Kalau 5-6 tahun lepas, pasti compact kamera pun tak boleh dibawa kedalam Masjid Nabawi dan kebanyakkan foto hanya dirakam menggunakan kamera telefon secara sembunyi2, tapi kini zaman berubah dan jemaah lelaki boleh bawa masuk compact kamera ke dalam Masjid Nabawi kerana yang pastinya tujuan mengambil foto suasana dan panorama dalam Masjid Nabawi sebagai berkongsi benda yang baik dengan umat islam yang lain yang tak berpeluang menjejakkan kaki ke sana dan juga secara tak langsung sebagai satu dakwah sebenarnya .
Mungkin kerana itulah dasar atau peraturan membawa kamera compak ke dalam Masjid Nabawi telah berubah , tapi jemaah wanita tetap tidak dibenarkan membawa kamera kompak ke dalam dan kadangkala hp berkamera juga tidak boleh kerana atas alasan ditakuti terambil foto jemaah wanita yg dalam keadaan tidak menutup aurat di dalam Masjid Nabawi.
Tapi kalau kita fikir2 kembali, takde lah pulak jemaah wanita yang berada di dalam dalam keadaan terdedah auratnya. Namun mereka yang membuat peraturan dan kita terpaksa akur .
Payung2 tersebut dibuka sebelum zohor lagi dan hanya ditutup menjelang magrib. Memang indah dan damai sebenarnya berada di Masjid Nabawi .
Dan yang pasti setiap solat di sana menjanjikan 1,000 pahala ganjarannya yang boleh kita anggap sebagai salah satu saham akhirat yang pasti sangat berguna membantu kita apabila tiba hari kita dihisab kelak segala amalan dan perbuatan .
Pesekitaran Masjid Nabawi tak banyak berubah kerana sememangnya dari dulu Madinah merupakan sebuah bandar yang terancang berbanding persekitaran Masjdil Haram .
Cuma yang aku perhatikan sayap kiri dan kanan masjid nabawi telah dibina tempat jemaah muslimah bersolat . Semuanya untuk kemudahan para jemaah juga
Alhamdulillah.
Assalamualaikum Tuan, alhamdullilah terima kasih di atas titipan gambar2. Doakan saya sekeluarga agar dapat berkunjung dan beribadah di Madinah. Salam Ramadhan Mubarak.
BalasPadamTahniah pak itam...good job! Gambar2 sangat marbeles...hehehe...pak itam tak rakam video ke payung buka-tutup?
BalasPadamAssalamualaikum Pak Itam
BalasPadamsenantiasa tenang bila menatap Masjid Nabawi dan sekitarnya
Wassalam
salam - sangat cantik ! saya guna camera compact @ hp pun takut2 !
BalasPadam10-11 tahun lagi lah tak dibenarkan langsung
waalaikumsalam mieza
BalasPadamsama2, insyalllah, niat ke arah tu dah ada, pasti impian mieza suatu hari menjejakkan kaki ke bumi barakah terlaksana dgn izin Allah
psss saya pun teringin nak kembara di NZ yang dah dalam perancangan sejak 5 tahu lalu, tapi asyik tertangguh dan ke tempat lain hehe
ala kak nab
BalasPadambiasa2 je dari budak yg baru merangkak ni hehehe
tak sempat lah kak nab , kalau nak rakam kena tunggu masa dia bukak payung dan tutup payung heheeh
saya saya pegang suis payung tu , insyallah hehehe
waalaikumsalam atuk
BalasPadamdah rindu-rinduan ya hehehe
waalaikumsalam cikgu sak
BalasPadamalhamdulillah kak, polisi dah berubah, tapi buat muslimah kenalah tengok2 nak ambik gambar
tu yg saya bawak dslr jap dalam kawasan laman masjid, depa ok je
tapi kalau bawak masuk dalam tak tahu le samada boleh atau tidak
pasal polisi ni depa tak tertulis, maksudnya bila2 boleh berubah