WARGA SCP

Memaparkan catatan dengan label HARI RAYA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HARI RAYA. Papar semua catatan

Jumaat, November 19, 2010

KETUPAT RENDANG DI AIDILADHA

ketupat dah siap dan digantung tak bertali

rendang ayam "half cooked"

ALHAMDULILLAH

Sambutan Aidiladha tahun ni tetap meriah juga walaupun kami hanya menyambutnya 3 beranak je . Sebelum tu aku dah request kat mak itam, minta dia masakkan ketupat dan rendang berserta lauk pauknya,lalu guraunya
"u ni mengidam ngalah org ngandung"hehe

Jadi aku dah pun mula cari daun ketupat, ku suruh seorang pekerja ku memanjat beberapa batang pokok kelapa di belakang rumah ku di tepi hutan. Malangnya semua daun kontot2 , tak sesuai dianyam.

Nasib baik, seorang rakan mak itam dapat carikan daun juga akhirnya. Kalau tak daun getahlah kalau boleh dianyam jadi ketupat .

Selasa petang, aku pun keluarlah dari hutan ke teratak kami di HC. Malamnya seperti biasa, mak itam pun mulalah menganyam ketupat dan menyediakan segala ramuannya . Malam tu juga, ketupat direbus dan rendang ayam dimasak "Half Cooked" .


Pukul 4.30 pagi mak itam dah bangun dan ke dapur untuk menyiapkan hidangan utk kami di pagi raya nanti. Lodeh dimasak, begitu juga dengan sambal kacang , kari daging . Rendang yg "half cooked" sebelum tu terus dimasak hingga kering dan menjadi rendang yang sebenar.

Pagi ni kami bertiga menunaikan solat sunat aidiladha di masjid Jamek HC bersama ribuan jemaah yang lain . Di situ kelihatan beberapa ekor lembu yang sihat dan gemuk telah siap sedia untuk dikorbankan. Jam 9.30 pagi selesai solat dan khutbah , kami pun pulang dan menyambut aidiladha bersama menikmati juadah yang telah disediakan.

Jom kekawan , sudi2kan

ALLAHUAKHBAR
ALLAHUAKHBAR
ALLAHUAKHBAR
WALILLAHILHAM

ALLAH MAHA BESAR
ALLAH MAHA BESAR
ALLAH MAHA BESAR
DAN SEGALA PUJI BAGINYA
kita disunatkan bertakbir sepanjang hari 10,11,12,13 zulhijjah
selepas setiap kali solat dan setiap masa yang terluang




Jumaat, September 17, 2010

MEMORI KUIH RAYA : part 2




ALHAMDULILLAH

Ingatan ku kembali merewang 30 puluh tahun lalu, ketika hari raya hampir tiba, ibu ku akan berada di dapur saban pagi lebih kurang pukul 3 pagi hingga sebelum subuh untuk mengadun, membacuh dan membakar kuih raya . Masa tu, tiada kuih2 raya yg dijual seperti sekarang.

Aku dan 2 org adik ku paling suka sekali membantu ibu dengan erti kata lain mengacau dan membuat kecah di dapur. Paling aku suka bila ibu ku mengadun kuih siput yang antara bahan utamanya selain tepung ialah jintan , kalau tak salah ku.

Tapi bentuk kuih siput ku dah macam siput babi besarnya hehehe

Seminggu lagi sebelum syahwal menjelma, seperti biasa ibu ku akan menyuruh aku ke kedai "koling" berdekatan untuk menghantar sebungkus besar kacang hijau untuk dikisar . Dah kisar nanti, akan dijadikan acuan utama kuih koya.

Tapi memori kuih raya hanya tingggal kenangan ,
pasti takkan berulang lagi.

Keadaan kesihatan ibu ku 2-3 bulan ni begitu merosot sekali.Kalau sebelum ini, dia mampu berdiri lagi dan ke bilik air walupun payah dan terlalu bongkok. Tapi kini , hanya terlantar di katil khas dan menggunakan pampers sahaja kerana tidak mampu lagi untuk berdiri pun akibat penyakit reput tulangnya sampai ketahap yang serius. Katanya bisa seperti mencucuk2 di daging dan hanya bergantung pada "pain killer"

Semuanya diuruskan di atas katil, Situasinya sekarang kembali kepada fitrah seakan anak2 kecil yang makannya perlu disuapkan , berak kencingnya perlu dibersihkan, pakainya disarungkan , mukanya perlu dibedakkan dan apa jua urusan .
Semua di atas katil khas ini.

Di ruang inilah juga 25 tahun lalu di mana arwah nenda ku terbaring lesu dan dijaga segala keperluannya oleh ibu ku hingga ke akhir hayatnya akibat sakit tua.

Di ruang inilah juga 15 tahun lalu, arwah ayahhanda juga terbaring kegeringan akibat kanser tulang hampir bertahun juga , juga dijaga segala keperluannya oleh ibu ku juga.

Sekarang , ibu ku pula yang terbaring lesu kegeringan di ruang yang sama juga.

Mungkin ini satu dugaan yang sangat besar baginya, kerana sekarang ibu ku sering berasa was-was untuk mengangkat wuduk dan bersolat kerana di atas katil itulah dia sering dibersihkan dan disalinkan . Katanya perasaan was2nya berkaitan dengan kebersihan dan takut terdapat najis di situ. Sepanjang usianya tidak pernah meninggalkan solat, tapi kini Allah menduganya sebegitu.

Dalam keadaan darurat sebegini, kami mengesyorkan agar dia melewatkan sedikit waktu solatnya seperti yang disarankan ,

bersolat zohor dipenghujung waktu dan bila masuk waktu asar, terus solat asar.
begitu juga dengan magrib dan isyak.

Aku bersedia dengan segala kemungkinan yg bakal berlaku,
setiap yang bernyawa pasti akan kembali pada sang pencipta
tak kira ,tua atau muda
tak kira , sihat atau sakit
tidak tercepat bang sesaat pun,
tidak terlambat bang sedetik pun,
kerana itu janji Allah

Jika sebelum ini, setiap kali kami mahu pulang,
ibu ku akan menghantar ku hingga ke pintu luar,
kepulangan kami akan sentiasa diiringi dengan doa darinya
yang menadah ke hadrat ilahi ,
memohon perlindungan dan keselamatan buat perjalanan kami,
tapi kini, dia hanya mampu memandang dari kejauhan sahaja

Ya, Allah
Permudahkan perjalanan ibu ku di akhir2 usianya.
Kasihanilah ibu ku seperti mana dia mengasihani ku ketika ku masih kecil.

ku panjatkan doa buat mu ibu
setiap waktu yang terluang
selagi hayat ku dikandung badan


Isnin, September 13, 2010

MEMORI KUIH RAYA : part 1

ALHAMDULILLAH

Tahun ini, aku menyambut kedatangan bulan syahawal buat sekalaian kalinya lagi . Ia mengamit kenangan ku ketika aku ketika itu masih kanak2 di mana kedatangan subuh syawal begitu dinanti-nantikan sehingga terasa seperti fajar saddiq ( bukan saddiq sigaragar ya) 1 shawal begitu lambat sekali .

kuih raya yg dimasak di dapur orang
dibeli di Plaza Kota Raya
dibeli dengan pengusaha yg sama setiap tahun(home made sendiri)

Namun saat2 yang dinantikan akhirnya muncul jua. Aku disiapkan dengan baju kurung baru yang dijahit sendiri oleh ibu ku siap dengan berbedak umpama ratu "wayang cina" seperti tepong kormak .

Bersalaman dengan ayahanda bonda tercinta sambil dikucup kedua pipi ku. Menerima duit raya sebesar 20-30 sen ketika itu sangat berharga dan besar ertinya .


my favorite kuih kenari dan bluberry tart


Seperti biasa , makan bersama keluarga dengan ketupat dan rendang yang dimasak , kemudian dihidangkan dengankuih raya yang diadun, diuli dan dibakar didalam oven berwarna hitam yang hanya menggunakan gas .

Memori kuih raya seperti kuih siput dan kuih koya serta batang buruk sentiasa segar dalam ingatan ku kerana dimasak sendiri oleh ibu ku yang kini hanya tinggal sejarah dan kenangan yang terlalu manis yang pasti hanya tinggal kenangan dan pasti tiada "siaran ulangan"nya lagi kerana ......................................................................


bersambung


kuih tat nenas tetap menjadi pujaan

Khamis, September 09, 2010

PERUTUSAN RAYA



dah siap ni nak pi berburu haiwan
nak buat rendang esok


ALLAHUAKHBAR
ALLAHUAKHBAR
ALLAHUAKHBAR

PAK ITAM SEBAGAI TOK BATIN
INGIN MERAKAMKAN

UCAPAN
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN
SEMPENA
KEDATANGAN 1 SHAWAL 1431
PADA ESOK HARI
JUMAAT

MINTA MAAF JIKA ADA YANG DISIARKAN
SEPANJANG SCP KE UDARA
MENYINGGUNG HATI DAN PERASAAN KALIAN
MINTA MAAF JIKA ADA GURAUAN
YANG MENGURIS PERASAAN

KEPADA SAHABAT PAK ITAM YANG BERADA DI PERANTAUAN
TERUTAMANYA CL DAN LAIN2

PAK ITAM DI SINI TETAP AKAN MENGINGATI KALIAN SEMUA
DAN AKAN MAKANKAN SEKALI KETUPAT
UNTUK KALIAN SEMUA

UTK RAKAN2 YG BERADA DI KAMPUNG HALAMAN SEKARANG
SEMOGA BERGUMBIRA DAN BERBAHAGIA
DENGAN KELUARGA DAN SANAK SAUDARA
SERTA SAHABAT2 KALIAN

INGATLAH
SEMASA KITA BERGUMBIRA
ADA INSAN2 LAIN YANG KURANG BERNASIB BAIK
MENDERITA

BERSYUKURLAH
BAHAWA KITA SEKALI LAGI
DIBERI KESEMPATAN
BERTEMU BULAN SYAWAL
SELEPAS SEBULAN BERPUASA

DOA PAK ITAM
AGAR KEHIDUPAN KITA SEMUA
SENTIASA
DIBERKATI DAN DIBAWAH
PERLINDUNGAN
ALLAH S.W.T

MARILAH KITA SAMA2 BERSEDEKAH
ALFATIHAH
BUAT KAUM KELUARGA KITA
SERTA SAHABAT2 KITA
YANG TELAH DULU
MENINGGALKAN KITA SEMUA

AKHIR KATA
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN