WARGA SCP

Memaparkan catatan dengan label MY PETS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MY PETS. Papar semua catatan

Rabu, September 03, 2014

RAJUK KU BERPANJANGAN

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

muka Penny toye merajuk kat Teddy kat belakang tu


Rajuk ; merajuk  membawa maksud menunjukkan rasa tidak suka (enggan bercakap, enggan bekerjasama, enggan bergaul dan lain-lain.

Rajuk , satu perasaan istimewa yang Allah S.W.T kurniakan kepada manusia yang tak dapat kita hindari . Cuma betapa besar   rajuknya, hanya insan yang mengalaminya saja mengetahuinya. Biasanya rajuk pasti dikaitkan dengan individu lain yang disayanginya . 

Cerita pasal  rajuk ni, dua ekor dari kucing peliharaan  yang kami bela sejak kecil sering juga terlihat raut wajah rajuknya . Penny akan merajuk pada abangnya Teddy dan Teddy juga seringkali menunjukkan rajuknya pada Penny. Merajuk bukan kerana apa. Merajuk kerana berebut tempat tidur je.

Kalau kat teratak kami tepi hutan ni, bila mereka berpeluang masuk ke tidur kami sebelah tengahari bila kami pulang dari menoreh , Teddy dan Penny akan berebut masuk dan nak lepak kat atas meja kat penjuru sudut menghadap tingkap . Siapa dulu cepat, nasib la.Mereka suka tempat tu pasal siap boleh sandar kepala lagi kat tepi sudut dinding.

Ni semalam bila Teddy dulu dapat naik dan megeport dulu. Penny naik juga. Tapi Penny dah protes sambil tunjuk muka toye merajuk . Gelak kami berdua tengok gelagat mereka . Sekor lagi si Molly tak heran pun pasal tempat lepak dia lagi grand, tetengah atas katil .

Lihatlah, kucing pun ada hati dan perasaan . Cuma manusia je kekadang hilang pertimbangan bila semalam aku selak surat khabar Metro, luluh dan sedih aku lihat keadaan seekor kucing yang bersepai mulutnya dipukul hingga bertarai luruh semua giginya hanya kerana mencuri seekor ikan untuk mengisi perutnya . Keadaan tersebut katanya berlaku di Pasar Borong Selayang. Apa salahnya kalau peniaga tersebut campakkan sekor ikan kecil buat kucing tu makan. Rasanya tak rugi apa2 dan tak boleh jadi papa kerana itu. 

Ingatlah, haiwan tersebut pasti mendoakan kita kiranya kita berbuat baik kepada mereka . Kalau kat pasar di pekan HC, ada sorang peniaga yang setiap pagi lepas bukak je pinti kedai akan memberikan makan hampir 3-4 kilo jagung untuk burung2 merpati liar  . Tetiap hari tak pernah miss .

Ingatlah, setiap kebaikan dan kebajikan  yang kita lakukan tak akan terlepas dari pandangan dan catatan Allah S.W.T dalam "buku kita" dan begitulah juga sebaliknya, setiap kejahatan atau keburukan yang kita lakukan juga tak akan terlepas dari pandangan dan catatan Allah S.W.T dalam "buku kita"

Selasa, Mac 18, 2014

MOLLY THE CAT

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH


 Molly baru lepas habiskan semangkuk dada ayam dengan carrot

Welcome aboard . Satu ungkapan yang pasti disapa oleh pramugari atau pramugara ketika kaki melangkah memasuki ke perut pesawat sebelum terbang . Namun hari ini aku tak nak menyentuh berkaitan penerbangan yang mana saban hari , setiap detik dan waktu kita dihidangkan dengan peristiwa dan misteri yang masih belum terungkai . 

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui dan doa ku agar misteri ini akan berakhir dengan kebenaran terserlah dengan izin Allah jua dan tiada yang menjadi mangsa keadaan dan menjadi "kambing hitam" hanya kerana teori dan teknologi manusia yang tak sampai sebesar zarah pun dengan kehebatan Allah S.W.T.

Welcome aboard yang aku nak kongsikan di sini ialah kehadiran seekor insan kecil baru dalam kehidupan kami yang memasuki bulan ke 5 sebenarnya . Kira dia masih "baby" lagi pada kami. 


Bulan-bulan pertamanya, Mak Itam kena berikan perhatian yang lebih pada Molly kerana sebenarnya Molly ni kira 'anak angkat " diambil dari tuan asalnya yang yang berhajat membuangnya kerana penyakit akibat kurang penjagaan pada peringkat awal kelahirannya dan tidak diberi suntikan imunisasi ikut jadual mengakibatkan Molly mendapat penyakit berkaitan "fungus".

Daripada dia nak buang dan entah bagaimana nasibnya, Molly diambil oleh anak pompuan aku dan dibawa dari KL ke HC untuk menjadi ahli keluarga baru kami selain Teddy dan juga Penny. Setelah menjalani proses rawatan dan suntikan hampir saban bulan berulang ke klinik, akhirnya Molly pulih walaupun belum 100% .

Mak Itam kasi nama Molly dan aku pula panggil namanya Mollypop kira macam Lolipop hehehe

Molly kini kembali aktif dan tersangatlah lasak macam budak kecik yang kerjanya nak main je. Molly masih belum kami beri kebebasan 100% macam abangnya Teddy dan akaknya Penny. 

tiga2 kucing kami memang pakai rantai ada loceng
senang nak kesan mereka 

Molly hanya dilepaskan ikut masa tertentu untuk dia bermain dengan abang dan kakaknya . Kerana ia dikira masih "baby" , makanannya diletakkan dalam sangkar dan begitu juga "toilet bowl" nya kerana ia masih makan makanan untuk Kitten dan bukan makanan untuk kucing dewasa . Alhamdulillah, ia hingga kini Molly takda masalah untuk gunakan tolilet bowlnya sendiri .

Selang 2 hari sekali, mak itam akan masak makanan kegemarannya iaitu dada ayam rebus dicampur dengan lobak merah. Kemuadian dada ayam tu kena siat2 dan hancurkan kecil2. Sekali dia hadap , tak toleh kiri-kanan.

Apabila tiba waktu bermain, Molly akan dilepaskan dengan abang Ted dan akak Penny . Molly memang jenis suka bermain dan bermain tak ingat dunia. Habis diperambatnya Ted dan Penny hingga kedua2 nya akan lari menyembunyikan diri sampai aku gelarnya "Cat From Hell" hehehe

Sekarang ni entah dah 4-5 biji bola mainannya yang mak itam belikan dan dia akan leka bermain dengan bola yang mempunyai loceng didalamnya . Main tanpa henti sampai tak ingat dunia. Memang kehadiran Molly yang persis "Felix The Cat" yang terkenal dengan watak nakal sentiasa menceriakan kehidupan kami.

Bila dah besar sikit nanti dan dah boleh makan makanan yang sama dengan abang Ted dan akak Penny, Molly akan kami berikan kebebasan sepenuhnya dan tak perlu duduk sangkar ikut time mcm dua ekor Ted dan Penny tu yang hidup bebas dalam teratak kami.

Welcome Aboard Molly


Isnin, Februari 10, 2014

ANAK SINGA JANTAN AKU DAH BESAR

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Lama tak jenguk dan update SCP. Bukan apa, kerja banyak dan cuti pun banyak dari bulan lepas dan bulan ni. Masa noreh , aku noreh bebetul dan tiba cuti panjang pula, aku cuti  bebetul  walaupun tak ke mana-mana pun . Melepak je kat rumah dengan anak kucing dan anak-anak yg kebetulan depa pun cuti panjang sebelum semester baru dibuka . Maka SCP aku tak update pun.

Kalau dulu ke mana-mana kami bergerak, pasti kedua-dua anak kami akan ikut sama . Laaaa ni depa dah besar dan tak duduk dengan kami. Maka gantinya sekarang ni adalah dua ekor anak singa yang aku bela ni .

Kalau hujung minggu kami ke teratak di pekan HC, depa pun sekali ikut sama masuk kereta . Tapi aku masukkan dia dalam sangkar masa dalam kereta. Kalau tak, karang habis dia merayau satu kereta masa aku memandu kerana bukan tahu duduk diam dedua ekor ni.

Teddy dah besar sekarang dan boleh tahan gemuk jugak . Mana tak gemuk , makan tidur main  adalah rutin sehariannya sama dengan adiknya Penny.

Time tidur, dedua ekor ni tak boleh tidur sama kami dan akan tidur bilik mereka sendiri. Kalau tak, ada je tengah baru nak terlelap, Teddy akan melompat atas katil dan kejutkan aku .

Ni aku nak buat keja pun tak boleh pasal dia dah duduk kat atas meja kerja aku . Aku suruh dia beralih, dia buat tak tahu je . Dia nak aku main2 sama dia suruh aku gosok kepala dia . 

Kalau mak itam balik noreh , akan di timang kedua2 ekor anak singa ni dulu . Nak timang aku berat sangat, timang kucing le gamaknya hehehe




Teddy dah konker meja kerja aku


terus tutup mata
bila flash hp menyala 
hehehe

Rabu, Julai 24, 2013

SI PENYEK PENGHIBUR HATI

ALHAMDULILLAH

Kalau ada menu Ikan Siakap 3 Rasa, Cik Penny ni pula jenis 3 kaler . Kalau tengok muka dia nampak "innocent" je .Jenis muka sedih.Persian Flat Face 3 kaler. Tak sampai setahun lagi umurnya. Kira masih budak lagi.



Dah baka dia jenis muka penyek dan nampak sedih je tapi sebenarnya kalau kat rumah boleh tahan ligat jugak bila tiba masa dia bergurau dan bermain dengan abangnya  si Ted. 

Macam nak runtuh rumah dibuatnya bila depa berdua ni main kejar2 dan yang pastinya si Ted jarang dapat perambat Penny kerana Penny cukup pandai sembunyi celah2 ceruk dan sudut kecil yang Ted tak boleh masuk pasal badan Ted ni besar .

 

Kalau malam pula kejanya sebelum tidur kalau kat teratak kami tepi hutan ialah "scan' semua siling atas untuk memerhatikan cicak-cicak yang berkeliaran dan kalau ada peluang habis diperambat cicak-cicak tu. Kalau depa berdua ada kat rumah tepi hutan ni, memang tak nampak le bayang cicak seperti kebiasaannya.

Agak sukar untuk menjalani sessi Photoshot bersama Penny ni . Kalau dia dah mula "slow" sikit dan tengah tersenggut nak tidur, baru le aku ada peluang sikit untuk ambil fotonya . Kalau tidak jangan harap le .

Telatah dua-dua ekor ni buat kami rasa terhibur dan setakat ni mereka takde masalah kerana kira berdisiplin . Berak dan kecing hanya dalam bekas yang berpasir ditempat yang disediakan  kerana mereka telah dilatih sejak kecil lagi . 

Tapi kalau aku nak tidor sebelah malam, depa berdua ni tak boleh tidor sama dalam bilik dengan aku pasal tiba time aku nak lelap  ,tiba time tu le depa ni celik bijik mata dan nak bermain tengah memalam buta ,  kacau dibuatnya hehehe

Berbanding Ted, Penny tak kisah kalau orang yang dia tak kenali pegang dan kelek dia .Dah gegirl namanya, tak kira sapa suka saja dia bermanja .  Tapi kalau abangnya si Ted, kalau orang tak kenal, dia tak mau .


Aku sendiri suka bercakap dan berbual dengan mereka . Kalau orang tak tahu, pasti kata aku ni cakap dengan jin pasal depa tak nampak aku melayan cakap dengan manusia hehehe

Aku kekadang boleh berbual dengan dua ekor mahkluk ni macam aku berbual dengan anak aku masa kecik2 dulu. Kekadang bila depa asyik berkejar bertandak main satu rumah, aku akan marah depa berdua ni macam jugak aku marah anak aku . Walaupun dua ekor ni hanya kucing, tapi depa berdua ni tahu dan faham bila aku marah dan mereka akan berhenti bermain dan pasti mereka berbisik-bisik sesama sendiri 

" tulah kau,abang dah bilang, 
kan apak dah marah "


memang si Penny dan juga Ted ada loceng kat leher
senang nak cari kalau depa ni sembunyi




mata Penny mmg bulat

Rabu, Julai 10, 2013

PENATLAH HARI NI

ALHAMDULILLAH

"Penat le hari ni"

"Kali pertama saya puasa"

"Boleh ke tahan sampai magrib ni"

"Lambat lagi nak petang ni"

"Tapi nak tak hendak kena latih dari kecik ni berpuasa"

"Tak tahan dah mata ni"

"waaaaaaaaaaaaa"

sorry le 
lambat wish kat kekawan
Selamat Menyambut Ramadhan 
buat kekawan semua 
nak minta maap kalau ada salah silap
moga Ramadhan kali kali yang terbaik buat kita semua

wokeyyyy  
nak berbuka dah ni kat kawasan High Castle 
Selamat berbuka




Jumaat, Februari 15, 2013

PART 45 USA : KAN AKU DAH BILANG

ALHAMDULILLAH

Kan aku dah bilang , silap hari bulan balik dari US dapat anak sorang .Pegi berdua , balik bertiga hahahaha

Ni dia kami dapat anak perempuan sorang yang Queen aku bagi nama Miss Penny.Kira nanti boleh kawan dengan Mr Ted a.k.a Adek yang sekor lagi.


Welcome Miss Penny to our family.
Kira sekarang dalam family aku ada 2 jantan dan 2 betina, 2 anak betul sepasang dan 2 lagi anak kucing sepasang . Tu tak termasuk anak2 aku yang kat pondok kami tepi hutan terdiri dari Blackey, CC dan Aminah kerana yang lain telah kembali ke Rahmatullah . 

Kekadang ada juga kekawan tanya , "anak dua orang je, cukup ke"
Jawab ku ringkas "Tak sempat nak buat " hahaha

Pada ku anak ramai ke, anak sorang ke , takde anak ke , esok lusa kita pasti ditinggalkan oleh mereka juga apabila mereka meneruskan kehidupan mereka masing2 apabila dewasa kelak. 

Macam kami ni dah hampir 5 tahun dalam diam tak diam , kami hanya tinggal berdua je apabila kakak melanjutkan pelajaran di ibukota manakala si adiknya pula mula menduduki asrama sejak tingkatan 1.

Mula2 rasa sunyi jugak , tapi lama-kelamaan dah jadi kebiasaan . Kalau dulu2 masa anak2 masih tinggal bersama, kalau kami pi holiday, habis aku angkut bersama . Tapi sekarang tak lagi bila kami nak pergi cuti lama sikit dan jauh sikit macam ke US ni. Kami dok pegi berdua je berbulan madu . 

Namun aku bersyukur kerana dengan rezeki yang Allah bagi , kami sebelum ni dapat bawa bersama kedua-duanya melihat dunia dan cuti sekolah bulan Mac depan yang pendek, kami dah cadang untuk angkut mereka berdua sekali untuk satu kembara ke tempat yang paling indah dan agung di dunia yang tiada tolok bandingnya. 

Kita hanya merancang,
Allah yang tentukan.
Moga2 dipermudahkanNYA.

So, ini aku perkenalkan anggota keluarga ku yang terbaru
Miss Penny









Miss Penney dah nak terlelap
aku pulak ajak dia buat photoshoot


Khamis, November 29, 2012

ADEK POST DALAM SINGLE HDR

ALHAMDULILLAH
Adek hanya berak dalam bekas pasir dia je 
Adek ni baka persian semi flat dan baru 2 bulan lebih je . Tapi adek ni punyalah aktif sampai tak terlayan . Biasalah , budak tengah membesar . Manjat sana,manjat sini. Orang tua pun suka manjat sana,manjat sini hehehe

Kalau jenis tak duduk diam, maknanya ia sihat la tu

Ni beberapa keping foto adek yang aku sempat buatkan single HDR. Punyalah azab nak ambik gambar adek kerana dia jenis tak tahu duduk diam.Namun keletahnya buat aku terhibur . Berbanding sekor lagi kucing aku yang bernama Blackey yang jenis penakut sungguh .

Yang paling seronok bila aku balik noreh panggil depa dengan nama yang aku berikan , depa ni jenis dengar cakap dan datang mengerumun kat aku.Nanti yang meleset-meleset, yang mintak dibelai lain, yang nak menyeludup masuk dalam kain pelikat gombang aku pun ada hehehe



Sejarah kami membela kucing ni bermula belas tahun yang lalu bila kakak aku bagi kami sekor kucing baka Parsian yang kami beri nama Pussy . Kalau balik kampung masa tu, Pussy pun ikut sekali . Tapi Pussy dah meninggal dunia lepas dia lahirkan tiga ekor anak. 

Lepas diaberanak ,dia mula duduk termenung. Aku rasa sakit meroyan. Anak2 kecil dia tak mahu susukan. Kenalah bancuhkan susu tepung dan kasi kat anak2 kecil dia yang 3 ekor tu

Lat seminggu Pussy meninggal petang tak salah aku lepas pagi tu aku bawa ke klinik haiwan . 

Pussy  meninggal belakang pintu bilik anak aku dalam senyap2 je . Aku tanam kat belakang rumah aku tepi hutan tu. Kesian anak2 dia kecik2 dah takda ibu . Jadi kenalah susukan tetiap hari pakai susu tepung . Dari 3 ekor anaknya , sampai sekarang yang masih hidup tinggal sekor je iaitu CC.

Nampak macam senang je bela kucing2 ni, tapi kalau nak bela tanggungjawabnya besar kerana kena pastikan semua keperluan kucing2 ni terjamin . Kalau tak , menangung dosa pula.

Kalau dulu masa kucing2 aku tengah banyak dalam 18 ekor masa tu, dia punya makan sebulan beratus jugak . Tapi aku anggap satu sedekah jugak kerana kucing2 tu pasti turut mendoakan untuk kami juga.

Sekarang dah tak ramai dalam 6 ekor je  

Ingat lepas ni aku nak bela beruang dan anak rimau je hehehe

Babi hutan tak payah bela pasal memang berkeliaran kat belakang belukar kecil belakang pondok aku tepi hutan tu ngeh,ngeh,ngeh

Isnin, November 26, 2012

ADEK MENGENCAH RUMAH

ALHAMDULILLAH


Nampak gaya lambat benor aku pi noreh pagi ni pasal melayan Adek dok mengencah rumah. Leka melayan dia dari lepas suboh tadi .

Habis semua dia buat kecah. 

Adek tungga bapak balik noreh ya ,
nanti kita sambung main.