بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
ALHAMDULILLAH
Sepanjang bapak di Istanbul, kami menginap di Grand Tahir Hotel berdekatan kota Istanbul, kira dalam bahagian benua eropah. Lebih kurang pukul 3 petang kami dah sampai hotel ni untuk check-in setelah dari turun flight tadi terus dengan aktiviti ke Masjid Ayyub, kemudian ke Masjid Rastem Pasa dan merayau ke Egyptian Bazaar pula . Rasa lama bebenor .
Sejam jugak urusan check in pasal beg2 besar tadi pun sama ikut kami kat bahagian bawah bas dan sekarang semua kena punggah dari bas . Kami ditempatkan 2 orang sebilik dan langkah pertama tiba di bilik ialah mandi dulu pasal dari semalam ni tak mandi lagi , nasib baik badan bapak sentiasa harum .
Lepas tu barulah punggah keluar mana2 yang patut yang hendak dipakai selama 4 hari kami bermusafir di sini nanti.
Kedudukan hotel ni yang agak strategik berdekatan dengan semua kemudahan menyebabkan bapak tak risau sangat. Syukur pada Allah .
Di sepanjang jalan ni juga, terdapat beberapa lagi hotel yang menjadi tumpuan pelancong dan di sekitarannya , terdapat pelbagai kemudahan.
Kedai runcit pun dekat dan keluar sikit dari blok ni adalah jalan utama yang sentiasa sibuk dengan kereta dan juga laluan bagi tram deretan kedai . Kat sini terdapat 5-6 buah "money changer" , jadi takde masalah bagi bapak nak buat tukaran wang dan harganya setiap tukaran sentiasa mengikut pasaran tukaran wang asing dunia .

depan tu "main road"

boleh lepak2 kat kaki lima hotel yang menyediakan kerusi dan meja
Kemudahan dalam bilik pun mencukupi termasuk peti simpanan keselamatan yang sangat berguna pada bapak kerana apabila keluar , barang2 berharga yang malas dibawa akan ditinggalkan di situ .
Sepanjang kami di sini, sebelum keluar di waktu kami, kami akan bersarapan di sini , tapi paham2 jelah, sarapan gaya hidup turkeye . Jadi pilihan bapak hanyalah roti dan telur rebus yang bapak akan lenyek hingga hancur dan butter .
Kalau nak ubah selera, kedai makan kat "main road" tu melambak dan sempat jugaklah bapak membeli kebab untuk dimakan di bilik .
Setiap bilik dilengkapi dengan set TV LCD dengan siaran satelit , tapi kebanyakkan siarannya berbahasa Turkish . Hanya yang bapak faham ialah siaran BBC yang menggunakan bahasa inggeris yang sering menjadi pilihan bapak di kala malam hari semasa melayan mata yang hampir layu.

deretan hotel2 sepanjang jalan

mereka dok sarapan sama2 waktu pagi sebelum bukak kedai

nak minum juice segar , ada kat sini

kedai runcit dengan harga berpatutan
semua ada kat situ

tram dok lalu lalang depan tu