بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
ALHAMDULILLAH
Malangnya, kapal-kapal tentera islam tidak berjaya memasuki perairan Tanjung Emas disebabkan oleh kehadiran rantai raksasa yang mengawal pintu masuk yang merentangi selat antara bahagian tebing asia dan bahagian tebing eropah.
Semenjak hari pertama serangan, tentera Byzantine telah berusaha keras untuk menghalang kemaraan tentera Othmaniyyah daripada mendekati pintu-pintu masuk kota . Tetapi serangan strategik tentera Islam telah berjaya mematahkan halangan itu, ditambah pula dengan serangan meriam dari pelbagai sudut. Bunyi meriam itu pula telah menimbulkan rasa takut yang amat sangat kepada penduduk Costantinople sehingga menjejaskan semangat mereka untuk bertahan.
Katanya,
"sama ada kamu tawan kapal-kapal itu atau pun kamu tenggelamkan sahaja kesemuanya. Sekiranya kamu gagal, maka jangan pulang kepada kami sedangkan kamu semua hidup"
Ketika itu juga, Sultan Muhammad Al-Fatih menunggang kudanya sehingga ke pinggir laut sambil menjerit dengan sekuat hati nama panglima perangnya yang mengetuai misi berkenaan, Palta Oglu, untuk memberikan semangat.
aik, kekadang bendera turki tu macam bendera johor pulak.
BalasPadampemandangan yang cantik2 dan err.. tak yah bukak buku sejarah dah ni pak itam..
BalasPadamselamat berpuasa.
CR,
BalasPadamSaya suka dengan semua foto2, semangat saya terus membara untuk berusaha ke sini satu hari nanti...menjejaki CR....
salam ramadhan...
BalasPadambiru air laut itu... subhanallah ~
AZ
BalasPadambetul tu , tapi bulan bintang tu kat bendera kita dalam kotak kecik je
kak pah
BalasPadamseronok menghayati sejarah zaman kegemilangan islam di sana
saya ni suka mengkaji sejarah ketamadunan hehe
rosli
BalasPadaminsyallah, doa saya agar hajat tuan tercapai , kira dah boleh rancang tu
salam ramadhan buat manje juga
BalasPadamair dia kekadang biru kehijauan, menandakan lautan tu tak tercemar dan kehidupann organisma dalam laut tu subur