ALHAMDULILLAH,Aku sebagai tuk ketua HC berasa sungguh bangga dan bersyukur kerana pekan HC ni semakin hari semakin membangun macam bandar Tokyo 500 tahun dulu la hehehee
Sebenarnya , bandar HC telah dibangunkan semula selepas banjir besar yang melanda penghujung 2006 dan awal 2007 .
Apabila aku melihat kesannya melalui aras penanda ni,
rupa2nya masa tu di situ hampir 20 kaki juga ( 5.45 m).
patutlah semua hampir tenggelam
Penduduknya pula ramai yang bekerja di sekitar JB , tu sebab kesesakan lalulintas di HC menghala ke JB setiap pagi bila org nak pi keja dan petang bila pulang dari keja mengalahkan kesesakan di lapangan terbang Heathrow
Yang memakmurkan para peniaga di pekan HC ialah penduduk2 yang tinggal dipersekitaran kerana terdapat lebih dari 20 felda mula dari Felda Pasak , Air Tawar 2,3,1,4,5 Semenchu,Sg Mas,Adela, Tunggal, Sening , Kledang
Tu belum lagi Lok Heng, Aping Barat,Aping Timur Waha , Easter yg terletak di timur HC
Kekadang pelek juga nama felda ni ,seaakan2 nama cina pulak mcm Aping dan Lok Heng. Easter ni pulak mcm nama org putih pun ada.
Sekarang premis2 perniagaan yang dibina di HC rasanya lebih banyak dari penduduknya.
Tapi kalau ke HC, jangan pulak cari panggung wayang pasal lagi dulu memang takde, nightclub dengan pub pun takde rasanya .
Moga2 pekan ku terus maju dan makmur dijauhkan dari bala bencana dan malapetaka seperti banjir besar dahulu kerana aku dah rasa kesannya dan peristiwa aku jatuh tangga
"dum,dum,dum,dum,dum,
terduduk dulu dari atas kebawah semasa mencuci rumah selepas banjir masih terasa hingga kini .





















