WARGA SCP

Memaparkan catatan dengan label SAUDI ARABIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SAUDI ARABIA. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 28, 2013

PART 59 TANAH SUCI MAKKAH : KEBERANGKATAN PULANG

  بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH


Seperti yang aku katakan,setiap yang bermula pasti berakhir . Tadi lepas zohor, dalam sinaran mentari yang terik , kami lakukan tawaf wada' seperti yang disyaratkan sebelum meninggalkan Baitullah dan kota suci Makkah nanti.

Kerana lepas zohor dan mentari pula terpacak atas kepala,maka tak ramai yang bertawaf ketika itu dan dalam tak sampai setengah jam dah selesai. Cuma peluh sahaja telah membasahi baju yang dipakai. Berdoa seperti yang disarankan selepas itu agar ini bukan perpisahan yang terakhir dan moga sentiasa menjadi tetamu Allah di masa-masa akan datang.

Tiada lagi "wajah" Baitulah  yang aku potretkan kala aku melangkah ke Al Haram sebelumnya dan juga ketika aku melangkah pergi meninggalkannya. Hanya semuanya terpahat erat dalam hati dan sanubari ku sahaja ketika itu.


Ismail dan sorang pembantu telah sedia menanti di hadapan lobby Al Massa . Semua bagasi kami dah berada di lobby hotel .Cuma hand luggage je kat bilik lagi. Aku minta sedikit masa untuk aku membersihkan diri dan menyalin pakaian yang dah dibasahi peluh tadi kerana kalau tak, mau hapak satu badan nak tunggu berlepas terbang nanti dalam pukul 8.30 malam .

Macam-macam ada dalam hati masa tu.Sedih ada dan gumbira pun ada .Sedih kerana setelah rutin seharian berhari-hari lamanya kami lalui di sini yang sentiasa berulang alik dari Al Massa ke Al Haram dan sentiasa menatap Baitullah dan sentiasa dapat melihat panorama umat islam sejagat yang berada di Kota Suci Makkah mendambakan diri melakukan dan menjalani ibadat hanya untuk Allah yang Maha Esa, tapi kini telah tiba saatnya kami akan meninggalkan semua rutin tersebut .

Gumbira dalam hati kerana doa kami dimakbulkan dengan cepat oleh Allah Yang Maha Agung semasa kami melakukan tawaf wada' Jun 2010 dan Mac 2013 , kami dijemput sekali lagi olehNYA

Kini kami akan meninggalkan Al Haram dan tak tahu bila lagi akan berkesempatan ke sini.Kemungkinan besar ikut perancangan , kalau diberikan rezeki serta  kesihatan dan kelapangan masa , 2015 atau 2016 nanti selepas projek pembesaran kawasan Masjidil Haram selesai, kami nak datang ke Rumah Allah ni lagi.


aku panggil getah atas kepala tu "igal" hehehe


tu kiosk drive thru
kereta ke lori ke berhenti kat tepi tingkap dia tu
terdapat banyak juga kedai yang beroperasi di sini
menjual minuman panas dan sejuk

Selamat tinggal Al Haram. 30 minit juga berputar2 dalam kesesakkan untuk meninggalkan Al Haram sebelum Ismail memberhentikan GMC nya di sebuah hentian rehat Drive Thru di tepi lebuh raya yang menuju ke Jeddah. Kami perlu menanti di sini kerana untuk mengambil botol air zam-zam kami sebanyak 4 botol dengan setiapnya 10 liter yang akan dihantar oleh pihak yang diamanahkan. Sekarang semua bentuk botol adalah sama yang diuruskan oleh pihak kerajaan mereka dan diletakkan dalam kotak berwarna putih setelah botol tersebut dibungkus terlebih dahulu dalam plastik kedap kebocoran dan diletakkan dalam kotak.

Dah takde tong-tong air yang 4 segi dan tutup merah macam dulu tu.

Selesai sudah urusan kami mendapatkan air zam-zam untuk dibawa pulang nanti ke Tanah Melayu. Semua tu diuruskan oleh pihak mereka dan kami dah tak payah nak pening2 nak pikir mana nak dapatkan bekalan air zam-zam untuk dibawa pulang nanti.

Perjalanan diteruskan ke Jeddah .Jarak Jeddah dan Makkah tak jauh sangat dalam 90 km je, Tapi yang kita tak boleh jangka adalah kesesakkan lalu lintas yang bakal dihadapi sepanjang perjalanan ke sana .
terima kasih Ismail dan Abdul Karim  atas khidmat mu yang sangat baik dan memuaskan

Terdapat perkhidmatan teksi sebenarnya dari Airport Jeddah ke Makkah .Kebanyakkan pemandunya berbahasa Urdu .

Tambang teksi dari Jeddah Airport takda yang tetap, ikut suka depa je dan kita kena pandai tawar menawar. Kalau musim tak sibuk lebih kurang dari SR150-SR250 .Tapi bila tiba hujung minggu bagi Saudi iaitu hari khamis dan jumaat , pasti tambang meningkat antara SR250-SR350 kerana ramai yang nak memasuki kota Makkah.

Bila tiba Ramadhan , harganya berlipat ganda hingga mencecah dari SR350-SR450
 

Hotel penginapan juga apabila tiba Ramadhan meningkat dari bulan2 biasa dan 10 hari terakhir Ramadhan juga meningkat sangat tinggi kerana permintaan yang sangat tinggi.

Kami bersyukur dan sangat beruntung kerana urusan semasa kami sampai dari Jeddah dan juga semasa kami pulang semula ke Jeddah berjalan dengan baik sekali  . Allah sentiasa mempermudahkan urusan kami setelah menjejakkan kaki ke bumi penuh barakah ini hinggalah di saat kami kami menginjak meninggalkan bumi penuh keberkatan ini.

Pasti pengalaman berada di sini ketika ini takkan sama dengan pengalaman akan datang sekiranya kami dijemput menjadi tetamuNYA lagi. Itu kerana landskap kota suci Makkah sekarang dan hari-hari yang mendatang berubah dengan begitu drastik dan pantas seiring dengan segala permodenan dan pembangunan yang dilakukan oleh pemerintah kerajaan Saudi untuk memberikan keselesaan di masa akan datang pada para jemaah.





setakat kopak ni satu permandangan lumrah di sini
kalau tak kopak sana-sani , bukan kereta Makkah namanya hehehe


Khamis, Oktober 24, 2013

PART 58 TANAH SUCI MAKKAH : TERASA BERAT MELANGKAH PERGI

ALHAMDULILLAH

Setiap yang bermula pasti akan berakhir.Yang tiada permulaan dan tiada pengakhiran adalah Allah S.W.T. Begitulah juga dengan kembara ku ke Tanah Suci Makkah ini akan berakhir . Kami empat beranak akan meninggalkan tempat suci ini dan berharap agar Allah menjemput kami lagi ke sini.

Setelah agak lama juga aku berada di Al Haram pagi ni seperti lazimnya, aku terpaksa juga meninggalkan tempat ini untuk pulang ke Al Massa . Nanti kami akan menunaikan solat zohor buat kali terakhir di Masjidil Haram sebelum terus melakukan tawaf wada' nanti .

Diam tak diam , masa berlalu begitu pantas sekali . Rasa macam baru je lagi kami tiba di kota suci Makkah, dah nak balik ke Tanah Melayu.

suasana pagi yang begitu mendamaikan

pandangan terindah yang sukar dilupakan

pada ku tiada tempat yang terindah selain dari berada di sini

Banyak permasalahan  yang perlu aku selesaikan  tempohari sebelum kami bertolak ke sini. Masalah penginapannya yang hanya selesai 4-5 hari sebelum kami berangkat . Begitu juga dengan masalah urusan jualbeli getah beku aku yang tersangkut kerana pelanggan aku ramai yang tak buat bayaran lagi kepada ku yang dah tertangguh hampir 4,5 bulan ++ di saat aku nak berangkat ke Tanah Suci. 

Jadi sebelum bertolak , aku dah siapkan fail akaun pelanggan2 aku yang belum mereka jelaskan dan letak sesiap atas meja. Andai kata aku pergi tak kembali , maka senanglah waris aku nanti nak tuntut dari mereka kerana bukan "kecik anak" jumlah keseluruhannya.

Sebenarnya kehidupan kita singkat dan kita tak boleh jangka apa yang akan berlaku. Adakah kita keluar rumah dan akan kembali semula serta sebaliknya , semua urusan Allah S.W.T.

Begitu juga ketika nak tidur dan melelapkan mata. Adakah Allah S.W.T akan bangkitkan kita dari tidur keesokkan paginya atau kita terus tidur tanpa dibangkitkan lagi .

Pasti kekadang perasaan begitu menghantui kita, tapi kita sebagai seorang hamba Allah mesti sentiasa bersedia untuk dikembalikan dan percaya hidup mati, jodoh pertemuan, ajal maut dan rezeki semua ditentukan Allah Yang Satu.



suasana dhuha yang indah dan mendamaikan




Dengan berat , aku mula melangkah meninggalkan Al Haram pagi tu kerana bagasi perlu dikemas di bilik nanti dan porter Al Massa minta kami letakkan bagasi besar di hadapan pintu bilik untuk di bawa turun nanti. Kami pergi dengan beg tersebut dan pulang jugak dengan jumlah beg yang sama .Tiada beg yang beranak .

Terus terang aku katakan , buat diri ku hanya sehelai sejadah yang aku beli sepanjang kami di sini . Dah memang niat aku ke sini bukan untuk nak beli itu ini. Ada sekotak kurma dan sekotak kekacang dan kismis yang akan dibawa pulang nanti . Untuk kami berempat ,sudah pasti 4 botol air zam-zam 10 liter sebagai bekalan.

Untuk anak2 pula serta mak anak, aku belikan beberapa helai jubah baru buat mereka . Aku sendiri tak beli jubah kerana entahlah, aku dari dulu lebih senang berkain pelikat gombang serta berbaju kurung teluk belanga je .

jemaah pakistan rasanya menuju kawasan mataf


sebelum terus melangkah pergi
sempat aku menatap kaabah sekali lagi

Khamis, Ogos 01, 2013

PART 50 TANAH SUCI MAKKAH : BOLEH KE TIDAK BAWAK BENDA ALAH NI

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

 
 Nampak Baitullah dengan jelas dari atas
 tapi sekarang tidak lagi kerana terlindung dengan laluan tawaf sementara

Boleh ke Tidak
Boleh ke Tidak
Sering timbul pertanyaan dan perasaan ini dalam hati rasanya pada kebanyakkan jemaah bila nak melangkah ke dalam Al Haram. Benda alah yang dimaksudkan adalah boleh ke tidak bawak kamera masuk dalam Al Haram . Bukan apa, jangan pulak salah faham . Tujuan kita bawak masuk benda alah ni adalah untuk merakamkan detik2 indah untuk tatapan dan simpanan kita sebagai "kenangan terindah" kerana untuk ke sini nampak mudah , tapi kalau takde "surat jemputan dari Allah", maka tak sampai le kita ke sini.

Jadi sebagai manusia biasa, lumrahnya pasti kita nak juga rakamkan sedikit kenangan di dalam Masjidil Haram.Tak salah rasanya , tapi janganlah pulak melampui batas berposing sakan siap melompat2 lagi dengan berlatar belakangkan Baitullah dan bergaya ala-ala model pulak hehehe
 
sesak di Hijir Ismail
kalau sekarang tak dapat gambaran ni dari atas kerana terlindung 
oleh laluan tawaf sementara 


Semasa mengemas bagasi sebelum bertolak ke Tanah Suci Makkah, aku bercadang membawa 2 buah kamera . Satu sudah pasti DSLR yang cadangnya untuk mengabadikan foto-foto di persekitaran luar Al Haram dan takde niat mengambil risiko untuk membawanya ke dalam Masjidil Haram untuk merakamkan foto2 dari dalamnya. Namun dalam hati kecil ku selalu berkata , "kalau dapat rakamkan dengan DSLR dari dalam Masjidil Haram, pasti hasilnya agak cantik"

Jadi aku cadang bawa satu camera compact yang kecil nanti untuk aku rakamkan foto-foto dalam Masjidil Haram jika berkesempatan.

Kita merancang, Allah tentukan.

Camera compact aku tertinggal kat kebun dekat mesin gelek getah  yang hanya aku sedari semasa aku bertolak dari HC ke KL . Takpelah, kalau Allah tetapkan begitu, terima jelah. Rupanya Allah nak gantikan aku dengan peluang yang lebih baik kerana aku memang tak menyangka yang Allah dah bagi aku kebenaran untuk bawak DSLR dalam Masjidil Haram . 

Yang tersurat dan tersirat , 
Mana lebih besar.

Kebenaran dari penjaga pintu yang sentiasa memeriksa beg jemaah yang memasuki ke dalam Masjidil Haram atau kebenaran dari Allah S.W.T. Penjaga pintu sama juga seperti kita , makhluk kecil di sisi Allah . Yang tersirat adalah kita mintalah pada Allah atas apa jua yang kita rasa nak minta. Beri atau sebaliknya adalah urusanNYA. Kalau diberi Alhamdullilah dan jika sebaliknya, kita sebagai insan yang kerdil mestilah juga bersyukur kerana ada hikmahnya Allah tak tunaikan permintaan kita.



Aku insan yang lemah . Walaupun ada permintaan aku yang Allah makbulkan dengan cepat, tapi bukan semua apa yang aku pinta pada Allah dalam kehidupan ini , Allah makbulkan dengan begitu cepat sekali .  Ada yang bertahun-tahun juga baru Allah makbulkan. Sudah tentunya Allah nak aku terus minta dan meminta dengan erti kata lain doa dan terus berdoa yang sebenarnya terkandung banyak hikmah untuk aku renungkan .

Kerana tak bawak camera compact tu tadi, maka sebagai gantinya pastilah camera hand phone sebagai galang gantinya . Bila sahaja masa terluang semasa aku menghabiskan masa ku beribadat dalam Masjidil Haram, aku rakamkan saat-saat indah di sana dengan menggunakan HP aku . Tak sangka pulak yang hasil dari  camera iphong yang aku rakamkan pada ku memuaskan walaupun ia hanya 8 Mega Pixel je .Namun camera HP sukar nak dapatkan gambaran yang jelas bila di zoom. 

Bagi yang selalu pakai kamera korang tau tak apa maksud Pixel tu. Pixel tu adalah singkatan dan membawa maksud "picture element" atau butiran yang akan dirakamkan menjadi sesebuah imej.

Maksudnya kalau lebih banyak pixelnya, maka lebih banyak butiran yang akan dirakamkan menjadikan foto tersebut nanti hasilnya pasti lebih memuaskan dari camera yang mempunyai pixel yang rendah.DSLR cabuk aku yang aku beli beberapa tahun yang lalu pun pixelnya sama jugak dgn iphong tu, tapi yang membezakan ialah ia "Single Lenses Reflector (SLR)" dan boleh zoom . Tu kalau aku dapat bawa masuk dan dapat rakam foto dari tingkat atas Masjidil Haram, pasti best.

Rupa-rupanya tanpa aku sedari sebagai insan yang lemah, Allah Yang Maha Besar mendengar bisikan hati ku ini.

Nak jadi cerita sedang aku duk mengelamun kat lantai tawaf memerhatikan Baitullah , aku terlihat seorang jemaah muslimah yang agak muda berbangsa india rasanya sedang melakukan tawaf . Tapi yang menarik perhatian ku , tergantung dilehernya DSLR . 

Kaget aku dibuatnya. Ialah, manakan tidak. Kebiasaannya kita dengar kalau jemaah muslimah yang bawak compact camera pun tak dibenarkan masuk , ini bapak kamera tergantung kat leher lagi .Itu sebenarnya petunjuk dari Allah buat ku. 

Macam aku kata tadi. Mana lebih besar kuasanya, 
"Si Penjaga Pintu Masuk Masjidil Haram" atau Allah Tuhan Yang Mentadbir Sekalian Alam.

Setiap apa yang berlaku sebenarnya menjadi petunjuk dan pedoman buat kita sebenarnya ada kaitannya dengan  kehidupan seharian yang kita lalui dan kita cuma implikasikan untuk menjadikan hari ini lebih baik dari hari semalam yang kita lalui sebagai seorang insan bergelar muslim.

Panjang dah rasanya aku melalut pagi ni dan cerita "BOLEH KE TIDAK BAWAK BENDA ALAH NI" tak habis lagi sebenarnya hehehe

Nanti ada masa aku sambung ye.

Semua yang datang dari penulisan ku hari ini adalah dari kelemahan aku sendiri dan harap sedikit perkongsian hari ini dapat menceriakan kehidupan kita .

Insyallah

To be continued  
opssss sebelum menutup tirai
pagi ni cuaca panas tidak , sejuk pun tidak
redup je dan semalam hujan turun jam 4.00  pagi .
Dah lama rasanya tak hujan tengah hening malam pertukaran antara malam dan siang tu
Mungkinkah semalam "Malam 1000 bulan"

ada jemaah tersepit kat Hajarul Aswad tak boleh keluar 
ombak manusia di penjuru ini terlalu kuat 
sapa tak tahan pasti terhambur keluar
namun semua tu atas ketentuan Allah jua sebenarnya





semua foto di atas dirakam dari tingkat atas Masjidil Haram
dengan lens 18-200 Nikkor VRII
kira-kira jam 9 pagi
25 Mac 2013

Isnin, Julai 29, 2013

PART 48 TANAH SUCI MAKKAH : HENING PAGI DI AL HARAM

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH


Macam biasa lepas subuh di Al Haram , kami cuma janji untuk bertemu di restoran Al Massa kerana kalau bila ke Al Haram, Mak Itam akan jalan dan pergi dengan kakak yg sulong manakala aku pulak dengan adik yang bongsu . Alhamdulillah, kerana Al Massa dekat sungguh ke Al Haram, jadi tak perlu khuatir .

Mereka akan solat di tempat jemaah muslimah manakala aku berdua pulak ikut sedap rasa mana kaki melangkah . Jadi sapa sampai dulu lepas subuh dari Al Haram, maka dia akan carikan dulu meja untuk kami sekeluarga nanti bersarapan.


Al Haram dari jendela restoren Al Massa

  Nasi Goreng Arab pakai beras mathi yg panjang tu
lawan telur dan entah apa tu aku lupa namanya digoreng berlada
Sepanjang kami berada di Al Massa, rata-rata jemaah umrah yang silih berganti menginap di Al Massa adalah jemaah dari Indonesia. Jadi ketika bersarapan, hanya kami saja berempat dari Tanah Melayu . Habis semua meja dikuasai oleh mereka dan begitu juga ketika mengambil hidangan secara buffet . Maka kami yang minoriti ni berempat sahaja kena bersabarlah kerana memang dituntut untuk banyak bersabar ketika berada di sini . 

Suasana kat lif jugak kekadang "begitu ribut" sekali kerana ada jenis yang lif dah penuh pun nak disumbat jugak terutama yang jenis pergi berkumpulan dan tak mau atau takut terpisah .Tu yang kekadang aku dan anak aku dok tersenyum apabila mereka begitu ribut di depan lif sambil menjerit apabila lifnya sampai,
" bukkkkk , lifnya"

Suasana dalam restaurant pula dah macam kat Bandung pun ada, Tanah Jawa pun ada, Sumatera pun ada hehehe

Aku kekadang tersenyum sendirian dan layan jelah mana boleh layan pasal pasal malas nak kecoh-kecoh kerana kami datang sini nak beribadat dan benda kecik-kecik tu anggaplah sebagai dugaan.

Kerana ramai je jemaah mereka di Al Massa, jadi makanya menunya kekadang lebih kepada citarasa mereka .Tapi tekak kami tak kisah kerana itulah rezeki kami . Namun makanan yang disediakan lebih dari mencukupi. Cuma kekadang je meja dan kerusi tidak mencukupi untuk menampung semua tetamu sekali gus terutama ketika sarapan pagi kerana biasalah , lepas subuh kat Al Haram , semua pasti pepakat pi sarap dulu serentak. Itu yang "jammed"  kat restaurant.

Itulah panorama yang mejadikan kota suci Makkah begitu unik sekali kerana menjadi tumpuan tak kira bangsa apa sekali pun yang pastinya semua adalah tetamu Allah .


kala pagi , laluan utama ini agak lenggang
kalau waktu lain, sesak sesesaknya



Aktiviti aku macam biasa di sebelah pagi akan kembali semula ke Al Haram untuk solat Israk dan Dhuha sekali . Biasanya aku habiskan lebih kurang hampir sejam lebih juga di Al Haram sebelum pulang semula ke Al Massa. 

Setiap pagi,  keadaan di sana tenang dan mendamaikan seperti kebiasaan. Tiada kesesakan jemaah samada di ruang solat maupun kawasan mataf . Pilihlah mana tempat kita nak duduk dan solat. Pasti ada ruang untuk kita .

Sambil-sambil lepak kat laman tawaf ni sementara nak tunggu masuk waktu dhuha pula, pelbagai perkara dan benda yang dapat aku perhatikan. Sambil tu juga , banyak perkara2 yang berkaitan dengan diri sendiri juga aku renungkan, fikirkan  dan  perhatikan. Apa yang dah aku lakukan selama ini samada sudah mencukupi atau tidak buat agama ku, keluarga ku dan lain-lain.Cuba membuat "check and balance" sendirian . Memang ketika menatap Baitullah adalah detik dan saat yang aku rasakan berlainan sekali ketika aku bermuhasabah diri .


 
jemaah berkerusi roda pun tawaf kat bawah
tu yang kalau terlanggar kat kaki ,
bak kata Zaleha Hamid dalam lagunya
"Adoi,doi,doi,doi,doi,doiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii"
hehehe




Dalam suka pasti ada dukanya 
dalam duka pasti ada gembiranya.

Dalam ketawa pasti ada tangisnya,
dalam tangis pasti ada riangnya.
 
Dalam senang pasti ada sukarnya,
dalam sukar pasti ada kemanisannya.

Begitulah juga kehidupan kita sebagai manusia yang sentiasa akan mengalami semua peristiwa tersebut yang menjadikan kita samada menjadi semakin tabah atau sebaliknya. 

Ya Allah, 
Sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  Dhuha Mu, 
Kecantikannya itu  adalah kecantikan Mu,
Keindahan itu adalah keindahan Mu, 

Kekuatan itu adalah kekuatan Mu,
Kekuasaan itu adalah kekuasaan Mu 

dan perlindungan itu adalah perlindungan Mu.

Ya Allah,

 Jika rezeki ku masih di langit, Kau turunkanlah
Jika  rezeki ku masih di dalam bumi ,Kau keluarkanlah
 Jika rezeki ku masih sukar, Kau permudahkanlah, 
Jika rezeki ku masih haram, Kau sucikanlah 
dan jika rezeki ku masih jauh, Kau dekatkanlah.

Berkat waktu dhuha Mu

kecantikan Mu. keindahan Mu, kekuatan Mu, kekuasaan Mu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan 

kepada hamba-hamba Mu yang soleh terdahulu.