WARGA SCP

Isnin, September 07, 2009

DAY 45 DAY 46 29/12/2007 30/12/2007 SABTU AHAD

29/12/2007 SABTU (Day 45)
30/12/2007 AHAD (Day 46)

Alhamdulillah, hari ini akan berangkat pulang ke tanah air . Check out dari hotel jam 4.00 pagi menuju ke KAAIA ( King Abdul Aziz International Airport) Jeddah dan terus ke terminal haji. Perjalanan mengambil masa 45-60 minit. Terminal haji ini hanya digunakan setahun sekali sahaja. Terletak lebih kurang 4 km dari terminal antarabangsa.

Jemaah haji dari seluruh dunia yang akan berlepas pulang ditempatkan di satu ruang khas mengikut negara masing-masing. Terdapat ruang solat terbuka yang disediakan di sini. Penerbangan kami dijangkakan pada pukul 11.00 pagi . 6 jam lagi sebelum keberangkatan pulang . Tiada kemudahan cafeteria berdekatan . Jadi bersarapan dgn apa yang ada sahaja seperti biskut dan air mineral yang dibawa.

Pukul 9.00 pagi kumpulan kami dipanggil utk masuk ke dewan berlepas . Keadaan agak kelam-kabut juga kerana beberapa orang pegawai lapangan terbang berbangsa arab mengeluarkan arahan mengikut kehendak masing-masing dalam satu-satu masa. Kemudian jemaah wanita dan lelaki dipisahkan disini dan tidak mengikut pasangan masing-masing. Kedudukan tempat duduk dalam penerbangan juga tidak mengikut pasangan seperti kelazimannya. Dengan campur tangan pegawai Tabung Haji , akhirnya pihak penerbangan bersetuju agar jemaah wanita nanti masuk dahulu ke dalam kapal terbang secara “free seat” dan pasangan mereka terpaksa mencari sendiri tempat duduk pasangannya itu. Aku anggap itu semua hanya ujian kecil dari ALLAH yang menuntut kesabaran.

Penerbangan yang sepatutnya berlepas jam 11.00 pagi tertunda kerana kapal terbang tersalah parking. Kapal terbang yang sepatutnya parking di terminal haji telah diletakkan di terminal antarabangsa . Kami diberitahu akan berlaku kelewatan penerbangan krn masalah tersebut.

Lebih kurang pukul 1.00 tgh , masalah diselesaikan dgn membawa kesemua jemaah yang akan berlepas menggunakan shuttle bus lapangan terbang terus ke kapal terbang yang sedia menunggu di terminal antarabangsa. Sebelum itu kami semua menerima cenderamata dari kerajaan Arab Saudi iaitu senaskah Al-Quran dan satu kotak buku panduan berkaitan ibadat haji utk dibawa pulang. Lebih kurang 1.30 ptg kami pun berlepas meninggalkan bumi arab . Ketika itu telah masuk waktu solat zuhur. Bagi yang masih mempunyai wuduk, boleh terus solat zuhur dan asar secara jamak takdim. Bagi yang tidak mempunyai wuduk boleh melakukan solat menghormati waktu dalam kapal terbang. Kami dilarang sama sekali mengambil wuduk di dalam bilik air yang terdapat dalam kapal terbang kerana faktor2 keselamatan.

Alhamdulillah , perut yang kosong dari sebelum subuh tadi diisi dgn hidangan tengahari nasi, ayam dan sayuran serta jus buah-buahan. Selepas itu terus melelapkan mata kerana kepenatan . 2 jam sebelum mendarat di KLIA, sekali lagi dihidangkan dgn makanan. Selamat mendarat di KLIA pada pukul 2.15 pagi 30/12/2007 .

Proses mengambil bagasi agak lama juga .Setiap jemaah dihadiahkan dgn sebotol air zam-zam seberat 5 liter oleh pihak Saudi Airlines. Kasihan melihat beberapa bagasi yang kelihatan terkopak . Semua proses selesai dalam masa 2 jam lebih dan selamat sampai ke KL lebih kurang pukul 5.00 pagi. Keseluruhan masa yang di ambil dari mula check out hotel di Jeddah sehingga sampai ke KL lebih kurang 25 jam .Namun segala kepenatan dilupakan dan kami bersyukur ke hadrat ALLAH kerana selamat pergi dan selamat kembali dan dapat menjalani ibadat haji dengan sempurna dan sentiasa berdoa agar haji kami diterima dan mendapat haji yang mabrur.

RUMUSAN DARI PENGALAMAN
Sesungguhnya ibadat haji ini memerlukan persediaan mental, fizikal dan dari segala aspek dan memerlukan pengorbanan . Masa rehat dan tidur yang tidak menentu setiap hari dikorbankan untuk melakukan ibadat dgn sebaik mungkin di dalam mencari keredhaan ALLAH . Sebagai hambaNYA, cuba melakukan sebaik yang mungkin dan semoga diterima segala amalan olehNYA dan mendapat haji yang mabrur.

Sesungguhnya perkongsian pengalaman ini bukan dgn niat utk menunjuk-nunjuk, tetapi sekadar pengkongsian ilmu dan pengalaman yang diharapkan akan memberi faedah dan manafaat kepada semua muslimin dan muslimat. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

ALHAMDULILLAH


dalam balai berlepas

persekitaran airport


Menunggu masuk ke balai perlepasan















Selamat tinggal bumi Makkah

10 ulasan:

  1. Salam rezeki,,

    sayateringat betul dgn airport ni,flight delay boleh tukar kapal terbang tu,cam tukar bas..beratur panjang ,masa tu teringat andai org tua mesti mencabar proses beratur tu..

    balik mesia naik MAS ke SAUDI ARLINES...???

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum CR

    Alhamdulillah saya merasa seakan berada bersama2 rombongan CR. Tahniah dan kagum dengan gaya penulisan CR. Moga Allah berikan ganjaran yang setimpal atas usaha murni CR dalam penulisan yang dngnnya dapat menyuntik semangat pembaca blog ini.

    BalasPadam
  3. salam
    alhamdulillah segala-galanya smooth w/pun ada sedikit hiccup tapi itu asam garam seorang musafir yang terpilih kan? :)

    Teringat pada tahun yg sama, saya dan housemate berniat hendak mengerjakan umrah, dananya sudah ada tapi halangannya kami tak ada mahram. Tahun lepas pula dua2 tak ada haha.

    Harapnya tahun depan diberi peluang. Doakan giliran saya pula ye :)

    BalasPadam
  4. As Salam..

    membaca sehingga khatam catatan CR mengembalikan nostalgia 16 tahun yang lalu.. sungguh bagai dikata.. persediaan mental & fizikal harus dititik beratkan.. kata2 yang selalu kita dengar.. 'lepas pencen nanti aku pergilah buat haji'.. harus ditukar.. 'semasa kuat nie lah aku kena pergi mengerjakan haji..'

    Semoga CR terus menulis pengalaman yang lain2 nyer.. selain buat kenangan untuk kedua2 anakda.. kengkawan pun boleh tumpang share keindahan perjalanan CR..

    psstt.. lepas nie negara mana lak ek?? opsss, ismet ulam raja misti p 'kongostan.. popostan.. tg rambutan..'

    ngeh ngeh ngeh

    BalasPadam
  5. Salam CR,

    Tahniah. CR seorang pencatat yang hebat. Teruskan usaha murni mu ini.

    BalasPadam
  6. Salam CM,
    mmg aipot kat sana mcm gitulah.perjalanannya agak tidak teratut dan menguji kesabaran.nk buat mcm mana, dh budaya arab mcm tu.
    Balik mesia naik saudi air , tapi pramugarinya dari indonisia.

    BalasPadam
  7. Salam Normala,
    tk, hanya itu yang dapat saya sumbangkan sebagai wacana dlm menyuntik semangat kpd para haji dan hajjah sebagai perkongsian ilmu, insyaalah ilimu yg bermanafaat membawa kebaikan kpd semua.

    BalasPadam
  8. Salam Khairyn,
    alhamdulillah, belum sampai rezeki lagi bagi ryn, insyallah terus berdoa dan berusaha, Allah maha mendengar dan memakbulkan impian ryn nti
    insyallah

    BalasPadam
  9. Salam Noor aka seketeri kompeni,
    kalau dah katam ni kena htr pulut kuning ni ....
    betul, presepsi pegi haji lps pencen kena tukar krn kita tak tahu masa tua nti, kudrat kuat lagi ke atau sebaliknya.

    insyallah , saya akan share suatu catatan perjalanan saya bukan utk anak2 je, tapi kekawan juga , tapi niatnya bukan utk menunjuk-nunjuk , sekadar perkonsian yg tak seberapa ni

    p/s : lepas ni N3 ke kongkostan dah prepare utk sebulan , insyallah

    BalasPadam
  10. Salam AZ,
    tk dan alhamdulillah. nti jumapa kat umah AZ

    BalasPadam