WARGA SCP

Ahad, November 01, 2009

SWISS

Mula memasuki satu landskap berbeza disekitar Black Forest.
Perjalanan semakin perlahan mendaki pergunungan Apls
Black Forest terdiri dari pokok pine dan firs
yang tumbuh begitu rapat sekali di antara satu sama lain.

Mustahil untuk kita meredah di bawahnya.
Akibat terlalu rapat, keadaan dibawahnya dan sekitar sangat
gelap kerana cahaya matahari sukar menembusinya.
Kami mulai masuk ke sempadan swiss di Strasbourgh






Dipertengahan jalan, terdapat sebuah perkampungan
yang aman, damai dan tenteram di kaki pergunungan.





Akhirnya kami tiba di sebuah tasik dikenali Tisee Lake yang terletakdi selatan Black Forest. Tasik ini dianggarkan seluas 
1.3 km persegi

Dengan kedalaman 20 m. Terletak 840 m dari aras laut dan merupakan pusat tumpuan pelancong.
Pada musim sejuk, tasik ini akan membeku.





Kalau tadi mendaki, sekarang menurun pula.
Perjalanan tidak terasa sehingga bertemu dengan sebuah
lagi kawasan perkampungan.

Terasa suasana di sini memang mendamaikan.
Kehijauan padang rumputnya , saujana mata memandang.



Betapa rapatnya pokok tumbuh di Black forest







Mana pegi semua org kampung ni,takkan pegi cari kayu api pulak.

Takde pulak bebudak merempit. Memang aman dan damai kampung ni














Akhirnya kami berhenti di sebuah airterjun di Rhine River
sebelah sempadan Swiss
dalam keadaan gelap mula menyelubungi walaupun
jam baru menunjukkan pukul 4.00 ptg
Deruan air terjun dan tempiasnya terasa.








Switzerland , sebuah negara berkecuali yang terletak di tengah eropah bersempadan
dengan Germany di utara, France di barat, Italy di Selatan dan Austria serta Liechtenstein
di timur.
Sebelum ini, tak pernah terfikir dek akal bahawa aku akan
menjejakkan kaki di bumi ini, tapi dengan keizinan Allah SWT ,
perkara yang pada pandangan ku mustahil untuk aku capai,
menjadi kenyataan.

Menggunakan matawang Swiss Franc kerana tidak menyertai Kesatuan Eropah.

Alamak, sesen pun duit Swiss Franc aku tak ada
ngeh,ngeh,ngeh

Takpalah, pandai-pandai lah nanti nak hidup










Untuk ke Lucerne melalui kesibukan lalu lintas di Zurich
dalam kepekatan malam.

Perjalanan sejauh 581 km dari Rhineland
berakhir di Luzern hampir pukul 10.00 mlm juga.
Sampai sahaja di hotel penginapan
di Best Western , Luzern
kami terus ke restaurant untuk makan malam.
100 % vegetarian , tapi menunya
sajian pertama sup lobak,sajian kedua salad,
sajian ketiga nasi putih dengan isi ikan yang digoreng

aduhhhhhh, bisa kurus donggg
dah beberapa hari tak jumpa nasi,
bedal je lah labu
ngeh,ngeh,ngeh

Tapi tak apa, maggi in my cup ada stok lagi
ngeh,ngeh,ngeh

16 ulasan:

  1. Salam Rezeki,
    kalau lama sikit dok situ, mau kurus jadi vegetarian..ni ala-ala around the world in 100 days...saya membaca setiap N3 dengan rasa kejelesan....alhamdulilah, ada seorang Islam yang kaya, menjaga solatnya, menjaga makannya, menjaga keluarganya....semoga Rezeki terus istiqamah....

    BalasPadam
  2. Dear Rezeki.
    Seronoknya pergi Europe. Bila lagi nak pergi? Gambar2 yang sangat mengimbau kenangan. Well done. More pictures please...

    BalasPadam
  3. salam datin,

    alhamdulillah, semoga kita semua terus tidak berpaling dan terpaling kepada yang lain sehingga nyawa dan roh kita kembali kepada Allah yg esa.Moralnya,kita manusia spt saya juga punya kelemahan dan semoga Allah terus memberi hidayah dlm suatu catatan perjalanan di dunia yg sementara ini.

    tapikan datin, rugi rasanya kalau jadi vegetarian selama2nya. Tak dpt rasa nikmat Allah yg diturunkan melalui makanan.

    BalasPadam
  4. salam uncle,

    tentu uncle banyak kenangan dan cerita semasa uncle belajar dan keje kat europe yg boleh dikongsi dlm n3 di blog uncle .
    tentu banyak cite menarik utk dijadikan panduan dan motivasi diri.

    BalasPadam
  5. Salam CR,


    fuyow, n3 ini memang lagi mengancam, sebenarnya n3 tuan ismet semuangya membuat az teruja.

    ooo black forrest aku rindu pada mu (kek la)


    p/s Betul la Datin n uncle,

    Datin, az dah sampai jeles tahap gaban ni. Awat masa az g tour x amik gambar2 pemandangan bebanyak, rugi pulak rasanya.

    BalasPadam
  6. salam az,

    selamat berhari minggu, kemana hari ni ?

    kalau travel mesti digital camera atau camcorder jadi teman ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  7. salam en rezeki

    baru cm nk tanya ,gambar2 ni sungguh cantik,pakai camera jenis apa?digital camera ker or camera 7ribu hinggit cam si tika tu...ada zoom2 gitu..


    wah black forrest...bilalah cik noor nak pass wat cake tu,balik2 cake coklat jer..

    kalau arr sempat dan ada idea,cuba cik rezeki stori sikit tentang budaya org switzerland atau mana2 tempat yg CR pi,baru ni dah tahu kat german orgnya bersopan dijalanraya,kt belanda pulak pelacuran sesuatu yg halal dan terbuka,bolehkan Cr kita kongsi ilmu bersama..

    BalasPadam
  8. Salam CR,

    Tgk black forest tu menyeramkan jer... Semakin seronok mengikuti pengembaraan CR...

    Betul ler apa yang CM kata tu, CR cerita ler sikit budaya hidup org2 di sana... nak juga tahu...

    Kak mas,
    mutu gambar bukan pada kamera tp pd skill yang kita ada... kamera biasa tu pun mutunya boleh lebih baik dari kamera berhibu hinggit... tak gitu CR??? :)

    BalasPadam
  9. salam cm,

    ada yg ambil dr camcorder sony, ada yg dari digicam nikon je .

    tulah, noor nk tukar nama kek black forest jadi black estet atau black maria ke ngeh,ngeh,ngeh

    bilalah nk rasa kek anak mami tu ...

    kalau ingat nti saya stori, tapi saya pun mcm cm juga, pelupa psl manyak termakan semut ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  10. salam tikah,

    mmg scary sikit black forest tu, gelap

    nti kalau saya ada idea n ingat, saya stori ok

    betul tu, skill n bakat penting , camera hanya penyumbang kpd gambar yg perfect

    saya ni ada bakat terpendam je ngeh,ngeh,ngeh

    tapi adik saya yg bongsu tu dh gila camera
    7-8 hibu juga cameranya DSLR , solo lagi tu ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  11. salam rezeki
    hahaha... saya turun 8kg masa 4 minggu ronda Europe dulu. Itupun nasib singgah London dan tinggal rumah orang 4 mlm dapatlah makan nasi, roti jala bagai, kalau tak mau 10kg hilang.

    Masa kat Zurich, kami tidur kat red light district, hotel tu bawahnya ada bar hahahaha sebab tu jer yang murah. Malam tu katil kawan runtuh, sorang kena bed bug. Esok pagi baru nampak keadaan hotel yang horror tu. Nak shower pun kena masuk duit syiling. Last2 lari ke hotel yang elok sikit walaupun terpaksa bayar sedikit mahal.

    Terkenang masa terpaksa solat kat dlm ketapi, tepi bangunan, kat padang. Bila jumpa masjid rasa insaf sesangat.

    BalasPadam
  12. Seolah olah mengembara bersama CR...berapa ari pejalanan keliling eropah?Wah khairyn pun hebat sama.Bukan calang2 org nak solat k tpt2 macam tu,kena betul2 kuat....bye

    BalasPadam
  13. Salam rezeki,
    Betul ke kat sini kadar jenayah paling rendah di dunia. Ada beli jam rolex? tuan rezeki pi simpan duit kat bank sini ke..

    BalasPadam
  14. salam ryn,

    betul sungguh, mau turun berat badan tu.
    kami balik ke london selps tu, mcm org tak jumpa nasi sepurnama lamanya ngeh,ngeh,ngeh
    org utara kata , kebuloq nasi

    zurich pun ada red light dist. apa nk buat dh budaya org barat, tapi malangnya kat mesia pun dh mula benda2 mcm tu

    hai spi roboh katil ngeh,ngeh,ngeh
    mahal kena gigit pijat tu psl pijat org putih ngeh,ngeh,ngeh

    walau dimana pun, kewajipan ttp kewajipan, tu yag mat salleh jeling dan fikirnya "apa yg dibuat oleh mamat sorang ni "

    BalasPadam
  15. salam mama ju,

    alhamdulillah , lebih kuarang 8-10 hari,
    kewajipan ttp kewajipan walau dimana pun jua berada.
    Insyallah.

    BalasPadam
  16. salam zie,

    saya simpan kat tabung buluh je ngeh,ngeh,ngeh
    mmg kadar jenayah antara yang terendah di dunia sewaktu dengan finland dan sweden.

    saya tak minatlah jam rolex , mcm jam org tua-tua ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam