بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
ALHAMDULILLAH
Jam menunjukkan lebihkurang 11 pagi . Kami terpaksa mempercepatkan sajian tengahari kerana hari ini hari Jumaat. Kami dijangka akan solat di Masjid Syehzahid nanti. Aku terkejut kerana di situ terdapat puluhan restoran sajian laut atau "Sea Food Restaurant" di tempatkan di dalam satu kawasan yang agak luas juga. Kelihatan meja2 dan kerusi sudah tersedia menanti pengunjung yang dapat aku gambarkan bahawa pasti tempat ini menjadi kunjungan ramai di waktu tengahari dan juga malam .
Tekak ku dah tergambar keenakkan siakap 13 rasa kerana selama beberapa hari muka aku pun dah macam kebab dan nasib baik ketiak tak bau kebab juga. Manakah tidak, dah beberapa hari asyik menu utamanya kebab dengan nasi .
Rasanyanya dia masukkan daun mint kat dalam kuah kacang tu , mana tak rasa berangin je mulut
Inilah agaknya seafood ala Turkeye , Mackarel ni kalau korang nak tahu ialah ikan sardin tapi yg di sini besar lebih kurang tapak tangan aku . Dah katanya seafood, maka ikan yg digoreng pun kira seafood hehe
Mackarel ini ada dijual dan diimport ke pasarraya besar kat tempat kita dan harganya boleh tahan mahal juga.
Punahlah segala impian dan harapan ku nak makan siakap 13 rasa. Tiada la la untuk di makan dan jauh sekali sotong goreng tepung heheheheeheheh
Takpa, rezeki jangan ditolak dan musuh jangan dicari,
baham jelah hehehehehe
Esok dah kat Madinah dan pasti hidangan nasi putih bersama lauk pauk melayu
rindu rasanya dengan masakan melayu
kalau lagi lama aku di turkeye, mau misai ku yang melintang ni boleh dipintal2 macam misai org turkeye juga akibat asyik makan kebab hehehe
CR,
BalasPadamLokasi yang menarik, bersih dan selesa
Canti tempat ni...:)
BalasPadamAssalamualaikum Pak Itam
BalasPadamkerang bakar ada tak kat sana..
he he
SELAMAT BERPUASA
Wassalam
Assalam Pak Itam,
BalasPadamChantek tempat tuh..Gambar yg disnap pun chantek..
Selamat Berpuasa Pak Itam & Famili.
rosli
BalasPadamsemua premis kat situ kelihatan tersusun rapi, rasanya salah satu tourist spot utk makan2
welcome to SCP CT
BalasPadamistanbul mmg tempat yg menarik utk dikunjungi
waalaikumsalam atuk
BalasPadamjgn kata kerang , ke pun takdak hehehe
waalaikumsalam shima
BalasPadamselamat berpuasa juga buat shima
gambar cantik, org yg tukang ambik lagi cantik hahahahaha