WARGA SCP

Rabu, November 16, 2011

LGB&GR : ALHAMDULILLAH, SAMPAI JUGA KE SINI

ALHAMDULILLAH

Lebih kurang pukul 2.00 petang, kami sampai ke Lanjut Golden Beach & Golf Resort yang terletak di Kuala Rompin. Terus nak pi check in bilik, bilik pulak tak siap. Sebenarnya resort ni dah dua tiga kali bertukar pengurusan . Tempat ni sebenarnya cantik dan masih terpelihara serta belum tercemar. Aku suka tempat2 mcm ni pasal dia tak "crowded" dan menenangkan.

Tapi mungkin kerana tidak mencapai tahap maksimum pengunjung dan overhead yang tinggi menyebabkan banyak masalah timbul hingga menyebabkan pengurusan bertukar tangan. Sekarang ni pengurusannya di bawah PNB Commercial .


Sebelum tu mak itam dah booking sebuah chalet 2 bilik kerana dua2 anak kami pun ikut sama. Tapi bilik yang diberikan pula bila kami masuk belum kemas rupanya dan kami diberi pula chalet di sebelah yang dah siap kemas. Bilik ok , tapi belum apa2 badan aku dah kena gigit dengan nyamuk .

Pasti tempat ni banyak nyamuk . Lantas mula2 kami nak batalkan je penginapan kat sini dan ingat nak menginap di Cherating pasal kalau banyak nyamuk karang, pasti tak boleh tidur pulak . Nak pi beli ubat nyamuk , pekan terdekat Rompin jauh juga.


Aku mengaku yang aku ni memang kalah kalau ada nyamuk walau sekor , nak2 nyamuk yang jenis main hinggap2 je, tu yang tidur ku tak tenteram kerana asyik nak menggaru je dan akhirnya tidur ku pasti tak lena dan paginya pasti mengantuk. Kulit aku ni kan nipis hahaha

Lagi satu darah manis hehehe
bukan kecing manis tau hahaha



Aku suruh mak itam pi balik kat Front Desk,buat keputusan samada nak atau tak nak stay kat sini. Akhirnya memandangkan bilik hotel banyak lagi yang kosong , maka diberikan kami pilihan di situ dengan kadar diskaun yang boleh tahan juga.

Kami ambil 2 bilik hotel berkembar kerana kalau nak memandu ke Cherating mau lagi dua jam lagi.

Alhamdulillah, bilik hotel nampaknya lebih selesa dari yang tadi dan di tingkat dua menghadap swimming pool dan laut .Indah permandangannya dari balkoni .










mak itam dok mengadap pantai
masa tu matahari lebih kurang segalah
aku pulak biasalah dengan DSLR
merakamkan permandangan sekeliling yang indah di waktu pagi

Selasa, November 15, 2011

SEMPADAN ENDAU - ROMPIN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

ALHAMDULILLAH

Lama rasanya tak menikmati keindahan matahari terbenam dan matahari naik di tepi pantai.Walaupun sebenarnya teratak kami tepi hutan ni hanya sepelaung je dari Tanjung Balau dan Pantai Desaru, tapi kami boleh kira dengan jari ke sini. Pasal dekatlah tu yang tak pergi.

Jadi aku suruh mak itam pilih tempat yang dia nak pergi dan settelkan semuanya. Ada waktu terluang nanti aku bawak.

Akhir kalam , Mak Itam kata nak pergi kat area Rompin . Kira jauh sangat dengan HC pun tidak, dekat sangat pun tidak . Memandu dalam lebih kurang 2 jam lebih sikit.




Lebih kurang lepas waktu dhuha, kemas beg dan terus capai kunci moto roda tiga memecut ke destinasi . Alhamdulillah cuaca hari ni baik sungguh berbanding dah 4-5 hari hujan turun mencurah-curah. Maklumlah, musim tengkujuh sekarang ni.

Tiba je kat sempadan Endau- Rompin ni , aku macam biasalah berhenti seketika untuk merakamkan gambar2 permandangan sekelilingnya yang pada ku indah dan cantik untuk diabadikan sebagai koleksi peribadi ku. Kemudian masuk pula ke Terminal Feri Tanjung Gemuk.

Sayang sungguh kerana keadaan di terminal ni seakan2 terbiar tanpa penyelenggaraan . Rumput pun panjang macam dah sebulan tak tebas. Tapi nasib baik hati ku terhibur dengan permandangan di sepanjang tepian sungai sebelah Endau dengan deretan bot nelayan . Langit pula membiru menambahkan lagi keindahan di sana.

Ya Allah,
Sungguh indah alam ciptaan Mu ini

Alhamdulillah



air surut ketika ini


Isnin, November 14, 2011

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Ku sangka panas sampai ke petang,
rupanya hujan di tengah hari.

Itulah yang berlaku pada sabtu semalam,
takkala azan zohor hampir berkumandang,
cuaca panas tidak berpanjangan.

Langit tiba-tiba menghamburkan hujan yang sungguh lebat berserta kilat dan guruh,
membuatkan ku terpaksa menangguhkan seketika untuk pulang ke rumah lantas sempat beberapa helaian kitab suci Al Quran ku baca .

Hampir setengah jam kemudian setelah tiada tanda-tanda akan reda, aku mengambil keputusan meredah dalam hujan lebat ke motor roda tiga ku dengan langkah berhati2 takut jatuh di tangga masjid. Ku singkap dan ikat kain pelikat ku laksana "chetty".

Setiba ku di rumah, mak itam mengkhabarkan perkhabaran yang agak mendukacitakan.

Nek Som baru menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di KL . Hajat di hati untuk melelapkan mata dan berehat terus dibatalkan . Kami berkemas ala kadar saja dengan membawa hanya sehelai dua pakaian. Jenazah akan di bawa pulang ke rumah peninggalan arwah di Paya Dato, Alor Gajah . Sebenarnya rumah tersebut telah lama tidak diduduki Nek Som yang telah berusia agak lanjut kerana ia sebatang kara dan tinggal di rumah anak2nya secara bergilir-gilir.

Nek Som merupakan nenek disebelah isteri ku . Orangnya kecil dan kurus . Tapi Allah mengurniakan kesihatan yang baik kepadanya tanpa menghidapi penyakit serius. Kerana terlalu tua, pendengarannya agak terhad dan perlu menggunakan alatan di telinga. Usianya menjejaki angka 90 menyebabkan ada dikalangan anak cucunya sendiri agak sukar untuk diingatinya . Ia telah sampai peringkat pelupa atau nyanyuk. Pernah ia bersolat tak habis2 kerana pasti dia mengalami kesukaran untuk mengingatinya. Ia seupama seorang kanak2 kecil .

Hujan lebat mengiringi kepulangan kami dari HC lagi hingga perjalanan di lebuhraya agak perlahan dan terganggu. Memasuki bandar Muar untuk meninggalkan abang buat sementara waktu di rumah ibu ku kerana abang kurang sihat sedikit akibat "chicken pox" . Hampir seminggu dia bercuti dari sekolah.

Kami sampai di Paya Dato selepas magrib juga . Ketika itu jenazah baru selamat sampai dari KL telah siap dimandikan serta dikafankan.. Di rumah usang inilah menjadi perhentian terakhir Nek Som sebelum dikebumikan nanti selepas isyak nanti . Arwah suaminya yang juga Tok sidang kampung telah meninggal dunia berpuluh tahun sudah .

Wajah Nek Som yang ku ambil hampir setahun yang lalu
hanya tinggal kenangan dalam koleksi ku
Kelihatan garisan2 kedut menandakan usianya
namun semalam, tiada kelihatan kedut di wajahnya
putih berseri seakan2 terlena seketika

Aku dan mak itam terus naik ke rumah untuk menatap jenazah Nek Som yang terbujur kaku telah siap di kafankan. Bahagian mukanya yang dibiarkan terbuka membuatkan hati ku begitu tenang ketika menatapnya.

Wajahnya yang putih bersih dan berseri seakan2 seperti tidur dengan bertelekung sungguh mengasyikkan diri ku. Sungguh tenang menatap wajah Nek Som .Aku tak tahu mengapa tapi aku rasa inilah kurnian buat arwah dari Allah S.W.T.

Tiada kelihatan garisan kedut di wajahnya ketika ini berbanding semasa dia masih hidup kerana umurnya kini 90 tahun.Jika kebiasaannya hati kita hiba menatap jenazah, tapi aku berasa sebaliknya kerana raut wajahnya ketika ini macam ia hanya terlena seketika dalam keadaan tenang dan damai.

Sambil aku menyedekahkan Al Fatehah kepadanya, mata ku terus menatap wajahnya yang tenang itu lagi mendamaikan itu.

Ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah kerana Allah mempermudahkan di akhir2 usianya dan hanya demam2 biasa dan sedikit sesak nafas sahaja sebelum ia kembali ke Rahmatullah.

Jenazah Nek Som perlahan2 diusung ke dalam van untuk menuju ke perhentian terakhirnya di Tanah Perkuburan Pegoh. Cuaca di sini sejak dari tadi agak baik berbanding hujan lebat sejak dari Johor Bahru lagi hinggalah ke Muar.

Segala urusan pengkebumian berjalan lancar dihadiri oleh penduduk kampung serta anak, cucu,cicit,piut,oneng sebagai penghormatan terakhir buatnya.

Alhamdulillah, hampir 10.30 malam semuanya selesai dengan bacaan talkin .

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

AL FATEHAH BUAT ALLAHYARHAMAH
HAJJAH SOM BINTI HAJI ABU

Sabtu, November 12, 2011

USS : PART 9 : BATTLE STAR GALACTICA

ALHAMDULILLAH

Di Park Sci-Fi City terdapat tarikan yang hebat bagi sesiapa yang suka akan cabaran sebegini. 2 rollercoaster terdiri dari Battlestar Galactica : CYLON yang treknya berwarna biru serta Battlestar Glactica : HUMAN yang treknya warna merah.

Tapi pastikan yang anda memang seorang yang berani untuk menaikinya kerana kelajuannya mencapai 82km/j dalam sekelip mata dan perjalanannya cukup mencabar dengan ketingginan paling maksimum pusingannya setinggi bangunan 14 tingkat.

Membezakan dua rollercoaster ni ialah satu duduk macam biasa dan satu lagi kira kaki tergantung ke bawah.


line purple dgn kuning ni
aku cipta sendiri melalui proses editing hehehe


Anak jantan aku memang minat benda2 macam ni, jadi kami kasi peluang dia naik seberapa banyak kali yang dia suka sementara kami lepak2 kat bawah . Di sini barisan menunggunya memang tak ramai kerana tak semua yang berani untuk mencuba.

Aku minta maaf le bebanyak hehehe
Kalau orang kasi aku 1000 ringgit suruh naik , taubat le aku tak naik hehe


Sementara tu , aku habiskan masa ku dengan merakamkan gambar sekitarannya . DSLR aku yang usianya dah nak 2 tahun ni aku gunakan semaksimum mungkin dan shutter count pun rasa dah hampir 15,000++ . Cakap pasal shutter count ni, cukup masa , ia perlu diservis atau diganti . Maksimun aku rasa boleh dalam 90 000 ke 100 000 juga. Bergantung pada cara pemakaian dan rezeki kita juga . Tapi kalau Allah berkehendak dalam 50-60 ribu kiraannya, dah kena ganti .

Untuk outdoor sekarang dan travel , aku kerapkali pakai lens 18-200 nikkor VR kerana aku sekarang malas nak tukar2 lens setiap kali nak ambik gambar . Lens 70-300 aku sekarang jarang digunakan dan lebih kerap memanaskan ruang dalam drybox. Tapi aku masih simpan kerana aku rasa dalam setahun dua lagi pasti minat ku akan aku tumpukan pada bidang "makro" pula dan hanya perlu mendapat beberapa aksesori seperti raynox 250 untuk dipadankan dengan lens 70-300 tu tadi.Masa tu rasanya aku pasti asyik mengendap binatang2 kecil yang bersembunyi celah2 daun untuk merakamkan gelagat mereka. Namun buat masa ni, aku belum lagi dapat ilham nak buat "makro" ni.

Filter yang aku pakai kat lens 18-200 ni pun rasa aku dah berbaloi kerana ia memang satu keperluan utama bagi peminat gambar outdo0r dan landscape . Filter Hoya 72 mm CPL ni boleh tahan mahal juga harganya, tapi dah minat punya pasal dalam bidang ni, nak buat macam mana kan.

ni jenis kaki tergantung line biru
ada berani


Sekarang ni pun , aku dah pupuk sikit2 minat bidang fotograpi ni dengan anak jantan ku, perkara asas berkaitan telah aku ajar sedikit demi sedikit secara tak formal dan nampaknya dia ada minat dalam bidang ni.

Nanti cukup masa , DSLR ni pasti akan aku serahkan padanya nanti bila aku dah tak nak lagi main kamera dan nak main lastik pula hehehe.

Insyallah

ok, jumpa lagi pasal aku nak pi cuci motor roda tiga aku tu

wasalam


jenis duduk line merah