WARGA SCP

Sabtu, Oktober 31, 2009

HEIDELBERG, GERMANY

Menuju di hotel penginapan Di Mercure Koblenz.
Selepas siap segala urusan diri,
sambung balik ronda-ronda kat pekan Koblenz
dengan berjalan kaki .

Suasana malam di situ seperti biasa.
ramai pengunjung membeli belah untuk
persiapan krismas.

Dah balik hotel, baru terasa lenguh kaki ni.
Masa jalan tak ingat dunia ngeh,ngeh,ngeh


Esok pagi lps subuh, pergembaraan kami diteruskan seperti biasa.
Bercerita tentang lebuhraya di German,
terdapat keistimewaan.
Sebuah lebuhraya yang dipanggil Autobahn.
Dengan lebih tepat sekali sebuah lebuhraya yang tidak mempunyai
had kelajuan maksimun.

Kalau lebuhraya biasa, had lajunya 130 km/j
Tapi Autobahn, bawaklah sampai habis meter kat kereta tu.
Kalau siapa nak test kereta yang lebih "power"
inilah masa dan tempatnya

Ni kalau kawan saya Masshcumaker aka CM dapat
memandu kat sini, mau pusing 3 kali meter kereta
ngeh,ngeh,ngeh

Inilah Autobahn 2 lorong yang tiada lorong kecemasan tu.
Had laju minimun 60 km/j

Ini pula Autobahn 4 lorong


Betapa seriusnya pemandu kami memandu











Lalu lintas pagi ini kat lebuhraya tiba-tiba terhenti.
Hanya sebuah lorong sahaja yang boleh digunakan.
Rupa-rupanya berlaku kemalangan jalanraya.
Namun , kerana sikap pemandu di sini yang sentiasa mematuhi
peraturan, semuanya berjalan lancar.

Sebuah treler melekat , terlanggar sebuah treler yang lain
pada sebelah pagi , kerana biasanya berkabus
di musim sejuk .




Menuju Heidelberg castle. Melihat gambaran rumah-rumah di sini
sungguh mengasyikan.
Reka bentuk yang seakan serupa dengan bumbung tinggi dan tirus.







Persinggahan kami seterusnya ialah Heidelberg Castle
yang terletak di atas gunung.
Malas kami nak masuk ke dalam castle tu.
Jadi menghabiskan masa dipersekitarannya
dalam kedinginan pagi yang mencengkam
Rasa-rasanya lebih kurang 5 darjah celcius.
Nak cari toilet , nak cari toilet
biasalah dgn botol air mineral kosong

Menimati panorama pagi ,
sayup di bawah kelihatan pekann Heidelberg yang indah dari kejauhan
rasa aman dan damai



















Dari Heildeberg, perjalanan kami menuju Lucerne, Swisszeland.
jarak perjalanan 581 km(363 batu)
yang sangat panjang.

Landskap dan permandangan mula berubah.
Kehijauan padang rumput ragut walaupun musim sejuk







Persinggahan pertama kami di R and R di Baden-Baden kat Black Forest
Apalah pulak namanya sebegini
ngeh,ngeh,ngeh

Di sini keadaannya aman, damai dan tenteram
Menunggu tepat pukul 2.00 pm
kerana Cuckoo Clock yang besar tu
akan menyanyi dgn penari-penarinya
dari patung.

Terhibur seketika.
Lepas tu baru pikir, apa nak dimakan
Poning lagi palo memikirkannya

Akhirnya, setelah bertanya dgn panjang lebarnya dengan chefnya

ENTSCHULDIGUNG

(SORRY , EXCUSE ME)
LCH BIN VEGETARIER
(SAYA VEGETARIAN)
LCH MOCHTE
(I WOULD LIKE A......)
bla,bla,bla,bla,bla,bla

Ngeh,ngeh,ngeh
Cakap jerman lah pulok ...

spaggeti yang 100% vegetarian menjadi hidangan.
Satu set 16 euro
Ya Allah, semoga rezeki kami tghhari ini halal lagi suci.
Terliur bila nampak kek black forrest tu.
Namun apakan daya, tentu terdapat wain dalam pembuatannya

Lepas makan, kami ke kedai cenderamata di situ
yang dipenuhi dengan ratusan bentuk cuckoo clock dari sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya (bapak cuckoo clock)

Memang tempat ini terkenal dengan cuckoo clock di seluruh dunia.
Akhirnya , sebagai tanda kenangan,
sebuah cuckoo clock yang kecil dan comel dibeli.
Tapi pasal kecik dan comel, takda burung keluar pulak

cuckoo clock





Resort di Black Forest

Pemandu kami yang setia menunggu



Perjalanan yang panjang diteruskan .
Bas semakin perlahan dan berat.
Rupa-rupanya kami mula mendaki jalan
disepanjang pergunungan Alps yang terkenal
dengan Black Forest



Tempat di mana pernah berlangsung olympik musim sejuk
bagi ski jumping
Tapi pasal salji belum turun lagi, nampak tapaknya sahaja
Biasanya salji turun di eropah bulan Januari
kemuncak musim sejuk



Black Forest
Macamana dapat nama tu, nti aku sambung

12 ulasan:

  1. Salam CR,

    Mak oii rumah ker cuckoo clock yang besar tu... kot2 mata saya nie rabun... rumah dikatakan cuckoo clock pulak... CR tu replika ker apa...

    tadi sambil dok baca tertanya2 cam mana dpt nama black forest tu.... sampai ke kek dapat nama tu... nasib baik cr kata nak cite... :) apa iatimewanya ya...

    Kek Black forest... bestnya... nyum.. nyum...

    BalasPadam
  2. salam CR..
    {Sebuah lebuhraya yang dipanggil Autobahn.
    Dengan lebih tepat sekali sebuah lebuhraya yang tidak mempunyai had kelajuan maksimun.}...
    ni tak leh cerita kat hubby ummi ,kalu kat lebuhraya dia ler hero memecut ,,,,

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum CR,seronoknya dpt tgk alam yg indah kebesaran tuhan.Oo dkt black forest rupanya mak mama bergambar dulu,dia tak perasaan kat mana hanya tau szerld saja.Bagilah kredit skit kat tukang ambil gambar,masuk gambar dlm blog ni....jgn marah..tk

    BalasPadam
  4. Salam Tn Ismet,

    Fuyow, macam biasa gambar2 yang u amik ni menggoncang iman AZ. Ni kena kumpul duit, nak buat biznes macam tuan ismet. senag nak ke mana-mana. AZ ni asyik tour ke KL jer.asib baik kawin ngan orang kelumpo. kalu idak terperok kat sekitar tempat kije jer la.

    Ni tehag bersiap nak balik KL. Doakan az selamat sampai yer. ibumertuaku masuk wad kat JKL pulok.

    BalasPadam
  5. salam tikah,

    mmg cukoo clock , tapi besar sgt dan melekat kat bangunan tu, mmg terhibur lihat burung dan benda alah yg lain keluar menari2 bila masuk waktu dengan iringan muzik, tapi sejam sekali jelah.

    kek black forest namanya berasal dr sinilah.
    tapi tulah, tak berani mkn krn mrk suka campur wain utk menyedapkannya.

    BalasPadam
  6. kak ummi,

    ngeh,ngeh,ngeh nasib baik autobahn takde kat malaysia, kalau ada bayangkan kancil bawak 230 km/j mau torbang dibuatnya ngeh,ngeh,ngeh

    mrk kat sana walaupun laju, tapi berhemah . tak mcm kat highway kita, suka sgt damm lampu dari belakang , kurang sopan

    tapi kat sana semua yg laju kat autobhan kereta prestasi tinggi , ada ferari dll

    BalasPadam
  7. salam mama ju,

    kalau jalan2 mmg seronok ngeh,ngeh,ngeh

    tukang ambik gambar ngeh,ngeh,ngeh
    tak payahlah ,

    BalasPadam
  8. salam az,

    insyallah, bila az nti pencen
    bukan senang nk senang, tapi senang kalau nk susah ngeh,ngeh,ngeh

    alhamdulillah, rezeki dan nikmat Allah SWT

    berhati2 ketika memandu, spikan salam buat ibu mertua dan doa saya supaya kesihatannya pulih spt sediakala.

    BalasPadam
  9. salam

    yg paling CM teruja dah tentu hingway tu,fulamakkk,tapikan CR nak tahu tak,!!!pemotong getah yg jelita tu kaki rempit jugak bro,dgn 4 way drive dia tu,celok sana celok sini ,kt KL tu kalau jumpa sebiji 4way drive toyata(unser)belakang ada sticker besar dr mekah..tu arr cik noor anak mami tu...kalau JLL nampak dia angkat tangan sikit arr

    BalasPadam
  10. salam cm,

    mmg teruja , tak payah takut kena saman ngeh,ngeh,ngeh

    tapi noor kalau rempit bawak susu gotah, mau tumpah. sampai stesen memproses je, tinggal suku tong ngeh,ngeh,ngeh

    kalau ku jumpa toyota unser tuuuu, bukan angkat tangan je, siap tabik lagi ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  11. Salam CR..

    nice place.. cooling mata memandang.. perghh.. kalu masuk dalam black forest tu kan rasa2 bleh jumpa ngan robin hood tak?? heh heh

    emm.. baru cheq tau, patutlah selama nie tak pernah menjadi bila buat kek black forest.. kat damansara ada estet je.. forest yelek.. kena tukaq namalah 'kek black estet' keh 3x

    ishh mana ada merempit, CM buat crita je.. (amboi2 cikgu bagi tau semua arr.. menci tau.) cheq bawak slow like snail, KL - Alor Setaq less than 3 hrs je tu pun sempat brenti makan2 kat Sg Perak & Gunung Semanggol.. heh heh

    psstt.. bagus2, kalu nampak my 'itik' tabik tau.. pas tu cakap.. 'latuk, anak cucu tumpang lalu arr'

    ngeh ngeh ngeh

    BalasPadam
  12. salam latuk, anak cucu tumpang lalu ngeh,ngeh,ngeh

    ayat tu mengingat pada zaman kocik2 dulu, kalau nak buang air kat dlm semak keh,keh,keh
    siapalah punya ajaran sesat tu ngeh,ngeh,ngeh

    aikk, master chef buat kek failed buat black forest , betul tu . tukar je nama kek tu

    BalasPadam