seluruh pelusuk dunia . Ada yang datang bertongkat, ada yang datang mengesot , namun semuanya menghambakan diri kepada Allah , tuhan yang satu yang Maha Esa.

suasana malam jumaat terakhir

Hari Jumaat terakhir sebelum tiba hari wukuf. Dijangkakan kota suci Mekah dan Masjidil Haram hari ini akan mengalami kesesakan kerana semua jemaah yg mengerjakan fardhu haji telah berada di sini. Semalam imam Masjidil Haram meminta para jemaah agar melakukan solat hajat hari ini agar di turunkan hujan kerana telah lama bumi Mekah tidak dituruni hujan dan telah terlalu kontang dan kering.

9.15 pagi aku berseorangan melangkah penuh bersemangat menuju ke Masjidil Haram utk solat Jumaat yang masuk waktu pada pukul 12.15 tgh kerana jika tidak, pasti tidak akan mendapat tempat.

Mak Itam aku tinggalkan di hotel bersama ramai lagi jemaah muslimah yang ketika itu tidak digalakkan untuk bersolat jumaat bagi jumaat terakhir sebelum tibanya hari wukuf . Jalanraya sekitar Masjidil Haram telah ditutup kepada semua kenderaan sejak pukul 8.00 pg lagi . Aku mengambil tempat di aras 2 hari ini.

Sementara ada 2-3 jam lagi, menghabiskan masa dgn membaca Al-Quran. Bagi jemaah perempuan pula , pihak Tabung Haji tidak menggalakkan mereka utk pergi solat Jumaat kerana kesesakan dan tidak diwajibkan bagi kaum wanita bersolat Jumaat.10.00 pagi Masjidil Haram telah mula dipenuhi oleh para jemaah. Tiada lagi ruang2 yang kosong. Namun para jemaah yang agak lewat sedikit terus mencari tempat dan kelihatan ramai yang melangkah bahu dan kepala jemaah yang duduk utk ke hadapan mencari sekiranya ada ruang2 kosong.

padat , lebih kurang 1 1/2 jam lagi masuk waktu pagi tu

Di sebelah ku , sekumpulan jemaah dr India telah memarahi 2-3 orang jemaah lain yang hendak duduk "betul-betul" di hadapan mereka , kerana ada masa yang panjang lebih kurang 2-3 jam lagi sebelum waktu solat dan adakalanya mereka terpaksa melunjurkan kaki kerana duduk bersila terlalu lama dan boleh menyebabkan kekejangan dan sakit pinggang.

Agak lama juga masa yang diambil utk keluar dr Masjidil Haram selepas waktu Jumaat. Setelah balik ke hotel , aku difahamkan bahawa hari ini jemaah utk solat jumaat telah membuat saf di atas jalanraya sejak dr pukul 11.00 pg lagi hingga mencecah 2 km di atas jalanraya2 yang menuju ke Masjidil Haram dan saf itu bersambung. Itulah kelebihan di sini. Bagi jemaah wanita yang tidak solat jumaat tetapi pergi ke kedai berhampiran Masjidil Haram , ketika hendak pulang ke hotel juga menghadapi kesukaran dan terpaksa menunggu sehingga selesai solat Jumaat kerana di atas jalanraya menuju ke hotel dipenuhi oleh jemaah yang membuat saf dan kurang sopan bagi mereka utk lalu dicelah2 jemaah lelaki.


Lautan manusia memenuhi di sekitar Masjidil Haram yang merupakan pengalaman yg sukar dilupakan. Di mana-mana ceruk sekalipun sekitar Masjidil Haram dipenuhi manusia. Supermarket Ben Dawood yang terletak di Hilton Towers berhadapan dgn Masjidil Haram juga sungguh sesak kerana ramai jemaah persendirian dr negara luar yang membeli keperluan utk dibawa ke Arafah dan Mina nanti. Khemah2 kecil spt yang digunakan oleh anak2 kita semasa aktiviti "camping " di sekolah juga sgt laris di super market ini. Harga makanan dan barangan telah naik berikutan permintaan yang sgt tinggi .

Sebenarnya ketika aku mengerjakan haji ketika itu , seorang abang dan kakak ku juga turut bersama mengerjakannya mengikuti rombongan haji dari Australia kerana mereka merupakan pemastautin tetap (PR) Australia. Jika berkesempatan , kami akan bertemu kerana perjalanan haji dan urusan bagi rombongan haji Australia sangat berbeza dari jadual kami. Dan menjelang hari wukuf , mereka telah pun menginap di aparment sekitar Mina .

Pada hari jumaat terakhir ini kami berjanji akan bertemu di hotel penginapan ku . Pagi2 lagi abang dan kakak ku telah bertolak dari Mina ke Masjidil Haram menaiki teksi . Kemudian semasa mereka menyempurnakan saie umrah di pagi jumaat itu, akibat terlalu ramai jemaah di Masjidil Haram. kakak ipar ku telah terpisah dengan dengan suaminya. Nasib baik dia terfikir untuk menunggu abang ku di bilik penginapan kami nanti selepas jumaat yang terletak hanya 180 dari masjidilharam.

Tapi seperti yang aku katakan, jumaat terakhir sebelum wukuf menyajikan jutaan jemaah mula memenuhi segala pelusuk jalan dan lorong serta kakilima menuju ke Masjidil Haram. Dia telah terhalang untuk menuju ke hotel kami kerana lebih kurang pukul 10.00 pagi , saf2 telah mula terbina diserata curuk jalan.Tidak manis bagi seorang wanita utk melangkah saf2 lelaki . Dengan pertolongan Allah jua, muncul seorang petugas kalau tak salah dari Zahafiz Travel yang tidak dikenali membantunya menuju ke hotel kami . Walaupun jaraknya tidak berapa jauh, hampir 2 jam juga masa yang diambil kerana terpaksa mengikuti lorong kecil di belakang kedai menuju ke hotel.

isteri ku dan kakak ipar ku

Khamis, November 11, 2010

DANGELESH FISH

ALHAMDULILLAH

Manyak-manyak ikan, ini ikan bahaya woooo
manyak dengelesh
ini ikan manyak tulang
ini ikan namanya pun manyak takut wooooo tajam
ini ikan melayu panggil PARANG, cina panggil PALANG,india panggil CHOPPER
kalu mau makan kena hati-hati
kalau tak, alamatnya kena pi hospitallah tercekik tulang

Ini ikan kena yang fresh, manyak manis woooo
sedap masak pindang atau asam pedas
lepas tu lawan dengan ikan pirana kering
habis licin bapak kerjakan buat lauk berbuka
syukur , alhamdulillah

ini pun kategoli dengelesh fish
lihat gigi pirana kering ni , tajammmm
ni mesti tak pernah gosok gigi

Rabu, November 10, 2010

NASIK LEMAK

ALHAMDULILLAH

Ahad lepas, mak itam masak nasik lemak buat santapan tengahari kami. Jadi balik je berpasar tani, dia terus je ke dapur . Pagi tu kira kami tak sarapan lalu pukul 10.00 pagi terus sekali kira merangkap sarapan pagi dan makan tengahari.

Satu je, lepas tu mulalah mengantuk pun datang , tapi dek kerana terlampau banyak kerja yang perlu dibereskan, bapak tahan jelah .

Nasi lemak ni kekuatannya pada nasi dan sambal sebenarnya. Kalau gunakan santan yang setoet, maka kuranglah kicknya . Kalau nak lagi sedap lps masak nasi tu, terus bungkus dalam daun pisang bang 12-20 minit, aroma daun pisang tu dah meresap kat nasik dan menambahlah jawabnya , lps bungkus daun pisang , kita bungkus pulak dalam perut kita hehehe

lauk tambahan dengan ayam goreng serta keropok lekor