WARGA SCP

Jumaat, April 12, 2013

PART 24 TANAH SUCI MADINAH : MASJID QUBA'. MASJID ZUL HULAIFAH , KAMI MENYAHUT PANGGILAN MU YA ALLAH

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم 
ALHAMDULILLAH

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan . Begitu juga dengan bumi Madinah yang akan ku tinggalkan demi menyahut jemputan Allah sebagai tetamuNYA. Sebelum itu kami singgah di Masjid Quba' untuk solat sunat yang pahalanya seumpama pahala satu umrah .

Masjid Quba tetap sama seperti yang aku singgahi setahun setengah yang lalu  namun keadaan di sebelah petang tak sesibuk di sebelah pagi . 




Masjid Quba adalah merupakan antara masjid tertua di Arab Saudi diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa baginda dalam perjalanan berhijrah dari Makkah ke Madinah.

Masjid Quba kemudian disiapkan oleh sahabat Rasulullah. Rasulullah s.a.w menghabiskan masa selama 20 malam(selepas hijrah) menunaikan solat fardhu dan solat sunat. Pada ketika itulah,inilah satu-satunya masjid yang ada untuk baginda s.a.w beribadah kepada Allah s.w.t.

Masjid ini telah disebut oleh Alah s.w.t di dalam Al-Quran(surah al-Taubah ayat 108 dan 109) sebagai masjid yang dibangunkan di atas dasar taqwa. Semasa dalam perjalanan berhijrah ke Madinah,Rasulullah s.a.w telah singgah di Quba selama 4 hari. Baginda tidak akan tinggal di satu-satu tempat itu,kecuali dengan mendirikan masjid. Atas dasar itulah maka masjid Quba telah dibangunkan atas dasar taqwa baginda kepada Allah S.W.T. 




Semasa hayatnya,Nabi Muhammad S.A.W kerap mengunjungi Masjid Quba dan menunaikan solat sunat. Mengikut Hadis Ibnu Umar r.a

"sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah berkunjung ke Masjid Quba dengan menunggang binatang tunggangan dan juga berjalan kaki. "


Telah diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w menziarahi Masjid Quba pada setiap hari sabtu dengan menaiki tunggangannya.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w lagi:

"sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba lalu mendirikan solat di dalamnya,ganjaran pahalanya samalah dengan pahala orang-orang yang mengerjakan ibadah Umrah"


Yang pasti kunjungan ke Masjid Quba ini jadi suatu kemestian sekiranya kita melakukan ziarah luar di kota Madinah . Namun sebenarnya kunjungan ini hanya sekadar kunjungan sekiranya kita tidak mengambil peluang meraih pahala disebalik kunjungan ini .

Oleh itu , ambillah kesempatan untuk solat tahyatul masjid Sungguh besar pahalanya yang Allah dah sediakan untuk kita, jangan lepaskan peluang keemasan yang datang bukan selalu pada kita .





Kami tinggalkan Masjid Quba lalu menuju ke Masjid Zul Hulaifah yang lebih popular dengan nama Bir Ali yang terletak di tanah halal. Ia merupakan tempat miqat bagi jemaah umrah atau haji dari arah Madinah.

Jika musim haji, Bir Ali sentiasa dipenuhi oleh jemaah tak kira siang atau malam.



Aku seret sekali hand luggage  kerana aku nak tanggalkan semua pakaian berjahit yang membaluti tubuh badan ku kerana sebentar lagi hanya dua keping kain putih ihram sahaja yang bakal membaluti tubuh ku sehinggalah kami selesai bertahalul nanti setelah menyempurnakan ibadah umrah . 

Itulah perlambangannya apabila aku kembali kepada pencipta Ku nanti yang tubuh dikala itu hanya dibaluti dengan kain putih dan hanya amalan dan taqwa sahaja ketika itu yang akan mengiringi ku nanti menanti hari pembalasan kelak.




Macam biasa , setiap kali itu perasaan teruja dan debaran sentiasa mengiringi ku dan semoga ibadah umrah kami nanti dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Solat sunat ihram dua rakaat disempuranakan sebelum kami menaiki kenderaan yang menanti kami . Kami berniat bersama2 dalam kenderaan sebelum Abdul Karim meluncur laju meninggalkan Bir Ali yang bersempadan dengan tanah haram .


لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ
لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ
 إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ
لاَ شَرِيْكَ لَكَ

Hamba Mu datang menyambut panggilan Mu, Ya Allah
Hamba-Mu datang menyahut panggilan Mu
Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan Mu
yang tiada sekutu bagi-Mu 


Khamis, April 11, 2013

PART 23 TANAH SUCI MADINAH : MOGA PERPISAHAN INI TIDAK BERPANJANGAN

ALHAMDULILLAH

Selepas selesai urusan di Pasar Kurma, kami sekali lagi menuju ke Masjid Nabawi untuk solat asar pula. Kelihatan jemaah berpusu2 ketika itu ,namun dah jadi kebiasaan jemaah yang kebanyakkannya suka solat di bahagian luar belakang Masjid Nabawi berbanding dalam masjid.

Itu yang kita nampak macam dah penuh sedangkan hakikatnya bahagian dalam masih terdapat banyak kekosongan. Mungkin mereka malas nak ke dalam kerana kalau nak kira dari bahagian belakang hingga ke bahagian depan, mau satu dua kilometer lebih juga . Tapi apalah yang nak kirakan sangat kalau nak beribadat sedangkan kalau jalan-jalan dalam shopping kompleks atau sebagainya berpusing2 tentu jaraknya lebih dari itu. 

menuju Masjid Nabawi
saf kat bahagian luar
dalam banyak lagi ruang yang kosong




Jika dulu musim haji , kami akan bermastautin dalam 9-10 hari juga di Madinah dan kalau pergi umrah dulu mau 2-3 hari juga di Madinah, kali ini hanya berada di bumi Madinah Al Munawwarah sehari je untuk persinggahan kali ini kerana kami dah rancang nak lama sikit berada di Makkah dan kami pun ambil penerbangan terus dan terus memasuki Makkah tempohari dan juga balik pun dari Makkah juga .

Lagi pun kami tak ikut mana2 pakej yang macam kebiasaannya akan tiba di Jeddah dan naik bas ke Madinah pula dan setelah beberapa hari baru pegi ke Makkah pula.

Namun atas rasa rindu dan kecintaan kami kepada Baginda Rasulullah ,   apalah    sangat    jika   kami  nak bandingkan dengan 
SR 2k  yang dikeluarkan hari ni khas untuk lawatan sehari ke Madinah kerana wang itu pun datangnya dari Allah S.W.T jua dan dibelanjakan kira ke jalan Allah untuk menziarahi Makam Baginda Rasulullah dan para sahabat dapat menghirup udara segar bumi Madinah sekali lagi selepas kali terakhir tahun Jun 2011 di sini dari Istanbul masa tu.

Banyak sebenarnya manafaat hasil dari persinggahan kami menziarahi makam Rasulullah walaupun sekejap . Cuba kita renungkan hadis-hadis di bawah ini sebagai panduan .

من زار قبري وجبت له شفاعتي
Maksudnya: 
Sesiapa yg menziarahi kuburku maka dia wajib mendapat syafaatku. 
(Hadis Riwayat  Dar Qutni) 

من زارني في المدينة محتسبا كنت له شفيعا وشهيدا يوم القيامة
Maksudnya: 
Sesiapa yg menziarahiku di Madinah dgn mengharapkan pahala, maka aku akan menjadi pemberi syafaat dan saksi untuk membelanya pada hari kiamat.
 (Hadis Riwayat Baihaqi)

من زارني بعد موتي فكأنما زارني في حياتي 
Maksudnya:
Sesiapa yg menziarahi aku selepas kematianku seumpama dia menziarahi aku ketika aku hidup. 
 (Hadis Riwayat  Dar Qutni)


dalam banyak ruang kosong 



 dah moden isi air zam-zam guna pam macam kat stesyen minyak je
tu pam merah macam minyak shell je hehehe

Memang segala jadual perjalanan dan aturcara semasa kami berada di tanah suci ini kami atur sendiri ikut keperluan kami dengan izin Allah . Alhamdulillah, setakat ini, Allah telah mempermudahkan segala2nya dan perancangan kami berjalan seperti yang dirancang.
  
Usai solat asar, kami lakukan ziarah wada' atau ziarah perpisahan buat penghormatan untuk Baginda Rasulullah S.A.W. Kekadang ramai orang yang kali pertama ke sini keliru adakah ziarah wada' tu wajib sama seperti tawaf wada' semasa nak tinggalkan Baitullah Al Haram dan bumi Makkah.

Ziarah Wada' ini hukumnya sunat sahaja sebagai penghormatan dan tanda perpisahan dan berdoalah agar Allah mengurniakan kita rezeki dalam apa jua bentuk sekali pun seperti rezeki dari segi keewangan,masa, kesihatan dll agar dapat kita bertandang lagi ke bumi Madinah Al Munawwarah dan dapat menziarahi lagi Baginda Rasulullah.

Aku tinggalkan Masjid Nabawi dengan perasaan yang bercampur baur akibat perpisahan ini dan berharap agar perpisahan ini tidak berlanjutan bertahun-tahun lamanya dan semoga Allah menjemput kami kembali dengan secepat mungkin untuk bertandang ke bumi Madinah dan bumi Makkah yang penuh dengan keberkatan ini.

Selamat Tinggal Rasulullah ,
Selamat Tinggal Masjid Nabawi,
Aku pasti merinduinya. 












Rabu, April 10, 2013

PART 22 TANAH SUCI MADINAH : DATES MARKET

ALHAMDULILLAH

Mandi-manda dengan kambing dan ayam sudah. Maka kami lanjutkan persinggahan kami ke Pasar Kurma yang terletak dalam 2-3 km juga dari Masjid Nabawi .

Kalau masa musim haji , pasar kurma ni sentiasa menerima pengunjung yang tak putus2 , tapi kerana aku pergi disebelah petang lepas waktu zohor, maka keadaan agak lenggang sikit . Jadi takdalah kelam-kabut nak memilih dan membeli.


 Tokey Kurma
Bangsa Arab

 Biasalah pekerjanya Bangladesh  atau Pakistan

Aku hanya minta Abdul Karim tunggu aku dalam 30 minit je kerana nak beli kurma tak serumit nak beli tudung . Masa ni bukan musim kurma berbuah, jadi nak dapatkan kurma yang benar segar sukarlah sikit . Tapi kurma-kurma tetap melambak kat sini.

Kami menuju kedai yang hujung sekali dan terus masuk . Jamah beberapa biji kurma yang diberi sambil diiringi perkataan "Halal", "Halal".

Pilihan ku macam biasa kurma Ajwah atau dikenali Kurma Nabi kerana ia menjadi kesukaan Baginda Rasulullah.  Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang khasiat kurma ini yang bermaksud:

Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah S.A.W bersabda:


 “ Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.





Menurut sejarah berkaitan asal usul kurma ajwah, pada suatu hari Baginda Rasulullah S.A.W  berpuasa dan apabila tiba waktu untuk berbuka puasa,  satu makanan pun tidak ada ketika itu untuk dimakan oleh Baginda Rasulullah. Malaikat Jibril yang melihat keadaan Baginda Rasulullah S.A.W  merasa sedih lalu ia memohon kepada Allah S.W.T supaya mengurniakan sesuatu makanan untuk rasul kesayangannya berbuka puasa.

Allah S.W.T yang sememangnya Maha Mengetahui segalanya memperkenankan permintaan malaikat Jibril tersebut dan diberikanlah buah kurma yang istimewa ini untuk Rasulullah S.A.W berbuka puasa.

Setelah selesai iftar, biji buah kurma tersebut kemudian pula ditanam oleh Rasulullah S.A.W. Bermula dari peristiwa itulah seterusnya pokok kurma Ajwah ni membesar di kawasan Madinah. Dan dimaklumkan juga kurma Ajwah tidak akan hidup dan tumbuh  serta berbuah di mana-mana tempat selain Madinah.

Kurma Ajwah ni sebenarnya banyak grednya dan yang paling mahal Gred Super Jumbo berharga hampir SR200 sekilo dan paling murah SR60.00 sekg. Rasanya sama, cuma saiznya tak sama . Aku capai dalam 2 kg juga buat stok nanti pada bulan puasa selain dalam 3 kg untuk kurma Ambar.

Kalau nak cerita tentang kurma ni, sebenarnya terdapat hampir 1400++ jenis kurma termasuk di Saudi dan seluruh dunia antaranya Kurma Ajwah, Kurma Anbar, Kurma Aseela, Kurma Burhi, Kurma Dakheni, Kurma Deglet Noor, Kurma Deglet Ubend, Kurma Fankha, Gattara, Kurma Hilali, Kurma Khalas, Kurma Khodri, Kurma Majdoul, Kurma Maktoomi, Kurma Meneifi, Kurma Nabtat Ali, kurma Nobouth Saif, kurma Nobouth Sultan, kurma Rushodia, Ruthana, Ruseiz, Safawi,  Shagra, Sheishe, Shibibi, Sukkari, Sullaj dan banyak lagi .

 


Lepas tu biasalah beli jenis kacang sikit macam kacang cerdik, kacang tak cerdik , badam sikit dan kismis .Sikit-sikit jadi bukit jugak dalam SR400.00 juga untuk semuanya. Biasanya untuk stok kami nanti sikit je kerana yang lain untuk diberikan dan dijamahkan buat rakan anak kami di sekolah, adik beradik dan rakan-rakan. 

Tapi pasti kali ni aku rasa sedih sikit kerana kalau nanti kebiasaannya sebelum kami pergi umrah , pasti kami menjenguk dulu ibu di kampung mohon doanya untuk kami dan lepas balik nanti jenguk lagi dan bawakan kurma dan air zam-zam untuknya.

Tapi kini semua rutin itu dah takkan berulang kembali .Aku hanya dapat menjenguk pusara ibu ku serta bapa ku sebelum bertolak hari tu.

Selasa, April 09, 2013

PART 21 TANAH SUCI MADINAH : MANDI MANDA DI MADINAH

ALHAMDULILLAH

Lepas selesai semua urusan yang sepatutnya di Masjid Nabawi selepas zohor, aku pun cakap kat Abdul Karim yang kami nak pegi "picnic dan mandi manda"  dan minta dia carikan tempat yang sesuai. Lepas tu Abdul Karim puaslah dail HP dia tanya kekawan dia mana tempat yang sesuai untuk bawa kami . Lepas sorang-sorang dia telepon kerana dia bukan penduduk Madinah dan dia tak tahu mana tempat yang sesuai dan paling "best" nak bawa kami untuk "mandi-manda".

Dia dok cakap arab dgn kekawannya dalam HP dan yang aku paham ayat lastnya "mandi-mandi".

Lain sepatah haram aku tak paham .
Aku risau jugak yg manalah tahu dia salah faham apa yang aku maksudkan, pengabis dia bawak kami pi mandi entah kat mana hehehe

Untuk pengetahuan kalian, cara aku berkomunikasi dengan Abdul Karim dah macam ayam dengan itik , cuma nasib baiklah  dia paham adalah sikit2 bahasa inggeris dan aku faham sesikit bahasa arab. Jadi bolehkan kami bual sikit-sikit.

Luar Restoran, kereta towkeynya kot

Akhirnya lepas pusing dalam 10-20 minit, sampailah kami ke tempat kami nak "picnic dan mandi-manda tengahari tu. Dari luar memang takda gaya tempat "picnic dan mandi-manda langsung". Masuk ke dalam di tingkat atasnya , tersedia banyak bilik2 kecil buat sesiapa yang "nak picnic dan mandi-manda" yang dipisahkan kepada dua bahagian besar .

Satu bahagian terdiri dari banyak bilik2 kecil buat yang datang bekeluarga dan kira satu mahram dan satu bahagian lagi terdiri dari banyak bilik jugak buat golongan lelaki sahaja. Kami kena masuk ke bahagian untuk keluarga je.

Suasana restoran di sini berbeza sama sekali dgn kat Tanah Melayu yang kalau kita masuk je sesebuah restoran, pasti didepan kita kerusi meja dan pelanggan manakala kat sini takda tu semua. Yang pasti pelanggan ramai,tapi semua dok makan kat dalam bilik-bilik kecil yang tertutup dan berpintu.

OK, untuk kami berempat acara kami untuk "mandi-manda" tengahari ni , aku order 2 dulang . 1 dulang untuk hidangan ayam mandi dan satu dulang lagi untuk kambing mandi sementara untuk Abdul Karim dia je,  aku orderkan sedulang kambing mandi . Tapi kerana bukan mahram, dia kena makan kat bilik lain . 

selamat menjamu mata
kalau sesiapa teringin laaaa ni
tak dapek den nak nolongnya 
hehehe

kambing mandi
yang hitam tu hatinya yang dipanggang dan dibakar

satu dulang kambing mandi

satu dulang ayam mandi

Harga untuk 3 dulang tu termasuk minuman ialah SR 120.00 . Dalam 25 minit hidangan kami tiba dan bermulalah acara "mandi-manda" kami sekeluarga dalam bilik tu . Tadi masa pelayan nak hantar hidangan, depa dok ketuk pintu dan macam biasa takda pinggan dan depa kasi plastik besar jika kami nak bubuh nasi mandi tu. 

"No table and chair" dalam bilik tu dan kira dok bersila atas karpet yang sofanya jenis sofa arab keliling bilik tu. Bermula lah episod "picnic dan acara mandi-manda kami dan berhempas pulas juga kami nak habiskan dua dulang tu . Kejap aku kuak lentang, kejap gaya kupu-kupudan kejap gaya bebas nak ngabiskan.

Rasanya,
Alhamdulillah. Sedap sangat dan nasinya boleh dimakan dan ditelan begitu sahaja. Kambingnya pula memang sedap dan ada hati kambing sekali dia letak . Ayam mandinya pula jenis dibakar .Beza rasanya yang aku dok selalu makan kat Tanah Melayu kerana ini original punya di Tanah Suci Madinah.

 


penuh lemak kambing tu , tapi punyalah sedap




Aku dan anak jantan aku "mandi dengan kambing" sementara mak itam dgn anak pompuan aku "mandi dengan ayam " . Cuma pilihan minuman je tak banyak . Dah jadi budaya mereka yg pilihan minumannya laban dan pepsi.

Aku dan anak jantan aku kira "game" dulu sementara mak itam dan anak pompuan aku terkial2 nak habiskan . Lepas tu aku sempat turun bawah pi dapur tengok bagaimana mereka masak dan menyediakan hidangan. Ayamnya dibakar kat satu dapur besar gunakan arang yang menjadikan rasa dan keharumannya tak boleh nak cerita.

Aku rasa kenyang sungguh dan malam nanti dah tak payah makan, tapi aku tak boleh bayangkan yang Abdul Karim boleh habiskan sorang2 sedulang kerana portionnya besar . Tapi dah jadi perut arab yang memang boleh makan banyak sebegitu, rasanya licin dulang tu.

Kalau tetiap hari macam ni, mau maju ke depan perut aku lepas ni hahaha

dapur besar bakar ayam

sorang pekerjanya dok rehat dan makan kat dapur

Kenyang sudah dan hajat nak "picnic dan mandi-manda" kat Madinah dah tercapai sudah dengan izin Allah. Keluar dari restoran yang dari luar aku pun tak sangka itu sebuah  restoran, dua orang mamat arab ni dok terserempak aku tengah shot beberapa keping foto sekitarannya.

Depa pun menawarkan diri nak jadi model sambilan aku tengahari tu dan siap posing lagi. Memang kebanyakkan pemuda2 mereka yang aku temui ni kira sporting dan selalu menawarkan diri untuk dirakamkam potret mereka .

Ok, kemana kami lepas ni .
Pasti pasar kurma kerana kami memang nak beli kurma dan seangkatan dengannya di Pasar Kurma Madinah.

Alhamdulillah.

dua model sambilan


kof pa = stop
jauh larinya

Abdul Karim setia menunggu kami

Isnin, April 08, 2013

PART 20 TANAH SUCI MAKKAH : PERJALANAN TERAKHIR

Perjalanan Terakhir : Part 1 from rezeki on Vimeo.
Lepas waktu Asar

ALHAMDULILLAH

Saat-saat akhir perjalanan seorang insan
begitu bertuah dan beruntung
kerana disolatkan di Masjidil Haram
dengan ratusan ribu jemaah
yang mendoakan
sebagai penghormatan terakhir
meninggalkan dunia yang fana'
menuju alam yang abadi


AL FATEHAH 

Setiap kali pulang ke Al Massa selepas selesai solat, pasti aku akan menemui detik2 ini kerana Al Massa terletak di depan tu .Selalu jugak bila aku nak pi solat, aku dok tunggu dan dok usung sama2 dari van memasuki ke dalam Masjidil Haram .

Dalam kain pelikat aku , aku pakai tracksuit bila aku kepingin nak usung jenazah2 tu yang akan tiba kira2 10-20 minit sebelum masuk setiap waktu solat. Kenapa aku pakai tracksuit kat dalam kain pelikat, jawapannya pasal depa usung jenazah tu punyalah laju mcm nak lari 100 m dalam pertandingan dan aku takut karang kain aku manalah tahu terpijak dek arab dan melurut ke bawah, lain dah jadinya hehehe

Memang mengah dan tercungap jugak tapi ramai orang yang tahu betapa besar pahalanya pasti berebut2 nak usung ,

 
Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya pahala yang mula-mula diberikan kepada hamba yang beriman sesudah matinya ialah semua orang yang mengiringi jenazahnya mendapatkan keampunan (dari Allah)
Riwayat Baihaki melalui Ibnu Abbas r.a. 


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: 
Rasulullah S.A.W bersabda: 
"Ada lima hak bagi seorang muslim terhadap saudaranya sesama muslim iaitu: Menjawab salam, mendoakan kepada orang yang bersin, menyahut undangan, menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah."