![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhbSkQg27ZJ32uWNHDz6FPYNu3BwlHyEmskd7ut7DlQQkWjdpXDUYrhZCMXcG0V8ZNKlNIvya_c4yFUYOvZG8-RLabL9VEnz6bI_MIA-52RNC_hF2bL_S6mrlmwBQ_32fEnfa0Fw3fNNx4/s400/0.jpg)
Dah lama pak itam tak pergi on site . Semalam bersama seorg staff telah keluar selepas zohor untuk melakukan kerja2 penyelengaraan dan pemasangan Wireless ADSL Modem Router di sebuah sekolah yang agak jauh juga . Alamak, lagi 302 KM lagi pergggggg
Tapi , nasib baik sekolah tu tak lah sampai Kuantan,
kalau tak ,
boleh singgah rumah Kak Nab
Tapi , nasib baik sekolah tu tak lah sampai Kuantan,
kalau tak ,
boleh singgah rumah Kak Nab
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjPgBbYw7xwVCGrgSsADLxSIc5st5pTLV6UWCctEzE6IfLXUTT05o0aPEdRBd26a6Yk9JpgW62oH6X7UAVHLkoFhhdr94LWmVNk16lzGpCCI3DlKZe9zBdPWAu_QVZyDRrBtJW6iBYwbXM/s400/2.jpg)
Bercakap tentang kerja2 penyelenggaraan peralatan komputer ni, pak itam sebenarnya tidak pernah mendapat pendidikannya secara formal sejak dulu-dulu lagi. Semuanya pak itam pelajari sendiri melalui pemerhatian, percubaan dan pembacaan .
Masa memula dulu pak itam menceburi bidang ini, hanya segelintir individu sahaja yang terlibat dalam kerja2 sebegini. Itu pun terdiri dari bangsa Cina. Memandangkan prospek dalam bidang ini pada pandangan pak itam akan berkembang, maka pak itam pun melengkapkan diri pak itam dengan ilmu perkomputeran ini dalam sub bidang hardware(perkakasan) dan juga software(perisian).
Masa tu blog2 ni mana ada, apalagi twitter atau facebook. Yang ada cuma laman web yang dibina berasaskan bahasa HTML.
Namun atas minat yang mendalam, semua pak itam pelajari dengan inisiatif sendiri sehingga pak itam banyak juga membangunkan laman web komersil ketika itu.
Disebelah malam hingga dinihari, mmg kerjanya di depan pc yang besar "gedabak" tu
Tapi kesannya sekarang , mata pak itam dah mula rabun jauh . Mungkin kesan dari mengadap pc berejam2 lamanya setiap malam.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjjMcrhmhV94PRPghSHcSechyphenhyphenlcuMpVVPO1NEknIl5tqgyYYqvEGFucxqr1480aAfppDsTaXP-BLxsty7dwXSNyseR_rn4W2gczkEom6FNMuGcXSg5O1FDSBZkZ3OlPqYD3TBntI56KVXk/s400/3.jpg)
Sekarang, ramai yang telah menceburi bidang ni, maka pak itam pun mulalah "slow down" sikit kerana bidang ni memerlukan masa yang panjang utk mengadapnya seperti kerja2 instalasi yang kadang kala 2-3 jam utk setiap PC .Itu belum lagi kena pergi ke sekolah tersebut dan bawa balik ke kedai dan dah siap kena hantar balik bagi kerosakkan yang serius. Namun atas permintaaan dan kepercayaan pelanggan yang tahu bagaimana cara kerja pak itam, insyallah akan pak itam tunaikan.
Lebih mudah menjalankan kerja2 dalam bidang pembekalan barangan kerana pelanggan order, kita hantar dan$ dah siap kerja . Jarang ada perkara2 berbangkit selepas itu . Tapi utk penyelenggaran komputer ini, selalu ada perkara2 berbangkit selepas itu kerana perlu menanggung "warranty" selama setahun .
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_6HrEktXzioYqhRskNz5E-Y2Nn24gOQoqaeArV8IDJnOdxwll2Q03woOSbGb9Pf5sdEWzdHMHSjL9JxA1Q2JWagzrp1z7nsh_wSvIzxVmjJoQjGA5xNsXOsspW5v_iziqNV1jDqckORo/s400/4.jpg)
Kat situlah , kita perlu menguasai bahasa inggeris kerana semua arahan dalam bahasa inggeris.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEix7Iobwm8-vGdCFVmdjH5YvzgmVO0NEfE76KdQoIW_iYTCd_qnVilZBxEtwC7gHMAH7TymKR6Rf2u4YJw5mtRN9_pzoQjeO3Vz5bFeOIPwvGgDwUU3A-Aik1W6JZ0v4hyphenhyphendyZBsXBJF4ao/s400/5.jpg)
Nak balik, cari pula staff pak itam ,
"Mana pulak budak ni pergi."
rupa2nya
dia tengah landing "baik punya" kat atas kerusi batu di tepi pagar melelapkan mata sebentar ngeh ngeh ngeh
Takpalah, tadi katanya kepenatan akibat mengangkat 30 kotak kertas seberat hampir 35 KG setiap kotak ke tingkat 4 sebuah sekolah menengah .
"Mengigil kaki bang", katanya he he
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjSHiFFkSLD0TY-C85xdWLZwfXAVbQ-Z9nN-3OrUSQTu0mhm5Hi6-9izcquVpcMa9nXr3KCTX779pB2npQf5kYy7zLvGWHM1UMcVKheUpZp252tdOtVf3zfbX76W762rfPaGCSi7RyXY00/s400/6.jpg)
"Aduh, apalah nak jadi dengan anak2 muda kita ni"
"Anak bangsa lain duk sibuk cari duit, mereka duk sibuk "mengerace" di tengah jalan"
Itulah realiti anak2 muda bangsa kita sekarang ni yang lebih suka khayal dalam bidang hiburan , membuang masa dan melakukan perkara2 yang tidak mendatangkan faedah .
Semoga Allah SWT memberikan kesedaran, taufik dan hidayah kepada mereka
Insyallah.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhD8wvSA_9wkgo_QdEp7bozlkaDOLW2Nlo3NB4fn6mdworjf69GEW25p0G4iZZ4QONqZpZ6eAYVbYx1UIrqrJL6clEUMvsGwbXZkl92kdydCkjdyhE43ip3OPXZSAMdGi67DUZG_iSKcuQ/s400/8.jpg)
Salam CR..
BalasPadamMacam2 pengalaman CR ada...macm yg saya katakan dulu alangkah bagusnya kalau dibukukan...
Salam Pak Itam,
BalasPadamMacam berjanji pulak.Tadi saya pun buat macam yang pak itam buat jugak. PC baru banyak masuk. Saya & juruteknik komputer bertungkus lumus menyiapkan kerana besok budak dah nak gunakan.
Salam Pak Itam,
BalasPadamYe laaa..betul kata mama ju tu..pak itam nie serba boleh...
salam pak itam...
BalasPadamwow..ni keje pak itam ye..tau ler kak nab. bisnes besar nih!
Salam Pak itam...
BalasPadamSelamat bekerja dengan jayanya..tu rezeki...kan..hehhe
Senang buat kerja sendiri..kita mulakan dan kita siapkan pas tu...collect duit sendirikan....
Salaam Pak Itam,
BalasPadamWah, bisnes Pak Itam ni macam-macam ada...drpd alat tulis sampailah ke tractor, drpd penyapu sampailah ke router! tabik spring kat pak itam!
Semoga mendapat keberkatan-Nya. Amin.
pak itam, citerla sikit pasai bab pengurusan bisnes Pak Itam yang pelbagai ni...Pak Itam manage sendiri ke semuanya? Pak Itam jugak yang turun padang buat kerja ek ...hmm.. multi-tasking betui!:)
VpeaceV
salam tn rezeki...
BalasPadamsedihnye hati cheq sampai takleh nak komen aar bila dengar lagu nih...so touching bangat...
waslam
salam mama ju
BalasPadambelum terbuka lagi pintu hati he he
insyallah ,kalau panjang umur , nanti dh tua , mana tau
salam abg sulong
BalasPadampc kat sekolah2 ni madang rosak psl yg guna "banyak tangan"
salam dik hanis
BalasPadamalhamdulillah, nak hidup , kena survive dan tau serba serbi
itu menjadi aset kepada diri kita
salam kak nab
BalasPadamalhamdulillah, boleh lah cari makan, bisnes kecik2 je
salam shami
BalasPadamalhamdulillah dgn kurnian allah
salam umiazuddin
BalasPadamkejap jadi bos, kejap jadi kuli , semua pak itam pulun he he
nak hidup, selagi jgn langgar prinsip dan ajaran islam
nanti2lah pak itam stori ngeh ngeh ngeh
salam CL
BalasPadamlagu tu mengingatkan kita cinta yang satu yang kekal abadi hanya pada Allah
alhamdulillah