Antara persinggahan bagi program ziarah luar di kota Madinah ialah Jabal Uhud di mana kita semua sedia makluman akan peristiwa perang Uhud yang berlaku di situ sehingga mengorbankan ramai para pejuang islam kita di tangan tentera kafir tetapi kematian mereka tidak sia2 kerana syurga adalah balasan mereka yang mati syahid seperti janji Allah S.W.T.
Walaupun lebih kurang 10 pagi kami sampai di situ, tapi matahari telah mula terik kerana sekarang adalah permulaan musim panas bagi negara2 arab. Seperti biasa kita dengan tertib menyampaikan salam buat para syuhada yang terkorban dan dikebumikan di tanah perkuburan uhud ini yang mana hanya jasadnya sahaja mati tapi rohnya diangkat dan dimuliakan Allah .
Pernah berlaku banjir besar di sekitar perkuburan ini sehingga banyak perkuburan terbongkar dan yang menakjubkan ialah kelihatan darah2 mengalir keluar sama2 membanjiri seolah2 mereka baru sahaja dikebumikan sedangkan peristiwa tersebut berlaku beribu tahun dahulu. Namun ini semuakan kuasa Allah .
Bukit yg dikenali sebagai Jabal Rumat atau Jabal Ainain atau Bukit Pemanah kerana disitulah Nabi menempatkan 50 org pemanah diketuai Abdullah bin Jabir yg ditugaskan utk memanah tentera kaum musyrikin . Kemenangan pada mulanya berpihak ditangan tentera Islam. Tetapi akibat engkar akan perintah Nabi supaya tidak berganjak dari situ, mereka telah turun dan mendapatkan harta rampasan dan tentera musyrikin telah menyerang mereka dari belakang yang menyebabkan ramai para sahabat terkorban dan Nabi S.A.W sendiri patah rahangnya. Antara pengajaran yang boleh diambil dari kekalahan tentera Islam itu ialah, jika kita inginkan kesejahteraan dan keselamatan di dunia dan akhirat, kita mestilah mentaati peritah ALLAH dan sunnah Rasulullah.
Kelihatan juga peniaga2 di sini yang menjual pelbagai barangan dan akar2 kayu pun aku lihat banyak di jual di sini.
Alhamdulillah, walaupun ini bukan kunjungan ku kali pertama di sini, namun aku tak pernah rasa jemu kerana yang pasti kunjungan di sini penuh dengan kerahmatan dan keberkatan Allah .
salam ziarah,
BalasPadamalhamdulillah, seolah-olah baru balik melawat Madinah bila melihat n3 mu ini
salam pak itam,
BalasPadamsyukran. ziarah pagi2 ni..:))
CR,
BalasPadamGambar dah lengkap dan jelas. Kekadang terbayang2 camana pemanah2 tu dulu boleh tamakkan harta dan ingkar arahan Rasulullah s.a.w.
waalaikumsalam az
BalasPadamkenangan di sana akan sentiasa segar dalam ingatan
waalaikumsalam tok nab
BalasPadamcucu tok apa khabar hehehe
bagaimana persiapan raya tahun ni
en rosli
BalasPadamitulah perancangan Allah yang kita tak tahu dan tentunya ia bersebab dan perlu kita ambil iktibar dan pengajarannya
antara iktibarnya jika dulu para sahabat nabi pun boleh leka dan alpa akan perintah Rasulullah, inikan kita pula
namun yang pasti semuanya yang terkorban ketika itu dalam keadaan syahid dan diangkat ke syurga