WARGA SCP

Memaparkan catatan dengan label JDT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JDT. Papar semua catatan

Ahad, Ogos 23, 2015

ALHAMDULILLAH, JDT CHAMPION MALAYSIAN SUPER LEAGUE 2015

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH
 


Setahun hampir berlalu. ini cerita penghujung tahun babak 2014 yang dibawakan ke penghunjung babak 2015 pula. Sekeping pas bermusim Gold Card reganya RM 500.00 . Kalau sebelum ini sejak dari dulu, aku akan beratur dan membeli tiket setiap kali game di Larkin, tapi tahun lepas 2014 apabila dibuka lagi tiket pas bermusim , aku tak lepaskan peluang untuk mendapatkannya walaupun hanya untuk pas bermusim Open Away sahaja. 

Platinum Card Grandstand memang tak merasa kerana takda kekosongan lagi tahun lepas lagi selepas dilancarkan tahun 2013.

Sekeping untuk aku dan sekeping untuk mak itam. Maka ber hu hu lah kami setiap kali game berlangsung di Larkin tak kira apa piala pun melainkan perlawanan persahabatan. Jadi mulai saat itu, aku dah tak payah beratur pagi2 nak beli tiket dan tempat duduk kami kira pajak tahun .



Keistimewaan dan kelebihan pemegang kad ni banyak. Sehelai jersey original diberikan kepada setiap pemegang kad. Yang paling best, boleh masuk ikut suka masa . Biasanya lepas magrib dalam pukul lapan, baru kami berdua akan masuk ke dalam stadium.

Perlawanan pertama yang kami nikmati adalah perlawanan Piala Sumbangsih pembuka tirai MSL 2015 antara JDT selaku Juara MSL 2014 vs Pahang selaku Juara Piala Malaysia 2014. Memang game malam tu jangan cakaplah, JDT menguasai sepanjang perlawanan dan akhirnya muncul juara . Alhamdulillah.

Perlawanan demi perlawanan di Larkin kami tak pernah lepaskan melainkan sepanjang bulan Ramadhan yang baru lalu ni kerana kami juga tak mahu lepaskan solat sunat terawih begitu sahaja yang datang setahun sekali, bola bila2 boleh tengok. 

Akhirnya kemuncak dan pengakhiran MSL 2015 berakhir juga dengan penuh debaran . Walaupun semalam JDT tewas perlawanan terakhir di Selayang, namun kelebihan dua mata serta kekalahan Pahang juga telah menobatkan JDT sekali sebagai Juara MSL 2015 buat kali kedua berturut-turut.

Alhamdulillah, semua kuasa Allah . Manusia hanya merancang, Allah yang tentukan. Perjuangan JDT belum berakhir. Selasa ni 25/08/15 AFC Cup suku akhir melawan South China . 

LARKIN .........

Kami pasti akan datang lagi.
Insyallah

SUASANA KETIKA JDT VS PAHANG
PIALA SUMBANGSIH 2015
YANG LALU
guna hengpong je











Selasa, Oktober 28, 2014

RIMAU SELATAN KU MENGARUK DI HUJUNG SANA

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH
 
 6.35 pagi , aku hanya dapat barisan di sini

Lama aku tak menulis tentang perkembangan Rimau Selatan ku walaupun aku tak pernah miss setiap pertarungannya dari dulu . Alhamdulillah,selepas Rimau Selatan ku berjaya mengharungi perjalanan yang penuh ranjau dan duri , akhirnya selepas berjaya dinobatkan sebagai Juara Liga Super, kali ini kejuaraan "double" menanti selepas berjaya ke final Oppo Piala Malaysia hujung minggu ni  nanti di Bukit Jalil .

Sabtu lepas , lepas subuh aku terus memecut macam biasa ke pasar tani di perkarangan stadium Larkin untuk cari lauk. Mak Itam berpasar tani manakala aku terus masuk barisan yang punyalah panjang berjela . Hanya untuk mendapatkan 2 keping tiket untuk second leg semi final yang akan menentang FELDA .


9.00 pagi kaunter tiket dibuka. Apa yang dikesalkan , hanya beberapa anggota keselamatan sahaja yang bertugas pagi itu sedangkan jumlah peminat yang ingin mendapat tiket dalam beribu orang . Ada yang sopan dan beratur ikut barisan manakala macam biasa kalangan pemuda yang dah lah datang lambat terus meluru menuruni bukit terus menuju ke kaunter menyebabkan keadaan tak terkawal .

Aku terus sabar beratur hinggalah jam 10.15 pagi bebetul aku dah depan kaunter, kaunter tiket telah ditutup atas alasan semua tiket telah dijual.Memang tak masuk akal langsung. 25 000 tiket takkan terjual dalam masa sejam lebih sikit je sedangkan setiap peminat hanya dibenarkan membeli 3 keping tiket seorang. Tak dapat dinafikan bahawa banyak tiket telah "mengalir ke ulat2 tiket " sebelum penjualan rasmi bermula . 

Ini dibuktikan kerana ramai peminat yang tak dapat tiket telah ditawarkan dan membeli tikety ang harga asalnya RM10.00  melonjak ke RM 40.00 untuk tiket terbuka dan RM 30.00 untuk grandstand melonjak ke RM 100.00 . Itulah masalah kat negara kita ni tak kira apa . Semua orang ingin mengaut keuntungan tanpa pikir dosa pahala.


Aku beredar kehampaan namun janji Allah itu pasti benar . Aku semalamnya ada memohon doa agar Allah permudahkan dan perkenankan hajat aku untuk dapatkan tiket kerana aku tahu betapa sukarnya untuk dapatkan tiket terutamanya diperingkat separuh akhir ni..Bagaimana caranya, Allah je yang tahu. Terus menuju ke Mak Itam yang tadi lepas beli ikan dan sayur untuk bekalan seminggu kami yang setia menanti diperkarangan Gym depan Stadium Larkin.

"Jom Balik, tiket dah dapat" , katanya.

Heran jugak aku , beratur berhimpit sesak habis basah peluh baju seluar dah macam seumpama suasana nak cium Hajarul Aswad , tak dapat tiket, Mak Itam yang duduk nunggu aku sambil baca novel yang dapat tiket macam tu je.

Kan aku dah kata, kita usaha je, semua urusan dalam dunia ni sebenarnya tak pernah terlepas walau sebesar zarah pun dari apa yang Allah telah tetapkan.

Penjaga Gym tu ada beberapa keping tiket yang dikirim oleh rakannya . Tetiba mereka tak jadi datang lalu dia offer kat Mak Itam dengan hanya harga asal je RM 10.00 sekeping .Pucuk dicipta ,ulam mendatang.

Terubat segala kepenatan hampir 4 jam lebih beratur tadi . Terima kasih Allah.


Bab tiket dah settel, bab nak pegi petang nanti akan menyusul kemudian. 3.00 ptg terus ke Larkin. elok je sampai, azan Asar berkumandang. Stadium Larkin dalam proses renovasi . Kena pandai2 cari tempat nak solat pasal tempat solat di Zon C tu dah diruntuhkan . Harap sangat nanti, kemudahan dan keselesaan untuk solat tak terlepas pandang dalam projek renovasi tersebut .

5.00 ptg, pintu stadium Zon C dibuka. Meluru semua kerana kalau lambat , tak dapat tempat duduk best untuk menonton. Sapa masuk pukul 6 ptg tu, maka memang dah takde tempat kosong lagi dah . Maka berdirilah jawabnya atau duduk kat tangga.

B.O.S yang menjadi teras atau tunjang utama di luar padang malam tu sungguh menghiburkan. Lagu Selamat Pengantin Baru serta Zapin Pukullah Tabur Pukul Rebana menjadikan Larkin malam tu dah macam suasana majlis kenduri kawin. Lagu khas ditujukan buat TMJ yang baru menikah . Itulah keseronokkan berada sendiri di padang yang takde jika menonton di TV.







Masa yang dinanti akhirkan bermula. Debaran mula terasa . Larkin bergema dengan sorakan serta chant oleh B.O.S.

Rimau ku akan bertarung dgn The Fighters sebentar lagi untuk melayakkan kaki ke final disamping mengekalkan Larkin yang dikenali sebagai gelanggang keramat kerana tak pernah team lain menang di sini sejak dari tahun 2013 lagi.

GOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL

Luciono Gabriel "Lucho" Figueroa Herrera menjadikan Larkin bergema apabila menjaring gol .Namun gol Felda selepas tu menjadikan perlawanan semakin mendebarkan , lebih2 lagi suhu atas padang yang agak "panas" kerana beberapa keputusan pengadil yang boleh dipertikaikan serta ketidaktegasannya menyebabkan beberapa insiden tak diingini terlepas pandang.

Separuh masa  kedua bermula. Rimau ku meningkatkan lagi tempo permainan dan menyerang habis-habisan. Jolokan dari Diaz berjaya disempurnakan sekali lagi oleh Lucho menyebabkan ketika itu pesta di Larkin semakin hangat dan akhirnya gol oleh Amri Yahya terus menutup untuk FELDA bangkit kembali .

Namun sekali lagi di saat2 akhir permainan, rentetan pengadil sebelum itu yang gagal mengawal perlawanan dengan baik dengan beberapa keputusan yang boleh dipersoalkan menyebabkan 2 pemain dibuang padang. Entahlah, bilalah masalah ketidakcekapan pengadil mengadili perlawanan di Tanah Melayu ni nak berakhir.

Tiupan wisel penamat disambut dengan kegembiraan seluruh penyokong Rimau Selatan dan akhirnya setelah penantian 23 tahun untuk bermain di final Piala Malaysia tercapai sudah. Selangkah sahaja lagi untuk merealisasikan impian bergelar Juara OPPO Piala Malaysia.




Adakah aku akan berada di Bukit Jalil nanti . Aku tak pasti lagi kerana agak sukar kali ini untuk mendapatkan tiket perlawanan akhir kerana banyak tiket katanya dah disakau dek kaum yang berkepentingan dan berjawatan serta politician sedangkan penyokong setia yang menyokong tatkala kalah atau menang akan terpinggir begitu sahaja .

Tengoklah ,macam mana nanti.

Allah yang akan menentukan.

Isnin, April 14, 2014

PICNIC KAT LARKIN MASA JDT VS PKNS

  بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH


 barisan panjang kat kaunter tiket

Suasana meriah pagi jumaat lepas di hadapan Stadium Larkin . Kalau sebelum ini , perlawanan yang selalunya pada hari sabtu telah diubah ke hari Jumaat. Aku dalam pukul 7 lebih dah sampai ke sana. 

Aku suruh son off gun aku pi beratur ambil tempat dulu . Hampir 8.30 , kelihatan van JMF yang membawa tiket tiba di sana. Sekarang penjualan tiket diambil alih oleh JMF kerana katanya sebelum ini terdapat banyak kelemahan dalam sistem penjualan tiket hinggakan ulat2 tiket bermaharaja lela .


 padang macam sawah krn hujan lebat
seronok tengok burung reramai dok berkubang
 
9 pagi kaunter dibuka. Tiket untuk grandstand hanya boleh dibeli sebanyak 2 keping sahaja bagi seorang individu. Aku dengan anak aku , maka 4 keping tiket menjadi milik kami sekeluarga. Dalam pukul 9.20 pagi selepas kaunter dibuka, kami dah dapat tiket yang kami inginkan.

Suasana penjualan tiket pagi tu sungguh teratur dengan pengawasan anggota polis bertugas . Kalau semua boleh ikut peraturan dan beratur, insyallah semua berjalan lancar. Kerana hari jumaat , kaunter tiket akan ditutup pada pukul 12.00 tgh dan hanya akan dibuka jam 3.00 petang sekiranya tiket masih berbaki.

Tiket dah dapat, maka  berdesup balik ke HC. Sempat singgah Econsave beli roti, telur dan mayonis serta air kotak. Aku suruh bini aku buat sandwich telur . Boleh kami picnic dan makan2 nanti kat stadium sementara game bermula nanti.

sebahagian anggota polis bertugas

pakcik jaga padang dok cucuk tanah
agar air yang bergenang dok meresap ke dalam



 kerana hujan lebat
Larkin petang ni lambat penuh

4 petang lebih sikit kami dah bertolak dari HC. Macam biasa asar di Masjid Kem PULADA kat Tiram sebelum terus ke stadium. Keluar awal dari rumah pasal keadaan lalu lintas sekarang area JB tak boleh nak jangka pasal banyak sangat persimpangan utama sana sini yang depa tengah bina hinggakan keadaan trafic tak bergerak . Nanti kalau lambat sampai stadium , kena parking jauh sangat.

Masa aku keluar, guruh dan berdentum serta hujan renyai.Rupanya kat area JB lebat sungguh hinggakan padang permainan malam ni macam sawah bergenang air.Alhamdulillah, sampai je stadium, hujan dah teduh . 
 

Hampir pukul 6.00 ptg ,kami dah masuk stadium .Macam biasa , beg kena periksa . Botol air mineral tak boleh bawak pasal selalunya botol tu akan terbang melayang bagi sesetengah penonton yang terlalu fanatik dan marah apabila berlaku ssesuatu insiden kat dalam stadium.

Aku cari tempat duduk strategik untuk menikmati perlawanan dengan lebih jelas dan paling penting senang nak keluar masuk bila masuk magrib nanti. Sambil lepak2, maka kami picniclah dengan sandwich yang dibawa. Kalau sapa tak bawak makan,jangan risau.Kat dalam stadium ada jual Pizza Hut dengan KFC .

Sambil aku makan, terperasan muka yang aku kenali. 

Laaaaaaa

Rupanya salah sorang imam Masjid Jamek HC turut berada di situ dengan anak isterinya untuk menyaksikan perlawanan malam nanti.Sporting betul imam ni dan dia peminat bola jugak rupanya macam aku.

Wan Jamak coach PKNS
ramai dok marah dia
pasal hari tu masa seri dgn JDT kat Shah Alam
kenyataan yang dikeluarkan agak bongkak

sessi warmup
jangan melepas je bang


8.45 malam game mula. Minit ke dua ,JDT  dah dapat gol akibat pertahanan PKNS tertanduk ke gol sendiri. Permainan bertambah rancak sampailah wisel penamat . Paling syok 20 minit terakhir lepas Pablo Aimar yang kita tahu pemain "world class" masuk .Lihat dia gentel 4-5 orang pertahanan PKNS saja je . Tak terjaga mereka. Tu sebabnya Aimar selalu jadi mangsa terjahan permain lawan dan pengadil kita pulak jenis lemau hehehe

Sebenarnya malam tu JDT boleh menang besar dengan 5-6 gol. Tapi apakan daya pasal pertahanan dan pemain PKNS berkampung dengan gol dan banyak dapat selamatkan bola yang nak masuk. Istilah bola kata depa dok "parking bas" depan gol . Mana nak masuk.

Aku rasa bukan aku je yang rasa puas game JDT malam tu, semua penonton pun pasti puas hati walaupun hanya 1 gol memisahkan dengan PKNS. Yang penting menang dan dapat 3 mata.Penyokong JDT dahagakan kemenangan kerana berturut2 asyik seri je.

Itulah masalah JDT sekarang ni kerana setiap pasukan yang mereka lawan pasti akan mengamalkan corak bertahan depan gol sebegitu untuk mengelakkan tewas besar kerana semua tahu yang pemain JDT hampir semuanya adalah pemain yang mewakili negara serta pemain importnya pula "world class"

Good Bye Larkin.
Insyallah Jumaat ni JDT lawan T Team ,kami sampai lagi untuk picnic bersama lagi jika diizinkan Allah.

Insyallah