بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
ALHAMDULILLAH
Hampir jam 1 tgh , kami sampai ke Şehzade Mosque (Turkish: 'Şehzade Camii') Selalu betul aku jumpa perkataan Camii' ni apabila ada masjid, tapi sebenarnya apabila di sebut berbunyi jamek hehehe
Maksudnya Masjid Jamek Shezade
Masjid ni terletak dalam daerah Fatih dan kekadang juga dikenali sebagai masjid di raja . Pembinaannya bermula pada zaman pemerintahan Sultan Suleiman I sebagai mengenang putera sulongnya yang mati Prince Mehmet pada tahun 1543 ketika ia berumur 21 tahun.
Arkitek yang bertanggungjawab ialah Minar Sinan dan siap sepenuhnya pada tahun 1548 .
Ni lagi satu selalu juga jumpa nama Mehmet yang sebenarnya ialah Muhammad .
Aku sebelum itu berwuduk di tengah2 kolah yang terdapat di bahagian tengah masjid yang merupakan satu kawasan lapang .
Macam biasa , khutbah dimulakan dengan bahasa arab lalu diikuti dengan bahasa turkish . Rukun2 khutbah yang lain sama je dengan kita dan hampir jam 1.50 tgh , selesai sudah solat jumaat dan aku sangat bersyukur kerana diberikan kemudahan oleh Allah utk menunaikan solat jumaat kerana kebetulan berada di sebuah negara Islam.
Terkenang aku masa hari jumaat di kota London yang mana hanya terdapat beberapa buah masjid je menjalankan solat jumaat dan aku terpaksa bertolak ke tengah2 kota London agak awal juga dalam jam 10 pagi kerana takut berlaku kesesakkan lalulintas untuk bersolat jumaat kalau tak salah di Regent's Park Mosque.
Dan kawasan di hadapan masjid ini begitu menarik perhatian ku kerana terdapat deretan perkuburan lama yang mengikut pemerhatian ku pasti ratusan tahun yang sebaya dengan umur masjid ini.
rasa2 KOG berani tak lepak kat tepi nisan hehehe
salam - selamat menjalani ibadah puasa....suka tengok senibina di negara belah2 barat ni...cantik -senibina Islam.
BalasPadamwahahaa... macho! siang² ok la ;D
BalasPadamwaalaikumsalam cikgu
BalasPadamselamat menjalani ibadat puasa jug abuat cikgu sekeluarga
keindahan senibina bina mereka berusia ratusan dan ribuan tahun berbanding kita , mmg cantik
koh hehehe
BalasPadamkalau malam kog lepak tepi kuburan mau kog jadi kbg (kucingbirugemok) heheh