WARGA SCP

Khamis, Jun 30, 2011

BURSA : JOM KITA MAKAN


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
ALHAMDULILLAH
Kami tiba di kawasan seperti yang dirancang di Bursa hampir jam 12 tengahari juga lalu terus di bawa ke sebuah restoran tempatan untuk menikmati makan tengahari .

Dah masuk hari kedua ni kat Turkeye, kejanya jalan makan, jalan makan,jalan makantiba semula di hotel menjelang magrib hanya untuk berehat je dan tidur
magrib pulak kul 8.30 malam juga baru masuk waktu ,
jadi memang belah siangnya meranjau sepanjang jalan .

Yang aku rasa best sekali kerana takde masalah nak tunaikan solat di turkeye ni kerana setiap hari pasti ada masjid yang akan kami lawati termasuk dalam aturcara , jadi memang takde masalah langsung nak tunaikan solat



Menyusuri kaki lima rumah dan kedai menuju ke Yesil Konak ,
apa maksudnya memang aku tak tahu , tapi yang aku tahu jika papan tanda Yesil Konak ni kat malaysia, mau ada yang gatal2 tangan lakukan vandalisme yang menukar Yesil Konak jadi ................ dot,dot.dot

panorama setempat dari tingkap Yesil Konak di tingkat 4

Aku dah agak menunya , mesti salad sebagai pembuka selera , roti cecah kuah kacang pol atau kacang kuda serta nasi tumis lawan kebab daging.

Sah , betul tekaan ku hehehe

Makan je lah, bukan tak sedap, sedap
tapi aku rasa kalau inilah menu ku tetiap hari, mau naik 2-3 kilo babat kat perut ni dan nanti takut karang leher aku terbenam pula hehehe

mau aku akan jadi orang2 turkeye yang selalu kita jumpa kat Makkah yang badannya semua montel2 belaka

Restoran ni punya banyak ruang makan pada setiap tingkatnya dan kami ditempatkan di tingkat 4 . Kerana lifnya yang kecil hanya boleh memuatkan 4 orang setiap masa, jadi aku lebih senang naik dan turun menggunakan tangga je , kurang2 boleh bakar sikit kalori

Macam biasa , lepas makan pasti dihidangkan dengan teh turkeye yang dihidangkan dengan gelas yang kecil kemetot. Tapi aku tak berapa suka pasal aku rasa kelat semacam je teh dia , karang sembelit kang payah hehehe


kami macam sebuah keluarga besar
beberapa buah keluarga sahaja tapi jumlah semua 40 orang



10 ulasan:

  1. Aslkm CR

    Cantik. Teringat2 lagi restoran mewah kat sana.

    BalasPadam
  2. Cr,

    Best, saya suka panorama mereka terutama gambar CR snap turun tangga tu....suasana mereka tu nampak santai

    BalasPadam
  3. they have good street food there...kalau saya ke sana mesti explore the souk!

    BalasPadam
  4. Salam pak itam..

    Lama tak singgah....tgok2 dah sampai ke turkeye lakk

    BalasPadam
  5. jauh perjalanan... banyak gambar pemandangan... seronok berkongsi dgn kami...

    BalasPadam
  6. waalaikumsalam mamaju

    kawasan tu mmg banyak rstoran

    BalasPadam
  7. rosli

    kami semua mcm sebuah keluarga besar, kami agak santai ke mana bersama2

    BalasPadam
  8. uncle

    utk uncle yang dah pakar dalam dunia F&B pasti tak lepasskan peluang explore benda2 tu semua kat sana, banyak sebenarnya pilihan makan mereka terutama turkish delight

    BalasPadam
  9. waalaikumsalam shami


    hehehe saya selalu singgah rumah shami bila ada n3 baru, tapi saja tak tinggalkan jejak bertapak hehehe

    BalasPadam
  10. puan saripah

    terima kssih sudi singgah ke SCP

    moga Allah permudahkan segala urusan puan sekeluarga menjaga dan mendidik anak istimewa puan ,

    insyallah, besar ganjarannya di sisi Allah di akhirat kelak

    BalasPadam