WARGA SCP

Sabtu, September 05, 2009

DAY 42 26/12/2007 RABU


Alhamdulillah, rutin seperti biasa , berulang-alik setiapwaktu fardhu ke Masjidil Haram. Hari ini mengikuti ceramah agama di hotelpenginapan, Cara-Cara Mengekalkan Haji Mabrur dalam Konteks Keluarga Bahagia. Kemabruran haji adalah nilai haji seseorang dan menjadi impian seluruh umatyang mengerjakan haji. Oleh itu ia wajib dipelihara.

Tanda kemabruran haji dapat dinilai dgn bertambah kualiti kehidupan beragama dan iltizam denganmelakukan amalan2 secara berterusan selepas menunaikan fardhu haji berbanding sebelumnya.Jesteru itu, jika seseorang kembali melakukan dosa selepas menunaikan fardhu haji seperti bersifat riak dan takbur atau tidak beramal dgn akhlak islam yang sepatutnya, ini menunjukkan hajinya tidak mabrur.

Perkara yang perlu diberi perhatian dan ditekan dalam ceramah dan tazkirah itu utk mengekalkan kemabruran haji di antaranya : 
1. akidah perlu dipelihara dgn menghindari perbuatan yg berbtk syirik, kurafat dan bidaah. Oleh itu amalan yg bercampur aduk dgn amalan syirik, krurafat dan bidaah boleh menyebabkan segala amalan seseorg itu ditolak.

2. memelihara solat dan solat berjemaah. Mendirikan solat merupakan tiang agama manakala meninggalkan solat menunujukkan telah robohnya tiang agama. Solat yg sempurna luaran dan dalamannya akan memebrsihkan dosa dan mencegah kemungkaran.

3. memelihara tuturkata dan pandangann yang merupakan dua nikmat ALLAH yg perlu disyukuri. Tuturkata adalah cermin hati dan pandangan adalah tanda baiknya akhlak seseorg.
4. berusaha menjadi teladan yang baik kepada org lain merupakan tuntutan agama.
5. menghindarkan diri daripada sumber pendapatan yang syubhah dan haram. Mencari harta yang halal adalah kewajipan setiap muslim yang menjamin keberkatan hidup . Adalah sesuatu yang jelek dan menjijikkan jika seseorg yang telah menunaikan rukun islam yang kelima ini terlibat dgn harta yang haram

6. menghindarkan diri daripada rakan2 yang fasik.
7. berusaha menambah ilmu agama .
8. menghayati al-Quran dan Sunnah yang merupakan panduan hidup setiap muslim. Al-Quran hendaklah menjadi wirid yang diamalkan pada setiap hari Memahami dan menghayati isi kandungan AlQuran dan Sunnah pula adalah usaha berterusan yang wajib dilakukan sepanjang hayat.

Ibadat haji juga ada tingkatannya hampir sama seperti ibadah sembahyang dan puasa, ibadah Haji mempunyai empat peringkat yang berbeza :-

1. Haji mardud
Haji yang tidak diterima olah Allah SWT lantaran kerana kekurangan syarat-syarat dan rukunnya atau sebab-sebab yang lain yang menyebabkan hajinya tidak diterima atau ditolak oleh Allah SWT.

2. Haji MaqbulIalah
Haji yang sah dan diterima oleh Allah SWT dan orang yang mengerjakan haji maqbul ini dianggap sebagai telah menunaikan perintah Allah dan telah menyempurnakan rukun Islam yang ke lima tanpa diberi ganjaran pahala.

3. Haji Makhsus .
Ibadah haji yang dikerjakan oleh orang-orang yang tertentu yang sempurna segala syarat dan rukunnya, ia bukan sahaja sekadar dianggap sah dan diterima oleh Allah tetapi diampunkan segala dosanya. Haji ini termasuk ke dalam apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari, Ibnu Majah, An-Nasai dan Ahmad daripada Abu Hurairah yang bermaksud :
" Sesiapa yang menunaikan ibadah Haji, tidak ia melakukan keburukan dan kekejian, maka kembalilah ia seperti hari yang dilahirkan oleh ibunya

4. Haji Mabrur
Inilah tingkatan haji yang paling tinggi dan istimewa, tidak semua boleh mendapatkannya. Haji ini bukan sahaja sekadar dianggap menunaikan kewajipan, tetapi selain dari diampunkan segala dosanya, ia juga akan dimasukkan ke dalam syurga.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh At-Tabrani daripada Abdullah b. Abas yang bermaksud :
" Haji mabrur itu, tidak ada balasan baginya melainkan Syurga "

Untuk mencapai tingkatan haji yang mabrur, tidak semudah seperti yang disangkakan tetapi tidak mustahil untuk mendapatkannya. Ia memerlukan beberapa syarat yang tertentu berdasarkan masa-masa tertentu. Sebagai rumusan ada 3 fasa yg perlu dititikberatkan iaitu :

Sebelum Menunaikan Haji
Ada beberapa perkara yang seharusnya diperbetulkan sebelum berangkat menunaikan fardhu haji iaitu :

- Niat semata-mata kerana Allah, jangan sekali dicampur-adukkan dengan perasaan riak dan takbur. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Umar Al-Khattab yang bermaksud " Sesungguhnya segala perbuatan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya bagi setiap seorang itu apa yang diniatkan .

- Wang Perbelanjaan yang digunakan untuk tujuan keperluan bagi menunaikan ibadat Haji hendaklah daripada wang yang halal, jangan sekali dicampur-adukkan dengan sesuatu yang haram atau yang syubahat.

- Kewajipan Yang Sempurna .Setelah cukup syarat yang mewajibkan seseorang itu menunaikan Haji tanpa memaksa diri sendiri untuk menunaikan haji sebelum ia berkemampuan untuk sampai kepadanya.

Semasa Mengerjakan Haji
Semasa mengerjakan Haji juga perlu menjaga beberapa perkara :
- Menyempurnakan segala rukun-rukun Haji. Menyempurnakan segala perkara-perkara wajib Haji

- Membayar segala jenis dam yang dikenakan

- Tidak melakukan larangan ketika berihram Haji seperti persetubuhan, kemaksiatan dan kemungkaran. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 197 yang bermaksud :
" Masa untuk mengerjakan Ibadah Haji itu ialah beberapa bulan termaklum, oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya dengan niat mengerjakan Ibadah Haji itu, maka tidak boleh mencampuri dan tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar dalam masa mengerjakan Haji "

Selepas Menunaikan Haji
Orang yang telah menunaikan Haji, dianggap telah membersihkan dirinya daripada segala dosa dan kesalahan, setelah menunaikan Ibadah Haji khasnya setelah kembali ke Tanah Air maka beberapa perkara perlu diawasi :

- Mengekalkan diri sentiasa dalam keadaan bersih dari sebarang noda dan dosa dengan menjauhkan perkara-perkara mungkar yang dilarang.

- Memperbanyakkan amal soleh untuk meningkatkan iman dan ketaqwaan

- Memperbaiki diri ke arah yang lebih sempurna di segi akhlak dan kelakuan


Dengan terlaksananya segala apa yang dinyatakan seperti di atas, maka besar kemungkinan seseorang itu akan mencapai ke tahap Haji Mabrur yang diidamkan oleh setiap pengunjung Baitullahil Haram.

Diharap akan dapat memberikan satu gambaran tentang Haji Mabrur dan pencapaiannya atau sekurang-kurangnya dapat dijadikan sebagai panduan untuk mencapai Haji Mabrur.

Didoakan semoga kita semua akan dikurniakan taufik dan hidayah serta kemampuan untuk melaksanakan Ibadah Haji dengan sempurna dan penuh ketaqwaan, terhindar dari sifat riak yang merosakkan amalan.

Kepada Allah diserahkan segala urusan dan kepada Allah dipohonkan ganjaran di atas setiap amal yang dikerjakan.

Kami memohon kepada Allah SWT agar kami termasuk dalam golongan yang ke empat dan sentiasa di bawah perlindungan dan kerahmatan Allah SWT.

Insyallah

10 ulasan:

  1. Salam..

    itulah yang kita semua harapkan.. 'haji yang mabrur'.. InsyaAllah..

    BalasPadam
  2. Salam,
    insyallah. Alhamdulillah

    BalasPadam
  3. Salam CR,

    Fuhhh, akan ku simpan memori ini dalam nota-nota ku, akan ku baca ketika adanya masa terluang. Benarkan aku mengopinya CR dalam cakeraku ini yer.

    BalasPadam
  4. Salam AZ,
    silakan demi untuk manafaat bersama , semoga memberi kebaikan.

    Alhamdulillah

    BalasPadam
  5. salam CR,

    harini terlalu banyak ilmu yg hanis perolehi...terima kasih bebanyak CR...

    BalasPadam
  6. Salam CR,

    Hang P mana hari ini, bz ke.

    BalasPadam
  7. Salam CR

    Semoga catatan ini dpt membantu saya utk mendapat haji yang mabrur.

    Doa yang saya pohon sepanjang ramadhan ini agar Allah mudahkan urusan saya dan suami utk menunaikan haji pada 1430. CR bila kita akan diberitau tarikh berangkat ke Mekah?

    BalasPadam
  8. Salam Hanis,
    semoga ilmu tersebut dapat membantu Hanis suatu hari nanti. Alhamdullilah.

    BalasPadam
  9. Salam AZ,
    hari semlm agak sibuk sikit, kul 10 pg dah jenguk anak kat asrama dan bawa balik psl outing. Then terus balik umah satu lagi (umah yg kat hujung tanah melayu tu) . Ptg kena hantar dia balik. Anak bapak .
    Alhamdulillah.

    BalasPadam
  10. Salam Normala,
    sentiasalah berdoa sepenuh jiwa dan hati kepada ALLAH SWT kerana dia maha mendengar. Kebiasaannya pihak LUTH akan memberitahu tarikh keberangkatan pada minggu pertama bulan syawal(seminggu selps raya) dan dah boleh ambil gelang tangan dan sebagainya. Tapi saya dulu, lagi 1 hari penerbangan pertama nk berangkat, baru LUTH bagitau dapat pergi . Kelam kabut juga dibuatnya. Alhamdulillah segala persiapan mental dan fizikal dh set dlm kepala . Walaupun sebelum tu tak confirm lagi dpt pegi, tapi saya dh siapkan diri kami 100%. Dapat atau tidak itu urusan Allah SWT kerana dia maha mengetahui.
    Alhamdullillah, mmg rezeki kaki di jemput sebagai tetamu Allah. Hanya Allah maha mengetahui perjalanan hidup setiap hambanya.

    BalasPadam