WARGA SCP

Memaparkan catatan dengan label SEJARAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SEJARAH. Papar semua catatan

Jumaat, Disember 10, 2010

MUZIUM TENTERA DARAT : PART 2 (leftenan adnan saidi)

bapak gergaji yg digunakan oleh anggota tentera

ALHAMDULILLAH

Penjelajahan kami menerokai khazanah muzium ini dipermudahkan oleh Allah. Sebelum ni semasa kami memasuki muzium Kota Lukut , pengunjung tidak dibenarkan merakamkan gambar di dalamnya. Tapi kali ini di sini, ambik dan tangkaplah seberapa banyak gambar yang nak ditangkap .

Kebetulan seorang petugas di situ dengan senanghati telah membawa kami menerokai satu persatu ruang pameran serta menerangkan dengan terperinci . Terima kasih atas layanan Sarjan Azmi. budi baik tuan, hanya Allah yang dapat membalasnya.

era zaman pemerintahan Inggeris
pahlawan melayu kita boleh dianggap sebagai askar tanah melayu
dalam membebaskan diri dari penjajahan
apa yang menarik ialah baju yang dipakai oleh Rentap (pahlawan Sarawak)
ni merupakan baju asalnya yang telah diawet .
Semangat pahlawan2 dulu inilah yang tersebat di hati para perajurit kita dahulu
dalam mempertahankan negara dari ancaman jepun serta komunis.

pengasas RAMD
Almarhum DYMM Tuanku Muhammad
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
bersama 25 orang anggota pertama RAMD pada tahun 1933

Bila bapak tiba diruang pameran ini, perasaan hairan timbul

"Bagaimana dan apakah kaitan harimau ni dengan sejarah angkatan tentera kita"

rupa2nya lambang kegagahan pada jata Askar Melayu (RAMD) ialah 2 ekor harimau.
Dan harimau dalam ruang pameran ini merupakan harimau betul yang telah diawet .

Di sini juga bapak berkesempatan mengenali pengasas2 setiap rejimen yang terdiri dari kalangan pembesar istana masa dulu.

Almarhum DYMM Sultan Alang Iskandar Shah
Sultan Perak ketika itu juga salah seorang pengasas RAMD

Nombor tentera satu yang tidak dapat dipisahkan dan menjadi identiti bagi setiap anggota . Sekarang nombor sirinya telah sampai sehingga 7 digit dan dah sampai 7 juta orang anggota sehingga kini yang telah berkhidmat sebagai perajurit.

Namun bapak bertuah kerana dapat melihat sendiri fail peribadi asal anggota tentera yang bermula dengan angka 1, bermaksud ia merupakan askar yang pertama berkhidmat ketika itu Allahyarham Abdul Samad bin Abdullah yang mula berkhidmat pada tahun 1933 ketika zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu.

Namun apakah keistimewaan bagi anggota bernombor 90
Tak lain tak bukan, pemegang nombor siri 90 inilah yang pernah berjuang bermati-matian mempertahankan negara kita dari serangan jepun hingga akhirnya beliau rebah dan tersungkur di Bukit Chandu, namun semangatnya tidak luntur hingga ke titisan darah yang terakhir
Leftenan Adnan bin Saidi merupakan salah seorang lagenda kebangaan kita hingga ke hari ini

Marilah sama2 kita sedekahkan fatihah kepada para perajurit dan pejuang agama, bangsa dan negara ini serta rakan2 mereka yang telah kembali kerahmatullah ketika berjuang hingga akhirnya jiwa dan raga mereka terkorban

AL FATIHAH



Fail Peribadi anggota bernombor 1 dan 90
botol air dan seragam askar dahulu

Selasa, Disember 07, 2010

MUZIUM TENTERA DARAT : PART 1

diilhamkan oleh Panglima Tentera Darat

ALHAMDULILLAH

Muzium Tentera Darat yg terletak di PD sempat bapak terokai . Didirikan di 2 buah depoh lama tentera darat menjadikan ia begitu istimewa dengan pelbagai koleksi bahan sejarah .

Sebenarnya , ramai yang tidak menyedari kewujudan muzium ini jika mereka tidak melaluinya.
Mempunyai 9 ruang pameran yang agak besar dari era zaman kesultanan melayu melaka lagi hinggalah ke hari ini.

Mula2 timbul pertanyaan di hati bapak,
"apa kaitannya zaman kesultanan melayu melaka dgn tentera darat"
namun semuanya terjawab kerana di zaman dulu lagi, peranan askar telah wujud dan mencatatkan sejarah yang tidak ternilai.

Dirasmikan oleh SPB Yang Di Pertuan Agong

Lawatan berpandu akan bermula
diatas gerabak keretapi ni dimulai
dengan penerangan

Muzium Tentera Darat, Port Dickson akan membawa menyingkap kembali pelbagai khazanah, koleksi dan artifak yang pernah menjadi saksi sebuah perjuangan demi mempertahankan kedaulatan negara tercinta.

Muzium ini pernah dianugerahkan dengan Anugerah Merit Kategori Pelancongan Terbaik (Tarikan Warisan) Anugerah Pelancongan Tahun 2005/2006 oleh Tourism Malaysia.

Waktu Lawatan :
Rabu - Ahad (10.00 pagi - 5.00 petang).
Ditutup pada hari Isnin dan Selasa.
Tiada bayaran masuk dikenakan. Pada kalian yang berkesempatan, kalau ke PD, bawalah anak2 ke sini kerana pelbagai benda2 baru pada kita yang telah menjadi sejarah dapat kita lihat di sini dari pelbagai segi seperti artifak2 lama dan macam2 ada .

Diam tak diam hampir 3 1/2 jam juga bapak di sini menghayati satu persatu bahan di ruang pameran yang ditempatkan disetiap kawasan bilik mengikut urutan 1-9 sehingga akhirnya lawatan kami berakhir selepas melalui terowong bawah tanah yang menempat tempat persembunyian komunis di Zaman Darurat.

Jom ikut bapak menerokai khazanah muzium ni dalam beberapa siri n3nya

diorama zaman kesultanan melayu melaka
menentang penjajah


meriam lama era zaman kesultanan melayu melaka
bersama bentuk2 pelurunya

senjata zaman era penjajahan portugis

senarai Gabenor Portugis yg pernah berkhidmat di Melaka
semasa zaman penjajahan