Masjidilharam mulai lengang
HARI-HARI TERAKHIR DI KOTA MAKKAH
Seperti biasa ke Masjidil Haram utk solat subuh pukul 4.00 pagi. Selepas tamat musim haji ini, keadaan dalam Masjidil Haram telah mula tidak terlalu sesak krn jemaah haji dari seluruh dunia telah mula beransur-ansur terbang pulang ke negara masing-masing.
Hari ini telah mula kelihatan bas-bas yang akan membawa jemaah ke lapangan terbang di hadapan hotel-hotel di sekitar kota Mekah. Bagi jemaah yang sampai ke Mekah dalam penerbangan akhir, mereka pula akan ke Madinah pula selepas ini.
Kami juga telah mula mengemas beg-beg pakaian kami yang akan dihantar ke Madatul Hujjah Jeddah pada keesokan harinya iaitu 26/12/2007 2 hari lebih awal dari tarikh kami akan meninggalkan kota Mekah iaitu pada 28/12/2007.
Pelekat-pelekat khas telah mula diedarkan. Beg2 besar tersebut juga perlu diikat dgn tali (seperti tali yang mengikat leher kambing) di ke semua sudut seperti menyulam kerana dikhuatiri akan terbuka akibat hempasan dan campakan semasa proses keberangkatan pulang nanti. Aku meminta pertolongan pekerja hotel untuk mengikatnya kerana mereka kerana kepakaran mereka . Apa yang tinggal hanya hand luggage yang mengandungi beberapa persalinan utk dipakai nanti. Peraturan Saudi Airline menetapkan hanya 35 kg bagi setiap jemaah yang boleh dibawa. Sekiranya lebih, setiap 1 kg akan dikenakan bayaran tambahan sebanyak 20 saudi riyal.
Lagi sehari dua, kami akan menemui waris kami , iatu 2 orang anak kami yang telah hampir 41 hari kami tinggalkan.Hanya itulah harta kami didunia yang akan menyambung talian hayat kami apabila kami pergi tak kembali lagi.Sering menitipkan doa buat mereka berdua di tanah suci agar menjadi anak yang soleh dan berguna ,bijak serta pintar yang dapat menjalankan perintahNYA dan meninggalkan laranganNYA.
Insyallah
Salam CR
BalasPadamCatatan ini amat berarti kepada bakal-bakal tetamu Allah. Saya telah pun mengiklankan blog ini kepada sahabat ku yang kini dalam status standby untuk menunaikan fardu haji tahun ini
Salam AZ,
BalasPadamalhamdulillah, semoga kita dapat manafaat bersama . Hanya sumbangan kecil saya yg tak seberapa ni dalam berkongsi pengalaman .TK
Salam CR,
BalasPadamjemputlah ke rumah.
As Salam CR..
BalasPadamhari2 terakhir di Makkah terasa amat sayu.. cuba menfaatkan semaksimum yang mungkin.. dikala ini lah hajarul aswad dapat dikucup.. itu pun kena tggu tengah malam.. setelah sekian lama disana..hati terlalu berat nak tinggalkan.. kalau tak kerana ayah dan bonda.. nak saja terus tinggal kat sana.. tapi.. nak kije menda lak.. bukan nyer ada pokok getah nak ditoreh..
psstt.. waktu cheq dulu, ayaq zam zam depa bagi bawak balik 5kg je.. tapi cheq bawak balik 10kg extra.. sib baik tak yah bayar.. kenapa??.. he he.. rahsia..
salam Rezeki..
BalasPadamalhamdulilah...semoga allah swt memperkenankan doa doa suadara itu terhadpa anak anak...beigtu jua sya berdoa untuk suadra sekeluarga ...semoga di murahkan rezeki, mendapt keluarga yang bahagia dan taat pada allah swt..dan di syangi Nyer..insyalah.
wslam
Salam Noor,
BalasPadampokok gotah takdo, gi toreh pokok tamar ngeh,ngeh,ngeh
mmg hari2 terakhir yg mmebuatkan hati kita rasa sayu, baru2 balik mamai seketika
ni mesti pak arab kat aipot tu kena kenyit mata ngeh,ngeh,ngeh
Salam CL,
BalasPadamsemoga apa yg dihajati diperkenankan Allah, terima kasih atas doa CL buat kami sekeluarga . Juga kami doakankan agar CL sentiasa dibawah perlindungan dan kerahmatannya di sana .
Alhamdulillah
moga rezeki sentiasa terbuka untuk rezeki kembalilagi kr makkah..
BalasPadamrezeki nama sebenar apa??? nk berkenalan ni haji!!!!
Salam CM
BalasPadamrezeki itu nama company , panjang cite je nooo. 2 hari 2 mlm cite psl nama ni tak abis.
kikikiki
salam CR,
BalasPadamhanis pon rasa sedih..sbb cerita2 di makkah daripada CR dah nak habis episodnya...sedih nieee...sok sek...sok sekkk...apa2 pon hanis pasti bila free hanis akan ke sini untuk membaca kembali n3 CR yg lepas2 ini.......sok sekk...sokkk sekkkk
Salam Hanis,
BalasPadamhabis N3 psl catatan ke Makkah, lepas ni ada N3 psl suatu catatan perjalanan kami ke tmpt lain di bumi Allah ni yg telah ditentukan oleh ALLAH
sebagai perkongsian