2.30 ptg telah sampai kaki kaki gunung dalam perjalanan semula ke Aviemore menuju Isle of Skye. Singgah sebentar menikmati panorama di tasik ini. Subahanallah, indahnya . Keadaan tasik yang berombak dan beralun. Di kaki gunung ni, kesejukannya boleh tahan juga, Apa lagi, kena nescafe panas yang di bawa .Kami park kereta sampai tepi bibir air .
Perjalanan diteruskan menuju Isle of Skye atau juga Isle of Cloud. Dalam slang Gaelic nama untuk the Isle of Skye ialah An t-Eilean Sgitheanach. Perjalanan kami melalui lembah, kaki gunung dan tasik memberikan kami satu pengalaman yang sungguh indah kerana alam semulajadinya .
Perjalanan diteruskan menuju Isle of Skye atau juga Isle of Cloud. Dalam slang Gaelic nama untuk the Isle of Skye ialah An t-Eilean Sgitheanach. Perjalanan kami melalui lembah, kaki gunung dan tasik memberikan kami satu pengalaman yang sungguh indah kerana alam semulajadinya .
Isle of skye merupakan sebuah pulau yang terletak di utara Scotland. Merupakan pulau yang terbesar berkeluasan 1656 km persegi. Penduduknya hanya sekitar 9200 orang sahaja. Industri utama di sana ialah pelancongan, penangkapan ikan , dan membuat wiski.
Kerana terlampau banyak Loch sampai tak ingat yang mana satu, terjumpa masa dalam perjalanan ke Isle of Skye. Terus berhenti di tebingnya. Merakamkan beberapa gambar di situ
Kami tiba di Kyle of Lochalsh lebih kurang pukul 7.00 mlm.Menyeberang ke Isle of Skye dengan menggunakan jambatan selain perkhidmatan feri.Perjalanan di teruskan melalui pekan Broadford menggunakan jalan A87 , seterusnya Luib, Sconser, terus ke Potree.
Jambatan yang menghubungkan ke Isle of Skye
Kami tiba di Kyle of Lochalsh lebih kurang pukul 7.00 mlm.Menyeberang ke Isle of Skye dengan menggunakan jambatan selain perkhidmatan feri.Perjalanan di teruskan melalui pekan Broadford menggunakan jalan A87 , seterusnya Luib, Sconser, terus ke Potree.
Beginilah fenomena alam di sini. Sentiasa mendung tapi tak hujan. Awan seakan-akan berada di atas kepala . Perjalanan sungguh indah . Susah juga nak jumpa kereta kat jalan. Jalannya menyusuri tepi gunung dan tasik. Gunung-gunung atau bukit dah mula kelihatan gondol. Ini menandakan kawasan tersebut agak tinggi dari aras laut.
Kawasan tanah tinggi, gunung-gunungnya botak-botak belaka
Setiba di Potree, puas juga pusing-pusing cari B&B, Akhirnya , The Gables mempunyai bilik yang kosong lagi, 2 buah bilik ditempah.
Kami menginap di B&B di Potree . Gambar ini diambil dari tepi B and B kami pada pukul 7.11 malam. Magrib lebih kurang pukul 9.30 mlm dan isyak pukul 11.20 mlm
Kami menginap di B&B di Potree . Gambar ini diambil dari tepi B and B kami pada pukul 7.11 malam. Magrib lebih kurang pukul 9.30 mlm dan isyak pukul 11.20 mlm
Kemudian kami mengambil kesempatan di sana utk memandu dari Potree ke Kilt Rock . Sebuah kawasan tebing yang tegak dari laut bawah ke atas . Sungguh mengerikan. Perjalanan diteruskan ke Staffin hingga hujung jalan. Jalannya muat-muat untuk sebuah kereta sahaja , tetapi disediakan "passing place" dibeberapa lokasi, siapa yang sampai dulu perlu beralah. Tetapi kalau kat Malaysia, lagi dia nampak kita , lagi laju ngeh,ngeh,ngeh
Sesuatu yang perlu dipelajari oleh pemandu-pemandu di Malaysia.
Sesuatu yang perlu dipelajari oleh pemandu-pemandu di Malaysia.
Lihatlah awan di atas kepala
Tebing curam
Sungguh indah betul. Pukul 8.27 malam tu.
Kambing bebiri dok tengah makan rumput lagi.
Nasib baik takdo kok gotah, kalau tak, mau noreh siang malam ,
cepat naik haji lagi ngeh,ngeh,ngeh
Suasana sebegini adalah kebiasaan di sini. Awan seolah-olah berada di atas kepala . Itu sebabnya ia juga dikenali sebagai Isle of Cloud. Kawasan ini merupakan salah satu kawasan tanah tinggi di Scotland yang menarik ramai pelancong. Suasana di sini juga sunyi, sesekali je terjumpa dengan kereta di atas jalan raya. Memang tenteram sekali .
salam tuan ismet (tiru noor ni)
BalasPadamberapa lama stay di hingland ni???sejuk tak??CM pi cameron hingland jer lah.
Salam CM,
BalasPadam4-5 hari juga. musim panas yg rasanya sejuk kat sana, mlm dekat 9 darjah c juga. kalau winter tak tahulahlah, mau kat takat beku ngeh,ngeh,ngeh
suasana aman , damai sesuai kalau sesiapa nak pegi honey moon
As Salam CR..
BalasPadammemang kelaslah tempat nie.. bagi yang sedang 'frust menonggeng' jangan sesekali p tempat cam nie.. mau layan jiwang.. dengan cuaca yang suam-suam kuku.. drive sendirian di jalan yang 'lengang'.. melihat air tasik yang tenang.. merenung gunung ganang.. misti membuatkan hati terkenang-kenang.. lalu meleleh lah ayaq mata.. hu hu
mak aih!! 8.27mlm terang benderang lagi.. biri2 pun dok tgh sibuk makan dinner.. kalu kat m'sia nie.. tuan bebiri tgh sibuk bakar sabut bawah kandang nak halau nyamok bagi bebiri tido..
psstt.. bukan setakat susu gotah yang beku.. tukang toreh pun beku.. tak tahan seh.. 'ketaq' gigi.. sojuk bonar..
tuan tanah.. mohon laluan,
my dear khairyn, how sweet of you.. takut cheq beku arr.. he he.. ‘dun wurry’ cheq cuma mampu berangan je sis.. ‘money yelek’ mau pigi Scotland..
ngeh ngeh ngeh..
Salam al noor,
BalasPadamkalau tgh frust nongeng, takut terus keta masuk lam tasik ngeh,ngeh,ngeh
p/s : bagaimana persiapan hari raya, kami jadual kelam kabut sikit psl mrs dgn i cuti tak sama , anak pulak hari jumaat baru leh ambik dr asrama .
salam CR,
BalasPadamkalau org yg tgh bercinta mmg mabuk bercinta...kalau kecewa bercinta terjun dalam tasik...kalau org yg tak bercinta???? terus rasa nak bercinta lah kan....emmm kalau camtu hanis kene p lepas nie....ngeh ngeh ngeh
Salam CR,
BalasPadamngeh,ngeh,ngeh cik noor tanyakan kat dik hanis , dia nk pegi mana lps ni ngeh,ngeh,ngeh