WARGA SCP

Rabu, Jun 22, 2011

ISTANBUL : TURKISH DELIGHT DI EGYPTIAN BAZAR part 4

Hazzer Baba ni rasanya adik kepada Ali Baba


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

ALHAMDULILLAH

Turkish Delight atau bahasa turkish sebagai Lokum adalah makanan tradisional mereka berasaskan jelly dan gula lalu diperkayakan dengan bahan2 lain seperti kurma, kacang pistachios , hazelnuts atau walnuts yang dibalut .

Terdapat beratus rasanya turkish delight ini mengikut jenisnya .

Dalam bahasa Turkish, lokma dan lokum berasal dari bahasa Arab لقمة luqmat, akan dihidangkan sebagai penyeri semasa menyambut tetamu yang datang berkunjung dan telah terkenal sejak kurun ke 15 lagi semasa zaman pemerintahan kerajaan islam Ottoman.

Terdapat pelbagai2 rasa yang kebanyakkan manis sungguh dan bapak puaslah juga merasa secara percuma apabila diberikan oleh peniaga2 di situ.

Setelah puas merasa , akhirnya kami ambil keputusan untuk membeli apa yang berkenan ikut tekak kami .



sedap juga chese ni rupanya dimakan begitu sahaja










sucuk ni punyalah liat mengalah getah ojol tapi sedap pasal ada kacang dalamnya




sebahagian dari turkish delight



Kebetulan kat sini pun banyak dijual kacang2 dan seangkatan denganya dengan harga yang berpatutan dan murah, bapak dan ibu membeli kacang pistachios , hazelnuts dan walnuts setiap satu jenis dalam 2 kg juga . Jadi tak payah lagi cari di Madinah dan kacang2 tu nanti boleh dihadiahkan kepada rakan2 dan ahli keluarga nanti bersama2 kurma yang pastinya akan dibeli di pasar kurma Madinah kelak .

Tapi masalahnya, kami tak punya wang turkish Lira, tapi pekedai tu mengira dahulu semuanya dalam Turkish Lira lalu di"convert"kan pula ke dalam USD , selesai satu masalah.

pelbagai jenis kacang dan sewaktu dengannya

Selasa, Jun 21, 2011

ISTANBUL : JOM TEROKAI EGYPTIAN BAZAAR part 3

salah satu pintu masuk utama ke Egyptian Bazaar

The Spice Bazaar Turkish dalam bahasa Turkish juga dipanggil dipanggil Mısır Çarşısı atau Egyptian Bazaar di Istanbul merupakan salah sebuah bazaar yang tertua di Turkeye. . Terletak di sebuah tempat bernama Fatih dalam kejiranan Eminönü dan merupakan bazaar kedua terbesar di Istanbul selepas Grand Bazaar.

Ia dibina oleh seorang arkitek terkenal Koca Kasım Ağa tetapi disiapkan sepenuhnya pada tahun 1660 oleh seorang lagi arkitek terkenal bernama Mustafa.


hampir 11.00 pagi, suasana di sini memang "happening"

Macam2 ada dijual di bazaar ni tetapi yang paling bapak suka ialah "enviroment" dan suasana di dalamnya yang disinari oleh lampu setiap gerai menjadikan ia bagai sebuah panorama indah penuh dengan warna-warni.

Barang jualannya juga pelbagai dan tidah terhad kepada rempah ratus sahaja walaupun dikenali sebagai Spice Bazaar . Yang takde dijual cuma DVD cetak rompak je kat sini hehehe

Lagi satu , janganlah mengatal datang jauh2 dari Malaysia ke Spice Bazaar ni nak cari rempah kari adabi atau rempah kari mak siti, memang "confirm" takdak




barangan cenderahati banyak di sini
yang pasti bukan " Made In China"


Bapak tak lepaskan peluang merakamkan panorama di dalamnya. External flash terpaksa dipasang di badan DSLR dan tiada masalah langsung untuk memotretkan gambar di dalam bazaar ini kerana para pengunjung dan pekedai begitu sporting sekali dan mungkin kerana mereka telah biasa menerima kunjungan para pelancong dari seluruh dunia yang pastinya akan merakamkan detik2 yang indah setiap kali berkunjung ke sini.


memang cantik hasilan seramik mereka



caviar pun ada kat sini

Isnin, Jun 20, 2011

ISTANBUL : SEMUA YANG HIDUP PASTI MATI

pintu gerbang utama ke kompleks Masjid Ayub Al Ansari

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

ALHAMDULILLAH

Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati apabila ajal menjemput . Kawasan masjid ini di bahagian luarnya dipenuhi dengan kawasan perkuburan . Ada yang telah dikebumikan beribu tahun dahulu dan ada juga yang baru.

Di sini juga terdapat perkuburan bagi sultan2 terdahulu dari kerajaan Ottoman , tapi kerana masalah bahasa , aku tak dapat mengenali mana satukah tapak perkuburan mereka.

Sesungguhnya menziarahi kawasan perkuburan umat islam adalah sesuatu yang dituntut dalam islam

Rasuluullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:

"Dahulu saya pernah melarang kamu menziarahi kubur tetapi sekarang
boleh kamu menziarahinya, kerana menziarahi kubur itu boleh menimbulkan
sifat zuhud terhadap dunia dan ingat kepada akhirat."


kolah tempat berwuduk

Sunat bagi kaum lelaki menziarahi kubur manakala makruh bagi kaum wanita. Afdal dalam Islam, kubur seseorang muslim itu haruslah ditinggikan sejengkal dari dataran bumi dan diratakan bahagian atasnya dan ditandakan dengan sesuatu tanda untuk dikenali supaya mudah diziarahi. Ini pernah ditegaskan oleh Nabi Muhammad saw apabila Baginda ditanya mengapa Baginda meletakkan tanda di kubur saudara susuannya Othman Bin Maz'un. Baginda menjawab yang bermaksud:
"supaya saya kenal kubur saudara saya."

Menjadi kebiasaan meletakkan nisan. Tetapi apa yang dilarang dalam Islam ialah apabila terlalu sangat menghias kubur daripada batu mozek, marmar dan sebagainya kerana ini adalah suatu pembaziran. Lebih baik jika lebihan wang yang hendak digunakan untuk tujuan ini disedekahkan kepada fakir miskin atau melakukan amal jariah yang lainnya yang tentu lebih bermanafaat.

AL FATIHAH


kawasan perkuburan

unik batu nisannya

Seseorang yang ingin menziarahi kubur hendaklah mempunyai niat yang benar dan ikhlas kerana Allah semata-mata iaitu untuk melembutkan hati, mengingati akhirat serta kematian dan mengenang jasa si mati atau kelebihannya di sisi Allah. Begitu pula apabila menziarahi kubur atau makam para nabi dan para wali, lebih-lebih lagi makam Nabi Muhammad saw yang begitu besar jasanya bukan sahaja kepada umat Islam malah kepada alam semesta kerana Allah swt sendiri telah menerangkan dengan firmanNya yang bermaksud:

"tidak Kami utusmu melainkan untuk menjadi rahmat bagi
sekalian alam"



kawasan perkuburan saujana mata memandang

Ahad, Jun 19, 2011

ISTANBUL : BAHAGIAN LUAR EGYPTIAN BAZAAR part 2

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

ALHAMDULILLAH

Bahagian luar Egypyian Bazaar ni pun tak kurang hebatnya . Di satu bahagian, semua kelengkapan yang berasaskan stainless steel boleh di dapati di sini. Kira kalau nak bukak restoran atau berhajat nak buat BBQ , semua peralatan ada di sini.

Ketika bapak sampai ke sini, semua kedai telah dibuka dan rasanya dah jadi kebiasaan mereka akan membuka kedai seawal pagi lagi di sini.

Bapak ingat nak cari calong tadah getah yang di buat dari keluli, tapi tak de la pulak hehehe


menjual bakul berasaskan rotan

Pagi ni nak kata sejuk sangat tak la, tapi dingin suhunya kerana sekarang tengah penghujung musim bunga dan nak masuk musim panas di sini. Kira cuaca Istanbul ikut cuaca eropah . Siangnya pada musim panasnya agak panjang .

Tapi yang paling best , jalanlah berapa jauh kita nak jalan, tak terasa penat dan baju tak basah, badan dan ketiak pasti tak berpeluh. Itulah sedikit kehebatan yang Allah tunjukkan sebenarnya dan aku sangat bersyukur.

Jadi, baju tak payah basuhlah alamatnya dan boleh terus masuk bag nanti dan tak berbau busuk.



pagi , lengang lagi


kedai jual hardware

Sabtu, Jun 18, 2011

ISTANBUL : MERPATI TERBANG BEBAS


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

ALHAMDULILLAH

Aku tinggalkan seketika Egyptian Bazaar yang begitu mengasyikkan lalu bergegas semula mengayuh basikal cabuk ku ke Masjid Ayyub Al Ansari.

Suasana dingin pagi yang nyaman membuatkan jiwa ku tenang di sini, terlupa seketika segala masalah dunia, ayam itik di kampung serta pokok getah yang perlu ditoreh apabila melihat sekawanan burung merpati di persekitaran luar Masjid Ayyub Al Ansari ini terbang bebas . Terasa aku ingin juga terbang bebas sepertinya, tapi apakan daya , aku tidak punya sayap .

Sebenarnya kepenatan menempuh penerbangan yang agak panjang selama hampir 11 jam semalam terubat dengan gelagat burung2 merpati ini. Turkeye ni kira separuh dalam benua Eropah dan separuh lagi dalam Benua Asia. Kalau terbang lagi 2 jam dah boleh sampai ke Kota London .

Penerbangan semalam agak lancar tanpa banyak "air pocket" dan aku pun sebenarnya banyak menghabiskan masa ku dengan tidur je sebenarnya dan tadi masa dihidangkan makan , aku rasa aku makan dengan mata yang layu dan kuyu dan sambung tidur semula.

Hanya 2 jam sebelum mendarat aku mula resah dan aku hidupkan paparan LCD dihadapan ku lalu memilih "Flight info " kerana aku tak tahu kedudukan sebenarnya kapal terbang yang aku naiki ini samada dah sampai Parit Jawa atau Bukit Mor .

Lantas bangun dan meluruskan segala urat2 kaki, urat kentut dan segala jenis urat serta sendi ku dengan "berjogging" dari tempat duduk ku ke tandas di ekor kapal terbang.Nasib baik tak terjonggket kapal terbang.Kalau tak, ke bulan la alamatnya hehehe

ni kalau kak nab mesti suka


Sebenarnya hajat nak ke Istanbul ni dah lama terpendam dalam hati ku dan isteri ku kerana nak melihat dan menikmati sendiri tinggalan zaman kegemilangan empayar islam namun masih belum tertunai. Aku sering menikmati keindahan kota Istanbul melalui rancangan TLC di Asteruk dan menyimpan hajat agar suatu , Allah memperkenankan kaki ku yang comel saiz
7 1/2 ni menjejakkan kaki ke bumi turkeye ini . (pembetulan : saiz 7 1/2 negro tau hehehe)

Akhirnya apabila aku merancang utk menunaikan umrah sejak dari tahun lepas lagi , apa salahnya aku rancang utk pakej umrah dan ziarah Istanbul kerana semua sekali aku dapat , akhirat dapat dan dunia pun dapat lalu hari ini dengan izin Allah jua , aku Itam bin Utih menjejakkan kaki ku di bumi Turkeye ini .

Orang sering mengaitkan Turkeye ni dengan sebuah negara sekular tapi selama hampir 4 hari aku di sini, agak sukar aku temui pasangan muda mudi mereka yang jalan berpegangan tangan sambil memeluk erat pinggang pasangan masing2 seperti yang lazimnya kita temui di kota2 besar negara kita seperti Kuala Lumpur .



Bangku kayu ni benar2 menarik perhatian ku kerana cantik dan belum ada cacat celanya kerana aku sering bertemu dengan bangku yang seperti ini di tanah air yang pasti penuh dengan kata cumbu rayu seperti "I LOVE .....", "I HATE YOU..." dan tentu sekali ada no. hp tertera di situ . Yang pasti bandaraya Istanbul mmg bersih pada pandangan ku walaupun penduduknya hampir 20 juta orang dan jawapannya ialah sikap rakyatnya yang menjaga kebersihan dan juga pihak majlis tempatan mereka sentiasa memastikan semua dalam keadaan bersih dan kerana itulah juga mereka akan mencuci jalanraya sebnyak 2 kali sehari agar bebas dari debu kotoran.

Menghirup udara segar pagi yang nyaman di sini yang semuanya dipinjamkan oleh Allah kepada kita semua menjadikan aku sungguh bersyukur kerana atas kurnian Allah ini , aku dapat terus hidup dan dapat terus menikmati keindahan alam di sini . DSLR aku terus mengetik merakamkan saat indah di sini yang pastinya akan menjadi kenangan buat diri ku dan akhirnya akan tinggal kenangan sahaja apabila roh bercerai dari jasad ku dan yang akan dibawa hanyalah 2 helai kain putih dan amalan semata2.


kedai di persekitaran masjid

Jumaat, Jun 17, 2011

ISTANBUL : EGYPTIAN BAZAAR part 1

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

ALHAMDULILLAH

Drama sebabak pagi itu:

"Yang oiiiii, rempah dah habis nak masak kari ni " jerit mak itam

"alamak, mana nak cari kari dan rempah ratus ni"

aku lantas tinggalkan seketika persekitaran masjis Ayub Al Ansari dan mengayuh basikal cabuk ku ke pasar berdekatan,
yang ada cuma bazaar mesir atau Egtptian Bazaar .

Parking basikal dan ikat kat tiang dan terus masuk ke dalam

apa yang ada kat dalam

kalian saksikanlah sendiri

Bazaar ni dah wujud sejak tahun 1597 lagi, bermakna dah hampir 400 tahun lebih dan sehingga kini masih kekal dengan bentuk binaan asal , memang unik dan bab tu bapak tabik pada pemerintah Turkeye yang tetap mempertahankan seni warisan sejarah mereka yang menjadikan bazaar ini antara bazaar yang tumpuan utama pelancong dari seluruh dunia .









Gerai ni aku tak tahu apa dia jual , jangan2 ni pejabat tok kadi turkeye tak ,
boleh nikah sendiri hehehehe
sekeri bahasa turki , bahasa melayu maknanya sendiri
jadi "NIKAH SENDIRI" hehehe

pasal aku leka dok tengok suasana dan panorama yg begitu menarik perhatian ku, lantas aku dah lupa pesan mak itam suruh beli rempah nak masak kari kambing, akhirnya aku pun mengetik DSLR ku siap pasang flash lagi dan inilah hasilnya , baru sikit ni , ada banyak lagi panorama indah dalam bazaar ni yang sempat aku rakamkan dalam 100++ shots juga

esok2 kalau bapak rajin, bapak kasi sambung cerita dogeng di Egyptian Bazaar ni