WARGA SCP

Khamis, Januari 21, 2016

USA PART 23 : WASHINGTON DC (SIRI 6) : SMITHSONIAN NATIONAL AIR and SPACE MUSEUM WEST GALLERY Part 3 (#throwback perjalanan KLIA-DXB)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

dah jadi sejarah,
Pass To London ni dah berusia 73 tahun


rokok kesukaan askar America dulu
kotaknya masih tersimpan baik



#throwback perjalanan KLIA-DXB

Sambil kalian layan foto kat Smithsonian ni, aku imbas kembali catatan perjalanan kami meninggalkan Tanah Melayu merentas satu jarak yang jauh melintasi beberapa zon waktu dunia hingga kami menjejakkan kaki di tanah Boston buat pertama kalinya.

Distance from Boston to Kuala Lumpur is around 9273.1 Miles

(14923.6 Kilometers / 8052.8 Nautical Miles)

Approximate travel time from Kuala Lumpur, Malaysia  to Boston, Massachusetts , USA is around  19 hrs, 15 mins for the direct flight. Tapi setakat ni takda lagi dari mana2 negara belah Asia Tenggara ni yang terbang terus menerus . Mesti transit punya ikut flight mana yang kita pilih. JAL dan United Arline  akan transit di Narita, Cathy Pacific transit Hong Kong. Emirates transit Dubai, Etihad transit Abu Dhabi . MAS je aku tak rasa dah takde flight terbang ke USA, depa pakai code sharing je.

Maka apabila transit , perjalanan ke sana akan memakan masa minima 24 jam atau sehari hingga ada yang makan masa sampai 28 jam dan hingga 36 jam pun ada bergantung kepada penerbangan yang kita pilih. Nak murah tiketnya , maka banyak masa nanti terbuang transit sampai melebihi 2 airport . Pilihan terletak ditangan masing-masing.


Memula aku ingat nak parking ikat kat tiang pakai rantai besi motor roda tiga aku kat Long Term Parking KLIA . Tapi memandangkan lama kembara kami kali ini, tak jadilah kami parking kat situ. Karang moto roda tiga lama tak start dan panas enjin, takut beteri kong, kang naya

Balik2 Tanah Melayu nanti , tinggal rangka je pun susah jugak hehehe

Lagi satu parking lelama rasa membazir juga. Long Term Parking kat KLIA , minima 4 hari pertama RM 144.00 dan setiap hari berikutnya selama parking kat situ RM 15.00 sehari.

Aku dah buat kira2, banyak woo nak bayar , belum masuk GST . Duit bayar parking tu boleh dapat satu Handbag Phoebe Shoulder Coach kat sana. Jadi aku minta adik ipar aku hantar pakai motor roda tiga aku serta minta dia tolong jagakan sekali , start panaskan enjin selang 3-4 hari ke sepanjang kembara kami . Settel satu bab.
 



Kami keluar dari KL lepas zohor hari tu . Kerana musafir , dah jamak takdim  sesiap zohor dengan asar. Tiba 4 jam lebih awal dari masa berlepas . Flight 19.20 (07.20 pm). Masa tu belum masuk magrib lagi . Dijangka tiba Dubai 22.30(10.30 pm) waktu Dubai. Sedang cantik le , terus jamak Takhir Isyak + Magrib pula kat Dubai nanti.Masa  kira dah kena ikut waktu solat Dubai nanti.

Aku memang sengaja pilih transit kat Dubai 4 jam 10 minit kerana aku tak mau terkejar2 nanti nak Conneting Flight . Ada beza atau Conneting Flight dengan Layover. Conneting Flight kira kena tukar ke flight lain dan kena turun. Kalau layover, duduk lah keras kat tempat duduk tu , kalau sejam-sejamlah jawabnya macam aku dulu masa balik dari Makkah guna Saudi Air. Layover kat Riyadh kat sejam lebih turunkan penumpang dan ambil penumpang baru sambil ada ground staff bahagian pembersihan yang naik atas flight kemas dan cuci apa yang patut.

Apabila conneting flight untuk transit kat Dubai, kena lalui sekali lagi pemeriksaan ketat na masuk depature hall kat dalam terminal .Pada hal tak keluar pun dari terminal lepas keluar pintu kapalterbang tadi. Dah prosedur mereka, kena ikutlah.  Hand Luggage, backpack semua kena scan. Kat KLIA takde pun bukak2 kasut dan talipinggang, kat Dubai ni habis semua kasut serta tali pingang kena bukak. Sampai terlondeh seluar jin aku dibuatnya hahaha

Senang pakai kain pelikat gombang je masa tu hahaha
Kalau dia nak raba, lepas tu pasti tobat hahaha

Lepas tu kaki ayam pulak melepasi pintu ajaib tu hehehe
Ramai penumpang pulak yang nak transit malam tu . Biasalah, DXB kan sebuah airport utama belah sini yang merupakan hub utama bagi Emirates dan menghubungkannya dengan serata tempat di dunia. Mereka memang sentiasa buat keuntungan , tapi yang herannya syarikat penerbangan kita pulak yang selalu buat kerugian hehehe

Settel bab kedua transit kat Terminal 3 Dubai.



Gebak-gedebuk kat sejam jugak dari memula turun flight EK 347 KLIA-DXB untuk transit tadi .Masa penerbangan tadi hampir 7 jam lebih . Walaupun sampai Dubai baru 10.30 waktu dia, mata dan badan kami sebenarnya dah mula penat kerana sepatutnya waktu tidur tu ikut waktu Tanah Melayu. Dubai - KL beza waktu hampir 4 jam rasanya.Dubai lambat 4 jam dari Malaysia. Mana tak ngantuk bijik mata, dah 2.30 pagi kalau ikut waktu Tanah Melayu. Walau pun dah "turu" kat 4-5 jam tadi dalam flight, tapi ngantuk terasa lagi.Lagi satu dah hampir setengah hari tadi dari mula keluar dari KL.Mana badan tak letih.

Selesaikan apa yang patut dulu dengan Allah, lepas tu lepak kat Ocean Basket Dubai International Airport kat Terminal 3 layan Fish n Chips serta tea o panas. Free meals by Emirates kerana transit lebih 4 jam. Ada 2 jam lagi, ronda2 kat Duty Free kat Terminal 3 tu. Malam tu tengah peak hours , ramai orang mana2 pun dalam Terminal 3 tu yang punyalah besar .Takde beli apa2 pun kerana kami nak ke Amerika. Kat sana melambak bebarang dan 10 ganda lebih murah . Just cuci mata je kat Duty Free tu. 

Kemudian cari gate untuk penerbangan seterusnya ke Boston dan baring kat kerusi malasnya rehatkan diri berdekatan gate tu . Mak Itam sempat tidur sambil aku layan free internet kat hp aku. 

60 minit sebelum waktu berlepas nanti pukul 02.50 pagi waktu Dubai, depature gate dah bukak. Kami kira yang awal melepasi pemeriksaan keselamatan dengan begitu mudah tanpa mereka minta kami bukak dan periksa backpack aku serta hand luggage. Tapi aku tengok lepas tu ramai juga yang mereka periksa . Alhamdulillah , Allah permudahkan.

EK 239 DXB-BOS untuk kembara seterusnya yang akan makan masa hampir 14 jam lagi

Settel Bab ketiga apabila dah naik flight tersebut .
 
kokpit jet pengebom America dulu









mereka merintis sejarah dunia penerbangan suatu ketika dulu

Antara Highlights
1903 Wright Flyer








Wright Bersaudara
pencetus idea dunia penerbangan



Isnin, Januari 18, 2016

USA PART 22 : WASHINGTON DC (SIRI 5) : MENIKMATI PANORAMA KOTA WASHINGTON DC

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH


Kedinginan musim dingin mula terasa, apatahlah apabila hujan turun membasahi bumi Washington DC . Walaupun tidak lebat, hanya seperti gerimis yang mengundang, namun ini menambahkan lagi kedinginan .

Inilah salah satu nikmat yang Allah kurniakan di sini yang buminya mengalami 4 musim yang berbeza setiap saban tahun berbanding kita yang hanya mengalami panas dan lembab sepanjang tahun.

Allah berfirman dalam surah Al-Mukminun :84-89

“Katakanlah, ‘Kepunyaan siapakah bumi ini dan semua yang ada padanya, jika kamu mengetahui?’ Mereka akan menjawab, ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah, ‘Maka apakah kamu tidak ingat?’ Katakanlah, ‘Siapakah Rabb (yang memiliki) langit yang tujuh serta singgahsana yang besar?’ Mereka akan menjawab, ‘Allah yang memilikinya.’ Katakanlah, ‘Maka apakah kamu tidak bertaqwa?’ Katakanlah, ‘Siapakah yang memegang kekuasaan atas segala sesuatu; Dia melindungi, namun tidak ada yang dapat dilindungi (diselamatkan) dari (azab)Nya; jika kamu mengetahui?’ Mereka akan menjawab, ‘Allah yang memilikinya.’ Katakanlah, ‘Jika demikian, maka dari jalan manakah kamu tertipu?'
Washington Monumen





berdekatan area China Town


Kedinginan tidak menghalang ku ketika ini untuk naik ke atas tingkat dua bas ini yang tidak berbumbung untuk merasai dan mengecapi dengan lebih lagi nikmat menyedut udara dingin yang segar sambil aku menikmati permandangan kiri, kanan, depan serta belakang secara 360 darjahh kota Washington DC .

Hanya aku seorang sahaja ketika ini kat bahagian atas bas ni . Maklumlah. Musim dingin . Siapalah yang sanggup naik ke tingkat atas . Kalau musim panas pula, jangan haraplah kerana pasti setiap ruang tempat duduk di tingkat atas ni akan dipenuhi oleh manusia.





Terdapat 20 perhentian yang akan mereka berhenti dalam perjalanan mengelilinggi kota Washington DC yang dapat aku saksikan dari tingkat atas bas ni. 

Washington DC, salah sebuah dari banyak kota yang paling berpengaruh di dunia. Dari kota inilah , Amerika merentangkan sayapnya hingga ke seluruh pelosok bumi menunjukkan kekuasaannya.   

Suhu dingin  yang bertiup hampir mencecah 2 darjah akibat hujan gerimis yang turun .  Cuaca agak muram ketika ini yang terus menerpa Washington DC terus menerus menjadikan kediginan begitu terasa, namun bagi ku sungguh nyaman kerana aku rasa kulit ku tebal dan dah kematu hahaha

Kebetulan hari ni Sunday, maka keadaan lalu lintas di sekitar pekan Washington DC agak lengang. Tiada kesesakkan kerana cuti hujung minggu. Yang banyak kelihatan adalah mereka yang berjogging di mana-mana. 







Sebenarnya ada 2 Washington kat USA ni . Satu kat Oregon . Washington yang kat Oregon tu kira sebuah  negeri, Washington DC ni bukan negeri sebenarnya. Washington DC, also referred to as the District of Columbia, Washington, the District, or DC, is unique among American cities because it was established by the Constitution of the United States to serve as the nation’s capital. Washington, DC is not only the home to our federal government, but it is also a cosmopolitan city with a variety of opportunities that attract residents and visitors from around the world. 
Satu lagi yang menarik tentang Washington DC ni ialah keadaan mukabumi pekan ni yang landai dan rata seumpama meja . 
OK , kerana sejuk punya pasal, aku tak boleh lelama kat atas, karang semua beku hahaha









biasalah winter
cepat nak gelapnya


minah ni tengah jogging ni

tempat cetak duit USD