WARGA SCP

Rabu, Mac 20, 2013

USA PART 60 : DOWNTOWN LV AND MIRAGE VALCANO

ALHAMDULILLAH

Aku berkesempatan menerokai Down Town LV atau Old Town yang pada ku agak lenggang dan sunyi jugak sebenarnya berbanding Las Vegas Strip yang sentiasa sibuk dan gemerlapan dan limpahan lampu neon. Terkenang aku masa mula2 dulu lepas arwah ayah ku bersara dan kami pulang ke kampung di mana arwah ayah membina sebuah rumah di atas tapak tanah bahagian ibu ku yang diberikan oleh arwah datuk . 

Masa tu keadaan begitu aman , damai dan tenteram di kampung . Jalan raya dah ada depan rumah, tapi nak jumpa kereta jarang sekali , apatah lagi deruman motorsikal . Kebanyakkan penduduk kampung khasnya dan penduduk Muar amnya ketika itu lebih selesa berbasikal macam kat Amterdam Belanda pula gayanya.

Tapi yang paling nostagia ialah setiap pagi pasti ada sebuah kereta lembu yang ditarik oleh dua ekor lembu balau pasti melalui hadapan rumah menunjukkan bahawa ketika itu suasana kekampung begitu terasa ketika itu.

Masa tu Muar boleh dikira bandar pencen dan "mati" di sebelah malamnya. Namun keadaan sekarang hampir 20-30 tahun dahulu berubah dengan drastiknya. Akibat pembangunan, jika dulu tidur malam begitu selesa dan dingin hingga perlu pakai selimut kerana banyak pokok2 menaungi bumi, sekarang tidur malam kalau tak bukak kipas 2-3 bijik, rimasnya mengalah tidur kat dalam oven. 

Bunyi deruman motor pula depan rumah pula berdentum prengggg prengggg prennnnng tak kira pukul 2,3,4 pagi menyebabkan tiada lagi bagi ku ketenangan kerana semua telah berubah mengikut peredaran masa . 

Aku menyusuri dan mula meninggalkan Down Town LV untuk ke The Mirage pula menyaksikan kepandaian akal fikiran yang diberikan oleh Allah S.W.T menggunakan teknogi terkini dalam menghasilkan satu bentuk hiburan pada ku yang agak mengiburkan jugak iaitu The Valcano.


stesyen keretapi yg lenggang

jalan yang lenggang

mulai sibuk apabila memasuki new town



















Sedikit info tentang
Mirage Volcano

3400 S. Las Vegas Blvd. Las Vegas, NV 89109
Phone: (702) 791-7111, (800) 963-9634
 Location: Outside the Mirage hotel-casino located on the Strip between Flamingo and Spring Mountain Road.

Details Hours of operation: The Volcano plays nightly every hour on the hour from 6 p.m. to 11 p.m. Cost: Free.
Payment options: Not applicable.
Reservations: Not necessary.
Location: Outside the Mirage hotel-casino located on the Strip between Flamingo and Spring Mountain Road. Age/Height/Weight restrictions: None.


Review
The Volcano at The Mirage is igniting Las Vegas once again. Since its opening in 1989, the volcano has been one of most popular attractions on the Strip. In 1996, the volcano added new water, lighting and sound effects. Today, the volcano is looking - and sounding - better than ever thanks to a $25 million redesign, which reopened to the public on Dec. 8, 2008. WET, the company responsible for The Fountains of Bellagio, led the design team for the volcano. The volcano includes two volcano systems, a lagoon and fire shooters that shoot flame on demand.

These massive fireballs are capable of shooting more than 12 feet into the air. It also features waterfalls with surrounding pools including fire and smoke effects. "The Mirage Volcano is the only complimentary attraction on The Strip that combines fire with music and choreography," said Scott Sibella, president and COO of the Mirage. "The Mirage Volcano combines the two to create an intense display, both beautiful and thrilling at the same time." Thanks to WET's state- of-the-art computer system, visitors are able to watch the massive fireballs move to the rhythm. "Using our software VirtualWET, I am able to visually compose the activities of the volcano," Bonnie Thompson, designer and choreographer for WET explained.

"That information is then downloaded to our panels that control the fountain and plays according to schedule. Most people don't realize that we can control the movements of the fire and water to create a unique and one-of-a- kind show." Thompson's vision for the volcano's fireball choreography comes from her fascination by the overall history of the volcano and the culture surrounding it. "I was inspired by tribal dance and cultures surrounding volcano activity," she said. "After visiting with Mickey Hart and Zakir [Hussain] in the recording studio, I gained a true understanding of how I could manipulate the actions of the volcano in accordance with the music." One of the most exciting highlights of the volcano is its hypnotic music score. Hart, the legendary Grateful Dead drummer, and Indian music composer Zakir Hussain worked together to create and perform a soundtrack exclusively for the volcano.

During the composing process, the two studied legends, myths and history about volcanoes. As a result, they incorporated instruments from around the world. The musical masterpiece infuses chants, percussion and other tribal elements. "Zakir and I studied the science of volcanoes," Hart explained. "We took our time, found out what they should sound like, what they shouldn't be like, and got the spirit of the volcano." For these composers, the importance of music stems from a deeper, sacred level. The Mirage ignites the Strip's new flame. "It's about spirituality," Hart emphasized.

"Volcanoes are scary, but they also appeal to the spirit world. We tried to get that spiritual content to it." He continued: "Music is invisible, it's mysterious and it has innate, inert energies that we have yet to explore. That's what music does, that's what it'll always do." In addition to the intense music score, the volcano's sound recordings come from actual eruptions. The volcano's state-of-the-art sound sonic sound system allows the audience to actually feel the rumble. "We have the greatest sound system around this beautiful lagoon," Hart said. "Without this delivery system, [it] could not have been possible." To gain a full appreciation of the volcano's spectacular sights and sounds, patrons walking by the Mirage on the Las Vegas Strip are in luck.

"The best view of the volcano show is right in front of The Mirage on The Strip," Sibella advised. "Nothing beats being right there - up close - where you can feel the heat of the fl ames and hear the pulsating soundtrack." "You're in the middle of the volcano without actually getting hurt!" Hart exclaimed. "[It's] as real as you can be without experiencing the ash." For those who arrive early enough to stand in front, the volcano actually gets quite toasty: "The volcano gets hot enough that you can feel the fire on your face," Thompson said.

Guests staying at The Mirage can experience a top-notch aerial view of the attraction. "Essentially any of the rooms which face The Strip on the fourteenth floor or higher will have a fabulous birds-eye view of our new attraction," said Sibella. Fiery choreography, water and music have never come together like this before. "This is nature with choreography," said WET designer Jim Doyle. "It's going to make you want to dance. You'll definitely be warm." -- Review by Jeannie Borbe

sumber http://www.vegas.com/attractions/on_the_strip/volcano.html







ALHAMDULILLAH

Selamat sampai ke The Mirage untuk menyaksikan sendiri  Mirage Valcano yang sering menjadi tumpuan pengunjung di waktu malam. Memang sebagai tarikan kepada pengunjung dan juga bagi menggalakan sektor pelancongan di LV, setiap hotel dan resort mereka pasti ada suatu tarikan yang istimewa dengan keunikkan sendiri untuk dipertontonkan kepada para pengunjung dan pelancong.

Kalau The Vientiene dengan tarikan ala2 kota Venice di dalamnya, Ceasers Palace pula dengan seni bina ala2 kota Rome , The Mirage juga tidak ketinggalan dengan persembahan The Valcano .

Ramai jugak pelancong malam tu yang rata2 aku tengok berbangsa cina . Suasana pula dingin dan nyaman tapi takdalah sampai mengigil dan asyik nak bese je hehehe




Tepat jam 9 malam , dengan diiringi muzik maka bermulalah pertunjukan The Valcano sedikit demi sedikit dari letusan kecil api dan lava yang mengalir dicelahan rekahan batu memecah kepekatan malam .

Memang kehangatan The Valcano tak dapat aku gambarkan melalui foto kerana keseluruhan tasik yang mengandungi sebuah gunung berapi buatan meletuskan muntahan api dan larva sambil diiringi muzik latar yang membuatkan kita berdebar2 dan seakan2 kita sendiri mengalaminya kerana kehangatan haba dan larva yang meletus dapat dirasakan di muka kita ketika itu.

Harap kalian enjoy dgn foto2 yang sempat aku rakamkan di Valcano Mirage ni . Sebenarnya mood aku nak menulis tengah takda ni walaupun banyak foto2 dan cerita2 masa aku kat US tak habis lagi.

Beberapa persiapan terakhir tak siap lagi sementara kerja2 banyak yang melambak tak settel , kalau nak kira sampai mati dah masuk lubang kubur pun semua kerja tak habis hehehe

Kalau mati dan masuk lubang kubur pun nak kena jawab soalan2 cepu emas pula , Allahuakhbar.

Namun aku pasti tinggalkan semua kerja2 yang tak selesai tu kerana misi aku 2-3 hari lagi ni lebih penting dari segala2nya .......

Moga Allah S.W.T mempermudahkan segala-galanya
Insyallah












Isnin, Mac 18, 2013

USA PART 59 : SERAM JUGAK DIBUATNYA

ALHAMDULILLAH

Selama aku berada di bumi Uncle Sam , aku rasa semua ok dan selamat sepanjang aku berada walau diceruk mana sekali pun. Cuma apabila aku berada di San Francisco sahaja ketika aku merayau di waktu malam, keadaan kotanya pada aku agak menakutkan sikit .

Kalau hantu kira tak takut jugak, 
ini orang yang jadi hantu apabilaakal pemikiran dikuasai arak.

Jika siangnya, kelihatan ramai anggota polisnya atau lebih dikenali oleh SFPD (San Francisco Police Department) banyak meronda hanya menggunakan basikal di sekitar The Piers menandakan kemungkinan kawasan tumpuan pelancong itu pasti kadar jenayahnya banyak juga pada telahan aku,  pada waktu malam pula kelihatan kereta peronda mereka sentiasa meronda di sepanjang jalan di kota ini.

Masa aku kat LA dan LV, susah nak nampak kereta perondo di atas jalan raya.

ini lah Castro District 
kawasan kejiranan golongan LGBT
lihat bendera besar pelangi tu

Ketika malamlah , aku dapat melihat kehidupan sebenar di kota ini yang banyak juga dihuni oleh golongan kulit hitam yang tidak berumah dan tidak mempunyai pekerjaan di sekitar jalan2 yang agak gelap dan suram yang aku lalui . Memang itu satu pengalaman yang sangat berharga bagi ku.

Nak jadi cerita , dari Hilton San Francisco lebih kurang pukul 7.00 malam yang dah gelap pekat kerana siangnya yang pendek, aku dan mak itam dok jalan menyusuri kaki lima untuk ke sebuah pusat membeli belah yang agak besar dan sibuk hanya beberapa blok dari hotel . Tapi jarak setiap blok dengan setiap blok agak jauh juga sebenarnya .

titik focus ialah rintik2 hujan
boleh adjust kat setting je

Alhamdulillah,
kami sampai ke sana setelah jalan ikut sesedap rasa je dan sempatlah tengok2 dan pusing2 sekejap lalu meninggalkan kompleks membeli belah tersebut kerana terlalu ramai dan sesak di sana.

Maka episod yang agak menyeramkan bermula selepas itu kerana keadaan jalan dan blok di sana hampir serupa je dan kerana hanya tersalah satu persimpangan, kami dah entah ke mana-mana malam tu .  

Ketika itulah kami melalui jalan yang kelihatan ramai golongan kaum kulit hitam kira jenis gelandangan dan kaki mabuk di kaki-kaki lima kedai . Ada yang terjerit2 , ada yang bergaduh sesama sendiri dan pelbagai2 lagi perangai . Rasanya di kota San Francisco ni ramai golongan yang merempat dan dari kalangan kaum kulit hitam.

Yang aku temui malam tu tengah lalok dan terhuyung-hayang bukan sahaja dari kalangan orang muda , tetapi termasuklah dari golongan yang aku boleh panggil nenek .

 out of focus
mmg saja setting begitu
tapi dalam kehidupan kita
kalau boleh jangan out of focus
kalau out of focus, alamak  "ke laut" lahhhhh

Sambil jalan ,mata aku dok melinggas macam polis sambil memerhati gelagat mereka agar aku bersedia jika sebarang kemungkinan berlaku. Aku suruh mak itam jalan tepi aku .

Lepas tu aku terus ajak mak itam agar jangan jalan kat kaki lima kedai dan jalan atas jalan raya kerana kalau apa2 hal berlaku senang sikit kerana faham2 jelah kalau mereka ni dah mabuk, mereka akan melakukan sesuatu yang kita tak duga.Aku ni pulak dulu belajar silat gayung tak habis hahaha

Baru masuk belajar "buah pukul" , tok guru aku dah meninggal hehehe

Ketawa2 jugak, tapi sepanjang hampir lebih 1/2 jam tu , kira kami dah sesat berpusing2 kat situ dan tak jumpa simpang jalan yang sepatutnya ke Hilton. Kaki dah mula penat dan rasanya dah makin jauh kami ni ke area belakang.

Aku ambik keputusan untuk bertanya dengan seorang wanita berkulit putih yang kebetulan sedang nak memasuki ke dalam sebuah teksi, tapi tak sempat kerana teksi tu terus berlalu pergi. Aku jalan lagi dan berserah pada Allah sahaja kerana kawasan sekitar tu agak gelap jugak dan kira macam tak selamat sikit kerana sepanjang aku melaluinya, kebanyakkan kedai2 di sepanjang jalannya dah tutup walaupun baru pukul 8 malam. 

Dan lagi pintu2 kedai semuanya jenis pakai rantai dan mangga besar tak macam di LA atau di Las Vegas yang aku rasa walaupun dah pukul 12.00 malam, masih lagi rasa selamat untuk berjalan kaki .

berselirat wayar letrik tram
di kota San Francisco

Aku serah je pada Allah kerana aku rasa dah hilang punca jugak.Nak patah balik menyusur jalan semula, takut tersesat makin jauh pulak pasal kiri-kanan rupa bangunannya sama je.

Mak itam ajak aku patah balik kira ikut jalan yang kami lalui tu tadi tapi aku kata takpa, nanti bila jumpa simpang besar , kita cam balik tengok mana mercu tanda atau bangunan yang menghala ke Hilton sepatutnya .

Alhamdulillah,
terserempak dengan seorang lelaki yang agak berumur berkulit putih lalu aku bertanya arah kepadanya untuk kembali ke Hilton. Dia kata terus je nanti hingga aku jumpa sebuah persimpangan besar dan belok kanan . 

Aku ikut seperti yang di sarankan walaupun sebenarnya kami dah lenguh jugak kerana situasi sepanjang jalan tadi yang agak tidak menyenangkan menyebabkan kami berjalan agak laju juga dan kerap menghindari sekiranya terserempak dengan kumpulan2 kecil warga kulit hitam yang dok melonggok kat kaki lima serta mabuk-mabuk  dan faham-faham jelah, ada yang terjerit2 dan memacam lagi .

 tarikan utama kota San Francisco adalah 
tram2 yang pelbagai bentuk

Rupa2nya , akibat tersalah satu simpang sahaja selepas kami keluar dari shopping kompleks tadi, arah perjalanan kaki kami telah tersimpang jauh ke arah belakang yang merupakan kawasan yang boleh kira agak tak selamat jugak .

Syukur alhamdulillah,
kami selamat sampai ke Hilton tanpa sebarang perkara yang tak diingini berlaku .

Jika semasa kami berada di LA dan jugak di LV, agak sukar ketemu dengan kereta peronda dan anggota polis mereka, tetapi sepanjang kami di San Francisco terutama sebelah malamnya, sana-sini kereta peronda polis mereka agak sibuk dan "havoc" sikit dengan kerlipan lampu dan laungan siren mereka memecah keheningan malam kota San Francisco menunjukkan bahawa kemungkinan besar kadar jenayah di sini pasti tinggi terutamanya di sebelah malam kerana di kota ini jugak ramai golongan gelandangan terdiri dari kulit hitam tinggal .

Apabila aku gogel di http://spotcrime.com/ca/san+francisco, baru aku tahu yang kadar jenayah di sana sangat tinggi yang sering terjadi terutamanya melibatkan  pergaduhan dan rompakan yang melibatkan senjata tajam .

Majoriti besar yang terlibat adalah dari golongan kulit hitam .Pasti  antara faktor yang menyumbang kepada masalah tersebut kerana mereka mewarisi taraf hidup yang begitu rendah dan terjebak pula dan penagihan dadah dan alkohol menyebabkan mereka hilang pertimbangan akal.

kalau sampai San Francisco
jangan lupa naik tram

Memang agak menyeramkan jugak tapi itu satu pengalaman yang agak berharga buat ku kerana sebenarnya di mana2 bumi Allah ini pasti ada yang baik dan tidak , ada yang pahit dan manis dan begitulah sebaliknya. Sebab itulah , Allah jadikan syurga dan neraka.

Alhamdulillah,
Allah sentiasa memelihara kami ketika itu . 

(Surah al-Maidah 5:90-91)

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَـٰمُ رِجۡسٌ۬ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ إِنَّمَا يُرِيدُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ أَن يُوقِعَ بَيۡنَكُمُ ٱلۡعَدَٲوَةَ وَٱلۡبَغۡضَآءَ فِى ٱلۡخَمۡرِ وَٱلۡمَيۡسِرِ وَيَصُدَّكُمۡ عَن ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَعَنِ ٱلصَّلَوٰةِ‌ۖ فَهَلۡ أَنتُم مُّنتَہُونَ 

Maksudnya: 
"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)."

Khamis, Mac 14, 2013

USA PART 58 : BEAUTÉ DANS LA PLUIE

ALHAMDULILLAH

Sesekali  nak jugak kecek french
BEAUTÉ DANS LA PLUIE a.k.a Beauty In The Rain

Setelah hampir sepurnama aku berada di bumi Uncle Sam, inilah kali pertama hujan rahmat dari Allah membasahi bumi San Francisco. Memandangkan ketika ini musim sejuk menghampiri kemuncaknya,maka kedinginan akibat hujan yang turun bukan kepalang lagi.

Memang bukan rezeki ku untuk merasai salju yang memutih di sini . Sebelumnya apabila aku bergerak meninggalkan Grand Canyon  tempoh hari, keesokkan harinya pula salji mulai turun di sana.Takda rezeki aku nak berguling atas salji .

Itulah dinamakan konsep rezeki sebenarnya yang kita tak tahu adakah ia akan menjadi rezeki kita atau sebaliknya . Seumpama sesuatu makanan yang dah masuk mulut kita dan cuma belum telan sahaja. Kalau Allah dah tertulis bukan rezeki kita, mau makanan tu akan tersembur atau terkeluar dari mulut kita sebenarnya

aku suka bokehnya

  


Memang takda rezeki aku sebenarnya untuk memahatkan foto kota raya San Francisco dari atas The Twin Peaks ni kerana hujan yang turun mengakibatkan kabus melindungi dan meliputi sebahagian kota San Francisco. Namun untuk tidak menghampa hasrat ku ,aku tetap panjat juga jalan yang berliku dan berputar 360 darjah ni untuk sampai ke puncaknya.

Puncak Twin Peaks ni hampir 992 kaki dari aras laut menjadikannya satu tempat tumpuan orang ramai untuk menikmati panaroma indah kota San Francisco  tak kira siang ataupun malam.

Puncak di sebelah utara lebih dikenali sebagai Eureka Peak manakala  Noe Peak untuk puncak di sebelah selatan pula. 

Jika cuaca baik pasti aku dapat merakamkan foto seperti di bawah , tapi jika sebelumnya aku takda rezeki dan berguling atas salji di Grand Canyon, kini Allah dah tulis yang aku takda rezeki nak merakamkan panorama indah dari atas puncak Twin Peaks San Francisco ni pula. 

 foto ehsan cik gogel


Cerita pasal rezeki ni, sebenarnya konsepnya mudah sahaja sebagai seorang islam dalam kehidupan seharian kita . Namun ramai individu yang kurang memahami apa yang tersirat disebaliknya apabila menyangka bahawa rezeki yang diperolehinya saban hari dan waktu adalah hasil titik peluhnya sendiri , sebagai contohnya seorang pekerja yang memperolehi kenaikan gaji adalah semata-mata kerana usahanya melakukan pekerjaan yang secara tak langsung menidakkan dan terlupa bahawa Allah S.W.T yang sebenar-benarnya yang menentukan punca rezekinya.

Satu lagi contoh mudah  , aku ni sorang penoreh getah dan penjual getah beku yang perlu sering mencari pelanggan . Aku berusaha dan puaslah cuba menjual getah beku aku dengan  Pak Akob ni hingga naik berbuih mulut berejam2 namun dia tetap tak mau beli dengan aku . Itu namanya takda rezeki setelah aku lakukan usaha yang terbaik. 

Namun tetiba aku mendapat panggilan telefon dari  Pak Amid yang aku tak pernah berurusan dengannya yang tetiba nak beli 15 tan getah beku aku, itukan rezeki dari Allah.

Sebagai menyokong hujah ku ini, kalau benar2 semua itu datang dari usaha dan keringat sendiri, tentu semua manusia di dunia ini tak kira siapa sahaja yang berkerja dan memerah keringat pasti semua dah senang lenang menikmati rezeki yang melimpah ruah sedangkan hakikatnya kita boleh lihat ada yang manusia yang berhempas pulas memerah keringat dan usaha yang berterusan, namun masih gagal berjaya . Itu menunjukkan bahawa bukan usaha sebagai penentu ,tapi sebenarnya semua itu dari Allah S.W.T semata-mata.

Ini berlaku kerana mereka agak kurang memahami hakikat sebenarnya yang semuanya itu sebenarnya datang dari Allah , namun sebelum itu Allah meminta kita berusaha dahulu untuk mengapainya dan setelah itu menyerahkan sepenuhnya kepada Allah untuk menentukannya.

Kesimpulannya , rezeki adalah semata-mata dari Allah S.W.T dan tidak dari yang lain . Namun sangat menyedihkan kerana akibat kekeliruan  memahami konsep rezeki dalam islam, ramai yang beranggapan bahawa usaha dan titik peluh mereka sendiri yang memberikan rezeki hingga membelakangkan Allah S,W.T . tanpa kita sedari .

Terima kasih Allah kerana sentiasa membuka mata dan minda ku untuk berfikir dan sentiasa menyedarkan aku agar tidak alpa dan lalai dengan rezeki yang Kau kurniakan dan sentiasa mensyukurinya  kerana apa jua yang ku miliki dan juga yang tidak aku miliki hari ini adalah datang dari Mu jua 
  
Apa jua yang ku kecapi hari ini dan juga yang tidak ku kecapi hari ini juga datang dari Mu jua . 

Semua hanyalah pinjaman .

Alhamdulillah

 
aku gagahkan diri bawah hujun renyai
sebagai melepaskan hajat nak rakamkan panorama indah
kota San Francisco dari sini

Walaupun berkabus dan hujan renyai
namun pada ku masih indah
kerana banyak yang tersirat dari tersurat
BEAUTÉ DANS LA PLUIE



ini namanya takda rezeki


laaa ni rezeki aku Allah bagi dah 3-4 hari ni
back pain datang kembali 
aku dah macam org dalam pantang pulak
pasal pakai bengkong hahaha

Alhamdulillah
    

Selasa, Mac 12, 2013

PART 57 USA : KUASA PENGGUNA TANAH MELAYU VS KUASA PENGGUNA USA

ALHAMDULILLAH

Kita sambung lagi kisah aku kat n3 sebelumnya tu.

Pertanyaan aku tu dijawab pegawai tu bahawa jika pakai prepaid, depa tak akan cekik credit jika penggunanya tak jawab panggilan semasa di luar Tanah Melayu .

Lalu aku kata,

" Jadi kalau begitu, kenapa pengguna postpaid macam aku kena pulak dan siapalah punya pandai sangat yang 
buat sistem macam ni "

Katanya lagi 

" ini berlaku kerana panggilan tu masuk dalam voice mail"

Aku "beta" dia balik ,

"Sebelum ni takda pulak sistem cekik darah ni dijalankan kerana aku sejak  dari dulu lagi selalu  keluar dari Tanah Melayu dan inilah juga nombor HP aku sejak bertahun-tahun-tahun lamanya yang aku gunakan tak tukar-tukar. 

Sebelum ni dah bertahun2 kalau panggilan tak dijawab dan masuk ke voice mail , takda pulak charge dikenakan dan laaa ni lepas masuk ke voice mail terus charge RM 4.00 utk satu panggilan dan diikuti pula terus masuk dalam sistem yang seolah aku yang dail pulak ke voice mail utk mendengar pesanan yang masuk dan dicharge RM 8.50 lagi utk satu panggilan.

Tu sebab berderet pulak  macam aku sendiri yang tel. no aku sendiri sedangkan aku tak buat demikian . Kan tak masuk akal"

Jika takda jalan penyelesaian dan aku tetap dikenakan untuk membayar sejumlah bil yang perkhidmatannya aku tak gunakan, aku akan buat satu laporan polis dulu sebelum aku buatkan satu aduan rasmi ke Tribunal Pengguna Malaysia untuk mencari jalan penyelesaian. 

Kalau aku tak buat begitu, pasti perkara ini takkan ada kesudahan dan berapa banyak rakyat Tanah Melayu yang menggunakan talian dengan telco ni akan menerima nasib yang sama.




depa ingat kita ni kuda kayu apa...

Aku bukan jenis buta undang2 dan aku tahu prosedur sebelum buat aduan ke Tribunal Pengguna di mana satu laporan polis perlu dilakukan dahulu. Jangan depa ingat penoreh getah macam aku pakai selekeh dgn singlet pagoda dan kain pelikat gombang je tak tahu  hak sebagai pengguna hehehe

Sebagai langkah jangka pendek , pegawai tu suruh aku hanya membayar bil yang aku gunakan sahaja dan abaikan dulu sejumlah bayaran yang depa kenakan yang aku tak gunakan perkhidmatannya. 

Aku cakap boleh, tapi itu cakap mulut je dan zaman sekarang mana boleh janji mulut kerana yang pasti sistem pembayaran dan pengiraan bil mereka menggunakan siatem pengkomputeran  dan yang pasti sejumlah bayaran akan tertunggak dalamsistem  dan ditakuti nanti HP aku akan disekat penggunaannya.Kerana janji mulutlah, dah berapa kali pihak aduan pelanggan depa kat KL tak call balik walaupun dah hampir 2 minggu hari bekerja. Rasanya depa tak buat kerja kot dan tu yang tak dikira hari bekerja hahaha

Di situ juga aku suruh depa batalkan terus perkhidmatan 'Voice Mail"  kerana aku tak mahu perkara yang sama berulang kerana bulan depan aku nak keluar lagi dari Tanah Melayu .

Tapi walau macam mana marah sekali pun aku ketika itu, aku cakap dengan pegawai tu bebaik dan aku cakap berdasarkan hujah yang bernas akan ketidakadilan pihak mereka yang cuba membuat keuntungan atas angin kerana aku ni bukan jenis suka suka "buran" tak tentu pasal .





Lepas hampir 45 minit aku berhujah gayanya macam seorang peguam bela pulak, depa pi photostate bil terperinci yg aku bawa  , pada hal mereka boleh sahaja bukak dan periksa sistem mereka dan lihat dari situ, aku dijanjikan satu siasatan akan dijalankan berdasarkan report aku tu dan aku akan dihubungi sendiri setelah 3 hari bekerja.

Lat 3 hari lepas tu, takda pun depa telefon aku seperti yang dijanjikan. Lat seminggu pun sama dan memang dasar mereka agaknya macam tu . Kalau nak kutip bayaran dan potong talian orang lain, tak payah tunggu 3 hari bekerja.

Aku call semula customer service centre dan terus bagi no. report aku . Semak punya semak depa kata kes aku dah ditutup namun pihak HQ pun tak tahu apa  kesudahannya samada aku kena bayar atau depa akan reverse semula jumlah bayaran tersebut. Tu yang buat aku heran bin ajaib . Mesti report aku tu tadi lagi sekali dah "hilang di angin lalu" hahaha

Macam biasa pegawai tu buat janji manis lagi yang dia sendiri yang akan selesaikan aduan aku tu dan dia sendiri juga akan menelefon aku selepas 3 hari bekerja. Aku cakap kat dia dah 3 kali pihak mereka berjanji yang sama dan mungkin bukan 3 hari bekerja kot. 

Aku sindir je yang mungkin 3 tahun hari bekerja . Malas nak cakap bebanyak lalu aku cakap beginilah. benda ni macam takda kesudahan , jadi untuk melindungi diri ku sebagai pengguna, aku akan bawa perkara ini ke Tribunal Pengguna untuk mencari jalan penyelesaiannya .Habis cerita .

Sebelum tu aku kata yang aku akan bayar semua bil seperti tertulis walaupun aku tak gunakan. Nanti tengok jelah apa keputusan Tribunal Pengguna kerana aku tak mahu lebih ramai yang teraniaya mcm aku .Duit nak bayar tak jadi masalah, tapi bukan begini sepatutnya pihak mereka buat untuk mengaut keuntungan .





Memang munafik betul kerana seperti yang dijanjikan jugak ,memang mereka takda call aku langsung lepas tu . Aku pun cukup masa sehari lagi nak due tarikh akhir bayaran lalu buat bayaran mcm biasa secara online dan lepas tu terus tel customer service centre sekali lagi dan suruh depa semak bayaran yang aku dah buat setakat ini. Semak punya semak , depa kata aku dah buat bayaran yang agak banyak jugak melebihi bil yang sepatutnya dan siap negative lagi bil aku. Maksudnya depa pulak dah terhutang dengan aku.

Depa pun laaa ni tak tahu mana peginya tetiba ghaib kes aku yang macam dah selesai je tapi takda hitam putih . Pasti ada tangan ghaib kat sana kot yang padam pakai pemadam stabilo deretan bil aku yang depa charge tu hahaha

Sebab itulah pada sistem mereka, didapati aku dah buat bayaran melebihi yang sepatutnya.

Jadi sebagai kesimpulannya jika nak keluar negara sekarang , pastikan perkhidmatan "voice mail" pada talian kita haruslah ditamatkan macam aku laaa ni, memang takda voice mail tu.Kalau sapa call aku dan aku tak angkat,  dia terus bunyi tut tut tut hehehe

Kita sebagai pengguna juga mesti mengetahui hak2 kita dan tak dianiaya dan dianggap bodoh oleh pihak telco yang sesenang je cipta satu sistem yang boleh buat keuntungan atas angin dengan menipu pelanggan.

Aku anggap semua dah selesai dan harap takda lagi perkara sebegini berulang lagi kerana 5 tahun yang sudah, aku jugak pernah buat satu laporan polis terhadap pihak telco ni jugak yang mana tetiba ada terselit pulak bil berjumlah ratusan ringgit untuk panggilan yang dibuat ke luar negara untuk satu panggilan je yang lebih dari sejam . Masih kuat dalam ingatan ku lagi bila aku buat report kat branch dia, dia kata mungkin ada orang lain pakai hp aku lah dan memacam lagi. 

Cerita banyak tak guna lalu aku terus start motor pegi balai polis terdekat dan buat laporan . Lepas tu aku bawak salinan laporan polis aku dan terus bagi balik kat pegawai khidmat pelanggan tu dan terus dia terdiam . Dia ingat aku memain .

Dari melayang kasi percuma ratusan ringgit tu pada depa yang buat keuntungan berbillion setahun,baik aku kasi  duit tu kat golongan anak yatim dan masuk tabung2 masjid , ada faedahnya.Lepas tu tak sampai seminggu, kira settel masalah tu .

Apa yang aku lihat,pengguna di negara kita sering tertindas  dengan kelicikan para peniaga yang sering cuba mengambil kesempatan terhadap golongan yang tak tahu.Aku pun meniaga juga, jual gotah ojol menimbun tetiap hari, tapi takdalah sampai dihatikan nak tipu pembeli aku.

Macam di US ni , cuba kita belek balik resit setiap pembelian barangan yang tertulis jika kita tidak berpuas hati dengan barangan tersebut, ia boleh dipulangkan dalam masa 30 hari tanpa sebarang charge tambahan  dan wang akan dikembalikan. 

Ni kat tempat kita terpampang besar punya tulisan, "SETIAP BARANGAN YANG TELAH DIBELI TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN" waima barang tu baru beli dan baru bukak kotak dan rosak pulak.

Itulah secebis kisah kuasa pengguna di US yang begitu kuat berbanding negara kita yang pengguna sering tertindas. Kalau tak percaya, lihatlah dalam surat khabar saban hari berapa banyak pembeli rumah yang teraniaya kerana bayaran perlu dijelaskan setiap bulan sedangkan rumah pun tak siap.

Cuba kita fikir2kan lah,dimana hak kita sebagai pengguna di Tanah Melayu ni. 

Adakah kita sebagai pengguna di Tanah Melayu dilindungi secukupnya dengan peraturan dan undang-undang ???????

Alhamdulillah