WARGA SCP

Isnin, September 07, 2009

DAY 44 28/12/2007 JUMAAT

Gift meal diberi semasa bas keluar menuju ke jeddah
di check point


Memasuki Jeddah











SELAMAT TINGGAL MAKKAH .

Jumaat, penghulu segala hari. Semalam kami mengadakan bacaan Yaasin dan doa serta sedikit jamuan di hotel penginapan. Setelah hampir 44 hari kami bersama-sama dalam satu pakej, lusa kami akan berpisah menuju destinasi masing2 setelah sampai ke tanah air. Bermaaf-maafan sesama kami . Semoga hubungan silaturahim antara kami berkekalan.

Malam tadi hanya dapat melelapkan mata seketika sahaja dan jam 4 pagi telah ke Masjidil Haram utk solat subuh .Solat subuh terakhir sebelum meninggalkan kota Makkah Al Mukarammah. Kemudian jam 6 pagi , terus melakukan tawaf wada atau tawaf selamat tinggal .

Tawaf Wada atau Tawaf Selamat Tinggal wajib dilakukan oleh mereka yang hendak meninggalkan Mekah lebih dari 2 marhala (91 km).Dikenakan dam bagi org yang meninggalkan tawaf wada tanpa uzur yang dibenarkan oleh syarak dan dikenakan dam Tertib dan Taqdir. Namun terdapat golongan yang dikecualikan dan mereka tidak berdosa dan dikenakan dam iaitu:

1. perempuan yg haid, nifas atau mustahadhah dlm tempoh haid.
2. org yg berpenyakit salisulbaul
3. org yg luka , darah atau nanahnya yg mengalir dan boleh menajiskan masjid
4. org yg dipaksa meninggalkan tawaf
5. org yg takut dizalimi oleh org lain
6. org yg takut ditinggalkan rakan seperjalanan
7. org yg takut keselamatan dirinya, kehormatan dan hartabendanya terancam
8. org yg tidak mempunyai air dan debu tanah utk berwuduk

Hampir 1 jam juga baru selesai tawaf dalam keadaan jemaah yang ramai dan padat. Solat sunat tawaf di belakang makam Ibrahim dan berdoa di hadapan kaabah bertentangan dgn multazam . Semoga kami dapat menjejakkan lagi kaki kami mengunjungi Baitullah sebagai tetamu ALLAH. Syukur ke hadrat ALLAH yang tidak terhingga kerana ………..

Melangkah dgn rasa sedih dan sayu di dalam hati meninggalkan Baitullah dan terus meninggalkan kawasan Masjidil Haram pulang ke hotel penginapan . Terus bersiap utk meninggalkan kota suci Mekah, kota yang banyak mengajar kami erti kehidupan dunia dan akhirat . Satu pengalaman hidup yang tidak akan kami lupakan dan akan menjadi panduan di dalam meneruskan kehidupan di dunia yang hanya pinjaman ini dalam mempersiapkan diri menuju ke alam akhirat yang kekal yang pasti datang suatu hari nanti.

Bertolak ke Jeddah hampir 9.30 pagi dgn beberapa buah bas . Jarak perjalanan hampir 72 km mengambil masa lebih kurang 2 jam. Bas menyusuri lebuh raya sehingga kami keluar dari sempadan tanah haram memasuki tanah halal . 11.30 kami sampai ke hotel penginapan di The Trident . Akan bermalam di sini utk semalam.

Timbunan beg2 yg terlalu banyak. Perlu ke gudang
dahulu utk mengambil beg masing2 . kemudian
baru beratur utk di timbang

Proses timbangan beg

Petang ini jam 4.30 ptg kami dikehendaki ke Madinatul Hujjaj , Jeddah utk proses menimbang bagasi masing2 yang telah sampai ke sini 2 hari lebih awal . Sampai sahaja di stor tempat penyimpanan bagasi, perlu mencari bagasi sendiri yang disusun . Agak sukar juga utk mengenali beg sendiri kerana terlalu banyak beg yang hampir serupa . Masing2 dikehendaki mengambil beg masing2 dan beratur dikaunter utk ditimbang dan daftar masuk (check in) . Bagi beg yang melebihi had yang dibenarkan dikenakan 20 saudi riyal utk setiap kg. Alhamdulillah beg kami tidak melebihi had yang dibenarkan . 

Terdapat juga beg yang terkopak pada penglihatan kami kemungkinan akibat campakan dan terhempap dgn beg2 yang lain yang terlalu banyak semasa proses mengangkut dari Mekah dgn menggunakan lori . Alhamdulillah beg kami dlm keadaan sempurna.

Pada malam ini selepas makan malam. kami di bawa meronda pekan Jeddah dengan ihsan pemandu coster hotel Trident. Kami menghabiskan masa di Al Ballad .



























4 ulasan:

  1. Salam CR,

    Dah selesai, CR telah mendapat haji yang mabrul. Semoga catatan ini tidak berakhir di sini, besok akan bermula catatan selepas bergelar haji dan telah berada di Malaysia. Jangan berhenti di sii yer. teruskan mencatat untuk tatapan kami semua

    BalasPadam
  2. Salam AZ,
    Insyallah "Suatu Catatan Perjalanan " akan bersambung lagi dgn episod2 dan N3 ke tempat2 lain yang kami sempat kunjungi.

    BalasPadam
  3. salam CR,

    sedihnyaaa hanis baca entry ni...hanis juga dapat merasakan kesedihan ketika melanggah meninggalkan haram selepas melakukan tawaf wada....sedih...lepas nie habis diary musim haji pertama CR....

    BalasPadam
  4. Salam Hanis,
    suatu catatan perjalanan ke tampat lain pula

    BalasPadam