WARGA SCP

Isnin, September 28, 2009

MELAYARI BAHTERA PERKAHWINAN

Jumaat 25/09/2009 : Alhamdulillah, kami sekeluarga sampai ke Ipoh dalam perjalanan untuk menhadiri upacara pernikahan dan perkahwinan anak saudara ku yang dijadual pada pagi sabtu .. Dari KL kami mengambil keputusan meneruskan perjalanan ke Bukit Merah . Hari ini hari jumaat, jadi aku pun terus ke Masjid Gunung Semanggol utk solat jumaat . Lps tu ingat nak hantar reban ayam rakan ku kat situ, tapi kata pak lurah, dia telah pulang ke KL . ngeh,ngeh,ngeh

Terus ke Bukit Merah Lake Town Resort . Tempat ini telah kelihatan macam tidak diuruskan dengan baik berbanding kunjungan ku ke sini 12 tahun lalu. Hanya menghabiskan 15 -20 minit saja di sini sebelum menuju semula ke Ipoh yang jaraknya hanya 50 km sahaja. Terus ke hotel penginapan di Greentown . Berdekatan hotel terdapat Pakeeza Restaurant . Apa lagi , malamnya kena naan butter garlic, tandoori , plain beriyani , pakeeza kebab dan yang paling syoknya manggo juice original yang "diblend" sama mcm kat Makkah.




Bandar Ipoh dari jendela hotel







Upacara akad nikah dijadualkan pukul 11.00 pagi sabtu 26/09/2009. Tentunya upacara bersejarah ini penuh dengan debaran untuk bakal pengantin . Cuba kita imbas kembali bagaimana perasaan kita pada masa itu semasa kita hendak diijab kabulkan .

"GEMBIRA" "BERDEBAR-DEBAR" "TAKUT" "GEMURUH"



Tuan imam merangkap jurunikah hari itu lembut orangnya dalam menjalankan tugasnya . Seperti biasa upacara dimulakan dengan pengesahan kedua-dua mempelai diikuti dengan beberapa " SOALAN CEPU MAS " untuk bakal pengantin. Kalau sesiapa pun berada dalam kedudukan sebegitu, hanya Allah saja yang tahu bagaimana perasaan dalam hati .





Upacara diteruskan dengan khutbah untuk bakal pengantin . Antara intisari khutbah ialah tanggungjawab seorang suami sebagai pemimpin dan nakhoda kapal dalam melayari bahtera rumahtangga. Nampak mudah didengar, tapi sangat berat dan besar tanggungjawab yang dipikul . Khutbah ini bukan saja untuk bakal pengantin , tapi juga perlu diambil ikhtibar oleh semua kerana antara persoalan yang timbul tanggungjawab seorang suami dalam mendidik seorang isteri agar mengamalkan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan dilarang olehnya. Kemudian apabila telah mendapat zuriat , maka bertambahlah lagi tanggungjawabnya.



Jurunikah kemudian meminta persetujuan dari bapa pengantin perempuan sebagai wali untuk kebenaran agar upacara pernikahan dapat diteruskan.




"Episod Yang Mendebarkan Bagi Sesiapa Yang Pernah Melaluinya"


" Aku terima nikahnya .........................................



Dengan sekali lafaz, pak imam mendapatkan kepastian dari saksi , alhamdulillah. Kepada sesiapa yang pernah merasainya, macam satu batu yang besar lagi berat baru terlepas dari atas kepala . Lega yang tak terhingga .








Upacara diteruskan dengan bacaan "taklik" oleh pengantin lelaki seumpama suatu janji untuk pengantin perempuan .





Seperti biasa apabila seorang anak perempuan telah bernikah, maka segala tanggungjawab si bapa tadi akan menjadi tanggungjawab si suami dalam memberikan nafkah . Memohon restu dari bapa untuk perkahwinan meraka.

Sambil menjamu selera , kami dihiburkan dengan alunan muzik tradisional yang sedap teliga mendengarnya .Pada sebelah malamnya pula , majlis yang berlangsung di Sri Kinta tidak dapat kami hadiri kerana selepas sahaja upacara akad nikah , lebih kurang 12.30 tgh , meneruskan perjalanan pulang ke KT kerana untuk menghantar putera kami pulang ke asrama pada keesokkan harinya dan takut berlaku kesesakan di jalanraya.



SESUNGGUHNYA MELAYARI BAHTERA PERKAHWINAN ITU MERUPAKAN SATU CATATAN PERJALANAN YANG KITA TAK TAHU LAGI KESUDAHANNYA .
ADAKAH KITA SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI
ATAU
KARAM DITENGAH LAUTAN .

NAKHODA DAN ANAK KAPAL HARUS SAMA-SAMA
DALAM MEMASTIKAN KAPAL YANG DILAYARI TERUS STABIL
DALAM MENGHARUNGI PERJALANAN YANG PANJANG .
SETAKAT OMBAK KECIL-KECIL TU PERKARA BIASALAH
DALAM MELAYARI HIDUP BERUMAHTANGGA.

PALING PENTING
KITA SEMUA SENTIASA MEMASTIKAN SURUHAN ALLAH SWT DIPATUHI DAN LARANGANNYA DITINGGALKAN KERANA KITA BUKAN SAHAJA HENDAK SELAMAT DIDUNIA TAPI JUGA DIAKHIRAT .

SELAMAT PENGANTIN BARU

DAN

SELAMAT PENGANTIN LAMA
BUAT RAKAN-RAKAN KU
(AZ,NOOR,CM,IP,ASNIJA DLL)

YANG MASIH BELUM LAGI TU,
(CL,PIJAL,HANIS DLL)
JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA
NANTI DIKEBAS ORANG

DAN

YANG SUDAH BERKAHWIN TU
JANGAN PULAK BERANGAN
NAK KAHWIN LAGI

NGEH,NGEH,NGEH

16 ulasan:

  1. salam CR,

    U ni memang terror mengambil gambar. Cantik angel yang dipilih.

    yang seronok baca ....... hanya 50km sahaja. yer le jagindas lari laju, apa ada hal ngan 50km kan.

    BalasPadam
  2. Salam CR,

    Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada anak saudara CR... semoga Allah memberi barakah kepada kedua mempelai...

    BalasPadam
  3. salam AZ,

    bakat semulajadi , takle laju2 , keta byk di jalan raya dan saya ni jenis mematuhi peraturan jalanraya ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  4. salam tikah,

    semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat , insyallah.

    BalasPadam
  5. SALAM REZEKI

    PD AYAT "PADA YG DAH KAWIN JGN BERANGAN NK KAHWIN lAGI"HEHEHE...

    MAK CM KATA,ORG LELAKI NI,BILA DIA KATA TAK NAK ,DIA SEBENARNYA NAK,KALAU DIA KATA NAK,DIA SEBENARNYA TAK NAK,

    ORG LELAKI NI,MULUTNYA DI HATI SEBENARNYA...YG KUAR DR MULUT TU TAK SAMA DGN YG KUAR DR HATI...

    BalasPadam
  6. Salam CM,

    tak baik cakap mcm tu , ngeh,ngeh,ngeh

    apa2pun, sebenarnya pokok pangkal hati .

    tepuk dada , tanya selera ngeh,ngeh,ngeh

    insyallah , saya tetap setia pada isteri saya yg satu .

    BalasPadam
  7. Salam Rezeki,
    Alhamdulillah Rezeki bercita-cita untuk setia pada yang satu...itulah yang bersama ketika susah, dan itulah yang sepatutnya menikmati senang bersama...

    Dah namapun melayari bahtera perkahwinan, mesti sentiasa di landa gelombang....jangan hanyut, tapi kemudi...

    BalasPadam
  8. As Salam CR..

    Aisey man! cheq sudah masuk dalam kategori pengantin lamalah.. walaupun lama tapi kasih sayang terus membara.. ceewahhh

    terasa bagaikan baru semalam, cheq bersimpuh ayu sambil tersiput-siput sedut senyuman mekar menghulur jari yang runcing untuk disarungkan cincin.. merah padam muka yang ditempek tepung gomak 6 inci.. manahan malu dengan usikan saudara mara.. tetiba cheq tersedar.. alamak, itu nostalgia 12 tahun yang lalu.. la nie mana leh bersimpuh bagai.. jari pun dah kombang, muka jangan ceritalah.. dah macam 'loyang' bakar kek..

    ngeh ngeh ngeh

    Semoga Allah merahmati perkahwinan kita semua.. CR, CM, AZ, Datin, IP dan cheq.. yang kita bina atas dasar cinta dengan restu orang tua.. amin.. cepat2 aminkan doa cheq..

    cop cop.. cheq kawin atas pilihan orang tua arr.. sendiri carik asik terputus ditengah jalan je.. end up frust menonggeng.. wa ha ha

    psstt.. wo wo, itu reban bila mau hantar arrr

    BalasPadam
  9. salam CR,

    aminnn...(doa kak noor & CR)

    CR...hanis tak puas lihat gambar2 majlis kawin adik CR ni...kalau lihat gambar kawin nie...tak sempurna rasanya tak lihat wajah dua2 sekali...

    nie hanis tengah tunggu kakak2 & abang2 hanis kuatkan gambar2 kawin mereka nie...aritu kak mas dah ajak semua tuk kuarkan gambar2 kawin semua...

    BalasPadam
  10. hanis

    gambar kawin kami wat apa basi n sejuk dah,nk tgk gambar kawin hang lah cik adik ooi....betul tak mr rezeki...

    BalasPadam
  11. Salam Asnija,

    biarlah isteri satu , buat apa nak pening2kan kepala .

    BalasPadam
  12. Salam Noor,

    teringat kenangan lalu , tersenyum sendirian. Album foto perkahwinan kami 20 tahun lps masih ada, lihat kembali ketawa psl dulu semua slim , sekarang ... ngeh,ngeh,ngeh

    pss reban ayam cheq tersalah hantar kat gunung semanggol ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  13. Salam hanis,

    gambar pengantin pompuan tak sempat ambil psl pg tu nikah dan malam baru majlisnya. Kami lps nikah terus balik ke KT. Tak sempat tunggu mlm psl anak nak kena balik asrama.

    semlm saya baru lihat kembali album perkahwinan saya 20 tahun lps ngeh,ngeh,ngeh

    mcm tak pecaya, dah 20 tahun dah, cepat sungguh masa berlalu.

    BalasPadam
  14. Salam CM,
    betul tu, kami kira pengantin veteran ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  15. CR....terima kasih atas ucapan Selamat Pengantin Lama tu...hehehehe...dah 10 tahun dah pun, tak sangka saya boleh bertahan lama, sbb saya ni jenis mudah bosan, alhamdulillah Allah yg memimpin segalanya.

    err...bab jgn berangan kawin lg tu...ntahlah...tak terpikir pun...kerja byk, tanggungjwb melimpah...kemampuan pun tak seberapa, cukuplah dgn apa yg ada. CM jgn pulak inteprete benda lain pulak ni ;-)

    BalasPadam
  16. salam IP,

    diam tak diam, pejam celik, masa cepat betul berlalu. semoga perkahwinan kita berkekalan dan dirahmati Allah.

    BalasPadam