WARGA SCP

Khamis, September 17, 2009

MUSIBAH DAN BENCANA : ALLAH MAHA BERKUASA

Patutnya dah dekat hari raya ni , N3 pun mengembirakan, tapi aku sengaja pilih N3 pasal musibah yang melanda kami sekeluarga bukan sekali tapi 2 kali pada penghujung 2006 dan awal 2007 sebagai peringatan kepada kita semua bahawa sesungguhnya Allah SWT maha berkuasa .

Dalam kita bergembira , jangan lupakan kedukaan org lain. Bersyukur dengan segala apa yang ditakdirkan dalam perjalanan hidup kita.Sesungguhnya ada hikmah di sebaliknya.


Kenderaan terpaksa diletakkan di Simpang Pasak utk masuk ke KT




Naik bot , bayar RM 10 duit minyak


Surau Simpang Pasak


Seronok budak2 main air


4 km dari bandar


Dah mcm venice


Jabatan laut pun tenggelam





ALLAH menciptakan langit dan bumi serta segala isinya untuk manfaat umat manusia. Bagaimanapun, tidak ramai yang menghargai nikmat alam sekitar itu. Hal ini menyebabkan ada di kalangan manusia memandang enteng nikmat tersebut sehinggakan bertindak menggondolkan bukit-bukau sewenang-wenangnya.

Sehubungan itu, Allah memberi peringatan melalui firman-Nya yang bermaksud: Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf. (al-Rum: 41)


Shopping kompleks


Jam besar



Berkenaan tanggungjawab manusia memelihara alam sekitar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan. (riwayat Muslim).

Tindakan paling drastik yang perlu dilakukan umat Islam adalah kembali kepada Islam itu sendiri, tinggalkan budaya atau gaya hidup yang jauh daripada Allah dan syariat-Nya. Barangkali musibah seumpama ini adalah peringatan untuk kita agar jangan lalai dan leka terhadap peranan kita selaku hamba dan khalifah-Nya di muka bumi ini.


Stesyen bas KT


hampir tenggelam setingkat




Pasar besar KT










Tinggal bumbung






Arked mara


Punahlah tilam





















































Islam adalah agama yang mengikat hubungan kita dengan Pencipta dan menjalin hubungan manusia sesama manusia.

Islam juga menyusun peradaban dan etika manusia dengan makhluk sekitarnya meliputi alam dan ciptaan Tuhan yang berada di atasnya bersesuaian dengan agenda utama manusia di muka bumi ini selaku khalifah Tuhan yang mentadbir dan mengurus dunia ini dengan saksama dan penuh bijaksana demi kemaslahatan manusia dan keharmonian alam sekitarnya.

Bukit-bukau dan gunung-ganang dijadikan Allah sebagai pasak bumi (al-Anbiya’: 31). Apakah saranan Islam tentang pembangunan seimbang ?

Kita perhatikan dahulu ayat al-Quran itu tadi. Allah menegaskan: Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani. (al-Anbiya’: 31).

Ayat ini menegaskan bahawa fungsi sebenar bukit-bukau dan gunung-ganang itu ialah sebagai pasak kepada bumi. Meneres kawasan bukit-bukau sesuka hati tanpa kawalan dan sempadan mengundang ketidakseimbangan muka bumi itu sendiri.

Justeru, pembangunan yang seimbang ini amat dititik beratkan dalam ayat Allah yang lain antaranya firman Allah yang bermaksud: Dan bumi ini Kami bentangkan dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya. (al-Hijr: 19).

Sistem keseimbangan dalam alam sekitar yang diaturkan Penciptanya ini lebih dikenali sebagai ekosistem yang sangat unik dan sistematik. Seluruh unit dalam sistem telah diprogramkan Allah agar mengikuti sistem atau sunnatullah yang hebat ini.

Sebagai contoh, matahari dan bulan ditentukan Allah berfungsi dalam ekosistem ini selaku penyumbang cahaya mengikut kadar peratusan yang tertentu.

Jika kadar pencahayaan matahari itu melebihi peratusan yang sepatutnya, maka tentulah alam dan hidupan di atas permukaannya bakal mengalami kemusnahan dan kebakaran.

Begitu juga kadar oksigen dalam udara yang telah ditentukan Allah sejumlah 21 peratus, maka andainya kadar oksigen itu menjangkau 50 peratus, nescaya alam dan hidupan di atas permukaannya juga pasti mengalami kemusnahan dan kebakaran. Begitulah al-Quran melukiskan peri pentingnya keseimbangan ekosistem ini untuk dipelihara oleh khalifah Tuhan atau manusia di muka bumi ini sebaik-baiknya. (Tibarah, ‘Afif bin Abdul Fattah. Ruh al-Din al-Islami. Beirut: Dar al-Malayin li al-‘Ilmi. Hal. 57).

Akhirnya, renungilah seruan Ilahi untuk hamba-hamba-Nya bagi menjaga alam sekitar khususnya bukit-bukau dan gunung-ganang ciptaan terindah Tuhan menerusi ayat yang bermaksud: Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam; Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. (Faatir: 27 -28)


Ikutilah pengalaman kami menghadapi musibah ini dalam "SUATU CATATAN PERJALANAN"

Alhamdulillah, banjir besar telah melanda Kota Tinggi di penghujung 2006 dan sekali lagi awal 2007. Hampir 40 tahun Kota Tinggi tidak mengalami banjir besar sebegini .Banjir pertama yang berlaku sungguh tidak disangka.Kawasan perumahan kami terletak dalam kawasan bandar KT.

Aku mendapat panggilan telefon dari jiran ku mengatakan air telah mula naik sekitar pukul 2.00 pagi.Namun dia tidak menyangka akan seburuk begitu. Maka kereta yang diletakkan di dalam kawasan rumah tidak dialihkan. Pukul 4.00 pagi air semakin naik, namun mereka tidak sempat menyelamat kereta masing-masing kerana semua jalan keluar dari taman perumahan kami telah dinaiki air . Aku bersyukur dan bernasib baik kerana aku hanya menginap di rumah tersebuthanya pada hujung minggu sahaja.Namun banyak perabot dan harta benda yang tentunya akan rosak. Aku berserah pada Allah kerana dia maha berkuasa.

Banjir pertama telah menenggelamkan bandar Kota Tinggi.Tiada lagi Kota Tinggi, yang ada Kota Rendah . Air naik separas 4-5 kaki . Air surut selepas 5-6 hari. Maka bermulalah fasa selepas banjir. Kota Tinggi mcm padang jarak padang terkukur. Keadaan rumah di taman perumahan ku juga sebegitu.

Lebih kurang 15-20 kereta di situ yg tidak dapat diselamatkan.Keadaan dalam rumah tak usah cakaplah. Ini merupakan sedikit ujian dari Allah SWT. Kami terima dengan redha. Tapi kerja pembersihan perlu dijalankan.Mana yang patut dibuang perlu dibuang. Dalam rumah penuh dengan lumpur yang telah kering. Segala peralatan dan plug letrik rosak .

Setelah seminggu, aku pun mulakan fasa kedua pula, kerja pembaikan. Semua plug dan fius box perlu diganti, dinding yang terkopek di cat semula, Kebanyakan perobot ku dibuat dikilang dan terus dipasang ke dinding.Hampir 2 minggu juga , kerja2 pembaikan dan pengantian dijalankan.






Kawasan perumahan ku selepas 3 hari banjir kalai ke 2. Air belum surut lagi





Namun kuasa Allah , siap sahaja kerja-kerja pembaikan pada malam jumaat itu, hujan telah turun dengan lebatnya. Hati mula risau , namun berserah kepada Allah. Dia maha berkuasa dan maha mengetahui.Keesokannya ,lebih kurang pukul 9.00 pagi, jiran ku menalipon . Air telah mula naik di tengah bandar KT. Aku bergegas bersama seorang pekerja ku ke KT. Kami meletakkan kereta agak jauh dari kawasan prumahan kerana takut terperangkap nanti. Apa yang boleh kami lakukan ialah membuka semua pintu almari dan kabinet kerana kebanyakkan perabot ku melekat di dinding. Oven dan dapur di dry dan wet kitchen di selamatkan. Namun hood dapur ku biarkan kerana beranggapan banjir kali ke 2 ini tentu tidak seburuk yg pertama.
Mana yang patut diangkat ke tingkat atas telah di angkat. Akhirnya bertawakal kepada Allah.

Allah maha berkuasa. Banjir kali 2 lebih teruk . Ada kedai di tengah KT terus nampak bumbung je. Rumah ku juga telah ditenggelamkan hampir 8-9 kaki. Hanya sedikit lagi di dalam rumah hampir ke paras cornice.

Namun , semua yg di cipta oleh Allah SWT ada hikmahnya .Pengalaman yg tidak dapat aku lupakan semasa meredah air banjir untuk ke rumah ku separas dada . Kayu dibawa sambil mengharung takut2, ada ular yg berenang. Sepetang aku bersama pekerja di sana, melihat kerosakan dan kemusnahan sambil menyapu keluar lumpur. Yang paling menyakitkan dan mengelikan hati ialah semasa aku mencuci anak tangga dan terjatuh mengelungsur dari atas tangga .MACAM NANGKA BUSUK.




Air mula surut tapi masih ada lagi di dalam rumah






Hob wet kitchen ni terjatuh ke dalam air kerana ada bot lalu
kat belakang rumah menyebabkan ombak masuk ke dalam rumah


Dry kitchen yg rosak


Lumpur yg perlu dibersihkan


Cat terkopek di sana sini




SELEPAS BANJIR PERTAMA DI KAWASAN BANDAR

























Alhamdulillah, aku terima musibah ini dgn hati yang tenang dan redha. Ada hikmah disebaliknya. Hanya Allah yang maha mengetahui. Hasilnya kami bangunkan sekali lagi kediaman kami . Banyak keringat dan penat lelah yg tumpah , namun itu hanya sekelumit dugaan Allah SWT ke atas hambanya . Inilah hasilnya "Rumah Ku Syurga Ku" .














SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI YG BAKAL MENJELMA, KAMI SEKELUARGA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MEMOHON RIBUAN AMPUN DAN MAAF ATAS SEGALA KESALAHAN DAN KESILAPAN KAMI SAMADA DISEDARI ATAU TIDAK SEPANJANG BLOG INI BERSIARAN

UNTUK
CL,CM,NOOR,AZ,IP,PIJAL,TIKAH,ASNIJA ,HANIS, KHAIRYN,UMMI,
MSYUK, NORMALA ,DANCING PENA
DAN RAKAN-RAKAN LAIN
SEMOGA HARI RAYA INI MEMBAWA SINAR KEBAHAGIAAN
DAN KECERIAAN BUAT KAMU SEMUA

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN
INGATLAH SEMASA KITA SEMUA BERGEMBIRA
ADA INSAN LAIN YANG BERDUKA

22 ulasan:

  1. Salam CR,

    Moga ujian ini membuatkan kita lebih tabah dan menyedari bahawa Allah itu maha besar dan maha mengetahui. Kita hanya berserah, kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau kami meminta pertolongan.

    BalasPadam
  2. Salam AZ,

    Allah maha besar . Dia boleh melakukan apa sahaja yg dikehendakiNYA. Sesungguhnya ini cuma ujian kecil dariNYA dan mempunyai hikmah . Alhamdulillah.

    BalasPadam
  3. Salam Rezeki,

    Cantik nyer rumah Rezeki nih...macam kat Anjung Seri...

    Memang la kan...adakalanya Allah nak beri rezeki, dicuba dulu dengan susah...bila kita besabar, berlipat kali ganda di tambah rezeki pada kita, adakalanya yang diambil tu kecik je, tapi kita sedih sangat, sedangkan yang nak Allah ganti tu lebih hebat...

    Alhamdulillah, Allah sedang melimpahkan rezeki buat Rezeki...

    BalasPadam
  4. Salam Datin,

    mmg betul, kita sebenarnya tak tahu apa yg Allah rancangkan untuk kita. Alhamdulillah , kami sekeluarga terima segala yang baik dan buruk dari Allah kerana dia maha berkuasa . Jangan yg baik je kita bersykur, kalau yg tak baik, kita bersangka buruk dgn Allah.

    Setiap sesuatu kejadian tu ada hikmah dan pengajarannya.

    p/s : setiap kali bulan 12 , kami fobia . Hanya berserah pada Allah setelah melakukan usaha. Tu yang masa pegi haji hujung 2007 , staff dah clearkan tingkat bawah bawa naik tingkat atas, cuma yg attach kat dinding tu biarkanlah . Allah maha berkuasa. Alhamdulillah

    BalasPadam
  5. salam saudara ku rezeki

    sesungguhnya benar jabji Allah,siapa yg bersabar Allah tambahkan nikmat dan ganjaran,moga rezeki terus bereseki,doa dr kami untuk rezeki sekeluarga..

    cantik sungguh rumah tuan Ismet..

    BalasPadam
  6. Salam CM,

    terima kasih atas doa CM dan semua rakan2 . Semua yang baik dan buruk dari Allah kan rezeki namanya . Alhamdulilah.

    rumah ku syurga ku CM, tapi kalau hujung minggu anak tak boleh balik dr asrama, kami berdua je.

    Kalau saya pergi dulu, itulah tempat berlindung buat isteri dan anak2 nanti.

    BalasPadam
  7. Salam rezeki,

    Betul tu, tiap yang berlaku tu ada asbabnya. Kena sentiasa muhasabah diri. Datang yang baik, kita bersyukur, datang yang buruk, kita sabar, reflect balik, bangun dan buat yang lebih baik. Ganjaran Allah tu sangat besar.
    Suka tengok gambar2 rumah Encik Rezeki ni. Sejuk mata memandang huhuhu.

    Selamat menyambut Eidulfitri. InsyaAllah tahun ni saya balik ke Malaysia. Pertama kali balik beraya selepas 3 tahun di Glasgow saja. Tak sabar rasanya nak melawat kubur arwah abah :)

    BalasPadam
  8. Salam CR,


    Kadang2 Allah timpakan musibah buat kita sebagai peringatan buat kita... Tanda kasihNya pada setiap hambaNya...


    Salam aidilfitri buat CR sekeluarga... moga gembira dan ceria menyambutnya bersama keluarga tercinta....Maaf zahir Batin

    BalasPadam
  9. Salam Khairyn,
    alhamdulillah, selamat dunia dan akhirat jika kita sentiasa berpegang kepada qada dan qadar.

    Syukur kepada Allah krn tahun ni ryn dapat pulang ke tanah air setelah 3 tahun dirantauan.
    Tentu raya ni akan meninggalkan kenangan indah buat khairyn.

    berapa lama kat mesia ?

    BalasPadam
  10. Salam Tikah,

    semua itu ujian dari Allah dan kita redha akannya. Salam aidil fitri juga dari kami sekeluarga buat tikah.

    BalasPadam
  11. salam Rezeki..

    alhamdulilah alhamdulilah... Selamat Menyambut Hari Raya aidil fitri....

    syukran

    waslam

    BalasPadam
  12. Salam CL,

    alhamdulillah, semoga CL bergembira menyambut syawal di bumi barakah

    BalasPadam
  13. As Salam CR,

    musibah yang melanda hanya ujian kecil dari Yang Esa.. apa yang kita miliki hari ini hanyalah pinjaman sahaja.. bukan milik kita yang hakiki.. tahniah pada CR & keluarga kerana sentiasa 'redha' dengan ujian Yang Esa.. semoga Allah sentiasa merahmati kita semua..

    dikesempatan yang terluang ini cheq nak mintak ampun & maaf, andainya selama kita mengenali antara satu sama lain dialam maya ini.. ada bahasa2 dan corak penulisan cheq yang menyinggung perasaan 'tn ismet'..

    Salam untuk keluarga serta..

    SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR BATIN

    BalasPadam
  14. Salam
    Akan tiba di Tanah Melaya pada 22 Sept dan kembali ke Glasgow pada 15 October. Kalau Glasgow keras kepala lagi, mungkin kami beraya hari Isnin. Kalau macam tu tercapailah hasrat saya hendak beraya dalam flight hahahaha dan seterusnya beraya di Dubai :)
    Ambik cuti lama ni sebab nak buat visa. Dulu depa bagi saya 3 tahun jer sedangkan course saya tu sebenarnya 4 tahun. Harapnya Allah permudahkan urusan visa ni sebab depa ni memang kerek sikit tang nak bagi visa.

    BalasPadam
  15. Salam Noor,
    Dunia hanya pinjaman, yg kekal adalah Allah SWT.

    Kami pun sama juga , kalau ada salah silap dan penulisan yg menyinggung perasaan, harap di maafkan dunia, akhirat

    kalau gotah boku yg terambil tu, halalkan yek cik noor, ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  16. Salam Khairyn,

    satu pengalaman baru tu , beraya kat dlm flight, ngeh,ngeh,ngeh semoga semua urusan visa berjalan lancar

    BalasPadam
  17. CR....teruk betul ye...saya masa tu dah di Paris, so tak ikuti sgt, tp taulah mmg katanya teruk betul...tp n3 CR cukup mengesankan...tambah menyedarkan betapa kecil lagi kerdilnya kita serta ilmu kita...tak terjangkau apa sekalipun sebenarnya.

    Salam Syawal dr kami di perantauan.

    BalasPadam
  18. Salam IP,
    betul tu, kita insan kerdil tak terjangkau apa sekali pun ketentuan Allah. Jadi sentiasa menginsaf diri , apa2 pun hanyalah pinjaman, allah yg kekal abadi. Salam aidilfitri juga buat IP sekeluarga.

    BalasPadam
  19. Salam CR,

    Alhamdulillah, setiap yang terjadi itu ada hikmahnya.

    Selamat Hari Raya Aidil fitri maaf zahir batin buat CR dan isteri. Sedap mata memandang rumah CR..

    BalasPadam
  20. Salam Normala,

    alhamdulillah, Allah maha berkuasa.
    Selamat hari raya juga dari kami sekeluarga utk normala, semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan kita di dunia dan akhirat.
    insyallah.

    BalasPadam
  21. Salam CR,

    Bila nak buat n3 baru nih.

    BalasPadam
  22. salam CR .. salam aidul Fitri ..semoga musibah yg berlaku akan menjadikan kita lebih dekat kpd Yg Maha Pencipta

    BalasPadam