WARGA SCP

Memaparkan catatan dengan label PERJALANAN HIDUP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PERJALANAN HIDUP. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 13, 2014

BELAJAR KOMPANG KAT PARIT

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH


Kalau suruh bebudak zaman IT ni sekarang main kompang, mau haram tak tahu . Tapi masa zaman aku dulu , ramai bebudak kampung yang pandai main kompang ni. Main kompang ni nampak mudah, "just kompang je " kompang tu , maka keluarlah bunyi "pang, pang,pang".

Tapi sebenarnya tak semudah itu nak pandai main kompang kerana permainan secara berkumpulan 10-15 orang pemain memerlukan kolaborasi untuk menjadikan bunyi yang keluar nanti harmoni dan tak berterabur.



Aku sendiri dulu saban malam pi menuntut belajar kompang kat parit.Jangan salah faham. Bukan main kompang dalam parit. Tapi dah sememangnya kat kampung aku memang banyak parit yang dijadikan nama kampung. Semua parit ada. Ada Parit Sakai, ada Parit Bakar , ada Parit Jawa . Kalau nak sebut kat sini, berpuluh parit.

Jadi aku pun saban malamlah pi belajar kompang kat rumah kawan aku tu kat area parit ... tu.

Paling best lepas habis kami berlatih,lepas tu pasti ada sedulang dua nasi ambang buat kami menjamu selera.

Berbulan belajar saban malam baru pandai hinggakan ketua kumpulan kompang tu yang aku anggap macam ayah aku jugak telah mengajak aku main sama bila ada jemputan untuk main kompang di rumah orang2 kawin .

Tapi dalam main kompang ni rumah orang kampung ni, ada juga sekali peristiwa yang menyedihkan . Kira bebudak sekarang kata "sentap"

Kalau biasanya, kalau dapat jemputan main kompang,pasti tuan rumah pengantin akan panggil dan jamu dengan nasi minyak. Dah rumah orang kawin. Pasti nasi minyak jadi hidangan wajib. Nak jadi cerita suatu hari ,kami dapat jemputan main kompang kat area Parit Bakar . Pukul 12.00 tgh kami dah bersiap "sedak" semua kompang biar tegang kulitnya. Pukul 1.00 kami dah bertolak naik motor ke rumah pennganti. Pukul 2.00 ptg kami mengarak penganting dalam panas terik dengan irigan paluan kompangg dan jidor sambil berselawat.

Siap je tanggungjawab kami, kami semua nunggu tuan rumah jemput kami makan . Ialah, tengahari dan perut tengah kosong . Nunggu kat 20-30 minit, haram tuan rumah atau wakil buat tak tahu dan buat tak nampak je.Melelah air liur tengok jemputan lain makan . Kami pun terus kemas semua alatan kompang dan jidor terus start motor dan balik. Singgahlah kami warung tepi jalan cari apa yang boleh dimakan.


OK, ni kompang dan jidor yang baru aku ambil kat kilang kompang . Banyak jugak pesanan seorang pelanggan aku . Sebenarnya sejak akhir-akhir ni aku sibuk noreh sana-sini dan jual apa yang boleh diniagakan selagi halal dan mendatangkan rezeki. Tu sebab masa aku sekarang agak terhad untuk update SCP . Kalau nak ikut banyak cerita yang aku boleh cerita kat SCP. Tapi masa tak mengizinkan laaaa ni.

Namun kalau aku free, insyallah aku akan terus menulis kat SCP berkongsi cerita dengan rakan2 maya sekalian.


Khamis, Oktober 02, 2014

SETIAP DETIK DAN SAAT KETIKA ITU TAKKAN LUPUT DARI INGATAN

  بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

ALHAMDULILLAH

7 tahun sudah berlalu. Namun setiap detik dan saat yang pernah aku lalui ketika itu tetap segar dalam hati yang merupakan detik terindah dalam hidup ku .

Hari ni, pastinya jutaan jemaah Haji telah bergerak menuju ke Arafah . Pastinya setiap kali datangnya hari wukuf, ingatan aku tetap akan berputar terkenang peristiwa  7 tahun yang lalu.

Hari itu 17/12/2007 bersamaan 8 Zulhujjah merupakan hari Tarwiyah. Kami dijangkakan bertolak ke Arafah selepas waktu zohor lebih kurang pukul 2.00 ptg. Namun di sini, kita hanya mampu merancang sahaja dan segala ketentuan hanya pada ALLAH. Kami hanya akan bertolak ke Arafah selepas waktu Isyak kerana masalah kesesakan jalanraya menuju ke Arafah yang penuh dgn "lautan bas" menyebabkan bas ulang-alik sebanyak 10 buah yang akan membawa kami seramai lebih kurang 2000++ jemaah mengambil masa yang panjang.Memang itulah lumrahnya setiap kali kemuncak musim Haji tiba atau ertikata lain apabila semua jemaah haji akan menuju ke Padang Arafah.



Ada diantara rakan kami yang telah memakaikan ihram . Aku tangguhkan dahulu niat utk memakai ihram dan berniat haji . Naik semula ke bilik hotel dan berehat kerana ada lagi masa hampir 6 jam sebelum bertolak.

1 jam lagi sebelum bertolak masa tu , aku lakukan persiapan dgn melakukan perkara2 yang disunatkan sebelum ihram spt :- mengerat kuku- merapikan janggut/misai/rambut- memotong bulu ketiak/ari2 dan sebagainya- mandi sunat ihram- mengambil wuduk- memakai wangi-wangian pada badan- memakai kain ihram berwarna putih- solat sunat ihramSelepas itu menghadap kiblat , melafazkan dan berniat haji , Sahaja aku mengerjakan haji dan aku berihram dengannya kerana ALLAH Taala.

Maka bermulalah bagi kami 13 pantang-larang dalam ihram yang perlu dipatuhi dan dijaga selama beberapa hari. Dalam hati kami, tidak dpt digambarkan akan kegembiraan kerana kami akan mengerjakan dan menyempurnakan haji buat pertama kali dan kami berdoa agar kami dapat melakukan segala rukun dan wajib haji dengan sebaik-baiknya, diberikan kesihatan yang baik dan segala kemudahan dari ALLAH dan haji kami diterima menjadi haji yang mabrur. Tiada balasan selain syurga bagi haji mabrur.


Akhirnya kami bertolak ke Arafah lebih kurang jam 8.00 mlm hampir 6 jam lewat. Perjalanan yang hanya 21.9 km mengambil masa hampir 3 jam lebih. Lebuh raya 4 lorong telah menjadi 6 lorong dipenuhi dgn "lautan bas" yang membawa jemaah menuju ke tempat yang sama .

Teringat kembali sejarah Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan haji dengan pengorbanan Baginda bersama sahabat-sahabat yang berjalan dari Madinah Al-Munawwarah ke Makkah Al-Mukarramah selama 9 hari berbanding pada hari ini kita menaiki kapal terbang yang boleh sampai ke Tanah Suci kurang daripada 9 jam. Ini perkara yang perlu direnungkan apabila kita menghadapi sebarang kesusahan di tanah Suci kelak.

Perjalanan kami diiringi dgn laugan talbiah ,


لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ
لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ
 إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ 
لاَ شَرِيْكَ لَكَ 

Hamba Mu datang menyambut panggilan Mu, Ya Allah
Hamba-Mu datang menyahut panggilan Mu
Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan Mu
yang tiada sekutu bagi-Mu 

Apa yang aku rasakan ketika itu, sebak dan diri ini terlalu kerdil dalam perjalanan utk menghadap ALLAH .

Ya ALLAH, kami datang dari jauh dengan membawa segala dosa samada disedari atau tidak, samada besar atau kecil , kami malu untuk menghadap Mu Ya ALLAH atas apa yang telah kami lakukan , namun atas keberkatan Mu, kami dipilih menjadi tetamu Mu Ya ALLAH.

Semuanya sama sahaja dgn memakai 2 helai kain putih yang tidak berjahit dan bercantum bagi lelaki dan telekung bagi wanita . Hati ku bercampurbaur, perasaan diasak sayu, insaf dengan kekhilafan dan kekurangan diri namun masih diberi nafas dan nyawa utk terus beribadat,bertaubat dan hidup di muka bumi ini ,kagum dengan kebesaran ALLAH dan sebak serta gembira menjadi tetamu jemputan ALLAH untuk menunaikan ibadat haji di kota suciNya.

Padang Arafah juga adalah tapak bersejarah dalam kehidupan manusia kerana di Jabal Rahmah yang terletak di kawasan itu, Nabi Adam dan isterinya, Hawa bertemu kembali selepas diturunkan dari syurga. Di situ jugalah NabiMuhammad (SAW) menyampaikan khutbah terakhir kepada umat Islam.Padang Arafah adalah tempat pertama di bumi ini ALLAH menerima taubat hambaNYA. Di Jabal Rahmah, Adam dan Hawa bertemu semula setelah dikeluarkan dari syurga kerana kesilapan melanggar perintah ALLAH. Bertahun-tahun lamanya Adam memohon taubat di sini dan akhirnya taubat kedua-duanya diterima dan diampunkan . Kami sekarang berada di bumi Arafah sama seperti hasrat dan matlamat Adam dan Hawa, memohon keampunan dan berharap mendapat haji yang mabrur.

Diri ini terasa sangat kerdil dan cuba melakukan amalan di sini dgn sebaiknya dan berdoa semoga ALLAH menerimanya. Kami sampai lebih kurang jam 11.30 mlm ke kawasan perkhemahan yang disediakan di hujung kawasan Padang Arafah yang seluas 10.4 km persegi. Di sambut oleh petugas THTS . Terus mencari khemah yang sepatutnya mengikut penempatan nombor khemah yang dibekalkan.

Setiap khemah menempatkan 18 orang jemaah dgn dibekalkan sekeping tilam yang kecil, selimut dan sebiji bantal .Khemah didirikan di atas kawasan padang pasir dgn beralaskan permaidani. Kemudian terus ke kawasan belakang perkhemahan utk makan malam yang disediakan oleh pihak pengurusan Tok Syeikh @ muasasah yang dilantik oleh pemerintah Arab Saudi . Jam menunjukkan hampir 12.00 tgh malam.




Alhamdulillah, akhirnya masa yang sangat dinantikan akan tiba juga dengan izinNYA
.


Allahuakhbar

Aku rindu akan suasana tersebut walaupun dalam berkusut masai ketika itu. Adakah aku berpeluang untuk merasainya, Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Khamis, Ogos 07, 2014

KENTUNG TUNG,TUNG,TUNG,TUNG ...

  بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

kehijauan masih menyeliputi

Kehidupan ku masih diselubungi suasana kekampungan di teratak buruk ku tepi hutan yang merupakan tempat aku berteduh sejak 25 tahun lalu ketika aku menjejakkan kaki ku ke sini. Embun jantan pagi masih menitik di sini lagi sambil kokokan ayam jantan bersahutan antara satu sama lain berlawan-lawanan menunjukkan kejantanan mereka hampir setiap pagi.

Telur sebiji, riuh sekampung masih praktikal di sini di mana sekor ibu ayam bertelur, maka akan riuhlah sekampung yang mana menganggu rehat ku di dinihari kerana biasanya ia bertelur kat celah2 pasu bunga yang terdapat di sekeliling rumah.


Dulu kalau nak makan ayam kampung, tak perlu beli kat pasar. Cukup hanya malamnya berbekalkan lampu suluh dan jaring . Mengendap dan menyuluh mata mereka dan serkup dengan jaring . Mereka tidur di atas pokok keliling rumah.

Kalau 25 tahun dulu , kemudahan asas di sini tiada,letrik guna generator, air kena angkut, jalan tanah merah,  tapi kini telah berubah sama sekali. Namun yang tak berubah-ubah hingga kini  ialah penunggang motorsikalnya di sini yang punya "lesen agong". Keluar dan jalan sesuka hati dah sebati dengan keadaan di sini dan kepala mereka semua keras hingga tak perlu pakai helmet hahaha

kelihatan teratak usang aku dari kebun aku noreh

Hampir 100% peratus islam, sebuah masjid jamek tersergam di atas sebuah bukit di samping 4 buah surau yang agak besar untuk 4 buah kampung yang terletak di sini. Tok Imam bagi setiap surau di sini akan bergilir bertugas pula selang seminggu seorang di masjid jamek tersebut dan akan bertukar giliran setiap selepas solat jumaat nanti saban minggu.

Ketika aku bersiap2 menyarung celana ku untuk keluar menoreh selepas subuh tadi, kedengaran bunyi kentung , tung,tung,tung,tung,tung ....... yang diketuk berirama berbelas kali sayup2 kedengaran dari sebuah surau di kampung berdekatan. Aku tahu bahawa seorang lagi orang kampung telah kembali mengadap ilahi. Selepas itu pengumuman dibuat melalui pembesar suara tentang kematian "si polan bin si polan" serta meminta seluruh penduduk kampung agar dapat sama2 datang menziarahi dan menguruskan jenazah tersebut. Jenazah akan diuruskan bersama2 secara gotong-royong.

Suasana ini berbeza sekali dengan di bandar yang mana pengurusan jenazah yang menjadi fardhu kifayah telah mula menjadi sumber pendapatan yang lumayan hinggakan sehingga 700-800 ringgit diminta atas nama upah untuk memandi dan mengkafankan jenazah. Itu belum lagi 300-400 ringgit untuk upah menggali liang lahad.

israk yang indah , kubah masjid jamek samar2 di atas bukit tu


Pasti bunyi kentung tung,tung,tung,tung yang panjang ini bukan sesuatu tanda yang menggembirakan tapi kematian itu pasti seperti yang dijanjikan oleh Allah S.W.T.

Ali Imran :185
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

Al Jumu’ah: 8. 
"Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan".

Hanya di kampung je dengar bunyi kentung ni, kalau kat tengah KL kedengaran bunyi kentung ni , pasti kejap lagi ada yang buat report polis atas alasan ganguan hehehe 

Al Fatihah .

Khamis, Mei 22, 2014

SATU PERJALANAN YANG MASIH PANJANG

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Lama tak update SCP kerana kekangan masa lantaran tugasan menoreh di beberapa buah kebun getah yang perlu dibereskan kerana itu juga satu amanah yang perlu disiapkan.

Alhamdulillah,
rezeki yang Allah kurniakan dan hampir 99% siap sepenuhnya sebelum aku cuti menoreh buat seketika bagi menguruskan pula untuk menghantar son of gun aku mengikuti pengajian di sebuah kolej matrikulasi teknikal yang terletak di utara tanah air .

  sempat bercanda kat sini beberapa bulan lepas
Sambil2 noreh, sempat aku menguruskan segala dokumennya yang berkaitan dan juga sempat menguruskan segala kelengkapannya dari segi pakaian dan sebagainya . Kalau dulu sibuk dengan pakaian sekolahnya bila nak masuk sekolah,sekarang lain pula . Jadi semua kena beli yang baru dengan kemeja lengan panjangnya , seluar slack dll.

Alhamdulillah,
minggu sudah juga sempat menguruskannya untuk sessi temuduga bagi program Sarjana Muda Pendidikan selepas ia berjaya melepasi ujian bertulis dan ujian fizikal 2 minggu sebelum itu. Kalau ada rezeki, maka kemungkinan besar bakal menjadi seorang guru kerana calon lelaki yang dipanggil ke sessi temuduga tersebut sikit bebenor berbanding calon perempuan. Dari 9 perempuan, hanya sorang je lelaki .Kalau dia jadi cikgu , ada pewarisnya kerana akukan bekas cikgu beso pencen hehehe


Keputusan temuduga tu lambat lagi, jadi keputusan diambil untuk menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat matrik dulu kerana bidang teknikal memang menjadi minatnya sejak dari kecil. Setahun a.k.a dua sementer diperuntukkan bagi pengajian Mechanical  Engineering di sana nanti .

Alhamdulillah,
satu perjalanan yang masih panjang buatnya sedang menunggu sementara kakaknya diam tak diam dah masuk semester 2 di sebuah IPTA . 

Perjalanan kami saja yang tak tahu samada panjang lagi atau sebaliknya kerana semuanya telah ditentukan dan dah tertulis .

Semoga perjalanan hidup kami dan kalian semua juga sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah S.W.T.

Ke utara kita nampaknya minggu ni ngeh,ngeh,ngeh

 

Rabu, November 20, 2013

ISTIADAT KONVOKESYEN ANAK POMPUAN AKU

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH



Tanggal 18 November 2013, kami sebagai kedua ibu bapa dijemput hadir ke Istiadat Konvokesyen ke 79 UiTM bertempat di Shah Alam. Jadi sebulan sebelum tu selepas dah confirm tarikh dan hari serta sessi ke berapa melibatkan anak sulung kami, aku dah buat tempahan awal di Concorde Shah Alam kerana berdekatan dengan UiTM dan memudahkan kami ke sana awal pagi. 

Kerana tempahan awal di Concorde , maka harga biliknya diskaun banyak jugaklah. Depa panggil "early bird" punya booking. Setahu aku yang tak sekolah tinggi ni, early bird tu membawa maksud  "burung awal" hehehe

Executive Deluxe aku tempah kerana anak bongsu kami tak dapat ikut pasal tengah dok berperang dengan SPM . Tapi si akak yang memang tinggal di asrama di kampus UITM sekarang ni pulak nak tidur sama dgn mak paknya. Maka aku buat permintaan pulak untuk extra bed pula.

Kakak sekarang ni baru semester pertama untuk ijazah pertama selepas menamatkan kursus peringkat diploma tahun lepas .  Jadi hari ni, kakak akan mengulung segulung diploma dan kalau takde aral melintang , tak sampai 2 tahun lagi barulah mengulung segulung ijazah pula . Kerana dulu buat diploma pun kat UITM , jadi katanya pengajian untuk ijazah pula hanya 2 tahun kerana "credit hours" peringkat diploma dulu boleh dibawa ke peringkat ijazah pula.

Aku bab2 ni mana le tahu pasal aku pun bukan sekolah tinggi dan takde ijazah pun .



Pepagi Ahad, aku dah kayuh motor roda tiga aku . Macam biasa aku singgah ziarah pusara kedua orang tua aku dan datuk serta nenek  aku di kampung yang semuanya dah pergi menghadap ilahi. Diam tak diam arwah bapak aku dah berpuluh tahun meninggal iaitu tahun 1991 . Masa tu anak sulung aku ni dalam perut lagi baru 7 bulan.Terkenang aku masa arwah ayah aku meninggal malam tu. Aku dah terlelap . Rasanya masa tu dah nak pukul 12 malam. Bunyi motor berhenti depan pondok aku tepi hutan. Rerupanya sorang pegawai polis dari balai polis berdekatan memaklumkan pada malam tu. 

Aku kan duduk tepi hutan . Jadi masa tu mana ada telepon-telepon ni.Jadi pepehal berlaku, kena contact balai polis terdekat je.Dekat tak dekat pun , balai polis tu 25 km jugak dari pondok aku. Kebetulan koperal polis tu memang kenal aku.

Tu cerita 22 tahun sudah dan umur anak sulung aku pun laaa ni mencecah 22 tahun dan alhamdulillah dah selamat menjalani pengajian peringkat diploma .




Lepas saja dari kubur, aku koner baring ke pekan dan macam biasa kami berdua pekena satay perut yang memang terkenal di bandar Maharani . Krap krup krap krup , banyak jugak kami makan sebagai melepaskan rindu kerana bukan selalu dapat makan satay perut yang enak ni.

Dah kenyang dan dah selesai semua , sambung kayuh lagi hinggalah dalam pukul 2.00 petang jugak sampai di Concorde Shah Alam. Sedang elok la dah dan terus ke bilik . Petang tu anak sulung kami tiba dan dok bawak kami ronda pekan kecik entah apa nama kat depan UiTM tu. 

Melepaskan dahaga di restoran AP . Pasal kenyang pagi tadi dengan Satay Babat yang kami makan, maka aku dan mak itam hanya pekena soto . Pada pandangan aku rasanya biasa-biasa sahaja dan dah lah "setoet" berbanding reganya.Pada aku lebih sedap dan kick kat "warung kayu bodoh je" . Aku cakap begitu pasal aku selalu merayau dan kira banyak tahu mana tempat makan yang sedap dan mana yang tidak  kat Johor. Namun Alhamdulillah kerana dah rezeki kami petang tu berbanding negeri orang yang makan pun takde.



Petang tu lepas aku lelap kejap , aku ingat nak bercebor kat kolam renang , tapi tetiba hujan lebat pulak. Aku batalkan niat dan capai tracksuit serta kasut sukan dan terus ke gym. Sejam jugak aku kat gym mengerjakan treadmill tu hingga menjojos peluh. Kena bakar sikit kalori pasal pagi tadi pekena satay babat banyak tuuu hehehe

Tapi ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di malam hari pasal malamnya sebagai meraikan kejayaan anak kami tu, maknya belanja "dinner" kat Melting Pot Concorde . Kami dok hantam buffet dengan pelbagai hidangan dan menu hehehehehe

Kalau tadi dok bakar kalori atas gym, ni pi tambah balik kalori bertingket-tingket hehehe

Takpalah, sesekali sebagai meraikan anak sulung kami.



Pagi Senin pukul 6.30 pagi, kami hanya ambil sarapan ringan je kat Melting Pot walaupun buffet sarapan pagi melambak pasal pukul 7 dah nak kena gerak ke UITM . Lambat takut jammed la pulak. Betul tekaan ku pasal nak masuk belok simpang UITM dari jalan besar tu punyalah sibuk dengan orang nak pi kerja dan jugak para ibubapa yang memang untuk menghadiri majlis konvokensyen anak2 mereka.

8.30 pagi , para graduan yang diraikan berarak masuk diikuti dengan perarakan membawa cokmar sambil diringi tiupan nobat berserta ketibaan Naik Cancelor UiTM . Debak gedebuk, pukul 9 jugak baru mula setelah pengisytiharan watikah untuk menyempurnakan majlis pagi ini. Semua penuh adat istiadat dan penuh dengan protokol . 

Pagi tu saja ada 4 sessi semua sekali dan tamat hampir pukul 12.00 tgh hari jugak . Kelaur je dewan , aku tengok kat depan dewan besar tu, punyalah ramai umat . Rupa-rupanya depa semua adalah jemputan dan jugak sanak saudara yang datang untuk sessi petang yang akan bermula pukul 1.00 pula.Memang hiruk pikuk pasal yang pagi tak habis keluar lagi . Tu yang aku dengar ada yang kereta tak dapat masuk dan kena parking kat Jakel . Dari situ depa dibawa ke UITM naik bas . 

Kami tak ambil masa panjang . Hanya ambil 3-4 keping gambar bersama anak kami sebagai kenangan dengan jubah dan topi konvo masih tersemat dibadannya, lepas tu terus balik ke hotel kerana nak checkout pulak . Kalau takde kucing aku Teddy dan Penny yang ditingglkan kat rumah, pasti semalam lagi kami di sini. Tulah pasal, dah takda anak kecik, maka belalah pulak anak kucing .





KL-HC , pukul 6 lebih jugak baru sampai. Punyalah letih dan mengantuk kerana dalam 2 hari memandu hampir 1000 km jugak. Tapi  its ok, bukan selalu . Kucing kami dua ekor ni yang kekadang aku panggil kambing alhamdulillah semua ok dan ceria bila kami balik.

2 hari tak jumpa, rasa rindu jugak kami dengan dua ekor kambing ni pasal melayan telatah mereka yang menghiburkan kala kami hanya tinggal berdua je . 

Alhamdulillah
Selamat pergi dan selamat kembali semula dan aku bersyukur kerana semuanya terpelihara dan dipermudahkan serta dalam perlindungan dan rahmat Allah .

Akhirkata, buat anak sulung kami, tahniah.
Perjalanan masih jauh dan teruskan mencari ilmu bukan untuk dunia sahaja, tapi yang lebih penting kerana Allah. Insyallah  dunia dapat dan akhirat yang pasti .




Selasa, Jun 18, 2013

ALHAMDULILLAH, DAH SELAMAT

ALHAMDULILLAH 

Semalam Isnin pukul 4 petang dah masuk operation teater seperti yang dijadualkan. Sebelum tu sebelah kaki yg cedera tu dan berbulu mcm paknya juga dah licin kena cukur dan dibalut untuk proses nyah kuman. Paginya lepas buat MRI sekali lagi dan doktor dah confirmkan mana nak kena belah, jadi lepas sarap, dah kena puasa kerana memang kena bius masa lakukan pembedahan. 

Pukul 3.30 petang , nurse dah datang dengan kereta sorong khas tu lalu tanyalah beberapa soalan pada senarai semaknya. Turun je tingkat 2 ke operation teater, sekali lagi petugas di sana tanya lagi soalan yg sama untuk "double check" sebelum terus masuk ke bilik pembedahan . Soalannya seperti nama pesakit, mana yang nak kena operate  ikut senarai semak dalam fail yang dibawa sekali atas pengusung.

Mak pak juga kena ada kerana mereka nak confirmkan siapakah yang turunkan tanda tangan kat atas borang tu. Masa tu ada 2-3 pengusung tengah "queue" nak masuk operation teater.

A line or sequence of patient awaiting their turn to be attended  or to proceed for operation.Dah macam nak bording flight pulak nak terbang tapi "pasenjel" semua atas pengusung yang kepala mereka semua dah balut plastik hijau macam pakai "shower cap" pulak.

Teringat perkataan "pasenjel" , teringat arwah bapak aku . Ialah, orang dulu-dulukan perkataan bahasa inggeris depa dah dimelayukan. Pasenjel dari passenger .Tu perkataan yang selalu digunakan oleh arwah ayah.

Memula ingat just a minor surgery operation, tapi agak rumit jugak dan kena bius samada 1/2 ke bawah sahaja  atau bius penuh. Anak aku minta bius penuh. Kalau dedulu pembedahan secara konvensional, pasti depa dok tokak lutut tu belah, tapi laa ni, depa dok tebuk kiri kanan lubang dan semua kerja pembedahan dalam lutut tu dijalankan oleh mesin mekanikal yang dikawal oleh tangan doktor kat luar.

Alhamdulillah 6.30 ptg lepas 2 jam lebih dah selamat . Kira aku dah ada waris , tapi bukan 'Waris Jari Hantu" macam filem tu, ni "Waris Lutut Rosak" kerana lutut aku sebelah kiri ni dah rosak juga dan mengambil masa 2 tahun untuk pulih dulu yang hanya pakai urutan . Dedulu mana ada kemudahan dan teknologi untuk lakukan pembedahan macam sekarang ni.


Tak tahu bila lagi boleh keluar . Nanti nak kena pakai alat sokongan kat lutut dan tongkat sementara benda alah tu pulih dan lepas ni baru kena jalani proses fisiotrapi pula.

Lepas tu maknya dah cakap , "No Futsal Anymore, Just Play Dam Aji Je or play masak-masak" 

Alhamdulillah. 

 
 Dah standby nak kena usung
dengan pengusung ke dewan pembedahan jap lagi


Org tak sakit dah rampas kuasa katil org sakit kat bilik 
sementara tunggu siap pembedahan
sebenarnya kami keletihan dan tak cukup rehat

pukul 6 lebih baru siap dan dihantar ke bilik selepas sedar
Sakit katanya pasal bius tadi masa pembedahan dah habis
darah dok mengalir dalam botol dari bahagian yang dibedah

 Menahan kesakitan
Doktor dah kasi morpin a.k.a pain killer dalam mesin hijau tu
melalui drip
Kalau tak muntah dah boleh makan kerana puasa dari pagi tadi hingga dah nak magrib

Ahad, Jun 16, 2013

MINOR SURGERY PROCEDURES

ALHAMDULILLAH

Kami dok busy sikit menguruskan son of gun aku yang kini kat sepital kena tahan
dan buat rawatan lanjut kerana setelah 5 kali menjalani fisiotrapi kat lutut
sepanjang sebulan lalu masih tak menunjukkan tanda2 pemulihan.
Hikmahnya, kalau selalu cuti sekolah kami akan pi cuti,
Tapi kali ni kerana menjalani fisiotrapi yang telah dijadualkan,
maka kami pi lah piknic kat sepital je.

Semalam lepas menjalani sessi fisiotrapi kali ke berapa entah dan juga
pertemuan dengan specialist ortopedik,
maka dia kata kena buat Minor Surgery Procedures yang akan dilakukan
esok pagi hari senin nak tengok apa yang koyak kat
bahagian dalam tu yg buat tak baik2 .

Kalau tak baik jugak,
aku ingat nak ganti dgn lutut unta je
pasal lutut unta kuat sikit hehehe

Mohon doa kat Allah S.W.T moga cepat sembuh kerana
agak sukar baginya yang duduk di asrama sebelum ni
dan tahun ni nak periksa SPM

Insyallah


Khamis, November 22, 2012

SEMOGA ROH MU DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG BERIMAN

ALHAMDULILLAH 

Lepas subuh tanpa kokokan ayam seperti biasa jika aku berada di teratak ku di pekan HC berbanding pondok usang ku di tepi hutan, aku telah bersiap dengan segala peralatan kerja dan "getah ojol" yang perlu aku hantar ke sebuah sekolah yang menjadi pelanggan ku . 

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari” 
(Diriwayatkan al-Baihaqi) 

Pagi ni seperti yang dirancang selain menghantar "gotah ojol" di situ, beberapa buah pintu kayu solid  yang telah aku tempah dikilang papan seminggu sudah serta puluhan fomica putih yang akan mengantikan papan2 hitam yang usang  akan dihantar pagi ni juga kerana dalam cuti sekolah macam nilah masa yang paling sesuai untuk menjalankan kerja2 pengantian dan tidak mengganggu sessi persekolahan. 

Namun pagi ni, kami  bercadang untuk melakukan kerja2 memvarnish sahaja dan esok nanti baru memasangnya nanti.

Teringat kata2 Tuan Pengetua sekolah ni yang lebih mesra aku panggil "Abang" yang meminta aku menyegerakan agar salah satu pintu masuk ke biliknya diganti kerana telah rosak dan reput dek anai-anai.

Aku telah mengenalinya agak lama juga dalam 10-15 tahun dan aku anggap  dah macam abang sendiri seperti bukan hubungan macam dengan peniaga dan pelanggan. Namun aku tidak pernah sesekali mengambil kesempatan atau "advantage" atas hubungan yang agak baik ini untuk perniagaan ku . 

Memang begitu prinsip ku sejak dulu lagi tak kira aku berurusan dengan siapa pun kerana aku berpegang pada prinsip yang "Rezeki Allah Yang Tentukan" dan bagaimana Allah nak beri dan melalui siapa, aku berserah.

Namun usaha dan ikhtiar aku ialah menyediakan "service" yang terbaik dan memuaskan hati pelanggan aku dan dari situ tentu mereka dapat menilai nanti.



Aku mahukan  keberkatan dan aku tak mahu dapat job kerana "kronisme" dan mutu atau perkhidmatan yang sepatutnya menjadi kayu pengukur . 

Macam medal2 dalam paparan ini yang aku telah siapkan minggu lepas untuk sekolah "Abang", rasanya kerana apa yang aku tawarkan untuk mereka memenuhi kritiria , dah bertahun2 lamanya, "Abang" tetap menempah dari ku . Aku hantarkan kepada "Abang" hari Isnin lalu dan tak menyangka itulah pertemuan kami yang terakhir kali semasa hayatnya dikandung badan.

Kami berbual macam biasa hal berkaitan  kehidupan di dalam pejabatnya hampir sejam sebelum aku minta diri dan berjanji pagi Rabu nanti aku akan datang lagi .

200 meter sebelum aku sampai ke sana , aku ditahan oleh pengawal keselamatan sekolah yang aku kenali dalam keadaan tergesa2 dengan kata2 "Boss Meninggal" baru kejap ni dan jenazah ada di klinik kesihatan kecil berhampiran. Aku terpingga2 dan meneruskan perjalanan masuk dalam pagar sekolah untuk mendapatkan kepastian.


"Abang" pagi ni macam biasa datang awal pagi ke sekolah dan memberikan kata2 semangat kepada anak2muridnya dikantin sekolah sebelum mereka memasuki ke dewan peperiksaan untuk kertas fizik SPM tak salah aku. Antara calon2 adalah anak lelakinya sendiri yang aku boleh kategorikan sebagai seorang murid yang baik dan sungguh menghormati guru2 dan orang lain walaupun bapanya pengetua di situ.

5 minit selepas itu, "Abang" jatuh terlentang di situ juga dipercayai diserang serangan jantung secara mengejut lalu terus dikejarkan ke klinik kesihatan berdekatan dan disah telah kembali ke Rahmatullah. Sungguh mudah "Abang" pergi . 

9.30 pagi jenazah "Abang" terus  dihantar ke rumahnya dan guru2 bertugas di situ merahsiakan dari pengetahuan anakandanya yang sedang menghadapi peperiksaan kerana tidak mahu mengganggu emosinya ketika itu. 

11.00 pagi aku sama2 berada disitu melihat "Abang" dimandikan serta sama2 membantu mengkafankan sebelum dibawa ke masjid berhampiran kerana azan zohor akan berkumandang bila2 masa sahaja. Ramai sungguh saudara mara, sahabat handai termasuk Tuan Pengarah Pelajaran serta timbalannya sebagai memberi penghormatan terakhir . Lepas solat zuhur, rasanya hampir 500-600 orang juga yang sama2 mengerjakan solat jenazah dan ketika  itu anaknya yang baru selesai menghadapi SPM untuk kertas hari ni terus dibawa dari sekolah menuju ke masjid untuk menatap wajah ayah tersayang buat kali terakhir sebelum dikebumikan dan keadaannya kelihatan trauma rasanya yang pasti berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Allah telah mempermudahkan sungguh buat "Abang" dan yang pasti kerana sebelum ini pada pandangan aku, "Abang" seorang yang akan mempermudahkan segala urusan orang lain termasuk semasa aku berurusan dengannya . Begitulah rasanya , jika kita permudahkan urusan orang lain,insyallah Allah akan permudahkan urusan kita . Cara dan bagaimana, hanya Allah yang mengetahui .

Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa "Abang" dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

Semoga roh "Abang" dicucuri rahmat dan aku kehilangan seorang lagi sahabat yang ku anggap seperti saudara ku sendiri.

AL FATEHAH

Selasa, November 06, 2012

LISUT @ TISSOT

ALHAMDULILLAH 

Bapak pernah bilang dalam n3 sebelum ni yang jam tangan bapak ni pernah meragam dan perlu masuk dalam bengkel . Jam ni sebenarnya dah lama bapak miliki dan dah serata tempat ceruk rantau dia ikut bapak.

Kali pertama dia meragam masa bapak pi haji tahun 2007 . Kerana jam ni jenis touch screen dan mempunyai banyak fungsi antaranya fungsi kompas , tu sebab bapak gemar sekali kerana kalau bapak pi mana2 , senang bapak nak cari kedudukan arah kiblat.

Lagi satu nampak je besar dan berat tapi ringan sebenarnya kerana keseluruhan bodynya dari Titanium yang terkenal dengan kelasakannya.

Nak jadi cerita suatu ketika dalam tahun 2007 dalam Masjidil Haram , bapak sajalah gunakan fungsi kompas ni untuk cari arah mata angin kerana kalau kat tempat lain bapak boleh gunakan fungsi kompasnya untuk cari arah kiblat,jadi bapak nak tengok adakah teknologi yang dicipta oleh manusia boleh digunakan di Makkah.

Lepas bapak hidupkan "butang function" dia , jarum tu berputar tak mau dan renti ikut suka dia dan terus "biul".



banyak fuction antaranya kompas, altimeter, meteo, suhu dll
hanya touch di screen
Mengikut kajian ,Kaabah merupakan pusat paksi bumi yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.

Pada firasat bapak , jam tu biul kerana Allah ingin menunjukkan bahawa sejauh mana kecanggihan teknologi yang dicipta oleh manusia , pasti tidak terlawan walau sebesar zarah pun kekuasaan Allah dalam mentadbir seluruh sekalian alam.

Balik je dari sana, bapak pergilah hantar dan depa gantikan satu set "enjin" yang baru .

Kemudian dalam setahun setengah lepas tu, dia buat perangai lagi kerana "touch screen" dia agak sensetif dan bapak pulak pakai jam ni selalu , waima pegi noreh sekali pun. Lalu jam ni bapak pun tak pakai dan terperap dalam laci.

Nak pegi hantar servis , servis centrenya kat KL dan setiap kali pegi KL, selalu terlupa nak bawak sekali.




Kebetulan dah 3-4 bulan lepas masa bapak balik KL , bapak pegilah hantar kat servis centrenya di Menara Gold Hill ,Jalan Raja Chulan .

Depa kata sparepart untuk model ni dah takda , tapi jika bapak sertai " program exchange" Tissot, bapak akan diberikan jam untuk model terbaru Tissot T Touch II dengan hanya perlu membayar separuh je dari harga jam tu .

Daripada terbiar gitu je, baik sertainya.
Jam lama tu depa hantar balik ke pengilangnya di Swiss dan ambik masa dua bulan untuk depa verifiy. Awal September hari tu depa email yang mengatakan jam baru bapak dah sampai serta sedia diambil dalam masa 3 bulan dari tarikhnya. Kalau tak, kira "burn"

Bapak kebetulan tak pulak naik ke KL. Cuma hari raya haji tu, bapak ke KL dan terus ambil jam tu dan bayar hanya separuh je dari harga asalnya.

Lepas ambik bapak ingat nak "lego" je jam tu murah2 dalam 2K , tapi takda yang berani dan minat dan pengabisnya sampai sekarang jam tu masih dalam kotaknya siap berlengkor sekali dengan bantal kecik putihnya .Ingat kita je tidur pakai bantal.

Bapak belum ada ilham bila nak pakai Lisut ni pasal sekarang bapak pegi  memana ,bapak bawak jam dinding je  hehehe

ALHAMDULILLAH




Jumaat, Ogos 17, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

ALHAMDULILLAH

Ramadhan hampir berlalu pergi , Syawal pasti menjelma .
Pagi tadi aku ke pasar berdekatan , mak itam nak beli daun palas dan daun kelapa dan bawak balik nanti . Seikat di sini hanya RM2.00 sahaja .

Apabila melihat daun itu, ingatan ku pada arwah bonda terus menjelma kerana kalau kami balik ke kampung, pasti arwah bonda nanti mintak isteri ku menganyamkan sekali buatnya nanti.

Tapi kini semua hanya tinggal kenangan.

Esok pagi lepas subuh ketika penghuni kota sibuk pulang ke kampung, aku pula sibuk juga, tapi pulang ke kota raya. Tapi rutin untuk singgah menziarahi bonda tetap dalam agenda utama ku . Namun ziarah ku kali ini berbeza sama sekali kerana hanya pusara bonda dan ayahanda sahaja yang menjadi pelepas rindu ku pada kedua mereka .

Esok Jumaat, penghulu segala hari, aku dan anak ku bercadang untuk membaca surah yassin dan bertahlil di pusara mereka sebelum kami meneruskan perjalanan ke kota raya.

Hanya itu sahaja yang aku dapat berikan buat mereka dan diharapkan mereka berbahagia di sana.

Di kesempatan ini, aku ingin memohon ampun dan maaf dari kalian semua samada yang aku sedari atau tidak sepanjang aku bersiaran di SCP.

Semoga kedatangan syawal yang mulia ini membawa cahaya kegembiraan dan kebahagian buat kalian semua.

Berhati2 di jalan raya dan semoga kehidupan kalian semua sentiasa diberkati dan dalam perlindungan Allah S.W.T

SELAMAT HARI RAYA DARI KU SEKELUARGA
MAAF ZAHIR BATIN

Khamis, Ogos 02, 2012

REZEKI KU HARI TU TANPA DISANGKA-SANGKA

ALHAMDULILLAH

Melangkah keluar dari Kedutaan dengan penuh rasa syukur kerana akhirnya dengan izin Allah, langkah pertama kami untuk melihat bumi ciptaan Allah nun jauh di sana akhirnya akan terlaksana dengan berjayanya kami memiliki visa .

Berdesup kami ke Pavilion dan parking motor roda tiga di sana .Dah dekat jam 12 tengahari. Akak pulak takde kelas pagi ni, Adik pula hari ni kira cuti dan petang nanti bila balik ke JB, baru aku pulangkannya semula ke asrama.

Anak2 nak makan kat Manhattan Fish di sana dan niat hati aku pula nak pergi Jalan Raja Chulan , tapi malas pulak nak memandu lalu teksi pilihan kami .Jadi park motor roda tiga dan tahan teksi kat depan Pavillion menuju ke Jalan Raja Chulan.

Naik LEVEL 22 Menara Goldhill di mana terletaknya The Swatch Group Malaysia kerana jam tangan kepunyaan ku harus dihantar ke sana kerana perlu diservis dan dibaiki mana yang patut .Satu button touchnya tercabut dan kekadang "touch" tak berfungsi dengan betul . Kalau aku hantar mana outlet yang jual Tissot ni, depa hantar ke Swatch Group ni jugak dan makan masa 6 bulan pulak. Baik aku terus "direct" pegi hantar sendiri.

Manakan tidak jam aku ni dia meragam. Aku lenjan jam ni pi sana sini , lasak sungguh . Rasanya berbaloi kerana dah lama jugak aku pakai . Dah merata ceruk dunia jam ni dah sampai. Mana dia tak meragam .

Aku tak pernah pergi lagi The Swatch Group ni punya servis centre. Rupa2nya pejabatnya macam lobby hotel pulak . Mendaftar dulu lalu ku unjuk jam aku yang meragam ni.Belakang front desknya, nampak jurutera2 dan technicannya dengan berpakaian putih macam doktor tengah dok kojorepair jam.

aku suka pakai jam ni pasal ada arah mata angin dalam fungsinya
jadi senang aku nak cari arah kiblat bila ke tempat orang
jam aku ni byk berjasa pada ku
foto ni dirakamkan pada pukul 9.42 pagi waktu South Africa 2 tahun yang lalu
masa aku dok menunggang zirafah

Mengikut katanya , alatganti bagi model Tissot T Touch ni dah diberhentikan pengeluarannya, tapi jangan risau kerana jika aku menyerahkan jam aku kepada pihak mereka untuk dihantar ke kilang pengeluaran mereka di Swiss, mereka akan mengantikan aku dengan model yang hampir serupa yang reganya boleh tahan juga . Tapi aku hanya perlu membayar separuh dari harga sebenar (diskaun 50% ) sebagaimana mana program penukaran jam bagi model2 tertentu yang mereka anjurkan.

Ini sudah baik dan rezeki tanpa disangka2 turun dari langit dari Allah. Daripada jam tu tersadai begitu sahaja yg aku tak pakai hampir 6 bulan jugak , baik aku terima tawaran ini . Mereka akan mengantikan dengan model terbaru berdasarkan model lama aku yang mereka berhentikan pengeluarannya .

Alhamdulillah

Jangka masa diambil antara 1-3 bulan untuk program penukaran ini . Takpalah, janji aku dapat jam baru yang keluar dari kotak lagi serta jaminan yg baru serta model terkini . Sementara tu, aku ikat dan gantung jelah jam dinding kat leher aku ni hehehe

Terkenang aku sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :

“Jika sekiranya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, pasti Allah akan memberi rezeki kepadamu, seperti Dia memberi rezeki kepada burung-burung yang terbang di pagi hari dengan tembolok kosong dan waktu pulang kesarangnya pada waktu petang, temboloknya sudah penuh.”

Rezeki jangan ditolak
Musuh jangan dicari

Firman Allah s.w.t.yang bermasksud :

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.”

(Surah At-Talaq ayat 2-3)

Agaknya inilah hikmah dari kerosakkan yang dialami oleh jam ku yang Allah nak gantikannya dengan yang baru dan lebih baik walaupun kena keluarkan sikit lagi RM.

Alhamdulillah


ni model yg depa akan gantikan
aku gogel dari internet melalui no. model yg depa berikan