WARGA SCP

Sabtu, Disember 29, 2012

PART 14 USA : LAS VEGAS I'M COMING

ALHAMDULILLAH

Setelah menempuh jarak perjalanan yang agak panjang sementelah menyinggah utk solat jamak takdim zohor dan asar  dan makan tengahari serta sempat ke sebuah factory outlet dengan aktiviti soping-nyoping, akhirnya kelibat Las Vegas yang popular dengan The Fabuloas City kelihatan dari jauh . 

Sebelum tu , kami melintasi Hoover Dam yang terkenal namun tak berkesempatan untuk singgah kerana hari dah gelap walaupun baru jam 5 petang. Kalau nak tahu , Hoover Dam atau Empangan Hoover yang dibina pada tahun 1931 terletak antara sempadan negeri Nevada dan Arizona di mana sungai Colorado melingkarinya yang membekalkan sumber air. Nama empangan itu juga diambil sempena nama presiden Amerika ketika itu iaitu Herbert Hoover.

Empangan Hoover ini juga merupakan sebuah tarikan pelancong sebenarnya kerana keunikan dan betapa besarnya empangan ini dibina dan memang cantik pada waktu siang hari, namun aku tak sempat menerokainya kerana telah telah gelap dan pandangan agak terhad .




Hampir 5.00 petang dari jarak kejauhan lebih kurang 25 km, sinaran lampu yang menyinari Las Vegas telah kelihatan menunjukkan betapa besarnya bandar ini yang lebih terkenal dengan jolokan bandar perjudian kerana di sinilah terdapatnya ratusan pusat perjudian hampir di setiap hotel-hotel penginapannya tak kira ceruk mana sekali pun.

Suhu begitu dingin sekali aku rasakan kerana Las Vegas ini sebenarnya terletak dalam kawasan gurun yang kontang sebenarnya di negeri Nevada. Namun atas kebijaksanaan manusia yang dikurniakan akal fikiran semestinya oleh Allah S.W.T. maka sebuah kawasan gurun yang kontang bertukar menjadi sebuah bandar yang bergemerlapan sekali di waktu malam dengan cahaya lampu neon yang berwarna-warni tak kira di mana-mana pun dan inilah sebenarnya salah satu tarikan kota Vegas .

25 km lagi, cahaya lampu kota Vegas dah kelihatan


Las Vegas terletak dalam Nevada , Clark County terkenal sebagai resort perjudian dan membeli belah dengan barisan resort bertaraf 7 bintang seperti Ceaser Palace, MGM dan banyak lagi mula diterokai pada tahun 1905 lagi. 

Penduduk kota metropolitan Las Vegas sendiri hampir 2 juta orang menunjukkan betapa kegiatan ekonominya di sini membantu ia menjadi terkenal di seluruh dunia serta menjadi tumpuan bukan sahaja kaki judi, tapi pelancong2 yang ingin merasai apakah keistimewaan kota ini. 

Namun kunjungan kami ke sini hanyalah untuk mengambil iktibar dan pengajaran dengan meyaksikan sendiri bagaimana manusia sesat dan lalai dengan dendangan mesin2 slot yang bersepah hampir di setiap hotelnya dan meja-meja roulette yang sentiasa menajdi tumpuan dan aku pasti menjadikan ianya sebagai satu sempadan dan pengajaran bahawa perjudian adalah salah satu dari dosa2 besar yang ditegah di sisi agama kita. 

Namun pasti kota Vegas tidak selaknat kota San Francisco . Kerana apa aku mengatakan begitu, nanti akan aku ceritakan kemudian.
 










Sempat aku menyinggah ke salah satu arca di pintu masuk kota Vegas untuk merakamkan beberapa keping foto sebagai tanda aku telah sampai ke sini yang ketika itu ramai juga pengunjung yang berbuat demikian .

Signboard ini merupakan salah satu tempat yang mesti dituju jika ke Vegas di mana tak pernah sunyi terutamanya di sebelah malam hinggakan pengantin baru yang baru dikahwinkan jugak kelihatan ramai sekali pada malam ini.

Las Vegas,
kota yang tak pernah sunyi dan tidur di malam hari . Kalau Berahim Pendek datang ke sini bersama dadu-dadunya, pasti ia akan menang besar setiap malam hehehe



Hummer Limo bersepak kat sini

Khamis, Disember 27, 2012

PART 13 USA : MAKANLAH APA LAGI

ALHAMDULILLAH

Good Morning America
Good Night Tanah Melayu

Aku pinjam jap tajuk blog KOG hehehe

Makanlah Apa Lagi mengingatkan aku betapa lazatnya bersarapan di tanah air walaupun aku bila hari menoreh dan membancuh simen hanya bersarapan quaker oat sahaja.




Kalau kat tanah air variasi sarapan pagi je berjela-jela melebihi 1000 patah perkataan kalau nak di tulis. Dengan nasi lemaknya, jemput-jemputnya, ular gorengnya, meenya, kuih-muihnya,  dan banyaklah hingga sukar dihitung. 

Harga bilik sudah termasuk dengan sarapan pagi yang bermula jam 6.00 pagi. Kat sini aku hanya boleh makan scramble egg, roti, kentang dan sewaktunya dengannya untuk menggalas perut di waktu pagi walaupun pelbagai hidangan disediakan . Namun halal tetap halal dan yang haram perlu dihindari.


 


Namun kenyang tetap kenyang . Kekadang aku rasa muka aku pun dah macam telur kerana asyik baham telur je setiap pagi hahaha

Aku bersyukur kerana kerana aku tak perlu makan kayu dengan batu. Allah tu Maha Kaya dan Dia sendiri tak mahu hambaNYA kebuluran walau tercampak di mana-mana bumiNYA.



Layan scramble egg ni dengan beberapa keping roti serta jus oren atau jus apple di waktu pagi sedap jugak . Rasa kenyang juga hinggalah kami nanti ambil makan tengahari kat mana-mana persinggahan nanti . Biasanya McD pilihan kami dengan Fillet Fish atau Pizza Hut yang pilihannya 100% Vegetarian Pizza.

No Head Mayong of Asam Pedas,
No nasi putih,
No Chicken Curry for a while until we come back .

It's ok .





Rabu, Disember 26, 2012

PART 12 USA : PARK INN BY RADISSON , FRESNO

ALHAMDULILLAH

Dalam perjalanan menuju ke  San Francisco , aku sempat bermalam di Park Inn by Radisson, 3737 Black Stone , Fresno.

Dia tulis Park Inn, jadi aku parklah motor roda tiga aku. 

Sampai dah gelap juga lebih kurang jam 8.00 malam. Turun je motor roda tiga, aku melompat kesejukkan . Ambik kunci dan menapak ke bilik .

Boleh tahan juga hotel ni dengan semua kemudahan tersedia termasuk macam biasa hi speed internet secara percuma .

Kalau kat Malaysia , bab-bab internet free dalam bilik hotel ni agak kedekut sikit. aku pun tak tahu mengapa . TJR 5 bintang pun takde internet free dalam bilik. Padahal berapalah sangat kalau nak kira.

Park Inn ni nampak kecil dari luar, tapi menyediakan 201 buah bilik penginapan bermula dari USD 99.00 hingga USD 114.00 belum campur tax lagi termasuk sarapan pagi .

wifi tersedia dalam bilik
Nama Park Inn ni macam hotel koman je , tapi sebaliknya kerana diuruskan "By Radisson" , jadi kemudahannya semua lengkap bak hotel 5 bintang di Malaysia. Kolam renang ada, gym ada dan macam2 ada. Jadi ia menjadi pilihan ramai untuk menginap setelah menempuh perjalanan yang panjang.

Tulah keja aku saban hari di waktu malam. Kerjanya seret beg , kemudian kemas beg kerana ada sahaja outlet yang kami singgah dan sambil gatal2  tangan campak USD kat sana.
 
hasil sambaran petang tadi kat Polo ralph Lauren
Tadi aku sempat sambar beberapa helai kemeja buat menoreh nanti kat Polo Ralph Lauren . Lama aku tak beli baju nak buat pi noreh . Rasanya aku jarang shopping kerana sekali shopping untuk 3-4 tahun sekali dan baju tu boleh tahan dalam 3-4 tahun kerana kualitinya. 

Aku pun bukan jenis yang sentiasa nak ikut peredaran terkini fesyen semasa , jadi tiada keperluan nak beli baju saban tahun .

Jadi kesempatan aku di bumi uncle Sam ni aku manafaatkan untuk mendapatkan bekalan baju menoreh buat 3-4 tahun akan datang pula. Harganya pula memang murah dengan discount yang tinggi mencecah 50%-60%. Jadi sehelai kemeja Polo Ralph Lauren yang biasa 500-600 hengget kat Malaysia kat sini dalam 120-150 hengget je setelah diberi discount dan diconvert dari USD ke RM.
Kekadang aku rasa sangsi dan heran. Kenapalah bila barangan sedemikian telah dibawa masuk ke negara kita dan dijual dengan harga yang terlalu mahal dan menjadi esklusif sedangkan kalau kat US jenama ni kira melambak2 je . 

Apa yang aku dapat pelajari, kuasa membeli rakyat US sangat tinggi kerana mereka mendapat barangan yang berkualiti tanpa memerlukan mereka mengeluarkan wang yang begitu banyak berbanding kita.

Tu sebab sekarang kalau kita cuba gogel kat internet, ramai yang menawarkan perniagaan secara online dengan menawarkan barangan yang berjenama dari US dengan harga yang berpatutan berbanding kalau kita nak beli di butik2 di negara kita yang harganya kekadang tak masuk akal. Kira win-win situation kepada penjual secara online dan juga pembeli.

Lupa pulak, menu kami malam ni ialah Green Curry lawan roti putih . Kami kali ni memang tak bawak treveller rice cooker macam kami biasa2 bawak bila lakukan pengembaraan . Kali ni hanya bawak beberapa tin tuna dan curry yang tak perlu di masak bila nak makan. Senang cerita , kami dah lama tak jumpa nasi . 

OK ,time to bobok.

Alhamdulillah







Selasa, Disember 25, 2012

PART 11 USA : SERONOK LIHAT HASIL TANAMAN

ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum and Good Morning.
Sini dah beransur-ansur matahari dah turun.
Magrib lebih kurang jam 4.49 petang.

Kedinginan mula mencengkam . Aku hanya bertemankan jacket tebal tanpa sarung tangan . Kalau aku pakai sarung tangan kat Casa de Fruta ni, mau depa ingat aku mandor dari Mexico yang berkerja di ladang ni pasal misai aku macam Sheriff Lobo.

Muka sekali pandang macam hispanic sikit
Maklumlah keja noreh dan berjemur heheheh

Walaupun jam menunjukkan pukul 12.00 tgh, tapi suhu dah mula menurun kerana dari 3-4 jam dah mula gelap . Maha Suci Allah memberikan 4 musim di negara Uncle Sam ini menjadikan ia begitu indah buat aku yang sesekali datang ke sini. Waktu yang sesuai kalau nak ke US adalah awal Disember ketika musim sejuk baru menjenguk buminya. Kalau datang masa summer bulan jun, kebiasaannya suhunya terlalu panas pula ketika itu.

Aku bukan tak suka panas , tapi kerana dah selalu berpanas , aku nak rasa jugak kedinginan di negara 4 musim. Tu sebab aku pilih musim sejuk bila aku ada peluang lakukan pengembaraan.

Yang pasti selama aku kat sini, baju yang dipakai takda bau peluh langsung . Senang cerita tak bau hapaklah .Tu yang aku takut pasal tak berpeluh, sesadar babat kat perut naik se kilo.

Aku lari ke dalam Casa de Fruta untuk melihat apa yang ada di dalamnya. Terpegun aku melihat pelbagai hasil pertanian yang diperagakan dengan begitu unik dan kreatif sekali menjadikan tempat ini menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara ketika melintasi lebuhrayanya.

Sememangnya mereka memanafaatkan segala ceruk dan ruang yang ada di dalam Casa de Fruta ni . Pelbagai jenis hasil buah-buahan terdapat di dalamnya. Cuma durian , manggis dan cempedak je yang takda.

Perkara2 yang baik dan positif seperti ini dalam menarik pengunjung ke Casa de Fruta ni patut kita ambil ikhtibar dan jadikan panduan dan cuba sesuai pula dengan corak pekerjaan atau kehidupan kita yang mana salah satunya ialah kalau kita nak buat sesuatu, buatlah sehabis baik dan kita sebagai orang mukmin serahkan pada Allah pula setelah lakukan segala yang terdaya.Part yang tawakkal tu takda pada orang lain selain orang islam. Tapi banyak jugak yang tak sedar dan mati2 mengaku yang kejayaan mereka adalah hasil titik peluh mereka . Secara tak langsung tanpa disedari, itu menidakkan kekuasaan Allah sebenarnya.

Lagi satu yang aku dapat pelajari, pasti cepat atau lambat, ada ganjaran yang menanti kita semacam mana sejarah awal Casa de Fruta ni yang dibangunkan oleh 2 orang adik beradik yang merupakan imigran dari Itali bermula hanya dengan tanaman kecil-kecil dan sebuah gerai tepi jalan pada tahun 1908 dulu hingga sekarang mula berkembang menjadi sebuah pekan yang terkenal .

Mak itam sempat sambar beberapa pek kekacang campuran untuk kami mengunyap nanti bila sejuk dan kelaparan di tengah malam nanti . 

Aku pula dok usha tuan  chervolet ni agar ia  jual pada ku untuk ku senang nanti nak angkut getah beku bila pulang nanti.Maklumlah, kereta antik aku kat tepi hutan dah bertampal dengan binding tape kat banyak tempat pasal dah dimakan karat .


terbaik dari ladang

khidmat penghantaran ke seluruh dunia
tapi kena beli pakai kontena







pelbagai jenis kekacang


akta 15 sen utk bag plastik
bagi menjaga alam sekitar di Santa Clara County


cantik pembukusannya
boleh buat cenderamata
semua hasil produk pertanian