WARGA SCP

Ahad, September 13, 2009

ST ANDREWS KE INVERNESS

St Andrews ke Inverness melalui Aberdeen


Pelantar minyak kat sini rasanya yang CL nak pegi tu rasanya.

Dari St. Andrews , perjalanan kami diteruskan menuju Aberdeen.
Aberdeen merupakan bandar ke 3 terkenal di Scotland. Penduduknya sekitar 200,000 ribu org sahaja. 

Dikenali juga dgn nama "Granite City, The Grey City dan The Silver City with the Golden Sands." Terkenal dgn industri petroleum dan pelabuhan terbesar di timur Scotland.


Baru ni jumpa jalan bertol



Terserempak pula dengan kereta proton wira kat sini


Singgah sebentar di Fun Beach, Aberdeen untuk melepaskan lelah dan makan secara berkelah tepi jalan je menghadap pantai. 

Angin yg bertiup kencang membuatkan rasa kedinginan yang amat sangat.

Fun Beach, Aberdeen

Feri bertolak dari sini ke Holland


Cuaca seakan-akan mendung dan seperti hujan handak turun, Tapi inilah fenomena alam di sini . Allah maha kaya menjadikan sesuatu mengikut apa yang dihajatinya. Sebenarnya di sini awan sentiasa berarak sebegitu, Cuaca boleh berubah dengan sekelip mata . 

Itu menyebabkan di sini, ramalan cuaca sangat penting bagi penduduknya sebelum mereka keluar dari rumah. Kalau ramalan cuaca kat tv kita takle pakai ngeh,ngeh,ngeh

Ikutilah pengembaraan kami ini menuju destinasi bermalam dengan panorama keindahan alam semulajadi ciptaan Allah, saujana mata memandang menuju Inverness












Kami sampai ke Loch Ness hampir pukul 9.00 malam juga, namun cuaca baru nak beransur-ansur gelap . Kami mencari B and B utk penginapan namun telah penuh . 

Tapi tuan punya B and B tersebut menelipon rakannya yg berdekatan lalu kami menginap di sana kerana masih ada kekosongan di B and B Spring Burn Loch Ness.




Inilah beg tarik aka beg roda aka beg sorong kami

11 ulasan:

  1. Salam rezeki,
    Yang tak bestnya jadi pemandu bila penumpang semua dok "Wah! Cantik!" sana sini. Kita dok tengok jalan jer hehehe. Paling saya suka memandu di highland, jalannya yang sempit dan berliku-liku. Ada Passing place untuk beri laluan pada kenderaan lain. Saya purposely tak masuk M (motorway) atau Jalan bertanda A dengan 1 atau 2 digit di belakang. Kami akan pilih laluan B dan yang paling seronok kalau dapat laluan B**** (4 digit) sebab sah-sah masuk jalan kampung.
    Tanda jalannya pun menarik - berhati2 orang tua2, lembu, kambing, tupai dan itik huhuhu

    BalasPadam
  2. Salam,
    nasib baik kami ada org guide merangkap pilot. jadi dpt menikmati sepenuhnya perjalanan.ngeh,ngeh,ngeh
    cite psl jln, tu yg jumpa spi jln 1 lorong je, tapi pemandu kat sana bersopan , siapa spi dulu passing place , mrk akan berhenti.
    mmg buku atlas perjalanan a-z byk membantu

    BalasPadam
  3. Salam CR,

    ssaya kagum dengan CR yang mengambil gambar yang begitu cantik sekali. Nak mai datang belajau ngan CR nihhhhhhhh.

    BalasPadam
  4. As Salam..

    wah tn ismet.. dah kluar gambar pewaris 'stable lumba kuda'.. awat gambaq sipi je.. letaklah gambar 'full complete'.. comey arr dua2.. nak cop lah buat menantu.. ngeh ngeh ngeh

    psstt.. tinggal gambar tn ismet & mrs ismet je yg belum kluar.. rasa nyer tak sama kot ngan gambar yang kat 'dinding' 3 abdul tu kan kan..

    p/s: pengalaman yang 'indah ' ketika di rumah anak yatim tu.. siaran tertunda akan disiarkan dirumah sekretari aka bendahari aka jurugambar aka babysitter.. cik hanis.. he he

    BalasPadam
  5. kagum sungguh dgn gambar n pemandangan di sana,alhamdulillah dpt tengok gambar pun jadi lah , nak kesana ....aduh mungkin tak kesampaian kot..

    BalasPadam
  6. Salam AZ,
    boleh apa salahnya, pengerasnya hati lembu 1/2 kg pasal hati nyamuk susah nk cari ngeh,ngeh,ngeh

    nti bila2 kita jumpa bolehlah nti saya turunkan skill tu, insayallah

    BalasPadam
  7. Salam Noor,
    biarlah sipi2, gmbr kami tak ya lah,
    Kategori DMV , dah nak expired dah ngeh,ngeh,ngeh

    ps: semoga kerja2 kebajikan kalian mendpat kerahmatan dari Allah SWT

    BalasPadam
  8. Salam Ummi,
    mmg indah bumi ciptaan Allah SWT ni kan. Kita memandang dan melihatnya sebagai satu kebesaran Allah .

    BalasPadam
  9. Salam CR,

    Tak jemu mata memandang keindahan alam ciptaan Allah ini. Bila boleh kita g melancong sama? boleh buat praktikel sekali ambil gambar tuhh

    BalasPadam
  10. Salam AZ,
    insyallah, jika dizizinkan Allah

    BalasPadam
  11. salam CR,

    coming soon, akan ade satu lg bag sorong barukan CR... ;-)

    BalasPadam