WARGA SCP

Memaparkan catatan dengan label KERJA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KERJA. Papar semua catatan

Selasa, November 27, 2012

KERJA DOK MELAMBAK, BILA NAK CUTI NI WEI

ALHAMDULILLAH


masa aku bukak pintu bilik ni
aku rasa sayu je
Kerja dok melambak tak siap2 lagi . Tapi nak tak nak , aku kena pulun siapkan semua sebelum habis bulan ni dan awal bulan disember nanti boleh slow down sikit sebelum semua urusniaga digantung buat sementara waktu dalam 3 minggu kerana aku nak lepaskan lelah setelah hampir setahun bekerja.

Kerana melambak kerja nilah, cuti umum bagi negeri Johor Rabu lalu aku terpaksa kerja jugak . Foto kat atas tu kalau tak salah aku ambil lebih kurang tanggal 12 November semasa arwah minta aku ukur dan gantikan dengan yang baru kerana telah rosak dimakan anai-anai. 

Tanggal 21 November lalu , aku janji akan jalankan kerja2 pengantian seperti yang diamanahkan , namun pada pagi tu jugak arwah kembali ke rahmatullah secara mengejut tanpa sebarang tanda.

Jadi sebagai menunaikan amanah terakhir dari arwah , hari khamis lalu aku selesaikan segala2nya . Masa aku bukak pintu biliknya, sayu juga rasa hati ku kerana biliknya masih seperti biasa tanpa diusik . Itulah lumrahnya kehidupan kita , setiap yang hidup pasti akan kembali pada Pencipta kita. Kita sebagai yang hidup ambil iktibar yang kita juga akan menyusul nanti dan ia tidak tercepat barang sesaat pun dan juga tidak terlambat barang sesaat juga.

Pukul 9.00 , kami mulakan kerja di bahagian atas dahulu namun kerja yang sepatut tak ambil masa yang lama tak dapat dielakkan kerana jenang asal pintu dahulu yang menggunakan kayu kelihatan bengkok dan begitu jugak "frame" kiri dan kanan.

Leceh sikit ni kerana nak kena potong dan ketam pintu yang baru ni . Namun aku tak risau kerana tukang kayu aku dah biasa dengan kerja2nya . Cuma kalau biasa 1/2 jam siap sepasang pintu, tapi kerana kena potong sikit pintu baru, maka sejam jugak baru siap sepasang pintu.Nak buat macam mana, terima jelah kerana Allah S.W.T dah tetapkan begitu dan kita kena akur .
 

Kat kul dua lebih jugak semua pintu2 siap dipasang dan siap varnis serta laquer sekali . Lepas ni aku tak tahulah samada aku masih dapat job dan bekalkan "gotah ojol" kat sekolah ni lagi kerana tak tahu siapa yang akan gantikan tempat arwah .

Lain padang, lain belalang namun semua rezeki Allah yang tentukan .

Minggu ni aku cuba slow down sikit gear kerja aku dan harap2 semua siap sebelum habis bulan ni kerana sebarang panggilan pasti tak akan ku jawab kerana aku dah bagi notis kat depa yang aku akan berada luar kawasan dalam 2-3 minggu juga. Hampir setahun menoreh dan jiwa serta minda juga perlu rehat . Kalau cari duit , sampai mati pun tak habis cari . Jadi aku nak gunakan nanti kesempatan tu untuk bagi semangat semula dan refresh segala2nya . Harap2 nanti segala perancangan berjalan lancar dengan keizinan Allah S.W.T jua kerana Dialah pentadbir seluruh sekalian alam .

Insyallah.


my carpenter

Isnin, November 19, 2012

MELANGSIR KITA

ALHAMDULILLAH

Al maklumlah,

Hujung-hujung tahun ni macam biasa banyak kerja-kerja menoreh yang perlu aku bereskan membabitkan projek-projek kecil yang pasti semuanya itu datang dari Allah S.W.T yang menyebabkan aku memang tak sempat menjenguk SCP dan melilau ke rumah rakan2 sekalian.

Ni salah satu projek kecil yang aku perlu bereskan dan siapkan di beberapa bilik bangunan baru di sebuah sekolah . Jadi sepanjang 2-3 hari lalu, aku sibuklah pulak ke kilang kain kerana nak pilih kain langsir untuk "Day Light Curtain" a.k.a "Transluscent Curtain" serta bahagian depannya langsirnya nak kena "match" . 

Depa cuma bagi tahu aku nak warna biru turquoise kena dengan permaidani yang dipasang di salah sebuah bilik ni. Aku dah ukur sesiap berapa banyak tingkap yang perlu dipasang nanti serta pintu. Banyak jugak nak kena siapkan . 


Alah beli memang memakai , aku dapatkan kain yang bermutu namun harganya pun boleh tahan jugak berpuluh semeter hanya untuk "Day Light Curtain" tu . Tu belum masuk langsir depannya lagi . Insyallah, selagi sekolah tu tak runtuh , selagi tu aku rasa langsir tu akan dapat bertahan berbanding dengan "day Light Curtain" yang harganya murah yang kekadang tak sampai setahun akibat panahan cahaya matahari, kainnya akan reput dan koyak dengan sendirinya.

Tu baru satu hal, lepas tu sibuk pulak cari kain satin yang agak baik mutunya dan aku sengaja pilih kuning agar agak kontra sikit dengan warna langsir dan carpet . Mak Itam ikut sekali masa aku menguruskan sessi pemilihan ni kerana 4 mata lebih baik dari dua mata semasa memilih. 

kalau kerusi ni warna biru , tentu lebih cantik bilik ni

kat belakang dinding yang kosong tu nanti aku nak kena hias dengan
bendera semua negeri yang jenis bertiang dan tetengahnya ada jata negara dan kiri kanan gambar DYMM  Agong dan Permaisuri 
 
Depa tak mau jahit jenis ropol2 tu, hanya simple sahaja . Jadi bertambah mudah sikit kerjanya . Lepas dah puas hati dan kira berapa kayu nak pakai , maka kerja2 menjahit pun bermula yang memakan masa 1/2 hari jugak dipulun oleh 3-4 orang tukang jahit sekali gus macam "lipas kudung" kerana banyak bidang lansir yang nak kena jahit . Untuk "skirting" pun bolehlah tahan masa yang diperlukan untuk menjahitnya.

Siap satu bab , satu bab lagi menyusul.

Nak kena pasang cangkuk pulak dan supaya "ngam-ngam soi" ikut saiz "rel"nya pula yang setiap tingkap sepanjang 6 kaki 6 inci.

5-6 orang sekali pasang dan dalam 2 jam siap semua sekali. 

Habis satu hari penuh untuk semua urusan ni. Urusan kedua pula muncul kerana nak kena potong pula rel langsir yang banyak untuk "double layer" dan setengah hari baru siap.

 
Jumaat lepas , aku pepagi subuh dah keluar menuju ke sekolah tu sarat dengan segala benda alah ni . Dalam perjalanan , hp aku berbunyi pulak dari sebuah agensi kerajaan yang minta aku datang pagi tu jugak kerana mereka berminat untuk satu projek secara pembelian terus akan "getah ojol" aku dan tak boleh tangguh-tangguh lagi kerana masa semakin suntuk .

Bak kata pepatah,
"musuh jangan dicari,
 rezeki jangan ditolak"

Maka terkejar-kejar aku pagi tu . Kerja "mendrill" ni pun agak rumit jugak kerana kena dinding yang keras dan memantul punyalah azab. Rel langsir ni dilekatkan ke dinding dalam "wall plug" dan diskrew agar tak senang runtuh dan nampak kemas. 

Aku sempat drill untuk beberapa tingkap untuk rel tu sebelum aku minta pekerja aku sangkutkan langsir2 tu sebelum aku berkejar semula memecut laju motor roda tiga ku ke destinasi seterusnya dalam 45 km jugak tapi aku rasa berbaloi kerana boleh tahan jugak jumlah 'gotah ojol" yang depa nak aku bekalkan dalam masa seminggu je selepas "pesanan kerajaan" dikeluarkan nanti . 

Patah balik dah dekat jam 12 tgh jugak dan hari tu hari jumaat , kenalah berhenti dan siap2 pulak nak bentang tikar kat masjid . 2.00 petang sambung balik "noreh" sampai 6.00 ptg dan hanya 30% dari keseluruhan kerja2 pemasangan rel dan langsir tu yang siap . 

Sabtu Ahad tak boleh buat kerana sekolah tutup , nampak gaya esok, lusa , tulat aku kena pulunlah sampai siap kerana khamis sekolah tutup bagi negeri Johor kerana cuti sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor . 

Moga semua kerja aku dapat bereskan dengan izin Allah jua.

Banyak  lagi yang perlu disiapkan dan senang cerita semua projek menoreh kena aku siapkan satu persatu sebelum habis bulan ni kerana bulan depan aku nak cuti sebulan honeymoon dgn mak itam.
Insyallah.

UPDATE
Salam takziah buat CL seisi keluarga (Blog PDKM) atas pemergian adindanya yang tercinta
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman 

Al Fatehah

Isnin, Januari 10, 2011

CUTI TAPI TAK CUTI


ALHAMDULILLAH

SELASA esok 11/01/2011 cuti umum bagi negeri johor kerana hari HOL.
Kerana semua klien bapak terdiri dari sekolah2 dan jabatan kerajaan bercuti, Bapak dah plan baik punya , ingat nak melengkor atas katil dgn bantal peluk busuk sambil tengok TV

Tapi apakan daya , hajat rasanya tak kesampaian,
Ada pulak esok kena selesaikan satu kerja yang penting kerana menerima "short notice" dari klien dan kebetulan kilang tu tak cuti ,

adoiiiiii

tapi bak kata orang
rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari

hehehe

Rabu, Disember 29, 2010

KERJA , REZEKI, KERJA


ALHAMDULILLAH

Dah lagi hujung bulan November hingga ke hari ni, kerja2 penghantaran pembekalan barangan ke sekolah2 menurut pesanan masih tak habis2 lagi. Semua buku2 kerja dan pakaian sukan serta yang berkaitan telah selamat dihantar kepada koperasi2 sekolah yang dah mula menjalankan kerja2 penjualan kepada murid2 mereka kerana sekolah minggu depan dah nak buka semula.


Lepas tu bapak bersilat pula dengan bakul sampah, penyapu, skop dan peralatan kelas dan pejabat dan macam2 lagi yang perlu dihantar . Nasib baik mereka tak order sekali belacan hehehe

"short notice" pun banyak yang bapak terima dari pelanggan
depa call bapak pukul 8.30 pg, kul 11.00 nak barang tu sampai
sabar jelah hehehe

kekadang pening kapla bapak kerana beratus item barangan yang menyebabkan kekadang terlepas pandang apabila stok dalam simpanan habis keluar tanpa disedari

tu yang kekadang berseloroh dgn staff bapak
senang jual goreng pisang je
itemnya goreng pisang je , satu jenis hehehe

Sebenarnya situasi begini setiap tahun sama je
alah bisa tegal biasa
tengok invois dari pengilang dan pembekal
mak datuk
dah penuh satu fail, menimbun

semua perlu dibereskan ,
ada yang term 30 hari, ada 60 hari, ada 90 hari

berniaga nampak mudah
tapi tak semudah yang disangkakan
kalau mudah dan senang
semua orang dah meniaga

kalau takut tangan terbakar, jangan bermain dengan api
kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

oke, malam ni bapak akan berada di stadium gelora puting beliung bung itam
moga malaysia mencapai kemenangan
bapak tetap dengan kain pelikat gombang
akan meraikan kemenangan
insyallah

psss ni pun sempat buat n3 ni
lps tension jap dari tgk invoisdan dilivery order dan barangan yang belum siap packing ni

Selasa, Februari 09, 2010

on SITE A.K.A KERJA LUAR


Dah lama pak itam tak pergi on site . Semalam bersama seorg staff telah keluar selepas zohor untuk melakukan kerja2 penyelengaraan dan pemasangan Wireless ADSL Modem Router di sebuah sekolah yang agak jauh juga . Alamak, lagi 302 KM lagi pergggggg

Tapi , nasib baik sekolah tu tak lah sampai Kuantan,
kalau tak ,
boleh singgah rumah Kak Nab

Kami sampai lebih kurang pukul 3.30 ptg juga . Sekolah ini cantik dan penuh dengan pokok yang menjadi landskap sekolah. Murid2nya hanya satu sessi di sebelah pagi. Jadi petangnya aman dan tenteram . Bertemu dengan guru besar utk meminta kebenaran melakukan kerja2 tersebut yang akan dilakukan di makmal komputer sekolah dan pejabat.

Bercakap tentang kerja2 penyelenggaraan peralatan komputer ni, pak itam sebenarnya tidak pernah mendapat pendidikannya secara formal sejak dulu-dulu lagi. Semuanya pak itam pelajari sendiri melalui pemerhatian, percubaan dan pembacaan .

Masa memula dulu pak itam menceburi bidang ini, hanya segelintir individu sahaja yang terlibat dalam kerja2 sebegini. Itu pun terdiri dari bangsa Cina. Memandangkan prospek dalam bidang ini pada pandangan pak itam akan berkembang, maka pak itam pun melengkapkan diri pak itam dengan ilmu perkomputeran ini dalam sub bidang hardware(perkakasan) dan juga software(perisian).

Masa tu blog2 ni mana ada, apalagi twitter atau facebook. Yang ada cuma laman web yang dibina berasaskan bahasa HTML.

Namun atas minat yang mendalam, semua pak itam pelajari dengan inisiatif sendiri sehingga pak itam banyak juga membangunkan laman web komersil ketika itu.

Disebelah malam hingga dinihari, mmg kerjanya di depan pc yang besar "gedabak" tu
Tapi kesannya sekarang , mata pak itam dah mula rabun jauh . Mungkin kesan dari mengadap pc berejam2 lamanya setiap malam.

Bidang ini yang pada masa tu masih belum diterokai oleh orang lain pernah memberikan pulangan yang lumayan kepada perniagaan pak itam kerana pak itam sering mendapat kontrak untuk pemasangan dan penyelenggaraan bagi semua sekolah seluruh daerah untuk beberapa tahun juga dari kementerian pelajaran . Sambil tu juga , pak itam dah mula meninjau "potensi-potensi" perniagaan lain yang terdapat di sekolah-sekolah dan membina jalinan perniagaan melalui kerja2 penyelenggaraan komputer pada mulanya

Sekarang, ramai yang telah menceburi bidang ni, maka pak itam pun mulalah "slow down" sikit kerana bidang ni memerlukan masa yang panjang utk mengadapnya seperti kerja2 instalasi yang kadang kala 2-3 jam utk setiap PC .Itu belum lagi kena pergi ke sekolah tersebut dan bawa balik ke kedai dan dah siap kena hantar balik bagi kerosakkan yang serius. Namun atas permintaaan dan kepercayaan pelanggan yang tahu bagaimana cara kerja pak itam, insyallah akan pak itam tunaikan.

Lebih mudah menjalankan kerja2 dalam bidang pembekalan barangan kerana pelanggan order, kita hantar dan$ dah siap kerja . Jarang ada perkara2 berbangkit selepas itu . Tapi utk penyelenggaran komputer ini, selalu ada perkara2 berbangkit selepas itu kerana perlu menanggung "warranty" selama setahun .


Kerja2 pemasangan ADSL Modem Router Wireless tu siap dalam masa 2 jam lebih termasuk kerja-kerja "setting" WAN IP, LAN IP serta default Gateway dan DNS IP di beberapa buah pc dan ujilari sistem .

Kat situlah , kita perlu menguasai bahasa inggeris kerana semua arahan dalam bahasa inggeris.

Alhamdulillah, kerja dah siap , signal bagi wireless tu pun menunjukkan tahap "good , excelent" di seluruh kawasan sekolah.
Nak balik, cari pula staff pak itam ,
"Mana pulak budak ni pergi."

rupa2nya

dia tengah landing "baik punya" kat atas kerusi batu di tepi pagar melelapkan mata sebentar ngeh ngeh ngeh

Takpalah, tadi katanya kepenatan akibat mengangkat 30 kotak kertas seberat hampir 35 KG setiap kotak ke tingkat 4 sebuah sekolah menengah .
"Mengigil kaki bang", katanya he he
Dalam perjalanan pulang, kami terserempak dengan 2 orang "budak melayu" yang sedang asyik berlumba dengan aksi2 yang mengerikan seperti dalam Motor GP .
"Aduh, apalah nak jadi dengan anak2 muda kita ni"
"Anak bangsa lain duk sibuk cari duit, mereka duk sibuk "mengerace" di tengah jalan"

Itulah realiti anak2 muda bangsa kita sekarang ni yang lebih suka khayal dalam bidang hiburan , membuang masa dan melakukan perkara2 yang tidak mendatangkan faedah .

Semoga Allah SWT memberikan kesedaran, taufik dan hidayah kepada mereka
Insyallah.
aksi perlumbaan yang cuba menghalang antara satu sama lain
dari memotong
boleh mengundang maut