WARGA SCP

Memaparkan catatan dengan label JALAN-JALAN : JPO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JALAN-JALAN : JPO. Papar semua catatan

Jumaat, Oktober 05, 2012

SALMON BERASAP

ALHAMDULILLAH

Memang dah nak ujung2 tahun ni, aku agak sibuk jugak menguruskan kebun2 getah hingga rasa kepenatan jugak pasal terkejar2 sebelah paginya di kebun dan petangnya pegi pulak jual getahnya dan kekadang selang sehari aku merayau jual getah sampai ke JB .





Dah 3 kali minggu ni  mak itam aku ajak temankan aku bila lepas zohor je aku terpaksa ke JB .

Kira sekarang dari kebun aku tepi hutan nak ke JB dah tak sukar kerana lebuhraya E22 menjadikan perjalanan  ke JB dalam lebih kurang 30-45 minit je berbanding nak ikut jalan lama dari tepi hutan ke HC dulu dan sambung lagi ke JB hingga memakan masa 1 1/2 jam jugak .

Nak cepat, bayar jelah tol yg bermula dari Desaru dan keluar di Ulu Tiram dalam 8 ringgit lebih juga.








Semalam lepas zohor aku ajak lagi mak itam ke JB,

Tanyanya

"Apa upahnya ?"

Jawab ku ringkas

"Nanti belanja Salmon Berasap petang nanti bila dah habis urusan"

Jadi lebih kurang jam 5.00 petang segala urusan selesai.

Alhamdulillah

Maka bertolak balik masuk Plaza Tol Ulu Tiram tapi tak menghala ke Desaru. Korner kiri menghala ke JPO kerana nak tunaikan janji belanja Salmon Berasap kat Coffea Bean di JPO.

Minta maaf kerana foto Salmon Berasap tak ambik kerana semua dah habis masuk dalam perut. Tu pun foto kat sini semalam aku layan dengan HP Cokia je. Pekena segelas Caramel Latte buat mata dan badan segar seketika .

Last sekali aku pegi sini pekena Salmon Berasap kalau tak salah aku masa berbuka puasa 2 bulan sudah . Kekadang bukan apa, datang gian nak pekena Caramel Latte , mana nak korek kat teratak kami tepi hutan ni . Tu yang start motor berdesup pekena segelas dua dan lepas tu balik .

Semalam pengunjung kat sini tak ramai, maklumlah hari kerja . Aku cukup suka kalau tak ramai orang, rasa relax dan tenang je.

Nak2 sekarang ni semenjak dua menjak Legoland dah bukak , pasti JPO ni bila hujung minggu mau macam pasar gesel .

Lepas bermagrib kat surau kecil di sana, baru aku bertolak balik tepi hutan mengharungi lebuhraya E22 yang kalau malamnya sunyi sekali walaupun baru jam 8.00 malam.


Rabu, Februari 01, 2012

JOHOR PREMIUM OUTLETS (JPO) : SINGGAH SEKETIKA DALAM PERJALANAN KE TG PIAI

ALHAMDULILLAH

Kami keluar dalam jam 9 am juga untuk ke Tg Piai dari HC. Masuk E22 di Ulu Tiram dalam 20 minit++ dah sampai ke JPO. Singgah sebentar kerana mak itam nak cari beg kecik buat simpan duit kecik . Dulu masa ke Aussie, aku belikan dia beg kecik bulu kanggaro kalau tak salah aku dalam AUD5.00 masa tu. Lama juga ia pakai hinggalah baru2 ni pin penutupnya patah .

Takkan nak beli beg kecik harga AUD 5.00 tu nak pegi aussie pulak . Jadi carilah kat JPO ni . Kebetulan ada kat butik Braun Buffel dan ia berkenan pulak. Aku pulak capailah satu jugak beg kecik comel tempat letak lesen dan cc kerana aku lagi dulu memang tak suka bawa wallet .

Tu yang lesen serta cc aku letak dalam poket begitu je , jadi bersepah2 bila balik. Lepas tu mak itam hadiahkan aku satu brand fossil , bertahun-tahun aku pakai hingga cukup masa rabak dah . Kenalah beli satu jugak. Ada alasan nak beli satu yang baru hahaha



Dapat apa yang dicari, aku lepak sorang2 kat Coffee Beans pekena Caramel Latte sementara mak itam melayan karenah dua orang anak bertuah aku tu. Sambil tu, sempat aku skodeng dari jauh merakamkan gelagat pengunjung ke sini.

Itulah untungnya pakai lens 18-200 ni. Kekadang orang tak perasan , gambar mereka telah diabadikan dalam lensa aku dan tup2 terkeluar pulak kat blog SCP .

Kalau nak ke JPO, lebih baik awal sikit pasal senang nak cari parking dan orang pun belum ramai lagi. Kalau dah pukul 12 ke atas terutama hujung minggu atau cuti umum, tempat ni sesak sangat . Al maklum lah, tempat baru umpama barang baru .

Esok lusa dah lama sikit, pasti kalau hari biasa lengang mcm juga kat outlet2 di luar negara tu . boleh bilang dengan jari pengunjungnya .

nampak tak buih tu kat gelas yg dah hilang
dia dah melekat pulak kat misai aku hehehe

aku dok skodeng dari sini

Cerita pasal minum kat Coffee Beans ni, entah kenapa aku suka akan minumannya berbanding dengan Starbucks. Aku tanya budak keja tu, ramai orang tak 2-3 hari ni, dia kata boleh tahan sampai lepak. Aku senyum je dalam hati kerana dulu masa aku meniaga air kat sebuah pusat peranginan di HC, aku dah rasa semua tu diserang gerombolan pengunjung yang kehausan dan kelaparan diwaktu pagi bila gate besar tempat tu di buka.

Sekali aku ambik order dekat 40-50 pelanggan sampai tak menang tangan, kami semua bersilat kat depan dan kat dapur tak berbunyik pun. Tapi pelanggan yang terlambat sikit tak berani nak cegel mata dengan aku kerana lihat misai aku yang tebal melintang hehehe

Kena pulak kalau macam Tahun Baru Cina, mau mengigil kepala lutut pasal dari pagi hingga tengahari sampai petang tak surut2 pelanggan . Susu FN tin 1 KG tu habis 2 kotak dalam berpuluh tin juga, gula pasir, air batu dll jangan cakaplah.

Tapi paling best bila nak balik kira hasil jual air je untuk satu hari dapat ribu-riban . Tu baru air yang segelas masa tu dalam seringgit dua je. Kalau kat Coffee Beans ni , mau dekat 10 ribu income dia sehari kalau ramai kerana paling murah je dah 9-10 ringgit segelas.




deretan kasut di outlet Nike











Ahad, Januari 29, 2012

JOHOR PREMIUM OUTLETS (JPO) : APA YANG DIJUAL DI SINI

JPO vs Braintree Freeport
konsep yang sama
ALHAMDULILLAH

Foto2 yang dipaparkan dalam n3 ini merupakan sebahagian dari outlets yang terdapat di JPO . Sebenarnya banyak lagi , tapi aku rasa penat pula nak buat pekerjaan takda gaji ni hehehe

Pembukaan premis JPO ni bagus juga dan memberi peluang kepada rakyat untuk mendapatkan barangan berjenama dengan harga yang telah diberikan potongan, tapi potongannya tetap tak boleh lawan dengan outlet-outlet lain yang terdapat di kebanyakkan negara luar . Namun masih berbaloi walaupun dah "off season" bagi barangan2 tersebut.

Sebagai contoh kalau di UK seperti di Brighton, kalau pakaian yang dah "off season" diberi hingga potongan 70% kerana dah nak masuk musim baru , tapi di JPO dalam sekitar 20-50 % sahaja potongan. Hanya barangan tertentu sahaja yang benar2 susah mereka nak jual lagi diberi potongan yang begitu tinggi.



Aku hanya cuci2 mata sahaja kerana aku jenis bukan kaki shopping. Hanya sesekali je bershopping, tapi itu pun utk 2-3 tahun sekali punya shopping bila berpeluang ke persidangan penoreh2 getah sedunia di luar negara , terutama bila diskaun yang ditawarkan sangat tinggi. Begitu juga dengan kain pelikat gombang aku yang jarang beli, sekali beli sekodi utk stok 3-4 tahun hehehe

Dengar cerita, berduyun2 orang KL yang dah turun ke JPO ni . Kira ia jadi salah satu tarikan pelncong domestik dan bila Legoland yang akan dibuka berdekatan juga dengan JPO ni, pasti lagi meriah esok kawasan sekitarannya yang asalnya hanya deretan pokok kelapa sawit yang memenuhi kawasan ni dan tempat jin bertendang suatu masa dulu.

JPO ni dibangunkan oleh kumpulan Genting Berhad yang sama membangunkan Universal Studio di Singapura. Pasti lepas ni ada pakej ke JPO sekali dari KL bila membeli pakej pelancongan ke USS nanti.

Aku pegi JPO pakej sendirian berhad kerana tak jauh mcm pegi kedai belakang rumah je , tergerak nak pergi aku pergi dan kena secawan capuchino latte dengan mak itam di Coffea Beans , lepas tu balik hehehe


perbezaan antara jenama outlet di Braintree Freeport












Sabtu, Januari 28, 2012

JOHOR PREMIUM OUTLETS (JPO) : AKU DAH RASMIKAN DULU

ALHAMDULILLAH

Sebelum JPO ni atau Johor Premium Outlets ni dibuka secara rasminya, aku dah rasmikan dulu kerana ia kira satu perjalanan di tepi lebuhraya PLUS menuju ke KL . Jadi masa bulan disember yang lalu, aku dah singgah sekejap masa keadaan di sini masih dalam kerja2 "touch up" sebelum di buka secara rasminya.

Jaraknya dengan teratak aku di pekan HC tak jauh , dari HC masuk ke Lebuhraya E22 di Ulu Tiram tak sampai 20 minit dah sampai .




Kunjungan pertama ku ke sini sekadar melihat2 panorama tempat ni yang seakan2 factory outlets di Brighton , UK . Tapi di sini ia dibina 2 tingkat. Senibinanya juga seakan2 sama, cuma cuaca je tak sama hehehe

Kalau kat Brigton kena pulak winter , berjaket kulit lah gamaknya dengan sarung tangan, kalau kat sini pakai mcm tu, mesti "jinjang" mana lah tu hehehe

Banyak juga outlets ketika itu yang masih dalam kerja2 terakhir bahagian dalaman sementara pokok2 segera sedang ditanam . Namun ada juga outlets yang telah beroperasi . Aku sekadar menghabis masa di luar merakamkan keadaan persekitarannya.





Kelihatan pengunjung yang pasti dari kawasan sekitar JB mula membanjiri JPO . Biasalah, tempat baru pasti menjadi kunjungan . Aku cuma tertarik dengan pakaian lengkap pengawal keselamatan bertugas di sini yang lengkap dengan "pum gun" lalu aku meminta ia memberikan pose istimewa untuk aku rakamkan.

1/2 jam kemudian aku beredar dari JPO utk meneruskan perjalanan ku ke KL menghadiri mesyuarat pengedar2 getah beku sedunia selama beberapa hari hehehe