WARGA SCP

Isnin, Januari 07, 2013

PART 20 USA : MENYUSURI LAS VEGAS STRIP

ALHAMDULILLAH

Suasana siang dan malam amat berbeza sekali di Las Vegas. Kalau malam yang agak meriah di hampir ke semua hotel dan resort yang menyediakan pusat perjudian serta pusat membeli belah , di sebelah siangnya agak berbeza sama sekali.

Keadaan lalu lintas di sini tidak begitu sibuk terutama pada cuti hujung minggu sabtu dan ahad berbanding pada hari-hari biasa yang merupakan hari bekerja . 

Jadi aku tak lepaskan peluang untuk menikmati suasana siang hari di kota Vegas dengan hanya berjalan kaki menyusuri Las Vegas Strip atau dikenali juga sebagai Las Vegas Boulevard.

Luxor




Las Vegas Boulevard adalah jalan utama di kota Vegas dengan kod Route US 91 yang menghubungkan Los Angeles dengan Salt Lake City. Di kiri kanannya tersergam deretan hotel resort dan casino dengan pelbagai tema dan tarikan tersendiri. 

Hampir puluhan hotel ,casino dan resort terdapat di sepanjang The Strip yang setiap darinya menyediakan jumlah bilik dari 2500 bilik hingga 5000 bilik penginapan .Tu tak masuk bilik air hehehe

Antara yang terkenal dikalangan pelancong ialah Caesars Palace, The Venetien, Trumph Plaza, MGM , Pallazo , The Mirage dan banyak lagi . Semuanya bertaraf 5 bintang . The Strip dari hujung ke pangkal dalam 6 km lebih jugak .

Kami sendiri menginap di The Excalibur dan menyusuri The Strip hinggalah ke Palazzo . Namun cuaca dan suhu yang dingin menyebabkan tidak berasa penat dan berpeluh . Tapi sedar2 kaki je lenguh hehehe


hotel casino and resort sepanjang The strip


Hari minggu jalan lengang di waktu pagi kerana pasti semalam depa sibuk berpesta

New York
New York
apa yang menarik ada kat kota New York ada kat sini


Sebenarnya di kota Las Vegas ni memang agak sukar sekali untuk mencari penginapan tanpa kehadiran casino di bawahnya . The Excalibur yang menjadi tempat penginapan kami sendiri untuk ke bilik penginapan,  kami terpaksa merentas pusat perjudian dulu sebelum ke Tower B .

Lepas sarap kat hotel yang macam biasa roti , telur dan jus buahan walaupun pelbagai hidangan tersedia, pakai jaket dan bawak sekali begpack dan mula menyusuri dan menikmati kesegaran dan kedinginan udara pagi kurnian Allah di sini. 

Alhamdulillah,
aku dapat merakamkan banyak jugak foto berdasarkan tema "street photography" atau "foto jalanan" pagi ni berbanding semasa aku ke South Africa dulu yang agak sikit koleksi ku untuk "street photograpy" dalam bandar mereka dan hanya dilakukan dari dalam kereta atas faktor-faktor keselamatan yang mana agak merbahaya untuk membawa secara terang-terangan kamera semasa berjalan2 dalam bandar .




sapa berani boleh cuba Roller Coaster kat New York New York


Cuaca sungguh indah pagi ni dengan langit yang membiru yang pasti kurnian Allah ke atas muka buminya tak kira di mana sahaja selagi Dia Mengkehendakinya walaupun Kota Vegas adalah Kota Perjudian a.k.a "Sin City." 

Namun sebenarnya suhu begitu dingin sekali kerana al-maklumlah ,Kota Vegas sendiri terletak Gurun Mojave. 

Kalau sebut gurun ,pasti terbayang kepanasan namun kalau musim dingin, sebenarnya suhu di gurun begitu rendah sekali . Nasib baik aku dah latih tit2 aku agar berdisplin dan ikut time dengan cuaca yang sejuk agar tak selalu nak ke toilet je hehehe

Maklumlah, toilet depa mana ada paip kat dalamnya , jadi agak leceh dan beristinjak dan kena guna air mineral dalam botol kecil yang dibawa khas setiap kali keluar.

OK guys,
Hope kalian enjoy dengan sikit foto jalanan yang aku rakamkan  di The Strip Las Vegas

Arios
Monte Carlo







The Mirage

Planet Hollywood

Jalan punya jalan dalam pada tu sempat jugak aku nyinggah 
ke Hard Rock Cafe Las Vegas untuk sambar sehelai dua t shirt utk kami

Ahad, Januari 06, 2013

PART 19 USA : CAESARS PALACE LAS VEGAS

ALHAMDULILLAH

Ini kali ke dua aku ke Caesars Palace . Kali pertama aku ke sini sebelum ini, hampir 2 jam dihabiskan hanya di Apple Store The Forum Shoppe kerana al-maklumlan , aku nak cari ganti bagi buah Lai aku yang dah 3 tahun usianya dan butang "optionsnya" dah tak berfungsi. Lagi pun baterinya dah nak kong dan tak dapat bertahan lama .






Jadi aku buat pilihan untuk beli buah Apple kali ni kerana sebelum ni apabila aku berada diluar kawasan menoreh, bila ada email penting yang masuk , aku hanya dapat bukanya bila pulang nanti . Walaupun aku punya ipad, aku malas nak usung sana sini . 

Jadi setelah berbelas tahun aku setia dengan jenama Nokia, akhirnya aku perlu berubah dan mengikut peredaran zaman dengan beralih ke telefon pintar pula demi memudahkan segala urusan toreh-menoreh aku .Kekadang tu dulu,jika aku kena ambil gambar tertentu dan hantar , aku kena ambil kat buah lai dulu dan kemudian balik nanti ke belentut a.k.a bluetooth dulu ke pc dan baru dapat send. Lepas ni tak payah dah dan terus boleh sent dari iphone tu. Senang sikit kerja.

Staff di Apple Store tu banyak membantu dan depa setup sekali buah apple baru ku tu dan "disyncronised" sekali dengan pet-pet aku . Namun mula2 tu masalah timbul kerana aku tak ingat "Apple ID" aku serta passwordnya atau aku salah tekan kat screen iphone baru tu kerana al-maklumlah jari aku besar dan screen iphone tu kecik hehehe

Jari dan tangan penoreh macam aku ni biasalah besar dan kasar kerana dah biasa buat kerja2 kasar dan kotor . Alhamdulillah, setelah aku touch kat screen tu pelan2 macam pengantin baru jalan pelan2 masa nak berarak ke rumah pengantin perempuan,baru masalah semua selesai .Nampak gaya lepas ni , aku nak kena luncupkan sikit jari aku ni hehehe

Maka kali pertama aku ke sini, aku tak sempat nak merakamkan foto-foto di Caesars Palace ini . Jadi malamnya, aku ambil keputusan untuk ke sini hanya berjalan kaki dari hotel penginapan menyusuri Las Vegas Strip atau juga dikenali sebagai Las Vegas Boulevard hampir 6 km jugak yang mana kiri-kanannya tertdapat  hotel serta resort terkenal yang menyajikan permandangan yang cantik di waktu malam dengan cahaya neon yang berwarna-warni .

gambaran awan menggunakan teknologi screen dan IT terkini



ratusan butik terkenal

Kalau kalian ingat , Caesars Palace ni tempat Anita Sarawak menyanyi suatu ketika dulu.Tapi tak tahulah samada ia menyanyi pada waktu puncak atau tidak. 

Namun sekarang untuk  show utamanya adalah penyanyi terkenal Celine Dion yang telah mengikat kontrak selama beberapa tahun . Namun bagi peminatnya, untuk mendapatkan tiket bagi shownya sangat sukar dan tempahan perlu dibuat setahun lebih awal.Semua show utamanya berlansung di Colosseum. 

Nasib baik depa tak tahu yang aku juga penyanyi hebat yang menyanyi kat kebun getah , kalau tak , mau depa suruh aku sign contract hehehe




lagi deretan butik-butik terkenal di setiap arasnya


Ternyata Caesars Palace punya tarikan sendiri dengan senireka bentuk bercirikan zaman Empayar Rome dulu kala berbanding The Venetien dengan ciri bandar Venice. 

Di Vegas ni, hampir kesemua hotel dan resortnya mengandungi kompleks deretan butik yang sangat banyak dan syurga membeli belah setiap hotel dan resort mereka mempunyai tarikan tersendiri.

Namun seperti kelazimannya, selepas sahaja pintu masuk utama di aras bawah, kita pasti melintasi pusat perjudian mereka yang sentiasa meriah di malam hari kerana Vegas sendiri terkenal sebagai pusat perjudian tersohor di dunia. Aku hanya berlalu pergi sambil memerhatikan pelbagai gelagat manusia di meja2 perjudian.

Teringat aku cerita P Ramlee yang mana sarjannya iaitu Berahim Pendek yang menang besar kerana buah dadunya semuanya nombor 6 hahaha

Kalau Berahim Pendek datang sini ketika itu,pasti dia menang besar malam tu hehehe

Caesars Palace ni terlalu besar sangat hingga boleh buat kita sesat kat dalamnya. Manakan tidak, bilik penginapannya hampir 4000 buah dalam  6 menara berlainan. Keluasan keseluruhan  pula hampir 28 000 meter persegi . 






Tu yang masa nak keluar lepas tu, berpusing2 aku cari pintunya kerana ia punya pintu masuk dari semua arah . Akhirnya aku ikut je gerak hati dan jumpa jugak pintu keluar tapi dari arah berlainan. Beratur dan tahan teksi untuk pulang ke The Excalibur tempat aku menginap kerana kaki ku dah capek dan penat dan Mak Itam dah tak larat hehehe

Teksi di Las Vegas takda masalah dan melambak dan depa semua guna meter . USD 11 dolar caj teksi dari Caesars Palace ke The Excalibur dan kami akhirnya kepenatan dan tersadai kat katil kerana asyik mengukur jalan je siang malam.

Alhamdulillah.

The Excalibur tempat aku menginap sebelah Luxor

Sabtu, Januari 05, 2013

PART 18 USA : AKU TAK TAHU NAK TULIS TAJUK APA

ALHAMDULILLAH

Macam aku tulis kat atas , aku sendiri dah beku idea apa aku nak bagi tajuk kat n3 ni macam keadaan di sini yang semakin sejuk dan beku. Sebenarnya kekadang susah nak dapat ilham untuk menulis dan bercerita . Tapi kekadang ilham tu datang laju je

Cerita aku pagi ni masih berkisar kat The Venetien .

Tengah dok melilau cari spot untuk koleksi foto aku, mata mak itam dah "terspot" kat satu butik yang menjual pelbagai handbag untuk koleksi terbaru winter. Apa lagi, kami pun dok terjahlah dan dalam butik Corsa tu dengan pelbagai jenama terkenal handbag semua ada .




koleksi MK



koleksi Marc Jacobs


koleksi TUMI

koleksi Marc Jacobs






Belek punya belek , hati dah berkenan dengan koleksi terbaru Michael Kors (MK) terkini untuk winter collection. Harga boleh tahan jugak dalam USD 480 plus tax. Tak beli rasa ralat pula pasal cantik dan kalau koleksi beg tu sampai kat Malaysia pun mau hujung tahun 2013 dan entah 4-5K agaknya harganya.Tapi yang penting hati dah berkenan.

Lagi pun dia asyik belikan yang adik2nya kirim je dan untuk diri sendiri dia belum sambar lagi . Aku kata beli je . Kalau rasa dia tak nak pakai, nanti aku pakai buat isi mangkuk tepen dan botol air masa aku pegi noreh nanti hehehehehe

Akhirnya beli sekali berserta dengan dompet kecilnya sekali dalam USD 99 jugak kerana discount yang diberikan untuk dompet kecil tu . Hand beg besar no discount kerana koleksi terbaru yang baru sampai semalam . Memang berbaloi kerana dompet kecil tu aku pernah tengok kat butik MK di JPO depa jual dalam RM799 berbanding tadi harganya baru dalam RM300 setelah "convert dari USD ke RM". Kat US kalau dah "off season" sesuatu koleksi, discount yang tinggi akan diberikan.

Hand bag sendiri dah dapat ,maka hati pun senanglah seumpama dalam hati ada taman hehehe

Terkenang dulu2 masa kami hidup kira cukup2 makan je, jangan kata handbag, nak ganti baju noreh setahun sekali pun kena buat kira-kira dulu selepas segala keperluan wajib terlaksana. Kalau ada lebih masa tu lepas kumpul-kumpul, adalah. Kalau takda takdalah dan kami tak merungut pun dan redha walaupun kami tak senang masa tu dan hanya cukup makan dan pakai je kerana kami masih ada tempat berteduh walaupun buruk dan tak kebuluran.

Moral dari cerita aku ni sebenarnya ialah tak salah untuk kita meraikan diri sendiri dengan membeli apa yang kita berkenan setelah kita penat noreh sepanjang tahun .

Lagi pun bukan selalu kita dapat datang sini . Apa yang patut kita rasa nak beli ,kita beli selagi Allah bagi kita rezeki dan kita rasa sangat bersyukur kerana semuanya tu datang dari Allah hasil titik peluh kita dan paling penting tak berlaku pembaziran .

Konsep hidup aku dari dulu sangat mudah.

Pada kami, cukup makan, cukup pakai, cukup kasi anak2 pelajaran, cukup jalan2 tengok tempat orang dan cukup jugak buat dana akhirat, itu sudah memadai kerana yang penting kualiti kehidupan,bukan kuantiti yang ku cari .

Senang cerita aku tak mau jadi terlalu berharta kerana takut  nanti akan menerbitkan sifat riak dan lupa daratan macam banyak contoh jugak yang aku telah temui yang apabila dah senang mulalah terbit sifat riak dan takabur hingga lupa dan memandang rendah pada orang lain dan aku jugak tak mau jadi terlalu miskin kerana Rasulullah pernah bersabda dari Hajjaj bin Farafisah dari Yazid al-Ruqashy dari Anas bin Malik r.a. yang bermaksud:

 “Maka sesungguhnya kefakiran itu hampir-hampir mengundang kekufuran.”

Kata orang "Lain padang, lain belalang"
Lain orang lain caranya dan cara kami dengan pinjaman rezeki yang Allah S.W.T berikan untuk meraikan diri kami sendiri ialah antaranya dengan melihat negara orang atau dengan erti kata lain dengan melakukan pengembaraan melihat dunia dan manusia serta peradabannya yang Allah cipta di muka bumi ini .

Tapi takdalah sampai nak berhutang . Kalau ada rezeki Allah bagi adalah, kalau takda , takdalah.

Ok, jom ikut aku sekarang menikmati suasana Grand Canal tapi bukan di Venice Italy, tapi di The Venetien Las Vegas.