Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan
Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri
Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa lkerenda diusung
Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman
Lagu ni dari dulu hingga sekarang masih popular dan membawa maksud yang amat mendalam sekali. Kalau dulu kecik2 , aku cukup suka mendendangkan lagu ni di samping sebuah lagu lagi
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Tapi sekarang, sindrom gigil ni telah mula merebak ke alam maya secara on line.Penularan sindrom gigil ni lebih hebat dari penularan H1N1 . Sindrom gigil ni tak kira umur, tak kira mak dara atau anak dara, tak kira bapak orang atau si bujang teruna. Sindrom ni sampai bila kala bulan mengambang tatkala N3 baru keluar di PDKM. Untuk mendapat gelaran ratu dan raja trek, bukannya mudah . Tapi kalau ada peluang hehehe
Tu yang sambil dok mengigil, sambil menaip tanpa menyedari apa yang ditaip. Tempohari En. Rosli sebenarnya nak tulis "begini" dah tertulis "berbini" , dah maksudnya lain hehehe
(jangan marah ye en rosli, hanya gurauan)
Sebenarnya gelaran ratu dan raja trek ni bukan apa2, sekadar suka2 oleh tuan punya blog dan kita semua . Usik mengusik membawa bahagia kerana PDKM dan macam sebuah keluarga besar . Hubungan silaturahim dan ukhwah dan macam sebuah keluarga yang besar ibarat antara ibu dengan ayah, anak dengan bapak , kakak dengan abang, atuk dengan nenek.
Setiap penyakit ada ubat dan penawarnya, dan penyakit gigil ni ada ubatnya, selalu2 lah dapat jadi ratu atau raja trek , hilanglah nanti penyakit gigil ni
Cerita pasal "typing error" ni, pak itam juga pernah sekali tersalah , sebenarnya nak tulis "semoga ayahanda sembuh sepenuhnya" . Tapi bila komen dah masuk rupa2nya , "semoga ayahanda semput sepenuhnya" , maksudnya dah tersangat lari jauhnya . Nasib baik ayahanda tak marah hehehe
sampai sekarang bila pak itam kenang2 , pak itam hanya tersenyum je





































