Tanya pada diri sendiri dan anak-anak kita, apakah peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam sejarah kehidupan Rasulullah s.a.w, mungkin tidak banyak yang diketahui. Atau kita hanya tahu secara ringkas, atau samar-samar, apa sebenarnya yang berlaku dalam sejarah Rasulullah s.a.w.
Ini membantu kita menghayati dan menghargai segala pengorbanan yang telah dicurahkan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya dalam menegakkan Islam. Kita akan lebih bersedia dan berpengetahuan untuk menangkis segala tuduhan liar yang tidak berasas yang dilontarkan kepada Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya, yang bertujuan untuk meragukan dan mengelirukan umat Islam. Dengan mengetahui sejarah Rasulullah s.a.w, kita akan lebih mencintai baginda.
Tak kenal maka tidak cinta.
Sejarah Islam, terutama sejarah Rasulullah s.a.w, adalah warisan kita. Ia adalah warisan yang mengatasi segala warisan budaya dan adat sesebuah masyarakat dan bangsa. Malah warisan sejarah Islam adalah lebih penting untuk dihayati dan diketahui dari warisan budaya masyarakat kita.
Siapakah yang akan memberikan syafaat kepada kita pada Hari Kiamat kelak? Siapakah yang akan memohon kepada Allah s.w.t agar dipercepatkan hisab kita kelak di Padang Masyar, jika bukan Rasulullah s.a.w. Adakah para penghibur, pelakon dan orang-orang lain dapat menyelamatkan kita di akhirat kelak? Sedangkan mereka juga seperti kita nanti, sibuk dengan perhitungan diri sendiri, dan mengharapkan pertolongan dan syafaat dari Rasulullah s.a.w.
"Aku bersumpah dengan Tuhan yang mana nyawaku di gengamannya,
bahawa tidak beriman salah seorang dari kamu sehingga dia lebih mencintai diriku
dari ibu-bapanya dan anaknya."
bahawa tidak beriman salah seorang dari kamu sehingga dia lebih mencintai diriku
dari ibu-bapanya dan anaknya."
Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar kita ini , semoga kita menjadi umat Nabi Muhammad yang sentiasa mencintainya lebih dari segalanya selain dari mencintai Allah s.w.t.
Assalamualaikum Pak Itam
BalasPadamSalam Maulidul Rasul
kita basahi bibir kita dgn selawat keatas Baginda s.a.w.
terima kasih
atas peringatan tuuu
Wassalam
Assalamu'alaikum Pak Itam,
BalasPadamBiarpun jasad baginda bersemayam di Masjid Nabawi tapi kita sebagai umatnya masih dapat merasai kasih dan sayangnya terhadap umatnya. Sebab itu titisan airmata pasti tidak lari jika berziarah ke makam baginda. Betapa besar pengorbanan baginda buat kita semua. Selawat & Salam buat junjungan rasulullah s.a.w & sahabat2 baginda.....
SALAM PERSAUDARAAN ISLAM,
BalasPadamMenitis air mata, sebentar tadi dilakarkan kisah anak yatim yang tidak dikehendaki oleh ibu-ibu SUSU yang lebih mementingkan UPAH tinggi dari KEBAJIKAN & keberkatan.
Salam Rezeki.
BalasPadamTarikh yang sangat penting tapi selalu kita lupa!
waalaikumsalam atuk
BalasPadaminsyallah
waalaikumsalam kakzakie
BalasPadamalhamdulillah
rasa tenang dan syahdu bila menziarahi dan berada di makam rasullullah
waalaikumsalam tanpa nama
BalasPadamitulah dunia hari ini apabila al quran dan sunnah sudah mula dilupakan
waalaikumsalam uncle
BalasPadaminsyallah, kitakan jadikan ia tarikh penting dalam kalendar kita