Aku dulu menghabiskan zaman persekolahan ku di sini dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6 atas dan hampir 2 tahun selepas tu barulah aku keluar merantau ke tempat lain demi meneruskan sebuah kehidupan . Namun landskap bandar maharani tidak banyak berubah dari sebelumnya .
Cuma ketenangan suasana kampung tidak lagi terasa kerana semua dihimpit arus pembangunan. Kenderaan telah terlalu banyak di sini menyebabkan kesesakkan jalan raya di bandar berlaku setiap masa , tidak seperti 20 tahun lepas di mana aku bebas berbasikal di serata ceruk bandar .
Namun , deretan kedai-kedai lama dan usang masih boleh ditemui di sini. Kalau dulu selepas balik dari sekolah (High School Muar) untuk ke stesyen bas, aku kerap juga menyusuri jalan ini untuk menyaksikan "penjual-penjual ubat tradisional" beraksi di kaki lima kedai untuk memperdagangkan keluaran mereka dengan pelbagai cara dan telatah yang memang menghiburkan .
Di deretan kaki lima ini juga dulu terdapat sebuah kedai peminjam wang berlesen yang asal dari keturunan india yang lebih mesra di panggil "cetti" yang suasana kedai didalamnya lapang dan hanya terdapat sebuah peti besar dan meja seperti orang mahu mengaji tu. Mereka hanya berkain pelikat putih yang kerap disinsing hingga ke lutut dan sering membawa payung hitam . Di dahi pula , tercalit calitan kapur 3 baris sebagai identiti mereka. Namun panorama tersebut telah lenyap ditelan arus pemodenan.

Dan kesedapan aroma dan rasa kopi 434yang terkenal memang tidak dapat dipisahkan .
Namun kerana cuti CNy , aku tidak dapat
membelinya di kedai ini kerana ditutup .
Mungkin bagi orang luar, mereka merasa agak janggal bila melihat dan mengetahui bahawa penduduk muar amat popular bersarapan pagi dengan sate dan nasi himpit sebagai salah satu menu utama di samping menu lain seperti mee rebus dan lontong.
pukul 7.00 dah penuhyang makan lain, yang bungkus lain
lihat tu memasing tengah beratur hanya untuk diambil pesanan
jom mari kita "MENYATE"
Tapi itulah keistimewaan bandar maharani yang terkenal dengan sate babat atau sate perut yang keenakkannya , jangan kata mak mertua lalu, jin aperit lalu kat belakang pun tak perasan, sesadar dah 20-30 cucuk habis he he
Setiap kali pulang, aku tidak akan melepaskan peluang keemasan uantuk menikmatinya . Terlambat sedikit lebih kurang pukul 7.00 pagi, pelanggan telah memenuhi kedai . Tukang kipas sate sedang berperang dengan sate pula. Pesanan dibuat untuk dibawa balik bersarapan bersama ibu dan keluarga,namun giliran ku mengikut buku latihan yang tulis pesanannya menyebabkan aku terpaksa menunggu hampir 1 jam . Namun penantian ku berbaloi apabila kami dapat merasakan keenakkan dan keranggupan sate babat pada ku tiada tandingan di tempat lain.

Pemandangan sebegini juga dengan kedai menjual rempah ratus yang banyak terdapat di sini merupakan fenomena biasa kerana bandar maharani memang terkenal dengan keenakkan nasi beriayani dan mee bandung sehingga kalau kita lihat di tempat2 lain di seluruh negara, ada saja pekedai yang menggunakan trademark "mee bandung muar " sedangkan rasanya tidak dapat menandingi dengan rasa sebenar "mee bandung muar"
Dan bandar maharani juga terkenal seantero nagara dengan masakan asam pedasnya terutama di Parit Jawa dan Tanjung Emas, namun aku bersyukur kerana aku tidak perlu ke kedai untuk menikmati keenakkan asam pedar muar kerana isteri ku kerap memasakan menu kegemaran ku ini.
Itulah bandar maharani, di mana aku menghabiskan sebahagian kehidupan ku di sini .

Bagi sesiapa rakan2 yang kaki makan, berkunjunglah ke bandar maharani untuk merasai sendiri keenakan sate babatnya beserta mee bandung dan nasi beriayani serta murtabaknya di kedai2 atau warung2 yang terkenal dengan masakan dan keenakkannya.