WARGA SCP

Rabu, September 30, 2009

HONG KONG

Suatu Catatan Perjalanan kali ini ke Hong Kong
sebagai hadiah buat kedua beg tarik kami selepas mereka penat belajar untuk menduduki UPSR dan SPM.

Alhamdulillah , adiknya dapat 5A dalam UPSR.
Lagi pun dah lama mereka tak pergi "theme park".
Jadi kami pun bawa mereka utk menikmati percutian di HK dimana terdapat Disneyland.

Segala perancangan dibuat dengan mendapatkan segala maklumat yang perlu dari internet berkaitan penerbangan, hotel penginapan, makanan halal, waktu solat , tempat-tempat menarik selama beberapa hari kami di sana .

Memilih untuk menaiki Cathy Pacific yang akan terbang dari Changi .Seperti biasa , setiap kali penempahan penerbangan, aku memastikan makanan dalam penerbangan merupakan makanan halal bagi kami (MOML) dibuat semasa penempahan tiket.Urusan penempahan bilik hotel juga telah dilakukan . 

Memilih 2 buah hotel yang berlainan sepanjang percutian ini.
Beberapa malam di Royal Park , Hong Kong dan selebihnya di Hollywood Resort Hotel , Disneyland Hong Kong

Aku sungguh suka betul lepak kat Changi Airport . 
Lapangan terbangnya yang besar , lengkap dengan segala kelengkapan dan kemudahan .

Ruang solatnya juga bersih dan luas.
Patutlah Changi International Airport memenangi beberapa
anugerah lapangan terbang terbaik di dunia.
KLIA harus mempelajari sesuatu darinya.


Terminal 2






Mengambil peluang masa yang panjang sebelum terbang ke Hong Kong . Ke Terminal 3 yang baru sahaja dibuka . Kalau jalan kaki , jauh juga. Menaiki monorel train yang disediakan . Sebuah terminal baru yang serba moden dan canggih berkonsepkan "MESRA ALAM"


TERMINAL 3






Penerbangan yang dijadualkan pada 3.00 ptg terlewat 
hampir 30 minit akibat masalah teknikal. Sepatutnya penerbangan menggunakan pesawat A330 tetapi bertukar ke pesawat 747.

Perjalanan dari Changi ,Singapore mendarat di Hong Kong International Airport mengambil masa lebih kurang hampir 4 jam.
Satu jarak perjalanan yang tak panjang dan menyeronokan
jika berbanding sehingga 12-14 jam jika ke Europe.

Dalam flight, untuk makanan "special request" seperti
makanan islam Macambiasa kanak-kanak,
mereka akan dihidangkan dahulu dari penumpang lain.
Di pek makanan tersebut, terpampang nama dan no. seat.
Jika kita berpindah tempat duduk, jenuhlah mereka nak cari.


Alhamdulillah, urusan imigresen di HKIA berjalan lancar .
Tidak perlu visa ke HK . Keluar saja balai ketibaan, personel private tour kami , Mr William telah lama menunggu dengan tanda nama besar dipegangnya "PAK ITAM"

Dari HKIA , terus transfer ke Hotel Park Royal,
8 Pak Hok Ting Street, Shatin, New Territories, Shatin.

Mr William,seorang warganegara HK yang berhijrah dari Indonisia.
Jadi masalah berbahasa tidak timbul .




Malam tu, hanya berehat saja di bilik kerana keletihan.Bukak beg
dan keluarkan apa yang patut terutama makanan.
Aktiviti kami esok kami telah disusun, antaranya ke Repulse Bay,
Aberdeen Fishing Village dan beberapa tempat lagi.

12 ulasan:

  1. salam CR
    Erm .. bila ler agaknya ,ummi n family dapat menikmati suatu perjalanan seperti yg pernah dilalui oleh CR nie.
    apa2 pun dapat berkongsi tengok gambar yg dipaparkan di sini pun jadi ler dulu.

    BalasPadam
  2. Salam CR,

    Hebat hang ni CR, dah merata dunia hang p. Jadi yer nak tumpang tour CR dec nanti?

    BalasPadam
  3. Salam Rezeki...

    Sungguh murah rezeki...memang nak dengar cerita selanjutnya...nak ke hong kong, tapi takut bab makanan...ok...semoga lepas dengar cerita Rezeki ni, boleh dapat pengalaman....sambung arr...

    BalasPadam
  4. Salam Ummi,

    insyallah, dengan izin Allah.

    Alhamdulillah.

    BalasPadam
  5. Salam AZ,

    insyallah, takle nk confirm lagi . belum nampak lagi scedule hujung tahun ni .

    BalasPadam
  6. salam Asnija,

    Alhamdulillah dgn rezeki Allah SWT.

    cite psl makanan , salah satu baggage kami penuh dengan bahan makanan dan mini rice cooker. Psl kalau lapar sebelah malam, malas nak cari kedai makanan . Tapi sebelah siang tak perlu risau, byk kedai makan halal di bandar HK.

    BalasPadam
  7. salam CR,

    laaaa kene tinggal lagi bag roda nie....huhuhuhuuhuhuhu.......bila nak bawa bag roda nie lak naik kapal terbang jalan2 ni....huhuhuuhuhu..kot dak bawa naik JLL tu pon jg laaaa....

    BalasPadam
  8. salam Rezeki...

    Seronok nyer berjalan dgn family...
    cl paling ngeri bila dalam bas menyebrangi jambatan jamabtan yang tinggi tinggi tuh..ala ala kat Penang Bridge..sebab sya nih fobia tinggi..heheheheh
    makanan islam dari Pakistan banyak leh didapati kat Chia chu chak area...semua nasi Beriani...

    BalasPadam
  9. salam hanis,

    tulah lambat bangun, dh ketinggalan flight

    ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  10. salam CL

    ngeh,ngeh,ngeh takut tinggi rupanya , tapi alhamdulillah kat mekah bilik CL lagi tinggi.
    Kat makkah, lagi tinggi lagi mahal hihihi

    mmg dulu kalau tgk cite HK, nak pegi satu pulau ke satu pulau naik feri, sekrg la ni, jambatan bersimpang siur menyambung kesemua pulau2 tu

    kami sempat pekena nasi mandi kat ziafat
    menyelerakan.

    BalasPadam
  11. Anda nombor kontak atau email Pak William? Saya akan ke sana 23 Disember 2014 nanti. Terima kasih. Wassalam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf bebyk, contact no Pak William dah takde krn semua dlm hp dh rosak tu

      Padam