WARGA SCP

Ahad, Januari 06, 2013

PART 19 USA : CAESARS PALACE LAS VEGAS

ALHAMDULILLAH

Ini kali ke dua aku ke Caesars Palace . Kali pertama aku ke sini sebelum ini, hampir 2 jam dihabiskan hanya di Apple Store The Forum Shoppe kerana al-maklumlan , aku nak cari ganti bagi buah Lai aku yang dah 3 tahun usianya dan butang "optionsnya" dah tak berfungsi. Lagi pun baterinya dah nak kong dan tak dapat bertahan lama .






Jadi aku buat pilihan untuk beli buah Apple kali ni kerana sebelum ni apabila aku berada diluar kawasan menoreh, bila ada email penting yang masuk , aku hanya dapat bukanya bila pulang nanti . Walaupun aku punya ipad, aku malas nak usung sana sini . 

Jadi setelah berbelas tahun aku setia dengan jenama Nokia, akhirnya aku perlu berubah dan mengikut peredaran zaman dengan beralih ke telefon pintar pula demi memudahkan segala urusan toreh-menoreh aku .Kekadang tu dulu,jika aku kena ambil gambar tertentu dan hantar , aku kena ambil kat buah lai dulu dan kemudian balik nanti ke belentut a.k.a bluetooth dulu ke pc dan baru dapat send. Lepas ni tak payah dah dan terus boleh sent dari iphone tu. Senang sikit kerja.

Staff di Apple Store tu banyak membantu dan depa setup sekali buah apple baru ku tu dan "disyncronised" sekali dengan pet-pet aku . Namun mula2 tu masalah timbul kerana aku tak ingat "Apple ID" aku serta passwordnya atau aku salah tekan kat screen iphone baru tu kerana al-maklumlah jari aku besar dan screen iphone tu kecik hehehe

Jari dan tangan penoreh macam aku ni biasalah besar dan kasar kerana dah biasa buat kerja2 kasar dan kotor . Alhamdulillah, setelah aku touch kat screen tu pelan2 macam pengantin baru jalan pelan2 masa nak berarak ke rumah pengantin perempuan,baru masalah semua selesai .Nampak gaya lepas ni , aku nak kena luncupkan sikit jari aku ni hehehe

Maka kali pertama aku ke sini, aku tak sempat nak merakamkan foto-foto di Caesars Palace ini . Jadi malamnya, aku ambil keputusan untuk ke sini hanya berjalan kaki dari hotel penginapan menyusuri Las Vegas Strip atau juga dikenali sebagai Las Vegas Boulevard hampir 6 km jugak yang mana kiri-kanannya tertdapat  hotel serta resort terkenal yang menyajikan permandangan yang cantik di waktu malam dengan cahaya neon yang berwarna-warni .

gambaran awan menggunakan teknologi screen dan IT terkini



ratusan butik terkenal

Kalau kalian ingat , Caesars Palace ni tempat Anita Sarawak menyanyi suatu ketika dulu.Tapi tak tahulah samada ia menyanyi pada waktu puncak atau tidak. 

Namun sekarang untuk  show utamanya adalah penyanyi terkenal Celine Dion yang telah mengikat kontrak selama beberapa tahun . Namun bagi peminatnya, untuk mendapatkan tiket bagi shownya sangat sukar dan tempahan perlu dibuat setahun lebih awal.Semua show utamanya berlansung di Colosseum. 

Nasib baik depa tak tahu yang aku juga penyanyi hebat yang menyanyi kat kebun getah , kalau tak , mau depa suruh aku sign contract hehehe




lagi deretan butik-butik terkenal di setiap arasnya


Ternyata Caesars Palace punya tarikan sendiri dengan senireka bentuk bercirikan zaman Empayar Rome dulu kala berbanding The Venetien dengan ciri bandar Venice. 

Di Vegas ni, hampir kesemua hotel dan resortnya mengandungi kompleks deretan butik yang sangat banyak dan syurga membeli belah setiap hotel dan resort mereka mempunyai tarikan tersendiri.

Namun seperti kelazimannya, selepas sahaja pintu masuk utama di aras bawah, kita pasti melintasi pusat perjudian mereka yang sentiasa meriah di malam hari kerana Vegas sendiri terkenal sebagai pusat perjudian tersohor di dunia. Aku hanya berlalu pergi sambil memerhatikan pelbagai gelagat manusia di meja2 perjudian.

Teringat aku cerita P Ramlee yang mana sarjannya iaitu Berahim Pendek yang menang besar kerana buah dadunya semuanya nombor 6 hahaha

Kalau Berahim Pendek datang sini ketika itu,pasti dia menang besar malam tu hehehe

Caesars Palace ni terlalu besar sangat hingga boleh buat kita sesat kat dalamnya. Manakan tidak, bilik penginapannya hampir 4000 buah dalam  6 menara berlainan. Keluasan keseluruhan  pula hampir 28 000 meter persegi . 






Tu yang masa nak keluar lepas tu, berpusing2 aku cari pintunya kerana ia punya pintu masuk dari semua arah . Akhirnya aku ikut je gerak hati dan jumpa jugak pintu keluar tapi dari arah berlainan. Beratur dan tahan teksi untuk pulang ke The Excalibur tempat aku menginap kerana kaki ku dah capek dan penat dan Mak Itam dah tak larat hehehe

Teksi di Las Vegas takda masalah dan melambak dan depa semua guna meter . USD 11 dolar caj teksi dari Caesars Palace ke The Excalibur dan kami akhirnya kepenatan dan tersadai kat katil kerana asyik mengukur jalan je siang malam.

Alhamdulillah.

The Excalibur tempat aku menginap sebelah Luxor

6 ulasan:

  1. Assalam bapak,
    ayat tak tahan tu, pelan-pelan macam pengantin..mueheheh opsss!

    Hmm hebatnya hotel2 kat caesar palace ni kan..bila la saya nak sampai ke tempat cenggitu ni yek..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam


      pengantin kalau jalan laju tu gelojoh hahaha

      insyallah,mana tahu LW ada tugasan disana nanti

      Padam
  2. wahhh...memang pergh la hotel dia (: me masuk sna confirm leh sesat..mana taknye, byk pintu ..ekekeke.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe masuk caesars palace, kami terkeluar ke The Mirage

      Padam
  3. Assalammualaikom wbt pak itam...waduh bapak bisa menyanyi di kebuh getah ya....hebat sungguh...lepas ni boleh di rakam sama buah epal yg baru tu ya....mudah

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      hehehe penyanyi dangdut hahaha

      Padam