بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH
Salah satu tempat yang menjadi pilihan utama kami bila menjejakkan kaki ke Washington DC adalah ke Smithsonian Institution National Air and Space Museum .Nak jadi pilot atau angkasawan belajar tak tinggi mana takat LCE je . Jadi apabila aku dapat tengok sendiri dan merasai sendiri bahan-bahan berkaitan dengan industri penerbangan ni, kira lepaslah hajat aku hehehe
Alhamdulillah, Allah kurniakan aku dengan cara yang berlainan agar aku dapat lihat dan rasai dengan mata kepala aku sendiri benda-benda macam ni . Macam aku cakap tadi , rakan-rakan aku semua belajar pepandai , habis SPM semua pi study kat America, aku dok kat kampung masih main bola sepak raga tu sampai hancur. Bola sepak raga tu je yang bawak aku jelajah hampir seluruh ceruk Tanah Melayu masa tu . Tapi aku tak mengeluh pun kerana tak pi mana2 sambung belajar masa tu macam kekawan aku semua masa tu. Rezeki masing-masing Allah dah tetapkan . Aku gembira tengok mereka semua berjaya mengejar cita-cita mereka.
Tiga tahun lepas adalah adalah sorang rakan sekolah aku contact aku. Mana dia dapat no hp aku , aku tak tahu. Mereka nak buat perjumpaan semula rakan2 sealiran masa tu katanya. Kata orang reunion , aku pun tak tahu apa tu reunion pasal bahasa inggeris ku cukup-cukup makan je hehehe
Dia minta aku punya facebook. Terus terang aku memang takde facebook. Menulis di SCP ni sesaja je seumpama diari perjalanan hidup aku yang aku catatkan walaupun aku tak pernah tunjukkan diri aku kat SCP. Aku tak hadiri jemputan mereka . Mereka semua belajar tinggi-tinggi , ada yang doktor , ada yang engineer dan macam-macam jawatan tinggi lagi.Biarlah mereka kenang yang aku ni macam yang mereka tinggalkan masa mereka pegi melanjutkan pelajaran 25 tahun yang lalu.
Takpelah , itu rezeki mereka , rezeki aku "motong getah" ni pada aku sangat-sangat bersyukur . Walaupun takde jawatan tinggi dan besar , tapi Allah kurniakan aku dengan cara yang berlainan untuk lihat dunia. Aku tak pernah rasa malu pun walaupun malah sangat-sangat bersyukur dengan kehidupan aku dari dulu lagi masa susah baru nak hidup hingga saat ini walaupun duduk di ceruk Tanah Melayu . Kepala tak pening dengan kesesakan lalu lintas . Nak pi kebun , start moto, tak sampai gear 3 dah sampai hehehe

Ok, dah melalut sikit cerita kisah pengalaman hidup sebagai selingan. Kita berbalik pada cerita aku pi ranjau museum ni. Percayalah cakap aku. Rugi jika tidak berkunjung ke museum ni kalau dah sampai Washington DC ni. Banyak yang kita dapat pelajari dan menambah ilmu pengetahuan berkaitan sejarah penerokaan ke langit dan juga sejarah awal bagaimana mereka memajukan industri penerbangan mereka .
Smithsonian National Air and Space Museum ni terletak di Independence Ave at 6th Street, SW
Washington DC 20560
Waktu Operasi
10.00 am-05.30pm
Masuk percuma
Tutup hanya sehari pada 25 Disember sahaja sepanjang tahun
Smithsonian ni sebenarnya banyak museumnya seluruh America yang memaparkan setiap sejarah yang berlainan seperti Smithsonian National Museum of American History, Smithsonian National Museum of Natural History , Smithsonian Castle, Smithsonian American Art Museum (SAAM), Smithsonian Institution Archives.
Sikit sejarah tentang bagaimana tertubuhnya Smithsonian ni.
Sikit sejarah tentang bagaimana tertubuhnya Smithsonian ni.
The Smithsonian museums
are the most widely visible part of the United States Smithsonian
Institution and consist of nineteen museums and galleries as well as the
National Zoological Park.
Seventeen
of these collections are located in Washington D.C. with eleven of
those located on the National Mall. The remaining ones are in New York
City and Chantilly, Virginia. As of 2010, one museum, the Arts and
Industries Building, is closed in preparation for a substantial
renovation and another, the National Museum of African American History
and Culture, is slated to open in 2015.
The
birth of the Smithsonian Institution can be traced to the acceptance of
James Smithson's legacy, willed to the United States in 1826. Smithson
died in 1829, and in 1836, President Andrew Jackson informed Congress of
the gift, which it accepted. In 1838, Smithson's legacy, which totaled
more than $500,000 was delivered to the United States Mint and entered
the Treasury. After eight years, in 1846, the Smithsonian Institution
was established.
Tu dia. Kat Washington DC ni je ada 17 buah daripada keseluruhan 19 buah. Aku dapat jejak satu je dah alhamdulilah. Kalau nak eksplorasi semua 17 buah kat sini, mau kami kat 17 hari je kat sini hahaha
tu mesin buat war tag
logam yang pakai kat tali di leher kebanyakan askar
kalau terkorban , tu yang akan jadi tag untuk menyenangkan
proses pengecaman mayat nanti
logam yang pakai kat tali di leher kebanyakan askar
kalau terkorban , tu yang akan jadi tag untuk menyenangkan
proses pengecaman mayat nanti
Bahagian America By Air
Dah puas ronda-ronda tadi pekan Washington DC naik turun bas tadi , maka lebih kurang pukul sebelas lebih, kami berhenti depannya dan mulakan eksplorasi kami ke dalam museum ni. Kami hanya ada lebih kurang 3-4 jam je untuk lakukan eksplorasi ni kerana asar nanti boleh balik ke hotel penginapan sebelum magrib menjelang.
Orang tetua kata magrib2 tak baik duk berkeliaran kat luar , nanti kena sorok dengan hantu kopek hahaha
Mau hantu kopek kat America ni bebeso kopeknya , sebulan hilang orang carik tak jumpa hahaha
Ramai juga pengunjung ketika itu. Nak masuk kena lalu pemeriksaan keselamatan macam nak masuk airport , tapi tak seketat itulah. Beg kena screen .
Masuk je pintu utama, wowwww
Napelah kat tempat kita tak boleh buat macam ni . Hanya ada satu je kat Tanah Melayu yang aku rasa memang menarik lebih kurang macam ni iaitu kat Port Dickson . Museum Angkatan Tentera tu yang aku pernah masuk.
Museum ni ada 2 tingkat. Tingkat pertama je ada "wing" kiri dan kanan punyalah banyak yang boleh kita eksplorasi.
Kat bawah je ada macam-macam yang kami boleh explore.
rauang pameran tingkat 1
Pertama sekali kami explore di Bahagian Boeing Milestones of Flight Hall.Leka kat situ , sambil baca penerangan dan sejarahnya , kemudian boleh pegang lagi . Semua kat situ bukan replika . Bahannya adalah yang sebenar yang mereka kumpul sejak dulu lagi buat tatapan generasi yang akan datang.Explorasi kami seterusnya di bahagian America By Air. Layan jelah gambar-gambar yang aku sempat rakamkan kat bahagian ni.
Ok, kat sini baru masuk tahun 2016 tadi kerana beza waktu hampir 13 jam sebenarnya bila tiba winter . Musim lain je beza waktu 12 jam kerana mereka gunakan sistem Daylight Saving Time .
8 Mar 2015 - Daylight Saving Time Started When local standard time was about to reach Sunday, 8 March 2015, 02:00:00 clocks were turned forward 1 hour to Sunday, 8 March 2015, 03:00:00 local daylight time instead Sunrise and sunset was about 1 hour later on 8 Mar 2015 than the day before. There was more light in the evening. Also called Spring Forward, summer time, and Daylight Savings Time
1 Nov 2015 - Daylight Saving Time Ended When local daylight time was about to reach Sunday, 1 November 2015, 02:00:00 clocks were turned backward 1 hour to Sunday, 1 November 2015, 01:00:00 local standard time instead Sunrise and sunset was about 1 hour earlier on 1 Nov 2015 than the day before. There was more light in the morning. Also called Fall Back and winter time.
Jadi kenalah putar sekali jam tu , kalau tak nanti tunggang langgang nanti waktu solat .
Alhamdulillah...banyak jugak saya tahu hasil daripada pembacaan ini. Rasa seperti saya pulak yang melancung!
BalasPadamAlhamdulillah
Padamsaya mempelajari sesuatu yang baru di sini setiap hari.
Assalam...
BalasPadamwahh menarik! menarik! menarik!
harap saya pun ada peluang nak p visit SI ni..interesting sangat!
Waalaikumsalam
PadamWelkome back hehehe
Mmg menarik tempat ni , Alhamdulillah , saya dapat banyak pengetahuan di sini
Insyallah, ada rezeki nanti suatu hari
As salam
BalasPadamPak Tam, ni semua autobots or decepticons yg menyorokkan diri.sekali lagi, berhati-hati pak tam.
Waalaikumsalam Rul
Padamhahaha
bapak kan captain america hahaha