بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
ALHAMDULILLAH
Malangnya,  kapal-kapal tentera islam tidak berjaya  memasuki perairan  Tanjung Emas disebabkan oleh kehadiran rantai raksasa  yang mengawal  pintu masuk yang merentangi selat antara bahagian tebing asia dan bahagian tebing eropah.
 Semenjak hari pertama serangan, tentera Byzantine telah berusaha keras  untuk menghalang kemaraan tentera Othmaniyyah daripada mendekati  pintu-pintu masuk kota . Tetapi serangan strategik tentera Islam telah  berjaya mematahkan  halangan itu, ditambah pula dengan serangan meriam  dari pelbagai sudut.  Bunyi meriam itu pula  telah menimbulkan rasa  takut yang amat sangat kepada  penduduk Costantinople sehingga  menjejaskan semangat mereka untuk  bertahan.
Katanya,
 "sama ada kamu tawan kapal-kapal  itu atau pun kamu  tenggelamkan sahaja kesemuanya. Sekiranya kamu gagal,  maka jangan  pulang kepada kami sedangkan kamu semua hidup"
  Ketika itu juga, Sultan Muhammad Al-Fatih menunggang kudanya sehingga  ke pinggir laut sambil menjerit dengan sekuat hati nama panglima  perangnya yang mengetuai  misi berkenaan,  Palta Oglu, untuk memberikan  semangat.
aik, kekadang bendera turki tu macam bendera johor pulak.
BalasPadampemandangan yang cantik2 dan err.. tak yah bukak buku sejarah dah ni pak itam..
BalasPadamselamat berpuasa.
CR,
BalasPadamSaya suka dengan semua foto2, semangat saya terus membara untuk berusaha ke sini satu hari nanti...menjejaki CR....
salam ramadhan...
BalasPadambiru air laut itu... subhanallah ~
AZ
BalasPadambetul tu , tapi bulan bintang tu kat bendera kita dalam kotak kecik je
kak pah
BalasPadamseronok menghayati sejarah zaman kegemilangan islam di sana
saya ni suka mengkaji sejarah ketamadunan hehe
rosli
BalasPadaminsyallah, doa saya agar hajat tuan tercapai , kira dah boleh rancang tu
salam ramadhan buat manje juga
BalasPadamair dia kekadang biru kehijauan, menandakan lautan tu tak tercemar dan kehidupann organisma dalam laut tu subur