WARGA SCP

Jumaat, September 04, 2009

DAY 37 21/12/2007 JUMAAT

Pintu masuk terowong Muassim

Keadaan semakin sesak

Suasana meriah

Putih je



21/12/2007 JUMAAT (Day 37) BERSAMAAN 12 ZULHIJJAH-Hari Tasyrik

Alhamdulillah, pagi Jumaat yang indah di bumi Mina. Bumi yang penuh dengan keberkatan. Hanya setahun sekali sahaja berpenghuni pada musim haji, bumi ini akan dipenuhi oleh para jemaah yang menjadi tetamu ALLAH.

Dinamakan Mina kerana di situlah tempat berkumpulnya manusia. Mina terletak antara Mudzalifah dgn Mekah sekitar 7 km. Di sinilah jemaah haji bermabit pada malam 11,12,13 tapi bagi yang bermazhab Hanafi,Hambali dan Maliki mereka mabit di bumi Mina pada 9,11 dan 12 Zulhijjah. 

Di sinilah Nabi Ibrahim melontar jamrah dan menyembelih kibas sebagai ganti anaknya Nabi Ismail seperti yang diperintahkan oleh ALLAH. Di sini terdapat masjid Khaif dan tempat melontar bagi jamrah.

Surah Al-Nasr juga diturunkan di sini kepada Nabi Muhammad SAW pada “Haji Perpisahan”.





Kumpulan jemaah Indonisia


Menuruni jamrah pulang ke khemah di Mina

Jamrah dalam bahasa arab membawa maksud batu kerikil kecil. Terdapat 3 jamrah di sini iaitu Jamratul Sughra(jamrah pertma dan kecil), Jamratul Wustha (jamrah kedua ) dan Jamratul Aqabah. Dalam mengerjakan ibadat haji , kita diwajibkan melontar . Melontar jamrah merupakan satu simbolik dalam diri kita untuk menunjukkan penentangan, penghinaan dan permusuhan kita dgn syaitan.


Tingkat 2 jamrah

Dalam riwayat yang disampaikan oleh Ibnu Abbas, ketika Nabi Ibrahim menuju jamrah dgn ditemani malaikat Jibril, syaitan menghalangi baginda lalu dilemparkan dgn 7 biji anak batu kecil hingga syaitan tersebut pergi. Tiang yang terdapat di jamrah sebagai tanda tempat munculnya syaitan yang kemudian dilontar dgn batu oleh Nabi Ibrahim. 

Namun pelbagai kerja penambahbaikan kemudahan di situ telah dijalankan oleh pemerintah Arab Saudi. Kalau dahulu, tiang-tiang jamrah hanya kecil sahaja, tapi sekarang ia telah berubah bentuk seperti kapal layar yang memanjang kerana pada musim-musim haji yang terdahulu, seringkali berlaku insiden yang meragut banyak nyawa ketika melontar jamrah akibat jumlah jemaah yang terlalu ramai. 

Kini, kemudahan utk melontar baru siap sehingga tingkat 3 dan dijangka akan siap dalam masa beberapa tahun lagi sehingga ke tingkat 5 agar tiada lagi insiden berlaku akibat jumlah jemaah yang mengerjakan haji semakin tahun semakin ramai.


Hari ini waktu melontar bagi jemaah haji Malaysia ialah selepas waktu magrib lebih kurang pukul 7.00 mlm. Jadi hari ini , banyak masa dihabiskan di khemah dgn ibadat-ibadat yang dituntut semasa berada di bumi Mina. Kami juga tidak perlu bersolat Jumaat kerana tidak diwajibkan kepada orang yang sedang melakukan perkerjaan haji bersolat Jumaat. Kami hanya perlu solat Zohor sahaja yang dilakukan secara jamak takdim tamam dgn solat asar. Solat dilakukan secara berjemaah di dalam khemah masing-masing . 

Pagi ini , aku dan seorang rakanku pergi ke atas jejambat yang berada betul2 di pintu masuk terowong Muaasim menuju kawasan jamrah. Keadaan dipintu masuk sungguh sesak pagi itu kerana ramai jemaah yang hendak pergi melontar dan melakukan nafar awal. 

Nafar Awal ialah keluar meninggalkan Mina pada 12 Zulhijjah iaitu hari ini dan tidak perlu bermalam lagi di Mina pada keesokkan harinya (13 Zulhijjah). Tapi mereka mesti meninggalkan Mina pada hari ini sebelum terbenam matahari dan telah menyempurnakan semua lontaran di ketiga-tiga jamrah pada 11,12 Zulhijjah dan juga telah mabit di Mina .

Kawalan askar di pintu masuk, Sesiapa bawa beg, begnya
dulu yg akan dilontar oleh askar ke tepi

Anggota tentera yang mengawal pintu masuk ke kawasan terowong terpakasa bekerja keras bagi menghalang jemaah yang membawa barang-barang larangan seperti beg, khemah dan sebagainya kerana itulah punca berlakunya tragedi yang mengorbankan banyak nyawa sebelum ini . Bagi jemaah yang degil, mereka akan merampas beg yang dibawa dan "melontar" di kawasan tepi pintu masuk terowong.
Pintu keluar terowong Muassin

Situasi di pintu keluar dari terowong menghala kawasan perkhemahan yang tidak sibuk kerana ramai jemaah yang melakukan nafar awal akan terus ke Mekah selepas melontar dan tidak pulang semula ke khemah.

Selepas solat magrib, kami suami isteri dan beberapa orang rakan terus menuju ke kawasan jamrah lebih kurang 3.5 km pergi dan 3.5 km balik. Perjalanan begitu lancar kerana tiada kesesakan yang teruk . Dapat melakukan lontaran di hadapan takungan jamrah dgn sempurna dan terus pulang ke kawasan perkhemahan. Pada malam ini , cuaca sedikit berangin dan agak dingin. Malam ini kami akan mabit utk hari terakhir di bumi Mina dan pada malam ini juga beberapa jemaah terlihat kalimah ALLAH dalam tulisan jawi terbentuk dilangit dari kepulan awan sebagai menunjukan tanda kebesaranNYA.

13 ulasan:

  1. Salam en rezeki,

    terasa meremang kepala hanis baca n3 en zain nie....terutama jemaah yg terlihat kalimah Allah tu....Allah Hu Akhbar....

    hanis suka baca perkongsian pengalaman en rezeki nie..
    terima kasih en rezeki

    BalasPadam
  2. Salam CR,

    Tahniah CR, mengasyikan. Memnag dah boleh buat buku ala album ni. Sure laris.

    Hanis no 1 di mana-mana

    BalasPadam
  3. Salam Hanis ,
    beuntung jemaah yg nampak kalimah tu terpampang di langit mina. Yg nampk tu beberapa org jemaah wanita, masa tu kami jemaah dalam 1 grup tgh ambil gambar kenang-kenangan beramai2 . Esok dh nk tinggalkan bumi mina.

    Sekadar pengkonsian pengalaman je Hanis, alhamdulillah jika memberi manafaat bersama.
    Habis je N3 psl haji ni, nti saya nk buat N3 psl musibbah yg menimpa kami sekeluarga kira2 setahun sebelum kami pergi haji ni sebagai perkonsian. Insyallah.

    BalasPadam
  4. Salam AZ,

    TQ , sekadar perkongsian ilmu dan pengalaman saya yg tak seberapa ni.

    p/s : saya dh emailkan contact no. saya .

    BalasPadam
  5. Salam Hanis,

    rasa tak sedap pula nak berencik2 ni, nk panggil CR atau pakcik rezeki (PR) pun boleh. Jangan pakcik kordi sudahlah.
    kat umah mrs kalau bergurau panggil "lokonggg" .
    bahasa cina tu..

    hihihi

    BalasPadam
  6. Salam CR,

    hanis tau ape makna "lokongg"..."lokong chai" pon hanis tau....hahahhah

    BalasPadam
  7. Salam CR,

    Time kasih kerana N3 yang menarik.

    BalasPadam
  8. CR...masa musim haji yg baru lalu, ada ramai gak jemaah nampak kalimah Allah dan kemudian diikuti dgn kalimah Lailahailallah semasa senja sblm berkahirnya wukuf di Arafah. Saya tak perasan....bila dapat tau (after 3,4 hari) saya jd agak kecewa dan terus2an memanjantkan doa utk melihat keajaiaban yg sama....tau tak apa jadi...jeng jeng jeng....nanti saya sembang di kesempatan lain.

    Rezeki pernah mengalami apa yg jemaah2 tersebut alami ke??? Thanks for the posting

    BalasPadam
  9. Salam IP,
    jeng jeng jeng. jgn lupa nti kita kongsi crita tu. Tu semua kuasa Allah.Masa tu kami dlm khemah , bukan rezeki kami.

    BalasPadam
  10. Salam Normala,
    tk, sekadar pengkongsian utk manafaat bersama.

    BalasPadam
  11. Salam CR..

    tak sabar nak baca hari2 yang seterus nyer..
    tgh tggu nih.. jangan lama2 sangat.. tgh seronok membaca.. anyway berapa hari CR kat sana?? masa cheq p dulu.. kami dapat duduk lebih dari 50 hari.. dah tak ingat lima puluh berapa.. tu pun sebab ada jemaah yang uzur tukar tempat ngan kami.. seronok sangat.. dapat duduk terus pun tak pe..

    psstt.. tetiba terdetik dihati, ishh kalu dapat p awal dari 2016 untuk mengerjakan haji pun best jugak..

    BalasPadam
  12. Salam Noor,
    n3 psl haji ni dh nak tamat, kami kat sana lebih kurang 46 hari kot kalau tak silap. saya tgh siapkan n3 seterusnya, insyallah. Noor 2016, kami 2020 kalau ikut giliran , minta dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki krn kalau diizinkan Allah, kami masa tu nak bawa sekali kedua2 org anak kami .

    BalasPadam
  13. Tanpa NamaApril 07, 2016

    slm haji..mse tragedi kami balik dr melontar,mmg dh nmpk kelam kabut tgh2 terowong,kami x leh jln sbb dh jem kt pintu dan stgh hujjaj lelaki kongsi kain ihram yang rida tu wat tali utk turun dr jambatan nk msuk.mmg kecoh.dgr takbir raya zikir2 dlm terowong,tp x sure punca,taw bila dh ptg rmai yg mati.khemah kami bnyk lengang sbb yg pegi pg td x blik dh.

    BalasPadam