Selamat pagi Malaysia.
Aku bergerak dari satu tempat ke satu tempat merentasi lebuhraya atau kat sini lebih dikenali dengan Freeway kerana ia free sepanjang pantai barat USA. Jadi biasalah setiap dua jam lebih sikit kenalah berhenti untuk lepaskan lelah dan macam biasa toilet stop. Sesejuk ni asyik nak bese je .
Antara tempat persinggahan yang aku rasa agak menarik atau orang putih cakap interesting adalah Casa de Fruta . Rasanya kawasan ni dulu diterokai oleh pendatang Sepanyol kerana banyak nama dan tempatnya di sini bunyi macam Sepanyol.Tapi setelah aku baca sejarah Casa de Fruta ni , rupanya orchad ni dibuka oleh pendatang dari Itali pada tahun 1908 lagi.
Aku tertarik dengan peralatan2 pertanian lama yang aku rasa dah berpuluh tahun usianya dan masih terpelihara dipamerkan untuk tatapan generasi muda agar mereka mengetahui sejarahnya dan yang pasti takda yang baru kalau tiada yang lama.
Aku tertarik dengan peralatan2 pertanian lama yang aku rasa dah berpuluh tahun usianya dan masih terpelihara dipamerkan untuk tatapan generasi muda agar mereka mengetahui sejarahnya dan yang pasti takda yang baru kalau tiada yang lama.
Kawasan ni merupakan kawasan lembah yang subur dan menghasilkan banyak produk-produk pertanian terletak di Santa Clara County di Pacheco Valley Utara California di Route 152.Sememangnya California terkenal dengan hasil tanamannya seperti gajus, kismis dan kurma medjol pun terdapat di sini yang dikenali California Medjol.Maha suci Allah yang bisa melakukan apa sahaja mengikut kehendak dan perancangannya . Kalau ia mahu sesuatu kawasan itu subur,maka suburlah ia dan begitulah sebaliknya. Begitulah juga dengan kehidupan kita sebenarnya.
Rasa tenang je bila berada di sini dengan suhu yang dingin dan permandangan yang indah . Sempat aku layan beberapa keping foto buat tatapan kalian persekitarannya.
Aku rasa bersyukur kerana Allah memberikan ku peluang untuk menjejakkan kaki di bumi ciptaanNYA dan merasai sendiri suasana dan pengalaman baru di bumi US.
menuju lembah Casa de Fruta
pam racun zaman tok nadim
chervolet asal berpuluh tahun dulu masih tegap
kereta bomba zaman tok adam
lihat no pendaftaran chrevolet ni
dah jadi kereta antik